responsif teks foto

Jumaat, 31 Disember 2021

Pengguna Jambatan Balley Kuala Lipis

Perhatian rakyat Lipis yang dikasihi,

Untuk makluman, Jambatan Bailey ini hanya dibuka bagi akses keluar dari sekitar Lipis (Bandar) ke Jalan Utama (Jalan Lipis – Gua Musang) sahaja.

Pengguna jalanraya yang ingin memasuki kawasan sekitar bandar disarankan melalui Persimpangan Tempoyang dan Jalan Alternatif di Taman Cahaya dan Taman Setia Jaya.

Pembukaan laluan ini dibuka secara satu haluan dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan berikutan kapasiti Jambatan Bailey tersebut yang hanya mampu menampung berat maksima 15 TAN dan berkelebaran 4.2 METER sahaja. 

IPD Lipis melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan mengambil tindakan saman jika pengguna jalanraya gagal mematuhi arahan lalulintas tersebut.

Terima kasih atas kerjasama.

Sumber: Polis Lipis

Rabu, 29 Disember 2021

Lepas banjir pencari ikan sungai dapat Kelah.


TANGKAP SPESIES KELAH PALING MAHAL SELEPAS BANJIR, NELAYAN UNTUNG RM3,100

LIPIS: Seorang nelayan Sungai Tanum di Kampung Chegar Perah, Mukim Batu Yon 2 di sini, Abd. Hadi Sulaiman, 47, mendapat rezeki lumayan selepas menangkap seekor ikan Kelah Merah atau nama saintifiknya, Tor putitora satu-satunya spesies liar di habitat sungai yang paling mahal di pasaran negara ini.

Abd. Hadi berkata, banjir yang melanda kampung itu bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan yang menimpa dirinya serta penduduk yang menjadi mangsa akibat air Sungai Tanum yang mengalir daripada Ulu Jelai melimpah masuk ke rumah.

Katanya, ketika air sungai surut dua hari lalu, dia turun memasang jaring sambil berharap mendapat rezeki untuk menampung pembelanjaan selepas banjir.

“Semalam pada pukul 6.30 petang, saya turun memasang jaring lapan inci di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki (ikan liar) terperangkap dalam jaring ini.

“Apabila turun ke sungai ini pukul 7 pagi tadi untuk melihat jaring yang dipasang ternampak alat ini (jaring) bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air yang kuat berkocak di permukaan sungai,” katanya di Kampung Chegar Perah di sini hari ini. 

Menurut Abd. Hadi, Allah SWT memakbulkan permintaannya apabila ditarik sahaja jaring ke atas ternampak seekor ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum 20 tahun lalu.

“Saya menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang jika rezeki ikan kelah yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula. Apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan (saya) terdiam seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini,” katanya.

Selanjutnya Abd. Hadi menjelaskan setelah dibuat perkiraan, dia memperoleh rezeki sebanyak RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram.

“Oleh kerana saya sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.

“Saya bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada peralatan ini untuk juadah keluarga pula,” ujarnya.

Jelasnya, ikan kelah merah sesuai dimasak campuran asam tempoyak, masakan tiga rasa manakala di hotel atau chalet, spesies ini juga boleh dibuat steamboat untuk hidangan pelancong. 

Kredit – UTUSAN ONLINE

Selasa, 28 Disember 2021

Rumah Rakit atas darat.

 



Idea membina rumah rakit di atas darat untuk mengelak dari memindah barang peralatan rumah seperti peti ais, mesin bansuh, tilam ke atas bukit berbaloi bila banjir kedua tahun 2021 terjadi. Waktu aman rumah tersebut digunakan sebagai tempat bersantai dan berehat sambil makan BBQ atau Steambot.

Penduduk kampong Seberang Jelai Kuala Lipis pada mulanya berasa hairan dan pelik bila abang kepada anak muda Azeida Baharudin membina rumah tersebut pada bulan Mei 2021.


Idea terbaik musim banjir 2021


Rujuk



 



Khasiat Cincau

 


Manfaat kesihatan cincau

  • Berupaya untuk mengawal paras kolesterol dalam darah
  • Berupaya untuk mengawal paras gula dalam darah
  • Kebolehan melawan kanser dan mempengaruhi aktiviti sistem imun
  • Keupayaan untuk mengawal tekanan darah
  • Mempunyai aktiviti dan keupayaan untuk melindungi organ hati (Hepatoprotective)

Proses pembuatan Cincau Hitam:

Daun dan batang yang kering direbus sehingga mengeluarkan warna hitam yang pekat. Tapis dan buang hampasnya. Masukkan tepung ubi kayu dan terus kacau hingga campuran tidak bergentel-gentel lagi. Kacau lagi hingga berkilat dan disejukkan sebelum dipotong untuk dicampur dalam minuman



Dapatkan Pokok Cincau.


Ahad, 19 Disember 2021

Program Rezeki Ternak Ruminan 2022

 


Anda seorang penternak? Inisiatif ini mungkin akan menarik minat anda!

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah membuka permohonan untuk Program Rezeki Ternakan Ruminan 2022, bertujuan untuk membantu penternak dengan bantuan seperti;

  • Bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri dan kambing tenusu - dengan konsep geran padanan 10:90)
  • Bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang/reban.

