responsif teks foto

Ahad, 30 Disember 2007

Sejarah Orang Kaya Haji di Kuala Lipis

Cerita Dari Lipis


Pada tahun 1803M (1224H), Wan Pahang bin Tun Wok ( Wan Muhammad b. Tun Abdul Latif, Maharaja Perba Jelai I ) telah dikahwinkan oleh Sultan Johor-Linggi (Sultan Abdul Jalil) dengan Tok Meriam (Nama sebenar beliau mungkin Tun Mariam iaitu anak Yam Dipertuan Daing Celak). Hasil perkahwinan tersebut, antara tahun 1804 dan 1805 lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Wan Daud b. Wan Pahang. Tinggalah beliau di Pahang untuk beberapa ketika.63


Apabila beliau telah meningkat dewasa beliau telah dihantar ke Riau untuk mendalami ilmu agama daripada Imam Bonjor selama 20 tahun. Ini adalah sebagai persiapan menggantikan ayahanda beliau selaku Seri Maharaja Perba Jelai pemegang hukum syarak di samping Wan Ideris bin Tun Wok, Indera Mahajara Perba Jelai pemegang hukum adat. Pada penghujung tahun 1840-an atau awal tahun 1850-an, Wan Daud kembali dari Riau untuk menggantikan ayahanda beliau menjaga Kuala Kuantan. Semasa beliau di Kuala Kuantan, beliau telah menjadi Kepala Perang kepada 70 kepala tentera, beliau turut dikenali sebagai “Tok Daud 7 Lapis”. Beliau hidup sederhana walaupun memiliki lombong emas di Bukit Selingsing. Justeru sifat pemurah dan dermawan beliau terutama kepada mereka yang akan berlepas ke Tanah Suci Mekah, beliau diberi gelaran Orang Kaya Haji।

Era Perang Saudara Pahang 1857 -18Di era 1850-an Pahang dilanda Perang Saudara antara Tun Ahmad dan Tun Mutahir atas pertelingkahan merebut jawatan Bendahara Siwa Raja selepas kemangkatan ayahanda mereka Bendahara Siwa Raja Tun Ali.

Pada penghujung tahun 1850-an, Perang Saudara antara Wan Ahmad (Tun Ahmad) dengan Wan Mutahir (Tun Mutahir) masih berlarutan. Wan Daud pada awalnya tidak menyertai perang berkenaan. Beliau menganggap bahawa perebutan jawatan berkenaan telah diselesaikan bersama Sultan Abu Bakar Johor apabila jawatan Bendahara Siwa Raja diserahkan kepada Wan Mutahir dengan syarat dilantik Wan Ahmad sebagai Bendahara Muda selepas beliau.

Wan Daud hanya menyertai perang pada penghujung 1850-an atau awal 1860-an apabila berlaku pembunuhan terhadap bapa saudara sepupu beliau iaitu Wan Embung bin Tun Muhammad bin Tun Abdul Latif oleh salah seorang pengikut Tun Mutahir. Kepala jenazah Wan Embung telah dipancung dan diwar-warkan sebagai penderhaka. Di samping itu, rakyat di Tanah Hulu didenda 4 mayam emas atau anak isteri dirampas dan dijadikan tebusan.

Rentetan itu , Wan Daud telah menyebelahi pasukan Wan Ahmad yang turut disertai oleh pasukan bapa saudara beliau Wan Ideris bin Wan Muhammad (Tun Wok) dan sepupu beliau Wan Muhammad bin Wan Ideris yang ketika itu bergelar Orang Kaya Setia Muda.

Pada tahun 1863, Perang Saudara pun tamat di mana pihak Tun Ahmad telah memenangi perang berkenaan. Atas sumbangan beliau dalam perang berkenaan pada 27 Disember 1863, Wan Daud bin Wan Pahang diberi gelaran Seri Maharaja Setia Raja dengan anugerah air Lipis cucur ke Lipis hingga ke puncak air meleleh melalui watikah kurnia Bendahara Siwa Raja. Perlantikan ini telah diperkenankan oleh Sultan Abu Bakar Johor.

