responsif teks foto

Jumaat, 31 Januari 2020

Jom berkayak, memancing dan camping…?

Assalamualaikum

Synopsis : 

cerita dari Lipis berkayak
Berkayak 

Anggaran jarak sejauh 46KM menyelusuri Sungai Tanum, Kuala Lipis, Pahang. Bermula daripada Kg. Chegar Perah -  Kg. Aur Gading  - Pulau Berala Campsite Kuala Telang. Aktiviti Kayak ini akan mengambil masa perjalanan 2 hari 1 malam  dan akan bercamping di Kg. Aur Gading. Kemudian meneruskan baki perjalanan ke Pulau Berala Campsite Kuala Telang.



Lebih 10 jeram akan diharungi.

Tentatif Program

15 Feb 2020
0900 : Mula Berkayak
1500 : Tiba di Kg. Aur Gading (Pacak khemah dan memancing)

16 Feb 2020
0900 : Mula Berkayak
1500 : Tiba di Pulau Berala Campsite Kuala Telang (Tamat)

Organizer : Pulau Berala Campsite & Recreation | Kelab Jejak Benua Negeri Pahang
Price : RM180.00
Payment : Before 02/02/2020
Acc. Bank : 7624983844 CIMB Mohd Nasuha
Date : 15-16 Feb 2020
Location : Kg. Chegar Perah, Kuala Lipis. Pahang
Contact : wasap.my/60134859850
wasap.my/60109183800
Include : Campsite/Powil/Guide/Kayak/Paddle/Life Jacket/Meal 2 days/Fee

Maklumat selanjutnya akan dimaklumkan dalam group "WhatsApp Expedition"

Chat Whatsapp


FB Ahmad Nazree Sahbudin

Khamis, 30 Januari 2020

FESTIVAL CADAR di LIPIS

WARGA KUALA LIPIS & SEKITAR

Pada 31 JAN 2020-HARI JUMAAT-10AM-10PM

FESTIVAL CADAR di LIPIS PLAZA HOTEL

Cerita dari Lipis Festa Cadar
Plaza Hotel

Jom jumpa disana.Pelbagai Pilihan Cadar.Rambang Mata.Lelong murah2.Rugi tak datang.Pakai cadar patchwork bagus tau cantik lagi berseri seri,anti kedut, lembut, selesa, gebu gebu.Tak payah kemas.

  • Cadar single fitted dari RM10
  • Cadar Hotel RM100
  • Cadar Patchwork dari RM39 hingga RM100 sahaja
  • Cadar + Comforter All Size dari RM75 hingga RM100.Normal price RM239-RM599
  • Bantal Hotel dari RM19,Beli 2 RM30 sahaja.
  • Towel Hotel RM19 sahaja.
  • Sarung Bantal Cotton 2 helai RM10.Normal price RM39
  • Selimut RM19
  • Langsir Luxury Premium RM49


SAVE THE DATE 31.1.2020-10AM-10PM-HARI JUMAAT
DI LIPIS PLAZA HOTEL (HALL DI GROUNDFLOOR)

Jom beramai-ramai !!.Cadar hotel,Cadar single,queen,king, Cadar kalis air (waterproof),Cadar Cartoon,sarung sofa cover,langsir,semua ada,semua baru baru.Jom Tukar Baru.Harga Termurah Sempena Tahun 2020,jangan lepaskan peluang tau.Sayang sayang semua boleh lah beli banyak banyak.Beli banyak banyak dapatlah harga borong.

SELAMA 1 HARI JEE

TARIKH: 31 JANUARI 2020-HARI JUMAAT
10.00 PAGI-10.00 MLM.

LOKASI: LIPIS PLAZA HOTEL
(HALL DI GROUNDFLOOR)

ALAMAT : No.6, Jalan Benta Lipis,Komplex Taipan,27200 Kuala Lipis, Pahang

TAK TAHU JALAN ?.

Tekan google maps di bawah.Maps akan tunjuk jalan ke sana.

GOOGLE MAPS:

SAVE THE DATE 31/1/2020 -HARI JUMAAT-10AM-10PM
LIPIS PLAZA HOTEL (HALL DI GROUNDFLOOR)

JANGAN LUPE AJAK KAWAN2 JIRAN2 KELUARGA2 SEMUA OKEY.JUMPA DI SANA.

Daftar e-dompet Penguna dan Peniaga.


1. Daftar TNG e-Dompet

Dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta untuk perlaksanaan insentif e-Tunai Rakyat. Wang ini akan  diagihkan melalui satu kali insentif digital bernilai RM30 kepada 15 juta rakyat yang layak. Insentif ini boleh digunakan di mana-mana rakan niaga yang terlibat

cerita dari Lipis e-dompet

Penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari 2020 dan program ini akan tamat pada 14 Mac 2020.
Program ini juga bertujuan untuk memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap, tidak kira sama ada anda seorang pengguna atau pemilik perniagaan.

