Halaman

Selasa, 31 Januari 2012

Rela Daerah Lipis


Dato' S.K Dewamany menerima cendahati dari
Peg Rela Daerah Lipis Mejar (Rela) Salleh  Daud

Pada  30 Jan 2012  telah diadakan satu majlis perjumpaan Pegawai  Rela Daerah Lipis  yang baru bersama ahli Rela dan Relawati  Sungai Koyan. Anggota Rela Felda Sungai Koyan  dengan sukacitanya mengalu-alukan di atas perlantikan Mejar(Rela) Salleh bin Daud merupakan anak peneroka  Sungai Koyan sebagai  Pegawai Rela Daerah Lipis yang berkuat kuasa pada 17 Okt 2011 tahun lepas  mengantikan Encik Hussin.
Felda Sungai Koyan Satu mempunyai 7 platun, Sungai Koyan Dua  1  Platun, diikuti  Sungai Koyan Tiga  5 Platun.  Gugusan Felda Sungai Koyan merupakan satu kawasan yang sangat luas meliputi dua kawasan iaitu kawasan perumahan dan kawasan Ladang kelapa sawit yang menghadapi masalah kecurian hasil ladang, pecah rumah dan masalah gejala sosial.  Untuk memantau kawasan tersebut pihak keselamatan seperti Polis memang tidak mampu kerana mempunyai anggota yang sangat terhad.  Rela merupakan satu badan sukarela mampu menangani masalah  tersebut  jika ianya dikendalikan dengan betul dan mendapat sokongan masyarakat setempat. 
‘Satu rumah satu Rela’ merupakan ilham Perdana Menteri yang patut disokong untuk kebaikan masyarakat setempat, ia juga bermaksud anggota rela perlu ditambah dan rakyat tanpa mengira kaum perlu sama-sama menjadi ahli Rela.
“Dengan menjadi ahli rela kita dapat berhubung rapat dengan agensi kerajaan yang sedia ada seperti Polis, JPAM, Bomba, dan lain-lain agensi yang berkaitan….” ujar ketua Rela Daerah Lipis Mejar (Reja) Salleh bin Daud. 
Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Dato S.K. Devamany  yang merupakan Ahli Parlimen Cameron Hingland. Turut hadir sama Pengurus Felda Sungai Koyan Satu ,Dua dan Tiga, Ketua Balai Polis Sungai Koyan,dan Ketua-ketua Kampung(Tok Empat).

Maklumat Berkaitan

Permohonan Online Keahlian Rela

Sistem iRela

Isnin, 23 Januari 2012

Teroka Tanah Haram


Tanah Haram sukar diluluskan.
Penduduk negeri Pahang diingatkan supaya menghentikan kegiatan menceroboh tanah kerajaan terutamanya yang berskala besar kerana keluasan tanah kerajaan semakin berkurangan dan ia juga akan memberi impak terhadap alam sekitar.

Kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang pemberian geran kepada individu dan pihak tertentu yang menceroboh tanah kerajaan secara besar-besaran. Kerajaan negeri boleh menimbangkan untuk memberi geran jika rakyat hanya meneroka tanah secara kecil-kecilan untuk menanam sayur-sayuran dan tanaman kontan bagi menambah pendapatan keluarga.

‘‘Sukar bagi kerajaan untuk meluluskan geran kepada individu atau pihak tertentu yang meneroka tanah secara haram sehingga 20 hektar bagi tujuan komersial. Kecuali jika mereka bersetuju memulangkan semula sebahagian tanah diteroka secara haram itu. Contoh jika mereka meneroka tanah haram seluas lapan hektar tetapi jika sanggup memulangkan semula tanah itu seluas enam hektar, kerajaan negeri sedia untuk menimbang bagi meluluskan baki tanah tersebut sebanyak dua hektar kepada individu berkenaan...” kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob semasa ucapan pada Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sempena Tahun Baru Cina di Bentong tempoh hari.

Mengikut undang-undang, sekiranya dikesan berlaku pencerobohan, notis berkaitan akan dikeluarkan kepada individu yang disyaki bagi melarang aktiviti itu diteruskan. Sekiranya individu itu terus berdegil, tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 426A(1) Kanun Tanah Negara 1965 boleh dikenakan ke atas mereka.