Peserta haruslah mencapai sasaran prestasi keseluruhan ladang dalam tempoh 3 tahun perjanjian.
Permohonan dibuka sehingga 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏. 
Borang penyertaan boleh dimuat turun di https://me-qr.com/mobile/pdf/1822602 dan dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar/Pusat Operasi VetEC yang berhampiran selepas diisi lengkap. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/veterinarmalaysia/posts/267949822023413.
Nak tahu lebih banyak info bantuan dan inisiatif seperti ini? Ikuti 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 di media sosial!

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak urusetia melalui talian 
  • 03-88702406
  • 03-88702421
Kerdit FB : Pejabat Perkhidmatan Veterinar



Lencongan Gua Musang - Lipis - Raub

 


Simpang Kampung Berchang.


Simpang Kampung Lubuk Kulit

LAPORAN LENCONGAN JALAN PERSEKUTUAN FT08 JALAN LIPIS - GUA MUSANG

Jenis Kejadian : *Banjir* 
Tarikh : *19.12.2021*
Masa : *8:00 am*
Daerah : *Kuala Lipis*
No. Laluan : *FT 08* 
Nama Jalan : *Kuala Lipis - Gua Musang* 
Seksyen : *108.00*
Koordinat : **
Lokasi / _Landmark_: *Masjid Berchang*
Panjang Kawasan Terlibat : ** 
Kedalaman Paras Air : **
Cuaca : *Hujan*
Status Laluan : *Jalan Di tutup Kepada Semua Kenderaan*

Jalan Alternatif :*FT235 (berchang - sg.koyan)- FT1503 (Tersang - Sg.Koyan)*
Catatan : 
1. *Jalan lencongan ke bandar raub melalui FT235 (simpang berchang - sg.koyan) - FT1503 (tersang - sg.koyan)*
Kedalaman paras air:  
0.35m - jalan ditutup kepada kenderaan ringan
0.76m - jalan ditutup kepada semua kenderaan
*Updated by: JKR Lipis & Roadcare (M) Sdn. Bhd.*

Kredit FB : JKR Negeri Pahang


Jumaat, 17 Disember 2021

Paras air di Sungai Utama Lipis.

 


LAPORAN PARAS AIR SUNGAI UTAMA DI DAERAH LIPIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera YAB Dato' Seri / YB Dato' Seri / YAS Datuk / YH Dato', Tuan-Tuan dan Puan-Puan..

Tarikh : 17 Disember 2021

Masa : 08.30 am

Sg Jelai @ Kuala Medang

PARAS SEMASA : 80.79m (NORMAL)

TREND : Menaik

Paras Normal : 79.50m

Paras Waspada : 82.50m

Paras Amaran : 83.50m

Paras Bahaya : 84.50m


Sg Jelai @ Bukit Betong

PARAS SEMASA : 68.26m (NORMAL)

TREND : Menaik

Paras Normal : 66.00m

Paras Waspada : 70.00m

Paras Amaran : 71.00m

Paras Bahaya : 72.00m

Sg Jelai @ Jeti Lipis

PARAS SEMASA : 60.10m (NORMAL)

TREND : Menaik

Paras Normal : 59.00m

Paras Waspada : 62.00m

Paras Amaran : 64.00m

Paras Bahaya : 65.50m

Sg Jelai @ Jeram Bongor

PARAS SEMASA : 55.55m (NORMAL)

TREND : Menaik

Paras Normal : 55.00m

Paras Waspada : 58.00m

Paras Amaran : 60.00m

Paras Bahaya : 62.00m

Sg Lipis @ Benta

PARAS SEMASA : 71.86m (NORMAL)

TREND : Menaik

Paras Normal : 70.00m

Paras Waspada : 73.50m

Paras Amaran : 74.00m

Paras Bahaya : 75.00m

Sg Tanum @ Jambatan Chegar Perah

PARAS SEMASA : 96.02m (NORMAL)

TREND : Menaik

Paras Normal : 95.00m

Paras Waspada : 96.50m

Paras Amaran : 97.25m

Paras Bahaya : 98.00m

Sg Tembeling @ Kuala Tahan

PARAS SEMASA : 64.26m (WASPADA)

TREND : Menaik

Paras Normal : 60.00m

Paras Waspada : 64.00m

Paras Amaran : 66.00m

Paras Bahaya : 68.00m

18 Dis 2021

Lokasi jalan yang dinaiki air dalam Daerah LIPIS :-

Jalan / Laluan Persekutuan

a) Lokasi : Jalan LIPIS - JERANTUT (Kampung Serdang) (FT 234)
Status Laluan : Jalan di tutup kepada semua kenderaan.

b) Lokasi : Jalan LIPIS - JERANTUT (Kampung Ganding) (FT 234)
Status Laluan : Jalan di tutup kepada semua kenderaan.

c) Lokasi : Jalan LIPIS - JERANTUT (Tanjung Buloh) (FT 234)
Status Laluan : Jalan di tutup kepada semua kenderaan.

d) Lokasi : Jalan LIPIS - JERANTUT (SMK Kerambit) (FT 234)
Status Laluan : Jalan di tutup kepada semua kenderaan.

e) Lokasi : Jalan LIPIS - JERANTUT (Kampung Kerambit) (FT 234)
Status Laluan : Jalan di tutup kepada semua kenderaan.

