'banner' oleh Pemuda UMNO Lipis
"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Titah Sultan Azlan Shah
ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
Peristiwa 1. Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika terus melantik Menteri Besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh dalam laporan berita Bernama. Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri.
"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya di satu sidang akhbar. Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.
Peristiwa 2. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.
Peristiwa 3. Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
Peristiwa 4. Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
Peristiwa 5. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
Peristiwa 6. Apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
Peristiwa 7. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta. Buatlah penilaian secara rasional siapa penderhaka kepada Kesultanan Melayu dan orang yang terlibat dalam peristiwa di atas mendokong parti politik mana. Harus diingat janganlah Kesultanan Melayu diheret dalam kancah politik yang berat sebelah. Kesultanan Melayu harus diletakkan di tengah tengah sebagai pendamai bukan pemuas nafsu sebelah pihak.
KOMEN
Kembalikan Kedaulatan Kesultanan Melayu. Saya sokong penuh Pemuda UMNO Lipis meletak kain ‘banner’ disekitar bandar Lipis menunjukkan kita menyokong raja-raja melayu. Tetapi peristiwa-peristiwa di atas banyak menunjukan UMNO tidak menyebelahi raja-raja melayu. UMNO perlu membuat penerangan kepada masyarakat agar mereka faham kedudukan sebenar.
Di petik dari Web bernama.com/pendapat oleh MD SANI www.bernama.com/bernama/v5/bm/letterindex.php?pg=1
Tuan Zaini,
BalasPadamBagus betul fakta yang tuan paparkan tu, org amno ingat dia je yg memperjuangkan kedaulatan raja-raja, rupa-rupanya yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang dimaksudkan oleh Agong dalam ucapannya di Parlimen supaya rakyat jangan percaya kepada media yang sebar fitnah.Jadilah spt tuan blog yang bermaklumat bukan semata pak turut. Nampaknya kain rentang tu makan tuan. Macam yang di Terengganu dulu yang menghina Agong.
tolong link blog tuan ke http://amkeadilanphg.blogspot.com/
BalasPadamHalo,tuan nak tau cerita terbaru tak? YB Padang Tungku nak saman Hj zul sebanyak 10 juta tetapi yang seronok nya dia guna Lawyer PKR,iaitu Ahmad Nizam Ketua Penerangan PKR Pahang,tak ke bodoh YB ni,nanti bila pergi court semua rahsia terbongkar dan dalam gengamamn PKR lah, kalau awak tu yb ustaz tak apa tapi geng dengan Man Janggut ,halim ,jimi faham jelah ye.
BalasPadambahaya kau zaini ! jangan cerita fasal politk lipis.. nanti jadi macam blogger tuh kena report polis dek halim othman nanti!
BalasPadam"banyak saya tahu politik Lipis ni tapi saya tak akan cerita kat blog ni, yang saya masukan pekara yang ada depan hidung kita aje. Yang ada tu cuma Copy and Paste dari sumber arus perdana. terima kasih 'Tanpa Nama' beri nasihat.
BalasPadamNak jadik orang politik handal, kena banyak ilmu. Ilmu agama, sejarah, ekonomi, sains, antropologi (sains kemasyarakatan), sains politik (political science) dan juga bahasa!
BalasPadamMaksudnya banyak-banyakkan membaca kalau dah tak dapat dah masuk universiti.
Jangan asyik tenguk TV1, TV2 & TV3 je. Itu semua ilmu yang sudah diputarbelitkan dan disesuaikan. Ilmu sudah kering! Baca dalam internet ni. Banyak maklumatnya! Nak alamat blogs, kawan boleh bagi. Senaraikan Zaini!
Ni yang selalu berlaku. Bila takde ilmu bertindak secara melulu. Ikut-ikut orang. Orang lain buat kita pun buat. Bila dipersoalkan, marah sebab bodosombong!
Saya berkecuali dari POLITIK.
BalasPadamTetapi pendapat peribadi saya, apa yang berlaku di Johor itu memang tidak boleh didiamkan kerana berlaku penzaliman kepada rakyat. Itu bukan derhaka namanya.
Tetapi apa yang berlaku di Perak itu memang derhaka namanya.
Saya harap kedaulatan raja melayu dan agama jangan dilihat dari kacamata politik, kelak nanti yang binasa adalah agama, bangsa dan negara juga.
Saya melihat dan membaca setiap sumber, jangan menghasut dan berprejudis dan menganggap media massa kerajaan semua korup dan tidak boleh dipercaya, apabila saya membaca blog2 pihak pro dan kontra, cth seperti blog RAJA PETRA, blog2 PKR, dan blog PAS, mereka lebih banyak bermain dengan sentimen tanpa fakta. Sekdr membawa KESAMARAN dan PRASANGKA kebanyakannya.
Saya agak kecewa dengan sikap orang Melayu sekarang sudah tidak pandai berfikir secara rasional, inilah budaya yang dibawa oleh agen2 yahudi di Malaysia ini dan Anwar Ibrahim adalah teraju utamanya.
Waris Tok Linggi