Halaman

Sabtu, 29 Mei 2010

Banjir 1971: Jangan leka biasanya sejarah akan berulang.

Jalan Jelai berhampiran Tokong Cina
Jalan Jelai berhanpiran tokong

Jalan ke bukit Kerani

Jalan ke bukit Kerani
Bumbung rumah di aras air.

Jalan Jelai
Jalan Jelai

Sejarah banjir paling besar pernah melanda negara kita berlaku pada bulan Januari 1971 sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami oleh air, akibat hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama hampir 1 minggu

Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd.Razak telah memanggil sidang kabinet tergempar setelah mendapati laporan banjir mula melanda seluruh tempat di Malaysia. Dalam Mesyuarat kabinet telah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat banjir di seluruh negara berkuatkuasa bermula 5hb Januari 1971. Serentak dengan itu juga dua buah jawatankuasa kabinet bantuan dan pemulihan banjir di mana Perdana Menteri sendiri menjadi pengerusinya.
Sebuah lagi jawatankuasa untuk menaksir kerosakan dan mengarahkan lengkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial. Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir di mana hampir 60% kawasannya ditenggelami air sehingga dapat dilihat di ibu kota Kuala Lumpur bagaikan berada di tengah lautan.

Walaupun banjir pernah berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1926 yang dipanggil "Bah Besar" dan sekali lagi melanda dalam tahun 1946, tetapi banjir yang melanda negara pada tahun 1971 ini adalah terbesar dan terburuk dalam sejarah negara.

Banjir yang melanda pada tahun 1971 ini surut dalam masa seminggu kemudian dengan mengorbankan 24 orang dan kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM 84.7 juta. Banjir ini turut meninggalkan kesan kesan kerosakan yang paling teruk, ramai kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Ramai yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang, setelah semua harta benda dihanyutkan oleh banjir.

Peristiwa Banjir Besar 1971 yang tidak diketahui umum:-

  1. Beratus-ratus kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat Maran runtuh.Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.
  2. Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) hampir mati lemas apabila bot yang baginda bersama rombongannya untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah Pekan. Bagaimanapun Baginda dan rombongannya terselamat apabila dua buah bot nelayan muncul dan memberi bantuan. Speed bot baginda yang berharga RM 60,000 itu karam pada pukul 10.30 pagi.
  3. Hamzah bin Haji Salleh ( berusia 23 tahun) dari Kampung Pasir Baru, Petaling Bahagia, muncul sebagai "hero banjir" kerana berjaya menyelamatkan 20 orang yang terperangkap dalam banjir besar ini.Walaupun peristiwa ini telah lama berlalu, namun peristiwa ini tetap terpahat dalam lipatan sejarah sebagai banjir paling besar yang melanda negara kita.





Khamis, 27 Mei 2010

Rakyat Meminta Negara .......???



Kerajaan diminta segera naikkan elaun Rela

KUALA LIPIS 26 Mei - Kerajaan diminta menyegerakan kenaikan elaun anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi menarik lebih ramai golongan belia menyertai pasukan sukarela itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, kenaikan elaun itu dapat menyuntik semangat anggota terbabit untuk terus berkhidmat.
Beliau yang juga Kolonel Kehormat Rela daerah Lipis berkata, kenaikan itu sebagai menghargai pengorbanan anggota pasukan tersebut dari segi masa dan tenaga menjaga keselamatan masyarakat.
''Kenaikan elaun itu penting bagi memastikan tahap keselamatan rakyat terus terjamin menerusi kawalan pasukan Rela ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan pasukan Rela Kampung Telang dan Tanjung Jambu dekat sini semalam.
Baca selanjutnya…..

KOMEN

Anggota RELA yang rata-rata merupakan sukarelawan, saya berpendapat mengerah tenaga anggota sukarelawan untuk membenteras jenayah yang semakin menjadi-jadi ini mungkin tidak mampu menbuahkan hasil yang baik. Kalau anggota polis yang terlatih itu pun kecundang, bagaimana pula dengan anggota RELA tiada kelulusan akedemik dan khabarnya berlatih hanya dua minggu. Seingat saya dalam tentera belajar kilat kasut dan cara berpakaian pun lebih dua minggu. Inikah pula kerja RELA akan berkaitan dengan prosedur jenayah, menangkap dan menahan serta hal-hal berhubung hak asasi manusia.