Wan Muhamad (Tok Raja) pula orang besar berempat telah melantik secara rasmi Sultan Ahmad Menjadi Sultan Pahang. Atas pelantikan itu beliau telah mendapat keistimewaan mengunakan chop mohor resmi yang tertera “Maharaja Perba Jelai Al- Wakil Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah “ dan kurnia Jelai Benar iaitu tanah seluas 200 ekar kepada Tok Raja








Kedatangan Inggeris di Lipis

Pada bulan Februari 1888 telah berlaku satu peristiwa yang tidak disangka-sangka berhampiran dengan istana di Pekan iaitu pembunuhan ke atas Goh Hui, seorang berbangsa Cina. Pihak Inggeris telah memberikan perhatian yang sungguh serius terhadap peristiwa ini dan mendakwa bahawa mangsa pembunuhan itu adalah seorang rakyat Inggeris, dan telah menuntut gantirugi dan mendakwa Sultan Ahmad bertanggungjawab di atas pembunuhannya. Inggeris juga telah meminta supaya wakil Inggeris di Pahang dinaikkan tarafnya sebagai Residen untuk menjaga dan menjamin keselamatan rakyat Inggeris di Pahang

Selepas itu J.P Rodger telah menjadi Residen di Pahang, beliau telah bercadang hendak memindah pusat pentadbiran dari pekan Ke Kuala Lipis. J.P Rodger berharap dengan jalan itu maka dapatlah Hulu Pahang yang banyak mengeluarkan emas, dijaga lebih sempurna, lagi pula Kuala Lipis Kuala Lipis lebih dekat dengan Kuala Lumpur berbanding dengan Pekan. 

Dengan situasi tersebut menyebabkan kedudukan orang kaya haji di Kuala Lipis mula terancam dan amat tidak disenangi oleh beliau termasuk orang besar di Hulu Pahang kerana susah bagi mereka menjalankan kerja biasa seperti mengutip cukai dan sebagainya.

Walaupun Orang Kaya Haji tidak bersetuju dengan cadangan itu akan tetapi W.C Michell berusaha dan berjaya mendapat persetujuan dari anak-anak beliau yang diketuai oleh Wan Lingga yang bersetuju menerima bayaran sebanyak RM 200.00 sebagai harga tanah kepunyaan bapanya. Perbuatan yang dilakukan oleh anak-anaknya itu menambah kemarahan Orang kaya Haji hinggakan dia jadi seolah-olah seperti orang gila.

Disebabkan takut terjadi sesuatu yang tidak diingini pihak Inggeris telah meminta jasa baik Orang Kaya Indera Perba Jelai (Tok Raja) dan Orang Kaya Indera Setia Raja Gajah Pahang untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Dalam perundingan itu, setelah puas Tok Raja mengeluarkan berbagai hujah untuk memujuk dan mengantikan tanah yang diambil tetapi beliau masih berkeras dengan pendiriannya dan berkata ”pantang tarik puntung, sebelum padam nyala”. Dengan gagal rundingan tersebut menyebabkan Inggeris menyimpan dendam. 

Selepas itu, usaha Inggeris itu berjaya juga Orang Kaya Haji terpaksa juga akur dan beliau dalam keadaan dukacita telah membina rumah kediaman baru di Budu bagi menggantikan tapak rumah beliau di Kuala Lipis yang dicadangkan untuk dijadikan ibu Negeri Pahang. Dimaklumkan bahawa sekiranya ibu negeri ditukarkan ke tempat lain, maka hak pusaka di Kuala Lipis hendaklah dikembalikan kepada pewarisnya. 