Jalan / Laluan Negeri

a) Lokasi : Jalan Bukit Kota - Aur Gading.
Status Laluan : Jalan di tutup kepada semua kenderaan.

b) Lokasi : Kampung Kerambit, Limau purut, Mela (Kampung Redan)
Status Laluan : Jalan di tutup kepada semua kenderaan.

c) Lokasi : Kampung Lubuk Kulit - Kampung Barus (Jambatan Lubuk Kulit).
Status Laluan : Jalan di tutup kepada semua kenderaan.



19 Dis 2021

Info banjir

1 highway baru bentong ke lebu untuk keraub.....TUTUP
2 Sungai dua karak hala bentong....tanah runtuh
3. Kampung Karak Setia sehingga ke taman hijau Karak, banjir....jalan tutup
4. Karak ke Telemong, banjir...jalan tutup
5. Bagan serai ke lentang...tanah runtuh...jalan tutup
6...Raub ke Lipis ...kawasan Ulu Dong banjir...jalan tutup. Boleh ikut Tersang- Koyan untuk ke Gua .Musang
7. Gua Musang ke Lojing...Banjir, kenderaan berat boleh lalu.
8..HATI2 MEMANDU, KOREK2 APA YANG ADA








20 Dis 2021

Jalan utama Gua Musang - Kuala Lipis- Kuala Lumpur

Kampung Tempoyang

SK Wan Ibrahim

Sekolah Pra SK Wan Ibrahim



Program Bantuan IPTA

 


Borang Program Bantuan IPTA Yayasan LTAT telah di upload di dalam web Yayasan  LTAT.
Tarikh akhir penghantaran borang ke *Sel Pendidikan Am Jab Arah Pendidikan* ialah pada atau sebelum *28 Feb 2022*.

Mohon hebahan kepada formasi dan unit di bawah pemerintahan. Borang boleh dimuat trun spt link di bawah . Kawat hebahan kepada perkhidmatan menyusul. Terima kasih.

Khamis, 16 Disember 2021

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

 


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan ketika negara dilanda ancaman pandemik, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya termasuklah sebuah skim yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional – Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang bertujuan sebagai pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

  • Pembelian motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Modal pusingan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);

Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);

Pemohon bukan seorang yang muflis;

Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;

Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;

Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;





Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;

Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;

Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);

Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.


DOKUMEN-DOKUMEN DIPERLUKAN

Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP17);

Gambar pemohon berukuran pasport;

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang;

Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah;

Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;

Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;

Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;

Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;

Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing;

Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir);

Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon);

Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.


CARA MEMOHON

Kepada yang menepati syarat-syarat dan ingin memohon pembiayaan ini, ia boleh dibuat dengan menghadiri mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.

Senarai lengkap alamat cawangan-cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk – SEMAKAN ONLINE

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan kerana itu para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – 

Ahad, 12 Disember 2021

Seni bina Rumah berumur 80 tahun

 


Rumah Buruk ini dibina pada tahun 1939 mengunakan kayu yang dibuat sendiri dengan mengunakan pahat , gergaji dan beliung oleh Aki Mahamud bersama dengan Aki Daa. Ianya siap pada tahun 1941 sama dengan tarikh kemasukan Jepun ke tanah Melayu. Pernah ditumpangi sejenak oleh keluarga Orang Kaya Perba Jelai Wan Ali bin Wan Chik (1935-1957)semasa Jepun ingin mengebom sekitar Lipis.

Rumah kayu ni sejuk . Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. merekot kesejukan kalau tak ada selimut. Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.

Kenapa?

Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah. Paling menarik rumah ini walaupun tingkap kecil tapi bila dibuka dalam rumah sangat terang walaupun tidak dihidupkan lampu.


Tuan Rumah Pertama  Aki Mahmud -Saudah


Tuan Rumah Generasi Ke-2


Aki Daa Tukamg Rumah ini


Pinggan yang digunakan dirumah ini.

Potong Padi



Pernah dihempap pokok durian


Bila musim durian di rumah buruk


semuanya malas bila kena  buat tempoyak


Aktiviti di zaman dulu hanya tinggal kenangan


Majlis pernikahan yang berlangsung di rumah ini. 1974

Kaum kerabat 



Nama moyang-moyang kami








Jumaat, 10 Disember 2021

Air sungai tiba-tiba hijau

 


Air Sungai Kechau Tui  mengalir ke Sungai Jelai di sini yang bertukar menjadi hijau dengan tiba-tiba sejak semalam menimbulkan pelbagai persoalan dan

mengejutkan penduduk setempat.

Kejadian pertama kali melibatkan jarak kira-kira tiga kilometer itu bagaimanapun tidak menyebabkan  ikan  dan hidupan sungai mati.

Penduduk setempat percaya ia bukan disebabkan perlombongan memandangkan air sisa lombong adalah keruh atau kehitaman.

Sementara itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Mohd Sani Mat Daud berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian dan telah melakukan pemantauan di kawasan kejadian.