Jambatan gantung usang ancam nyawa

KUALA LIPIS 26 Mei – Lebih 450 penduduk Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur dekat sini menggadai nyawa setiap hari kerana terpaksa melalui jambatan gantung yang menghubungkan kedua-dua kampung itu yang kian usang dan rosak teruk sejak lima bulan lalu.
Jambatan gantung yang dibina lebih 30 tahun lalu itu menjadi nadi kepada penduduk kedua-dua kampung untuk berulang alik sama ada bagi mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian lain.
Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan perasaan bimbang kerana pada bila-bila masa sahaja nyawa dan keselamatan mereka boleh terancam dan menemui ajal.
Menurut mereka, penduduk terdedah pada bahaya dan mungkin terjatuh ke dalam sungai memandangkan keadaan jambatan itu yang sepatutnya tidak boleh digunakan lagi.
Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyeberangi Sungai Tanum yang menghubungi kedua-dua kampung itu kerana jambatan gantung tersebut merupakan jalan pintas dan menjimatkan masa.

Baca selanjutnya…………


KOMEN

Wakil rakyat sudah men jalankan tugas, kelulusan dan pertimbangan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Pada hari ini Negara kita menghadapi masalah kerana memberi terlalu banyak subsidi kepada rakyat. Baca Selanjutnya….

Ahad, 23 Mei 2010

Perbankan Internet yang selamat


"duit bukan segala-segalanya tapi segala-segalanya memerlukan duit..."

Ramai pengguna bimbang tentang keselamatan maklumat dan transaksi melalui Internet. Bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan Internet, termasuk bank, berbagai-bagai usaha secara berterusan dijalankan untuk memastikan internet adalah saluran yang selamat untuk digunakan. Bagaimanapun risikonya tetap wujud. Pastikan yang anda sentiasa membuat cetakan bagi setiap transaksi di Internet. Ini membolehkan anda membuat penyemakan semula sekiranya berlaku sebarang percanggahan, terutamanya atas baki akaun dan penyata akaun yang dihantar oleh bank. Cetakan tersebut juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi anda dan pegawai bank sekiranya anda ingin mengesan sebarang keraguan atas sesuatu transaksi. Pada keseluruhannya, perbankan Internet boleh menawarkan urus niaga yang selamat sekiranya anda mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi seperti berikut:

a. Jangan dedahkan ID Daftar Masuk, kata laluan atau nombor PIN anda.
b. Selalu tukar kata laluan atau nombor PIN anda.
c. Elak daripada menyimpan ID Daftar Masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dalam komputer.
d. Pastikan anda melayari laman web yang betul.
f. Pastikan anda melayari laman web yang selamat dengan menyemak “Universal Resource Locators” (URL) untuk memastikan URL bermula dengan “https” dan memastikan imej ibukunci tertutup terdapat pada bar status pelayar web.
g. Sering semak butir-butir sejarah transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank.
h. Jangan tinggalkan komputer sekiranya anda masih mengakses perbankan Internet.
i Sentiasa melog keluar sebaik sahaja anda selesai melaksanakan transaksi dan
memadamkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas melog keluar dari laman web.
j. Lindungi komputer anda daripada virus dan program perosak dengan memasang “firewall” terkini dan program penentang virus yang bereputasi. Pastikan perisian antivirus dan“firewall” anda sentiasa dikemaskinikan agar lebih berkesan.
k. Elak daripada memuat turun perisian atau fail dari laman web yang kurang diketahui atau memasuki hiperpautan yang dihantar oleh mereka yang tidak dikenali.
l. Jangan sekali-kali menghantar maklumat peribadi, terutamanya kata laluan atau nombor PIN anda melalui e-mel biasa.
m. Elakkan daripada menggunakan komputer yang dikongsi atau milik awam untuk
mengendalikan transaksi perbankan Internet anda.
n. Jangan biarkan tetingkap pelayar lain terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian
o. Pastikan agar anda menyahaktifkan ciri-ciri ‘perkongsian fail dan pencetak’ dalam sistempengendalian anda.
p. Adalah perkara biasa sekiranya anda membuat kesilapan semasa menjalankan sesuatu transaksi.Jika ini berlaku, segera hubungi perkhidmatan pelanggan bank tersebut dan berikan butir-butirterperinci berkaitan transaksi atau masalah yang dihadapi. Bank biasanya mempunyai rekod semua transaksi yang anda jalankan dan mereka sedia membantu untuk mengatasi masalah
tersebut.

KOMEN

Saya menyentuh tajuk Perbankan Internet kali ini kerana pada bulan lepas kawan saya ingin mengeluarkan wang gajinya terkejut apabila akaun banknya kosong, dari siasatan bank wang tersebut telah ditransfer ke Indonesia. Kes begini bank tidak akan bertangungjawab disebabkan kecuaian penguna.