Beliau membina sebuah rumah baru di Kampung Tanjung Tualang, Budu yang dikenali sebagai Rumah Gedang. Wan Daud juga dikatakan telah pergi bersama Tok Teh ke Johor menemui Sultan Abu Bakar di Istana Johor (Muzium Negeri Johor Sekarang) untuk menyerahkan surat persetujuan beliau dengan pihak Inggeris. 

Apabila rumah berkenaan siap, beliau pulang ke Kuala Lipis untuk membuat persiapan berpindah ke rumah baru tersebut. Beliau meminta penduduk kampung untuk membantu beliau membawa segala kelengkapan, peralatan dan barangan beliau berpindah ke Budu. Peristiwa ini berlaku di sekitar penghujung tahun 1888 atau awal tahun 1889.

Tindakan mengumpul penduduk kampung ini telah digunakan untuk memfitnah beliau yang kononnya sedang mengumpul tentera dan penduduk kampung untuk menyerang Pekan. Kesempatan ini telah digunakan untuk membunuh Wan Daud Seri Maharaja Setia Raja yang kononnya atas arahan Baginda Sultan. Beliau difitnah sebagai gila, hilang akal, mengamuk dan mesti ditembak mati. Inilah yang dirakam oleh buku sejarah kita seperti yang diungkap dalam buku Sejarah Pahang karangan Haji Buyong b. Adil. 

Kesudahannya, Orang Kaya Haji ditembak mati di depan rumahnya pada tahun 1889 dengan tiga das tembakan. pertama di buku lali, kedua di peha dan ketiga di dahi lalu rebah, Wan Muhammad menerpa dan memangku beliau. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat berpesan kepada Wan Muhammad, “sekiranya aku meninggal, janganlah engkau kuburkan aku di Bukit Betong, kuburkanlah aku berdekatan kubur guruku di Tanjung Rambai”. Sesudah melafazkan kata-kata tersebut, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia lebih kurang 84 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanjung Rambai, di sebelah kanan hilir Sungai Lipis lebih kurang 2.5 batu dari kawasan rumahnya di tanjung sebelah kiri di Kuala Lipis. 



                                   
Kubur Orang Kaya Haji di Tanjung Rambai Kuala Lipis

Gugurlah seorang pahlawan yang setia kepada Raja dan sentiasa sedia membela agama, bangsa dan tanah air. Bersemadilah beliau di sana sebagaimana amanat sebelum kemangkatan beliau.

Dengan terbunuhnya Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang (Orang Kaya Haji) dalam tahun 1889 itu matilah hulubalang Pahang yang pertama menentang campur tangan Inggeris di Pahang. Jang Aisjah Muttalib di dalam bukunya berjudul ”Pemberontakan Pahang 1891 -1895” 1972 menulis diantaranya seperti berikut:

”Walaupun perlawanan Orang Kaya Haji adalah satu perlawanan seorang gila tetapi perlawanan itu dilakukan terhadap Inggris yang menceroboh mengganggu haknya”

Pembunuhan ke atas Orang Kaya Haji amat mendukacitakan Sultan Ahmad. Berhubung dengan perkara itu W. Linehan di dalam sejarah Pahang menulis seperti berikut:


”The Sultan was deeply distressed at the death of cheif who had been one of his most staunch adherents in the past and in after- years when it was suggested that the capital of Pahang should be changed to a more suitable site, Ahmad declared that he would never agree to the abandonment of Kuala Lipis as ground had been hallowed by blood-shed”

Perpindahan ibu negeri Pahang dari Pekan ke Kuala Lipis merupakan satu malapetaka kepada Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang (Orang Kaya Haji) serta keturunannya. Pada hari ini yang tinggal hanya Sek Men Orang Kaya Haji bagi mengenang jasa beliau di bumi Lipis.

Percaturan Inggeris yang licik tidak mampu ditahan oleh Sultan Ahmad kerana semua negeri melayu pada masa itu menerima nasib yang serupa. Pada tahun 1955 Kuala Lipis sebagai ibu negeri ditukar pula ke Kuantan.

Salasilah Ringkas Orang Kaya Haji.