"Pada masa ini siasatan giat dilakukan termasuklah bagi mengenalpasti punca kejadian,"ujarnya.


Tindakan 

Daripada Aduan yang di Tag pada FB Menteri Alam Sekitar, Sungai Jelai di Kampung Seberang Jelai dicemari bertukar menjadi warna biru kehijauan. 

Pasukan penyiasat telah menyusur anak sungai dan mendapati punca daripada sebuah kilang. Longkang belakang premis menjadi tempat membilas bekas IBC dye biru. 

Sepuluh (10) kompaun telah dikenakan kepada pemilik premis. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 25 AKAS 1974. Siasatan dan pemantauan lanjut akan diteruskan. 


Kredit FB : Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Kredit FB : Pahang Story



Rabu, 8 Disember 2021

Najib Kekal Bersalah.

 


Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengetepikan kesemua tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC.

Mahkamah Rayuan benar permohonan Najib untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Kredit : BERNAMA


Isnin, 6 Disember 2021

Diskaun Pengurangan Saman IPD Lipis.

 


Tawaran Diskaun 80 Peratus sempena Hari Aspirasi Hari Keluarga Malaysia  

Tarikh : 09 - 12 Dis 2021

Masa : 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang 

Tempat : Kaunter Bayaran Saman Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis Pahang




DISKAUN PENGURANGAN SAMAN PDRM

Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman. Bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditawarkan pengurangan sehingga 80%, manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70%.
 
Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat.

Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.
Pastikan pakai pelitup muka, sanitasi tangan dan jaga jarak fizikal semasa hadir nanti.




5. Cara Check Saman Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdapat 3 cara semak saman melalui SMS iaitu:

Cara 1

Taip: POLIS SAMAN <Nombor pendaftaran/Plat kenderaan> hantarkan ke 32728.
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728
Cara 2

Taip POLIS SAMAN <No Plat kenderaan> dan hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888
Cara 3

Taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728

Tempoh Diskaun Dilanjutkan.

Tempoh diskaun pembayaran saman trafik dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menambah kaunter saman trafik di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK ) di seluruh negara untuk mengelakkan kesesakan.

Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sehingga 80 peratus bermula Khamis dan sepatutnya tamat pada hari ini


Ahad, 5 Disember 2021

Mayat ditemui Dalam Kereta.

 



LIPIS: Seorang guru lelaki ditemui mati oleh orang awam di dalam kereta di kawasan semak di Kampung Daling, Padang Tengku, dekat sini, Khamis lalu.

Mangsa, Tengku Suhaimi Tengku Yusoff berusia 54 tahun, ditemui tersandar di tempat duduk pemandu kenderaan itu.

Tiada sebarang kesan kecederaan atau darah serta senjata dijumpai dalam kereta atau di kawasan berhampiran.





Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor, berkata susulan menerima panggilan daripada orang awam, anggota polis dari Balai Polis Padang Tengku telah bergegas ke tempat kejadian.

"Mayat lelaki itu dibawa keluar dari kawasan itu pada 8.15 malam hari sama," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, Gua Musang.

Katanya, bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Jenazah mangsa sudah dituntut oleh isterinya untuk dikebumikan semalam," katanya.

Kredit : Berita Harian Online

Jumaat, 3 Disember 2021

Bicara Fajar oleh Mufti Pahang

 



ATURCARA BICARA FAJAR DI SURAU AN-NUR TAMAN PERTAMA

6 Disember 2021 (Isnin)

5.30 pagi :
Ketibaan Dato' Sri Mufti dan urusetia Jabatan Mufti.

5.45 pagi :
Azan Subuh

SOLAT SUBUH BERJEMAAH

6.15 pagi :
Bicara Fajar (Kuliah Subuh)

Oleh : Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman.

Pelancaran Kempen Solat Berjemaah & Penyampaian Cenderamata Jabatan.

Solat Sunat Dhuha

7.30 pagi :
Sarapan pagi

8.00 pagi :
Majlis tamat.



Khamis, 2 Disember 2021

Dua kenderaan dipercayai tertimbus tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

 





IPOH: Dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini. 

Difahamkan kenderaan yang tertimbus ialah sebuah lori kecil dan sebuah kereta.
Tanah runtuh itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.44 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati tanah runtuh menghalang laluan utama ke Cameron Highlands.

“Berdasarkan maklumat awal, sebuah kenderaan terperangkap di mana terdapat mangsa di dalamnya. Operasi kini sedang dijalankan,” katanya.


UtusanMalaysia
Gambar media sosial

Kredit  ASLIZA MUSA
2 Disember 2021, 3:08 pm



Sabtu, 27 November 2021

Program Inisiatif Perumahan (Baikpulih) untuk Veteran ATM.