Keterangan Lanjut Sila Dapat E-Book ‘Celik Wang’




Jumaat, 21 Mei 2010

Lawatan ke Bosch Training Centre

cerita dari Lipis
Sesi Taklimat

Cerita dari Lipis blog
Percubaan salah satu peralatan

Minggu lepas saya berkesempatan mendengar taklimat oleh Mr Cheng di Bosch Training Centre Petaling Jaya. Taklimat tersebut mencerita serba sedikit berkenaan dengan sejarah, keselamatan, cara menguna, dan kelebihan peralatan yang dikeluarkan oleh Syarikat Bosch.

Boch diasaskan oleh Robert Bosch berbangsa Jerman pada tahun 1886. Pada mulanya beliau membuka sebuah bengkel mesin kejuruteraan elektrik di Stuttgart Germany. Bengkel tersebut berkembang hingga menjadi sebuah pusat pengeluaran mesin kegunaan tukang untuk edaran seluruh dunia. Pada hari ini terdapat beberapa negara seperti China, India dan Malaysia yang telah mengeluar dan ‘mereka cipta’ peralatan Bosch. “Peralatan bosch tidak akan digunakan untuk tujuan peperangan. Bosch merupakan sebuah syarikat yang membantu masyakat dunia untuk keamanan”ujar Mr Cheng.

KOMEN

Salah satu cita-cita Tun Dr Mahathir adalah mahu mewujudkan sebuah syarikat di Malaysia seperti Syarikat Bosch maka beliau telah mengilhamkan Proton, Pewaja, MEC dan lain-lain yang mengunakan kepakaran anak tempatan untuk membangunkanya. Di Bosch hampir 80 peratus sainstis dan pekerjaanya bukan orang Jerman. “Di Malaysia nak buka UiTM kepada bukan bumiputera pun kita dah jadi kelam kabut...”

Selasa, 18 Mei 2010

Etika Rangkaian Sosial


keratan akhbar



1. Semua awam - Pastikan anda tidak masukan segalanya di dalam laman web sosial anda kerana apa yang anda paparkan akan menjadi terbuka kepada awam. Ketahui setelah anda masukan ke dalam web (contoh: facebook)anda pasti tidak dapat mengawal.

2. Segala dimeterai – Jika anda mengunakan rangkaian sosial walaupun anda cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti meninggalkan kesan seperti tapak kaki di dalam pasir. Anda juga secara tidak langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengunaan yang anda setuju semasa pendaftaran.

3. Tidak semua jujur dan benar – anda hendaklah tahu yang bukan semua di dalam internet itu benar dan betul. Mungkin orang itu mengunakan gambar orang lain untuk Facebooknya dan juga maklumat yang dipaparkan juga palsu. Ingat segalanya mungkin di dalam Internet.

4. Tapis diri anda sendiri – Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak menganggu atau mengugat orang lain. Jangan taburkan fitnah atau jangan lepaskan geram anda secara langsung terus kepada individu. Berkiaslah jika perlu.

5. Tidak semua perlu tahu- Anda tidak perlu memasukan segalanya di dalam web. Pastikan yang maklumat yang anda sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak. Jika ia merupakan maklumat sensitive pastikan ia tidak terkeluar.

6. Asingkan – Jika anda ada rakan yang ramai anda boleh buka sebuah laman web peribadi dan asingkan segala kandungannya berbanding dengan lawan web kerja atau profesion anda. Jangan masukan bahan-bahan kerja anda dalam lawan web peribadi anda – rujuk MP

Khamis, 13 Mei 2010

Pengasas Al-Arqam meninggal dunia



Bekas pemimpin Al-Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada 13 Mei 2010, jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Sejarah
Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968 ketika ditubuhkan, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75.

Pemimpin kanan
Berikut beberapa pemimpin kanan Al-Arqam yang menjadi tulang belakang kejayaan pertubuhan Al-Arqam selama 26 tahun dari 1968 – 1994.
1. Ustaz Ashaari Muhammad – pengasas pertubuhan Al-Arqam
2. Akhbar Anang
3. Ustaz Mohktar Yaakob – sarjana syariah
4. Zabidi Mohamed – penasihatundang-undangAl-Arqam
5. Haji Hassan Mokhtar
6. Khairil Anuar Ujang- peguam
7. Shuib Sulaiman
8. Ibrahim Mohamad
9. Jailani Kasmani
10. Khadijah Aam
11. Khadijah Din
12. Pak Salleh

Ajaran
Di antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam. Tindakan Ashaari yang mengqiyaskan (menganalogikan) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir .
Ciri-Ciri
Pegangan Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi ajaran dan

fahaman seperti berikut: [1]
* Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Kaabah.
* Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi.
* Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.
* Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang k untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
* Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.
* Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .
* Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi. [2]

Meluaskan Pengaruh
Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.
Pada tahun 1993, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan.