Bagaimanakah e-Tunai Rakyat akan dijalankan?
  • RM30 akan diberikan sekali kepada akaun e-wallet individu bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Siapakah yang layak untuk program ini?
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad
  • Berumur 18 tahun dan ke atas dalam tahun 2020. 
  • Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000
Berapa lamakah Program e-Tunai Rakyat ini?
  • Pengguna boleh membuat tuntutan mereka bermula 15 Januari 2020 dan program ini akan tamat pada 14 Mac 2020.
Bagaimanakah saya boleh muat turun TNG e-Wallet?
  • Anda boleh buat turun TNG eWallet di Google Play Store (bagi telefon pintar Android) atau App Store (bagi telefon pintar iPhones)  





Tonton cara mendaftar akaun TNG eWallet


Tonton cara buat pengesahan akaun TNG eWallet



Insentif e-Tunai

e-DOMPET
cerita dari Lipis e-Tunai
e-dompet RM 30 telah berjaya 





2. Daftar Peniaga/Pedagang


KUALA NERUS: Beli keropok lekor di kedai kampung pun boleh guna e-tunai.


Kepada peniaga yang ingin mendaftar sebagai rakan kongsi (partner) dengan Touch n Go e-wallet mereka adalah 

Business category (Kategori perniagaan)*
  • Sdn Bhd
  • Enterprise (Partnership or Sole Proprietor)
  • Hawkers or Pasar Malam Vendors
  • Individual Trader (Berniaga Sendiri)

Selamat mencuba.

Selasa, 28 Januari 2020

PERHIMPUNAN AMAN VETERAN


Mesyuarat PVAT bertarikh 20 Jan 2020 di Wisma Pahlawan telah memutuskan
hasrat untuk mengadakan PERHIMPUNAN AMAN VETERAN. Antara perkara telah dipersetujui:

cerita dari Lipis veteren ATM

Rujuk Surat : PVATM/IP/1041-111/2019 bertarikh 27 Jan 2020

1. Tarikh  Baharu : 29  Feb .2020 (Sabtu)

2. Waktu: 0730-1200.

3. Tempat: Stadium Melawati Shah Alam Selangor

4. Penyertaan: Antara 10,000 ke 12,000 Vet (peserta dari PVATM 8,000). Kehadiran tanpa spouse.

5. JK Pengelola: 2 JK akan dibentuk dianggotai dikalangan pemimpin persatuan/kelab Veteran: JK INDUK dan JK KERJA.

6. Tetamu/Jemputan: Mantan PAT, Mantan Panglima Perkhidmatan, Pemegang Pingat SP dan PGB, Veteran Kelainan Upaya, Dan Mantan RSM Perkhidmatan.

8. Pengangkutan: Penganjur akan menyediakan bas.

9. Minimum dan Sajian: Akan disediakan.

10. Pakaian: Baju korporat persatuan dan kelab masing-masing.

11. Penyertaan Veteran: Semua Persatuan dan Kelab dimohon menyatakan jumlah kehadiran masing-masing untuk kordinasi Tadbir dan Logistik.

12 Publisiti: Lapuran media secara intensif akan dilakukan.

13. Surat Perkeliling: Akan dikeluarkan selepas mesyuarat JK Induk minggu depan.

14. Bajet: JK Penganjur akan berusaha mendapatkan sumbangan dari pihak-pihak tertentu.

15. Lt Jen Dato Nawi Alias sebagai Penasihat.

16. Maklumat terperinci akan dikeluarkan berasingan nanti (objektif, aturcara, tadbir dan logistik, dan lain-lain ).

Mohon kerjasama, bantuan serta sokongan semua Rakan Perjuangan dalam merealisasi dan menjayakan Perhimpunan ini. Mohon nyatakan kehadiran dan pengerusi negeri sebagai kordinator. Majukan kehadiran sebelum 8 Feb 2020.

VETERAN BERSATU, SATU PERJUANGAN SATU SUARA.

Salam

TUJUAN PERHIMPUNAN

Tujuan Utama kita mahu berhimpun secara besar-besaran adalah kerana:

1. Veteran ATM menentang cubaan untuk menghidupkan semula apa sahaja bentuk ideologi komunis di negara ini.

2. Veteran ATM mahu Kerajaan tegas dengan ‘Rule of Law’, iaitu:

a. Mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mengambil tindakan keras terhadap sesiapa yang cuba mencabarnya.

b. Veteran ATM menuntut Hak ATM menurut perlenbagaan dan undang-undang yang sedia ada harus di laksanakan dan di perkasakan.

c. Veteran ATM menuntut agar perjuanan dan jasa Veteran ATM dan Pasokan keselamatan yang lain hendaklah di beri ‘recognition and compensation’ (penghargaan dan Pampasan) yang sewajarnya. Kami menuntut satu suruhanjaya Siasatan diRaja (RCI) dia dakan dengan Segera.