 



PAHANG - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Mej Khairul Ashinar bin Azid @ Aziz TUDM, Penolong Pengarah, Kapt Sazlan bin Hj Mustafa dan Staf, Bintara Muda Che Sarmizi bin Che Muda telah melaksanakan Aktiviti dan Program di sekitar Negeri Pahang adalah seperti berikut:

1. Lawatan Pemeriksaan Rumah Bagi Program Inisiatif Perumahan Baikpulih Veteran ATM.

21 hingga 24 Nov 2021- Pengarah dan staf telah melaksanakan lawatan pemeriksaan rumah Veteran ATM bagi Program Inisiatif Perumahan (Baikpulih) Veteran ATM untuk memantau dan memastikan proses baikpulih rumah Veteran ATM berjalan lancar. Dalam lawatan tersebut, sebanyak 4 buah rumah baikpulih yang telah siap sepenuhnya dan 4 buah lagi telah melebihi 50% proses baikpulih, manakala yang selebihnya masih bawah 50% proses baikpulih. Antara rumah yang telah siap dibaikpulih adalah seperti berikut:



a. (1019143) Veteran Mat Rahim bin Mahmod di alamat G-75, Kg Ganchong Ulu, 26630 Pekan, Pahang. 

b. Balu kepada Allahyarham (1114255) Veteran Mohamad Nor bin Mohamad Sarkawi, Mastura binti Abdul Manan di alamat No 5, Lorong Permatang Badak Perdana, Taman Desa Mesra, 25100 Kuantan, Pahang.

c. Balu kepada Allahyarham (1041990) Veteran Ramli bin Nong, Zaini binti Mat Jais di alamat No 57, Kampung Kerayong, 28300 Bera, Pahang.

d. Balu kepada Allahyarham (1026867) Veteran Samsudin bin Jab, Siti Halijah binti Hussin di alamat No 1, Rumah PPRT, Kampung Mengkarak, 28200 Bera, Pahang. 

2. Lawatan Siasatan Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH).

24 - 24 Nov 2021- Penolong Pengarah dan staf telah melaksanakan Lawatan Siasatan Permohonan Bantuan Sara Hidup di sekitar Kuantan, Pahang. Antara Veteran ATM dan Balu yang terlibat adalah seperti berikut:

a. Balu kepada Allahyarham (1024206) Veteran Jamaluddin bin Nordin, Napisah binti Kelandan Kutty di alamat No 7, Lorong Bukit Rangin Aman 16, Sungai Pandan, 25150 Kuantan, Pahang.

b. (1030521) Veteran Mohamad Rosli bin Jusoh di alamat, Du 147 Jalan Zainuddin, Kampung Jaya Gading, 26070 Kuantan, Pahang. 

c. (148181) Veteran Mohd Zaidi bin Manaf di alamat No 180, Jalan Sungai Isap Perdana 4, Perkampungan Sungai Isap, 25150 Kuantan, Pahang. 

d. (1039987) Veteran Nordin bin Ibrahim, di alamat  PTK 150, Kampung Kurnia, Batu 3 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang. 

3. Lawatan Cakna Veteran ATM.

25 hingga 26 Nov 21- Pengarah, Penolong Pengarah dan staf telah melaksanakan Lawatan Cakna Veteran ATM di sekitar Kuantan, Pahang. Antara Veteran ATM yang terlibat adalah seperti berikut:

a. (705915) Veteran Sathasivam a/l Udayappan di alamat No. 6, Jalan Tas 34, Taman Tas, 25150 Kuantan, Pahang. Veteran berumur 64 tahun mengalami masalah kesihatan iaitu lumpuh satu badan, kencing manis dan darah tinggi.


b. (718040) Veteran Ramesh a/l Rajoo di alamat No. 60, Lorong Seri Mahkota Maju 1, Jalan Gambang, 26070 Kuantan, Pahang. Veteran berumur 50 tahun mengalami masalah kesihatan iaitu kencing manis, darah tinggi dan asthma.

c. (707131) Veteran Maheswaren a/l Karuppiah di alamat No. E-1512, Lorong Seri Teruntum 84, Jalan Wong Ah Jang, 25100 Kuantan, Pahang. Veteran berumur 65 tahun mengalami masalah kesihatan iaitu kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

d. (371499) Veteran Mohamed Saidi bin Sulaiman di alamat No.1, Jalan Kilang Rotan Lama, Kampung Kerayong, 28200 Bandar Bera, Pahang. Veteran berumur 59 tahun mengalami masalah kesihatan iaitu kencing manis kronik, darah tinggi dan masalah saraf. 

4. Penyerahan Waran Tunai Bagi Program Inisiatif Perumahan Baikpulih Veteran ATM.

26 Nov 21- Pengarah, Penolong Pengarah dan Staf telah menguruskan bayaran waran tunai bagi Program Inisiatif Perumahan Baikpulih Veteran ATM yang telah siap dibaikpulih di Daerah Kuantan, Pekan dan Bera Pahang.

Kredit FB : JHEV 

Khamis, 25 November 2021

Kerosakan jalan di Jalan Batu 2

 


Peristiwa banjir yang kita hadapi beberapa tahun lalu telah mengakibatkan berlakunya kekerapan tanah runtuh dan kerosakan jalan di Jalan Batu 2 (berhadapan Taman Cahaya) sehingga membawa kepada penutupan jalan demi keselamatan pengguna. 

Ekoran daripada peristiwa ini, beberapa siri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal telah diadakan dihadiri oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah Lipis bagi membincangkan mengenai penyelesaian mengatasi masalah ini. 