KOMEN
Saya berpendapat kerajaan negeri Pahang boleh menimbangkan kelulusan tanah kepada yang belum mempunyai tanah sekurang-kurangnya untuk tapak rumah kediaman atau beri kelulusan tapak rumah dan galakan mereka memohon rumah ‘mesra rakyat’. Malu benar kalau kita anak negeri Pahang masih lagi tinggal ditanah-tanah rezab sungai. >>> seterusnya

Ahad, 22 Januari 2012

Sungai Lembing El-Dorado Timur


Pekan Sungai Lembing
Sungai Lembing merupakan sebuah pekan yang terletak kira-kira 43 kilometer dari Bandar Kuantan. Sungai Lembing pernah menjadi sebuah tempat yang sangat termasyur dalam peta dunia kerana sangat kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah.

Pada era kemasyuran Sungai Lembing, pekan ini terkenal sebagai lombong bijih timah terdalam di dunia dan boleh dikatakan sebagai pekan termoden di negeri Pahang pada eranya sehinggalah penghasilan bijih timah merosot pada akhir tahun 1980-an.

Perkembangan aktiviti perlombongan telah mengubah wajah pekan ini menjadi sebuah panggung wayang, kedai serbaneka, hospital, sekolah dan kemudahan-kemudahan awam lain dengan  rumah-rumah yang didirikan mempunyai ciri-ciri Barat.  Bandar ini diibaratkan seperti “El-Dorada timur” dinegeri-negeri Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya semua perkampungan Inggeris yang sangat istimewa.

Kaedah perlombongan bijih timah bawah tanah di sini dijalankan secara mengerudi serta mengunakan bahan letupan untuk memecahkan batu-batuan yang mengandungi bijih.  Keadah “cut and fil” pula merupakan cara lazimnya digunakan semasa melombong di dalam terowong bawah tanah.
Kejatuhan harga timah di pasaran dunia dan kemorosokan penghasilan bijih menyebabkan pekan ini mengalami zaman kemerosotanya.

Penutupan Syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) secara rasmi pada tahun 1987 sebenarnya telah banyak mengubah wajah dan juga suasana Sungai Lembing daripada sebuah pekan yang sibuk kepada sebuah pekan yang sunyi sepi.  Syarikat tersbut memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan sebagai sebuah pusat Bandar yang boleh dibanggakan setimpal dengan gelarannya sebagai pekan bijih timah yang tertua di Semenanjung Malaysia. Namun akibat penutupan itu, penghijrahan penduduk berlaku dan sejak dari tarikh itu pekan sungai Lembing menjadi sunyi.

“Bersama Pelihara Sejarah Negara Warisan Bangsa”

Rujuk:


Jumaat, 20 Januari 2012

Teknologi Cepat Berubah



Aku boleh dikata bertuah kerana merasa berkerja dalam zaman mesin taip dan komputer. Berkesempatan juga hidup  dalam zaman kamera analog dan zaman kamera digital. 

Cara-cara mengisi filem ke dalam kamera.
Pada mula zaman aku berkerja di atas meja kerani hanya ada sebuah mesin taip, mesin taip ini digunakan untuk membuat laporan, mesej atau yang berkaitan dengan surat menyurat. Apabila ada komputer kita berasa pohbia kerana komputer pada masa itu tiada tetikus untuk mengendalikannya ianya mesti mengunakan staff yang telah pergi kursus computer.  Printer pula kalau digunakan sampai  bunyi satu bangunan. 