Rujukan
Asal Usul Nama Tempat di Negeri Pahang - Dato’ Hj Zakaria bin Hitam
orangkayahaji.blogspot.com - Wan Jamaludin bin Wan Bidin
Institusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang - (Tun) Suzana (Tun ) Hj Othman

Dato' Hj. Zakaria bin Hitam




13 ulasan:

Nor Wahaya Yahya berkata...

tolong paparkan gambar Dato' Hj Zakaria bin Hitam. Saya nak dapat maklumat lanjut tentang beliau untuk projek kelas. terima kasih

mazru berkata...

Salam..

koi percaya segala kekacauan di pahang adalah hasil dari mainan psikologi inggeris terhadap kaum melayu ketika itu,jelas sekali kalau kehadiran mereka dgn berperang,maka kemungkinan lah mereka akan kalah.

Mereka gunekan fitnah sebagai senjata utk memcahbelahkan org besor2 di pahang..

bile sudah berpecah belah,senanglah mrk nak membonekakan sultan ketika itu...


wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

British campurtangan sbb perpecahan org kita.. apabila tamakkan kuasa.. sejarah sedang berulang dan sntiasa berulang..

Warisan Perba berkata...

Salam. Riwayat MAHARAJA SETIA RAJA HAJI WAN DAUD BIN PANGLIMA PERANG WAN PAHANG (ORANG KAYA HAJI) masih boleh diperluaskan kajiannya, terutama mengenai peranan dan ketokohannya dalam konteks SEJARAH PAHANG.

Para penyelidik perlu memberi gambaran sebenar tentang apa yang berlaku, dan bebas daripada kongkongan emosi meskipun sebahagian faktanya tidak menyenangkan pihak-pihak tertentu.

Beberapa elemen dalam pensejarahan lalu perlu ditulis semuka dengan sumber yang lebih autentik dan pelbagai rujukan silang. Wallahualam.

Azurahisham berkata...

Al fatihah, saya percaya yang MAHARAJA SETIA RAJA HAJI WAN DAUD BIN PANGLIMA PERANG WAN PAHANG (ORANG KAYA HAJI) adalah pahlawan melayu pahang yang gugur sebagai syuhada kerana menentang penjajah Inggeris.

Harap ada kajian khusus terhadap beliau dan seterusnya penerbitan bibiografi dan filem yang berkisarkan cerita OKH Wan Daud Wan Pahang..Semangat beliau mempertahankan haknya dan menentang pencerobohan British wajar dicontohi oleh kita semua..

Nan Zul berkata...

"Org kaya Haji sudah dianggap penderhaka pada masa itu, semua keturunan telah menjadi rakyat biasa pada hari ini...."

beelion berkata...

Salam nak tanya..Orang Kaya Haji dengan Tok Kaya Haji tu org yg berbeza ke?sebab tok wan saya ada cerita mengenai Tok Kaya haji..

Lepih Jati berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Lepih Jati berkata...

beelion.. To' Kaya Haji tu same le ngey Orang Kaye Haji tu..Dataren lepih tu pun namanya guna nama Arwah tu..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Tok Gajah dan Mat Kilau tak tolong Orang Kaya Haji?

Nan Zul berkata...

Mulanya Tok Gajah menasihat Org Kaya Haji supaya akur dengan kemahuan Inggeris hendak jadikan Lipis Ibu negeri Pahang tapi org kaya Haji berkeras tidak mahu perkara itu berlaku.. "

Tanpa Nama berkata...

Memang la..sbb british xbg cukai..sedangkn ia tanah milik beliau..kenapa british nk control pulak

HI Dayat berkata...

Assalamualaikum admin.. Pemba a semua, adalah dikhabarkan Wan Noresah Wan Ahmad Telah Meninggal Dunia pada tangga 23 Jan 2023 lebih kurang jam 9pm.

Mohon Di hadiahkan Al Fatihah Dan di doakan semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman

AddToAny