Kesan pandemik dan PKP yang dihadapi negara telah mengakibatkan proses dan gerak kerja pembinaan seperti lawatan tapak, mengkaji kesesuaian bahan dan proses teknikal agak terbatas menyebabkan kebanyakan proses tergendala.

Pihak konsultan telah mencadangkan untuk membina culvert dengan kos RM1.1 juta dan ketika itu pembinaan ini dijangka akan siap pada September 2021.


Namun begitu saya kemudiannya mengadakan perbincangan dengan Konsultan, pihak JKR, JPS, MDL dan Pejabat Daerah bahawa sekiranya kita menggantikan dengan pembentung(culvert) yang sama seperti sebelum ini, sudah tentu perkara yang sama akan berulang melihat kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan ini serta kekerapan Banjir Kilat di Kg Tempoyang. Untuk makluman semua, kejadian tanah runtuh dan membaiki jalan di Batu 2 ini telah berulang sebanyak 2 kali. Dan kita tidak mahu ia berulang lagi untuk kali ke-3.

Jadi saya telah meminta untuk membina jambatan baru dengan anggaran kos RM3.5 juta supaya kes tanah runtuh dan kerosakan jalan di Batu 2 ini tidak berulang.

Status pembinaan Jambatan baru ini adalah diperingkat membina rekabentuk kerana pihak konsultan dan JKR perlu membuat kajian semula melibatkan aliran air sungai, beban dan perkara-perkara teknikal. 


Saya memahami keputusan awal yang mana mesyuarat bersetuju untuk membina pembentung (culvert) kerana Jawatankuasa Teknikal berhasrat untuk meminimumkan kos dan mempercepatkan pembinaan kerana jika kita bina culvert, peruntukan sudah diperoleh dan pembinaannya boleh dijalankan dengan serta merta.

Buat masa ini, bagi mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak, saya telah cadangkan untuk membina jambatan bailey oleh JKR sementara menunggu jambatan ini siap dibina. 

Saya telah hubungi Menteri Kanan KKR, YB Dato’ Sri Hj Fadillah dan beliau telah memberi maklum balas serta jaminan pembinaan Jambatan Bailey ini akan bermula seberapa segera. 

Bagi pembinaan jambatan yang bernilai RM3.5 juta ini pula, saya juga telah menerima pengesahan daripada Pejabat Kewangan Negeri bahawa waran peruntukan (Di bawah kepala Peruntukan P.06 Kerja Raya Pembangunan Negeri Pahang) bagi pembinaan jambatan ini akan dikeluarkan pada Januari 2021.

Saya berharap semua dapat bersabar kerana kita akan bina jambatan yang lebih sempurna dan kukuh yang akan melibatkan peruntukan yang lebih besar. Biarlah kita menunggu sedikit masa asalkan kita dapat menikmati kemudahan ini puluhan tahun berbanding mendapat manfaat yang hanya sementara.

Dato Sri Abdul Rahman Mohamad

Kredit FB : YB AMAN @ TOK MAN



Cari Ikan Sungai Pahang

 


Rabu, 24 November 2021

WHO memberi amaran COVID di Eropah menjelang Mac

 

23 Nov 2021 Al Jazeera

Agensi kesihatan PBB mengunjurkan kematian COVID di Eropah melepasi dua juta menjelang Mac apabila benua itu menyaksikan lonjakan jangkitan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa Eropah kekal “digenggam kuat” oleh wabak koronavirus dan angka kematian di benua itu boleh mencecah 2.2 juta pada musim sejuk ini jika trend semasa berterusan.

700,000 lagi rakyat Eropah boleh mati menjelang 1 Mac, kata WHO pada hari Selasa, sebagai tambahan kepada 1.5 juta yang telah meninggal dunia akibat virus itu.

Ia menjangkakan "tekanan tinggi atau melampau dalam unit rawatan rapi (ICU) di 49 daripada 53 negara antara sekarang dan 1 Mac 2022".

Kembalinya Eropah sebagai pusat wabak itu telah dipersalahkan disebabkan oleh pengambilan vaksin yang lembap di beberapa negara, varian Delta yang sangat menular, cuaca yang lebih sejuk memindahkan orang ke dalam rumah semula dan pelonggaran sekatan.

Lonjakan itu telah menyaksikan Austria kembali berkurung minggu ini, manakala Jerman dan Belanda bersedia untuk mengumumkan sekatan baharu.

Di Kesatuan Eropah, 67.7 peratus daripada populasi telah diberi vaksin sepenuhnya.

Tetapi kadar berbeza secara meluas antara negara, dengan paras rendah di banyak negara timur. Hanya 24.2 peratus rakyat Bulgaria mendapat vaksin sepenuhnya, berbanding 86.7 peratus di Portugal.

Menurut data WHO, kematian berkaitan COVID di 53 negara di rantau Eropah meningkat minggu lalu kepada hampir 4,200 sehari, meningkat dua kali ganda daripada 2,100 kematian sehari pada akhir September.

Ia berkata bukti semakin berkembang bahawa perlindungan yang disebabkan oleh vaksin terhadap jangkitan dan penyakit ringan semakin berkurangan.