Cerita pula pasal kamera, pada masa itu aku telah pergi menghadiri kursus kamera dari situ aku tahu bagai mana hendak mengisi filem ke dalam kamera. Aku faham apa yang dikatakan SLR, Shutter Speed, Aperture(f), depth-of-field  ASA(American Standard Assocation) dan lain-lain.  Kamera SLR Nikon FM2 mempunyai lensa 210mm sangat menguja dan mencabar kepada sesiapa yang mengendalikannya termasuk aku. 
Foto mula-mula aku pelajari dengan mengunakan kamera SLR  nikon FM 2 
Teknologi semangkin cepat berubah akhir-akhir tahun 2003 kebanyakan jurukamera  telah banyak mengunakan kamera digital yang begitu canggih. Mulanya aku pun tidak berapa faham apa yang dikatakan ’piksel’, LCD, ‘jpeg’ dan lain-lain. Akhir tahun 2004 campuran mesin taip, kamera, dan telefon  menjadi Komputer, kamera digital dan Internet atau lebih dikenali sebagai multimedia yang mengubah kehidupan manusia yang lebih terbuka dan maklumat tidak mampu untuk disorok lagi.


Pada tahun 2005 satu ledakan maklumat yang menakjubkan dihasilkan di dunia oleh Mark Zukerberg  yang dikenali sebagai Facebook. Pada hari ini siapa yang tidak kenal FB, ada orang kena tangkap kerana penyalahgunaan teknologi ini, ada orang bergaduh kerananya dan berbagai masalah yang ditimbulkan oleh penyalahgunanya. Betul kata orang Internet umpama tong sampah ada yang baik ada yang buruk di dalamnya.    


Hasil perubahan teknologi ini sebuah syarikat pengeluaran negative filem untuk menghasilkan gambar yang dikenali sebagai Kodak dijangka akan tutup kerana dikatakan tidak mampu untuk beroperasi lagi.  Dahulu siapa yang tidak kenal dengan perkataan Kodak, perkataan kamera dan Kodak tidak boleh dipisahkan. 

Khamis, 19 Januari 2012

Ceramah Agama


Ceramah Agama Bulanan

Penceramah : YBhg Tuan Haji Mohamad bin Haji ismail.(Penceramah Radio Pahang)

Tajuk  :  Bekalan Akhirat.

Tarikh :  19 Jan 2012 (Khamis)

Tempat  : Dataran Residen Lipis

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA


Ahad, 15 Januari 2012

Sikim Amanah Rakyat 1 Malaysia



Baru- baru ini ,Perdana Menteri kita ada Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dikatakan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah. Perkara ini telah pun diumumkan semasa Bajet 2012 dibentangkan di parlimen pada tahun lepas.
Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat jika layak menyertainya.
Tarikh Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula adalah pada 30 Januari 2012.

Keistimewaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

> Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
> Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
> Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Ciri-Ciri Pinjaman Untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

> Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
> Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
> Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
> Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut
2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan
3. Peserta didapati muflis; atau
4. Peserta meninggal dunia.

Syarat Kelayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
- Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
- ASB Sejahtera; dan
- ASW 2020 Bandar
> Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
> Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
> Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
-Bumiputera – 50%
-Cina – 30%
-India – 15%
-Lain-lain – 5%
  • > Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • > Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
  • > Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  • >Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

Dokumen Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Dokumen Utama
  • > Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • > Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • > Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • > Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • > Borang Jualan Balik ASNB 31
  • > Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • > Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
Dokumen Sokongan
  • > Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • > Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • > Dokumen Pengesahan Pendapatan
    • - Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
    • - Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
    * BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen
Bagi mendapatkan keterangan lanjut anda boleh melayari laman web SARA 1Malaysia.
 Related Search:
  • Syarat sara 1malaysia (5)
  • syarat - syarat permohonan skim amanah rakyat 1malaysia (5)
  • syarat sara 1 malaysia (4)
  • layak amanah sara (3)
  • syarat skim amanah rakyat (2)
  • syarat skim sara (2)
  • syarat skim amanah (1)
  • 13 januari 2012 pinjaman 1 malaysia (1)
  • syarat sara 1 malaysia cimb (1)
  • syarat skim amanah rakyat 1 malaysia (1)

Jumaat, 13 Januari 2012

Pilihanraya Bebas Realiti atau Ilusi

Program Wacana Perdana


Sesi perbahasan oleh YB Dato' Hj Husam Musa, YB Dato' Nazri Abdul Aziz dan Mantan Pengerusi SPR.