3. Veteran ATM mahu kerajaan mengambil tindakan seberat2nya terhadap mereka yang tidak mahu patuh terhadap apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Jika mereka masih berdegil kami mahu YDPA dan Kerajaan melucutkan kewarganegaraan mereka tidak kira apa bangsa, ugama dan kedudukan mereka sekali pun*

CORONA VIRUS, Apa yang perlu anda tahu



oleh : Dr. Noordin Darus

Langkah-langkah pencegahan virus Carona

  • Basuh tangan anda dengan sabun dan  air selama 20 saat.
  • Elak menyentuh mata, hidung atau mulut anda dengan tangan yang tidak cuci.
  • Elak menyentuh atau menghampiri  dengan orang sakit
  • Jika anda berasa tidak sihat, tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin
  • Bersihkan objek dan permukaan yang anda sentuh.
  • Pakai topeng muka yang bersesuaian apabila anda keluar rumah



Ulasan Isu Semasa


Zaharin Mohd Yassin

Jumaat, 24 Januari 2020

Penguna Jalan Raya CSR sempena Tahun Baru Cina.

PERINGATAN MESRA DAN TEGAS KEPADA PENGGUNA YANG AKAN MELALUI JALAN RAYA CSR KECHAU - GUA MUSANG SEMASA CUTI PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2020

1.Pihak Majlis Daerah Lipis tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan di kawasan CSR ini terutama di simpang masuk berhampiran Ladang Selborne. Sitaan dan rampasan barang perniagaan akan dilakukan sekiranya ada!

Lebuhraya CSR
2. Semua kenderaan tidak dibenarkan berhenti di bahu jalan daripada persimpangan masuk CSR sehingga jarak lebih kurang 1.0km. "Concrete & water barrier" telah dipasang.

3. Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan tempat untuk berhenti berehat seperti di Hentian RNR Benta. Surau RNR Benta kini berwajah baharu dan lebih selesa.

4. Sila simpan sampah dalam kenderaan sehingga menjumpai tong sampah. Jalan Raya CSR Kechau bukan tempat pembuangan sampah. Sikap membuang sampah merata-rata tidak bertamadun dan bukan sebahagian sikap orang beriman.

Menjamu Selera.

5. Jemput masuk ke Bandar Kuala Lipis untuk berehat. Tandas Medan Selera Exora antara yang terbersih di Malaysia! Restoran yang selesa dan masakan yang sedap pula menanti anda. Antaranya Restoran Azmi Ikan Steam, Restoran Gulai Kampung, Restoran Tok Ayoh, Mak Wan Kitchen, Kedai Makan Kuzah, Kafe Ikhwan dan macam-macam lagi. Boleh waze/google sahaja.

6. Kalau nak merasa masakan “breakfast “trademark” Lipis iaitu Pulut Rendang Md Jamil di Medan Tangga atau Desa Perwira atau Pulut Rendang Man di Medan Selera Exora, bolehlah waze kedua-dua restoran ini.. tapi awas, jam 11.00 pagi mungkin telah habis. Siapa cepat dia dapat!

Ekspo Jualan

7. Sempena Cuti Tahun Baharu Cina ini, terdapat ekspo jualan pelbagai barangan yang diadakan di Dataran Orang Kaya Haji dari 17-27 Januari 2020. Terdapat 35 buah khemah jualan dan macam-macam ada. Sesuai untuk dibawa seisi keluarga!


Cerita dari Lipis Ekspo
Aktiviti Ekspo : Bagi makan arnab 

8. Akhir kata selamat memandu, berhati-hati di jalan raya dan jadilah warganegara yang bertanggungjawab!

Berhati-hati dijalan raya


Terima kasih Warga Malaysia yang prihatin..

MAJLIS DAERAH LIPIS

#LIPIS BERSIH HIJAU DAMAI
#KUALA LIPIS BANDAR WARISAN SEJARAH



TERKINI 

Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur

2 jam lepas

2.47pm KLK @E8: Trafik sesak & perlahan
-5.2KM dari Km 76 hingga 70.8 barat (Karak)
-4.1KM dari Km 68.7 hingga 64.6 barat (Bentong)
-3.4KM dari TP Bentong hingga Km 58.6 (Bentong)
-8.5KM dari Km 57.6 hingga 49.1 barat (Lentang)
-2.8KM dari Km 22.4 hingga TP Gombak @LLMinfotrafik

Berhati-hati memandu,semoga selamat sampai ke detinasi masing-masing.