Beberapa negara, termasuk Greece, Perancis dan Jerman, sedang bergerak ke arah memerlukan suntikan ketiga bagi seseorang untuk dianggap telah divaksin sepenuhnya.

Austria pula, menutup kedai, restoran dan pasar perayaan pada hari Isnin, sekatan paling drastik yang dilihat di Eropah Barat selama berbulan-bulan.

Canselor Angela Merkel telah memberi amaran bahawa Jerman tidak melakukan cukup untuk mengekang gelombang keempat pandemik yang "sangat dramatik".

Dengan katil rawatan rapi terisi dengan pantas dan kadar kejadian mingguannya pada paras tertinggi sepanjang masa iaitu 399.8 jangkitan baharu bagi setiap 100,000 orang, wilayah Jerman yang paling teruk dilanda telah mengarahkan penutupan baharu, termasuk penutupan pasar Krismas.

Dominic Kane dari Al Jazeera, melaporkan dari Berlin, berkata terdapat dua peristiwa penting dalam fikiran orang ramai di Jerman.





"Yang pertama sudah melebihi," katanya. “Lebih lima juta kes di negara ini sejak wabak itu bermula. Yang kedua, yang mungkin secara psikologi jauh lebih penting akan berlaku dalam dua hari akan datang berpotensi: 100,000 orang mati di negara ini akibat coronavirus."

Jumlah kematian COVID di negara ini pada masa ini hanya kurang daripada 99,000, tetapi dengan 300 orang mati setiap hari akibat COVID, kata Kane.

'Mencabar musim sejuk di hadapan'

WHO berkata bilangan orang yang tidak divaksin yang tinggi, serta "perlindungan akibat vaksin yang dikurangkan", adalah antara faktor yang mencetuskan penularan tinggi di Eropah di samping penguasaan varian Delta dan kelonggaran langkah-langkah kebersihan.

Pengarah serantau untuk WHO Eropah, Hans Kluge, berkata Eropah dan Asia Tengah "menghadapi musim sejuk yang mencabar di hadapan".

Beliau menggesa pendekatan "vaksin tambah", yang terdiri daripada gabungan vaksinasi, penjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan mencuci tangan.

WHO berkata topeng muka mengurangkan kejadian COVID sebanyak 53 peratus, menurut kajian baru-baru ini, dan "lebih 160,000 kematian boleh dicegah (menjelang 1 Mac) jika liputan topeng universal sebanyak 95 peratus dicapai".

Tetapi prospek musim sejuk di bawah sekatan yang diperbaharui telah mencetuskan kekacauan di beberapa negara.

Belgium, Belanda dan pulau-pulau Caribbean di Guadeloupe dan Martinique di Perancis masih bergelora pada hari Selasa akibat protes ganas terhadap langkah anti-COVID baharu.

Polis Belanda menahan sekurang-kurangnya 21 orang semasa pertempuran malam keempat, yang dilabelkan oleh Perdana Menteri Mark Rutte sebagai "keganasan tulen" oleh "orang bodoh".

Bilangan jangkitan koronavirus Belanda mencecah rekod mingguan baharu pada hari Selasa, meningkat 39 peratus manakala kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi juga meningkat dengan mendadak, mendorong kerajaan untuk mewajibkan penjarakan sosial sekali lagi untuk semua orang dewasa.

Kerajaan Belanda juga telah memperkenalkan undang-undang yang akan membuka jalan untuk menyekat akses orang yang tidak divaksinasi ke tempat tertutup seperti bar, restoran dan muzium jika jangkitan terus meningkat. Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan di parlimen minggu depan.

Andrew Simmons dari Al Jazeera, melaporkan dari Rotterdam, berkata lonjakan kes adalah "membimbangkan" dan terdapat juga perpecahan mendalam mengenai prospek sekatan sosial menjadi undang-undang.

“Masih terdapat kebimbangan mengenai sekatan di sini kerana tahap sekatan adalah agak tinggi. Sekarang, langkah untuk menjadikan beberapa sekatan itu menjadi undang-undang menjadikan sesetengah orang sangat prihatin. Ada pembahagian.”

“Fakta yang menakjubkan ialah 84 peratus penduduk di sini telah diberi vaksin. Jadi itu adalah kadar vaksinasi yang tinggi dan kadar jangkitan yang tinggi. Ini adalah situasi yang membimbangkan semua yang berkenaan.”

Disebalik Banjaran Titiwangsa



Peninggalan rahsia sang penjajah di sebalik Banjaran Titiwangsa

PERNAH diceritakan secara lisan sekitar tahun 1760, terdapat satu operasi rahsia yag dijalankan penjajah Inggeris di sekitar Banjaran Titiwangsa.

Operasi tersebut merupakan aktiviti perlombongan haram yang disembunyikan daripada pengetahuan awam bagi mengelakkan cukai serta perebutan di kalangan pembesar Melayu terhadap lombong emas yang ditemui itu.

Lokasi tersebut juga menjadi pintu rahsia untuk menyeludup keluar emas dari negeri Pahang tanpa membayar cukai. Malahan, hasil bumi seperti bijih timah dan sumber hutan yang ada di sekeliling kawasan Kuala Kubu juga turut dikaut oleh mereka.