Krisis Kepimpinan
Krisis kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang pada tahun 1979 yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang, penyingkirannya bersama adalah kerana beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam , namun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan kerana beliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ashaari daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Akbar Anang memberontak dan mendedahkan keperihalan Aurad Muhammadiah sehingga dihadapkan ke Pusat Islam pada 1979. Ashaari dilapor menafikan Kiyai Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Imam Mahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas.

Diharamkan
JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.
Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa’. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.

Rujukan
Penyelewengan Jemaah Al-Arqam dan Usaha Pemurniannya oleh Mohd. Lazim Lawee,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, 2004. 223 halaman + indeks. ISBN 967-942-682-3.
Tersungkur di Pintu Syurga, Zabidi Mohamad]] , Zabidi Publication, Kuala Lumpur , 1998

Sabtu, 8 Mei 2010

Ramai tak faham sambutan Hari Hol


Sultan Abu Bakar 1933 - 1974

Ramai penduduk negeri Pahang, terutama generasi muda tidak memahami sambutan Hari Hol pada tanggal 7 Mei setiap tahun.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, rata-rata penduduk terutama generasi muda yang ditemui mengakui mereka tidak mengetahui sambutan Hari Hol dan hanya tahu, semua pejabat kerajaan dan sekolah akan ditutup kerana cuti umum.

Hari Hol telah diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang Keempat, Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad Shah yang merupakan pemerintah hari ini.

Sejarah Ringkas

Tengku Abu Bakar, putera sulung Sultan Abdullah menjadi Sultan Pahang pada 28 Mei 1933. Pada masa itu keadaan ekonomi di Pahang tidak memperlihatkan sebarang perubahan selepas banjir besar yang terus berlaku di Pahang ianya telah memusnahkan kawasan tanaman padi yang belum dituai dan tanah pertanian yang belum diusahakan. Semua kegiatan ekonomi yang baru tidak dapat dijalankan, justru itu negeri Pahang terus mengalami masalah kewangan dan sekaligus melambatkan pertumbuhan ekonominya. Tanaman getah juga tidak banyak diusahakan masa itu. Para petani lebih berminat menanam padi dan tanaman makanan lain, justeru itu keadaan hidup penduduk tidak banyak berubah.

Corak pemerintahan Sultan Abu Bakar lebih sederhana jika dibandingkan dengan pemerintahan Sultan Ahmad Bendahara Tun Ali 1882 -1914 . Pemerintahnya lebih memberi penekanan kepada perkembangan ekonomi dan sosial. Pembukaan kawasan pertanian baru, lombong-lombong bijih timah, disamping pembinaan jalanraya, system perhubungan dan sekolah diutamakan.

Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada ketika itu.
Semasa remajanya, Baginda mempunyai kegemaran dan minat dalam seni budaya seperti Gamelan, Zapin, Inang, Canggong, Cinta Sayang hinggalah tarian- tarian moden yang lain. Pada tahun 1972, Baginda telah membawa balik Gamelan ke Negeri Pahang yang telah dibeli dari Tengku Mariam, ibu saudara Baginda dari Terengganu. Selain itu, Baginda juga begitu aktif dalam lapangan sukan seperti permainan Polo, Tenis, Lumba Kuda, Lumba Perahu, dan sebagainya.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah, di Kuala Kangsar, Perak. Perkahwinan Baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat Diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah.

Rujuk :
Tradisi Persejarahan Pahang 1800 -1930
Utusan Malaysia

Isnin, 3 Mei 2010

Perjalanan yang tidak direstu


Selepas Parti Komunis Malaya (PKM) kalah perang 1968, Chen Peng telah mengarahkan mereka menyusup masuk dari Selatan Thai menuju ke Perak untuk menghidupkan kembali perjuangan kedua mereka. Mereka percaya masih ramai lagi menyokong di Semenanjung yang masih setia dan menyokong perjuangan komunis.

PKM telah menubuhkan pasukan gelira di Selatan Thai. gerila Komunis ini dikenali sebagai Ekspedisi Selatan dengan kekuatan 37 anggota,18 dari platun ke-5 dan 19 lagi anggota campuran dari beberapa platun lain dalam Rejimen ke-12 yang dipimpin oleh seorang Ahli Jawatankuasa Pusat bernama Cheng Chor. Pasukan ini telah diraikan oleh pemimpin Rejimen ke-12 dan anggota lain sebelum memulakan perjalanan melintasi sempadan.