Ahad, 8 Januari 2012

Ceramah Politik

Penceramah : YB Salehuddin Ayub 
                     Ahli Parlimen Kubang Kerian

Tarikh : 10 Jan 2012

Masa : 09.00 Malam

Tempat : RTP Sungai Ular. Kuala Lipis

ANDA DIJEMPUT HADIR

Khamis, 5 Januari 2012

PERJANJIAN PENYERAHAN JELAI BENAR.

Tok Raja Wan Ali tengah berama ayahdanya Wan Chik 
dan nenda nyaTok Raja Wan Muhamad 

Pada 11 Dis 1937 satu surat Perjanjian Penyerahan Jelai Benar kepada Kerajaan Negeri Pahang ditandatangani. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Datuk Orang Kaya Maharaja Perba Jelai Tok Raja Wan Ali bin Wan Chik, pihak yang berkuasa ke atas daerah Jelai Benar dan John V. Cowgill iaitu pemangku Residen British bagi pihak kerajaan Inggeris di negeri Pahang.

Jelai Benar adalah satu kawasan seluas 200,00 ekar di daerah Jelai di negeri Pahang yang telah dianugerahkan buat selama-lamanya oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Al-Muaazam Shah Ibni Almarhum Bendahara Tun Ali kepada Datuk Orang Kaya Maharaja Purba Jelai, Wan Muhammad dan waris-waris gantinya. Penganugerahan ini telah dibuat oleh Sultan Ahmad melalui satu ’Surat Kurnia’ yang bertarikh 20 Ogos 1887. Kurniaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ini adalah kerana mengenang jasa dan khidmat Datuk Orang Kaya Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad. 'Mengenang Jasa' disini adalah bermaksud Sultan Ahmad berterima kasih kerana Datuk Orang Kaya Maharaja Purba Jelai, Wan Muhammad telah melantik beliau menjadi Pemerintah Pahang. rujuk buku Suzana M.Osman – Institusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang m/s 124.

Apabila kuasa Inggeris bertapak kuat di negeri Pahang, pihak berkuasa Inggeris tidak mahu melihat pembesar-pembesar tempatan mempunyai kuasa. Oleh itu Inggeris telah menggunakan kuasa Sultan untuk menarik balik hak istimewa yang telah dianugerahkan oleh Sultan kepada pembesar-pembesarnya. Atas dasar ini waris ganti Datuk Orang Kaya Maharaja Purba Jelai Wan Muhammad iaitu Tok Raja Wan Ali bin Tok Chik yang mewarisi Purba Jelai dalam tahun 1935 telah menerima surat dari pihak Inggeris yang mengatakan bahawa Jelai Benar adalah hak milik kerajaan negeri. Inggeris memerintahkan agar Jelai Benar dikembalikan Kerajaan negeri, jika tidak Sultan akan melucutkan jawatan Maharaja Purba Jelai Tok Raja Wan Ali bin Tok Raja Wan Chik itu.


         
         Tok Raja Wan Ali bin Tok Raja Wan Chik

Atas desakan Inggeris ini maka pada hari ini dalam tahun 1937, Tok Raja Wan Ali pun menandatangani surat menyerahkan semula kuasa Jelai Benar kepada kerajaan negeri Pahang. Sebagai sagu hati Tok Raja Wan Ali telah dibenarkan memiliki 1,000 ekar tanah di mana-mana kawasan di daerah Jelai Benar, kenaikan gaji sebanyak $300 sebulan serta wang tunai berjumlah $8,000 sebaik sahaja Tok Raja selesai menandatangani surat perjanjian tersebut.


Dengan ini bermakna ’pusaka turun menurun’ yang telah diwasiatkan oleh Sultan Ahmad supaya dikekalkan menjadi milik Maharaja Perba Jelai buat selama-lamanya telah bertukar tangan akibat campurtangan Inggeris di negeri Pahang.

Arkib Negara.


KOMEN

Kalau sebelum ini Inggeris mengambil Kuala Lipis yang sudah tentu hak milik Orang Kaya Haji (Wan Daud) dengan begitu tragis. Sekali lagi Inggeris mengambil hak milik Maharaja Perba Jelai atas nama kuasa Sultan dan Kerajaan Negeri.