Melalui kisah lisan sejarah lampau itu, kami dahulu pernah menemui mereka yang pernah menyelongkar kaki Banjaran Titiwangsa untuk mengesan tinggalan tapak perlombongan rahsia itu.

Salah seorang yang kami temui ketika itu ialah lelaki bernama Abdul Rahim, yang menceritakan bahawa tapak lombong itu pernah ditemui oleh dua orang penduduk Kuala Kubu Bharu yang kebetulan lalu di situ ketika dalam perjalanan menandakan sempadan kawasan pembalakan untuk satu konsesi balak pada tahun 1981. Mereka dikenali sebagai arwah Aki Udang dan Pakcik Lili.




Bagaimanapun, ketika Abdul Rahim minta menunjukkan kedudukan lokasi itu secara tepat pada peta topografi, kedua-dua mereka tidak dapat mengingati denai yang membawa mereka ke situ.

Apa yang mereka dapat bantu adalah dengan memberikan gambar-gambar fotografi yang mereka ambil sewaktu berada di kawasan tersebut. Gambar itu termasuklah sebuah enjin stim lama yang dipercayai lokomotif yang digunakan untuk mengangkut hasil-hasil perlombongan itu.

Berbekalkan gambaran petunjuk yang ada, Abdul Rahim bersama empat rakannya telah memulakan ekspedisi di kaki Bukit Fraser. Perjalanan ekspedisi tersebut memakan masa selama enam hari akhirnya mendatangkan hasil apabila mereka berjaya menemui lokasi sebenar kawasan perlombongan itu.

Kata Abdul Rahim, mereka telah menemui sembilan bekas lokasi aktiviti perlombongan di mana salah satu kawasan tersebut merupakan kawasan lombong rahsia yang aktif suatu ketika dulu. Semua lokasi itu terletak tidak jauh dari kaki Gunung Rajah.

Abdul Rahim dan rakan-rakannya juga telah menemui pelbagai peralatan yang digunakan untuk menjalankan perlombongan. Juga terdapat banyak bangkai lokomotif yang berkemungkinan digunakan sebagai jentera untuk mengangkut keluar hasil lombong.

Dipercayai lokomotif berenjin stim ini juga digunakan sebagai generator yang dapat membekalkan tenaga elektrik dan juga mengepam oksigen ke dalam shaft lombong.

Menurut Abdul Rahim, jika diambil kira keadaan semasa, enjin tersebut berkemungkinan ditarik ke atas Bukit Fraser dengan menggunakan gajah.

Sebuah landasan mudah alih sejauh satu kilometer juga dibina bagi mengalihkan lokomotif ini ke kawasan perlombongan. Usaha ini dimulakan oleh James Louis Fraser sebelum beliau memulakan proses membina penempatan di situ sekitar 1890.

Terdapat satu tulisan yang bertarikh 1763 ditemui pada sebatang pokok berhampiran kawasan lombong itu yang membuktikan bahawa aktiviti perlombongan tersebut telah beroperasi selama 130 tahun sebelum kewujudan komuniti Bukit Fraser

Di situ juga mereka menemui sebuah empangan yang berkeluasan 100 kaki lebar dengan ketinggian 50 kaki. Ia digunakan sebagai punca bekalan air bersih selain membekalkan air untuk kegunaan lombong bijih timah dan juga aktiviti membersihkan bijih timah dan emas.

Cuba anda bayangkan, betapa bersistematik cara yang digunakan oleh penjajah ketika itu untuk mengaut hasil bumi di negara kita.

Kata Abdul Rahim lagi, mereka turut menemui terowong-terowong dan ada di antaranya sudah pun tertimbus. Berkemungkinan terowong ini bersambung ke negeri Pahang bagi tujuan penyeludupan emas dan bijih timah. Kemudian bagi menyembunyikan kegiatan ini daripada terbongkar, ia diletupkan.

Tidak jauh dari situ, terdapat dua buah menara pada ketinggian 3,600 hingga 3,700 kaki dari aras laut. Ia mungkin stesen kereta kabel yang digunakan untuk mengangkut keperluan para pelombong dan menghantar keluar hasil ke Bukit Fraser. Sebuah roda besar yang dipercayai sebagai gandar untuk menarik tali kabel juga ditemui di kawasan menara ini.

Selain itu, sebuah tapak yang mungkin dipercayai digunakan sebagai pejabat pengurusan perlombongan rahsia pada ketika itu juga dijumpai. Tapi sayangnya, hampir 90 peratus struktur binaannya telah musnah dan mereka tidak menjumpai apa-apa peninggalan yang penting milik Inggeris.

Berdasarkan penemuan kawasan lombong itu, dianggarkan hampir 15 ribu pekerja diperlukan untuk menjalankan operasi lombong rahsia ini.

Tidak pasti apakah bukti-bukti yang pernah ditemui Abdul Rahim ini suatu ketika dahulu masih boleh dilihat dengan jelas pada hari ini. Yang pasti, ia satu peninggalan dari kerakusan si penjajah menjarah hasil bumi kita suatu waktu dahulu.

Kredit : Utusan Malaysia


AddToAny