Tujuan mereka bukan untuk berperang tetapi untuk menyediakan ‘food dump’ untuk menyimpan makanan bagi kegunaan masa hadapan, serta menubuhkan ‘pocket points’ bagi pergerakan gerila komunis dilaksanakan tanpa halangan. Ekspedisi Selatan dianggap sebagai kumpulan hadapan untuk peperangan gerila akan datang .

Pada 16 Mei 1971 ekspedisi ini memulakan perjalanan dari hutan Betung di Selatan Thai merentas Banjaran Titiwangsa dengan lapisan gunung ganang, menyeberangi sungai yang penuh mencabar. Mereka berjalan selama 7 jam sehari dan akhirnya sampai ke di hulu Sungai Perak setelah berehat selama beberapa hari dalam hutan tebal, mereka meneruskan perjalanan ke selatan selama 20 hari lagi dan akhirnya sampai di Ayer Kala.





Destinasi pertama ini mereka mendirikan kem sementara dalam hutan Ayer Kala dan mula mencari bekalan makanan. Mereka mendapat banyak bekalan dari penyokong bawah tanah yang menyokong pergerakan PKM. Selama sebulan berada di Ayer Kala mereka berjaya membuat beberapa ‘food dump’. Selepas itu kumpulan ini berpecah dua 29 anggota diketuai Cheong Chor meneruskan perjalanan ke selatan menuju pekan Sungai Siput, baki lapan orang tinggal di Ayer Kala.

Pekan Sungai Siput pada masa itu diletak di bawah perintah berkurung dan pasukan keselamatan Malaysia menjalankan operasi mencari penganas Komunis. Cheong Chor hanya sempat bertemu dengan tiga anggota baru dari kumpulan bawah tanah dan mereka menyertai kumpulan ekspedisi selatan. Mereka seterus membina kem sementara di Tanah Hitam pada bulan Mei 1971 dan mendapat 19 anggota baru mereka juga mula mendapat banyak ‘food dump’ tetapi pada bulan Jun mereka diserang oleh pasukan keselamatan dan telah mula berlaku pertempuran di mana beberapa anggota ekspedisi selatan mula terkorban. Dalam setiap pertempuran mereka digegarkan dengan tembakan meriam yang sungguh mengerunkan mereka khas rekrut baru.

Bulan Jun merupakan bulan malang bagi kumpulan Eksedisi Selatan kerana teruk diserang dan dikepung oleh pasukan keselamatan. Mereka terpaksa berpindah randah dan sentiasa dalam ketakutan kerana sering dihujan oleh tembakan meriam yang tidak diketahui arah datangnya

Bekalan makanan semakin berkurangan mereka terpaksa memakan tumbuhan liar dari hutan dan meminum air yang tidak dimasak. Mereka juga kekurangan air kerana semua sungai yang menjadi sumber air telah dikawal oleh pasukan keselamatan

Akhirnya, kerana kesengsaraan hidup, kebuluran dan ketakutan kerana serangan pasukan keselamatan, ramai rekrut baru hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKM, beberapa rekrut baru melarikan diri dari kem sesetengah berjaya ditangkap oleh Cheong Chong mereka dihukum bunuh ini menyebabkan ramai anggota mereka berada dalam keadaan dilemma dan ketakutan.

Setelah berada di Negeri Perak selama 8 bulan pada mulanya matlamat membina ‘food dump’ telah berjaya tetapi misi keseluruhan mereka gagal beberapa anggota telah terkorban, ramai rekrut telah dibunuh kerana melarikan diri dan moral anggota merudum sesetengahnya hampir kebururan.

Rujuk : BTDM

Sabtu, 1 Mei 2010

Kes Datuk Mazlan Idris 1993 vs Mona Fandey 2001


Felda Tersang DUN Batu Talam

Datuk Mazlan (baju biru lengan panjang) bersama warga Felda Tersang Raub.

Masihkah anda ingat Maznah binti Ismail berasal dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik. Gaya dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala serius, menangis dan ketawa. Artis ini miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan Thailand. Fuh…!!! kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini. Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada1990. 










Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.

Dalam kes ini beliau bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jamaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.

Berbagai cerita misteri dan aneh telah berlaku semasa kes perbicaraan tersebut. Nak percaya atau tidak itu hakikatnya. Tapi yang lebih penting peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita supaya jauhi unsur-unsur yang merosakkan akidah dan perbuatan kejam yang mana akan memusnah diri kita.

 




KES 2002 :  MEMBUNUH HASLEZA ISHAK 






KES 2003 : PEMBUNUHAN KEJAM NORITTA SAMSUDDIN