Rabu, 22 Januari 2020

Projek dan Program Khas 2020

Kerajaan Negeri Pahang akan melaksanakan beberapa projek dan program khas pada tahun 2020 yang dapat memberi kesan langsung kepada rakyat di negeri ini.

Cerita dari Lipis Pahang

Usaha ini menepati prinsip kerajaan negeri untuk mengembalikan faedah dan manfaat hasil yang diperolehi kerajaan kepada rakyat.

Antara projek dan program khas yang akan dilaksanakan ialah:

  1. Bayaran insentif khas bagi perkahwinan kali pertama
  2. Bantuan khas one-off kepada golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas
  3. Bayaran khas one-off kepada setiap 542 JKKK
  4. Bayaran khas one-off kepada imam-imam masjid kariah
  5. Membina projek takungan air di Daerah Lipis
  6. Membina 84 unit rumah untuk rakyat yang memerlukan
  7. Memperkenalkan kad kesihatan khas kepada warga emas


Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

Selasa, 21 Januari 2020

Diskaun 50 peratus untuk Pesara ATM

cerita dari Lipis KTMB

KTMB menawarkan 50 peratus diskaun untuk pesara kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen serta isteri mereka bagi semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali bagi perkhidmatan shuttle Tebrau JB Sentral-Woodslands-JB Sentral sejak 15 Jan 2017.

Tiket ini boleh dibeli di kaunter tiket KTMB dengan menunjukkan salinan asal kad pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi Veteran Angkatan Tentera Malaysia dengan kad pengenalan.



Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau laman sesawang  www.ktmb.com.my.

Musim-musim cuti sekolah dan perayaan tak lama dah ni, semoga masih ada tiket yang available. Jika tidak, cuba lagi di lain tarikh dan waktu.

Sabtu, 18 Januari 2020

Keputusan di Parlimen Kimanis

  • Seramai 29,664 pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis
  • Peratus Keluar Mengundi 79.92 peratus
  • Undi yang ditolak 320 undi

cerita dari Lipis PRK Sabah
Datuk Mohamad Alamin

Keputusan Rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kimanis, selepas selesai kiraan 70 peti undi menyaksikan Datuk Mohamad Alamin (BN) memperoleh 12,706 undi, menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, yang mendapat 10,677 undi undi. Majoriti 2,029 undi jauh lebih tinggi dari PRU 14.

Jumaat, 17 Januari 2020

Bunga Rafflesia Ulu Dong

Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain ia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Cerita dari Lipis Ulu Dong Raub
Bunga Raffiesia
Ia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah.

Ini adalah bunga rafflesia yang hanya perlu menyerap nutrisi daripada perumahnya, yang mana perumahnya juga ialah tumbuh-tumbuhan lain.

Sebelum in raflesia yang merupakan bunga terbesar di dunia pastinya sudah sinonim dengan negeri Sabah hingga menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Namun kini bunga aneh ini telah wujud di Lata Jarum di Pahang yang sekali gus menjadi anugerah berharga kepada Pahang khususnya di Raub.




Pengawas Hutan Raub, Zainudin Mahmud,58, berkata, bunga raflesia yang tumbuh di sini apabila berkembang mempunyai saiz sebesar tayar kereta dan sangat cantik dengan variasi lima kelopak.

" Keunikannya menjadi tarikan pelancong domestik dan luar yang kini boleh menyaksikan sendiri bunga itu di depan mata di Taman Eko Rimba di sini.

"Dengan puluhan kudup atau tunas bunga itu yang tumbuh mekar di sini telah menarik lebih 300 pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati panorama tersebut bermula awal tahun ini,"katanya di sini, baru-baru ini

Menurutnya dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung beliau menjangkakan lebih 2,000 pengunjung akan mengunjungi Lata Jarum menjelang akhir tahun ini

Jelasnya, orang ramai yang berminat mengunjung Bunga Rafflesia perlu menghubungi Jabatan Perhutanan Raub untuk mendapat permit khas dengan bayaran RM10 seorang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, kewujudan bunga Rafflesia di Lata Jarum melengkapkan kemudahan rekreasi di kawasan itu yang dikenali dengan lokasi perkelahan keluarga.

Katanya , berdasarkan kepada potensi yang ada pihaknya akan menghantar satu kertas kerja kepada kerajaan negeri dan permohonann khas supaya mendapat perhatian Kementerian Pelancongan dalam mempromosikan dan mempopularkan lagi kawasan rekreasi itu.

"Di Raub bukan sahaja terkenal dengan Bukit Fraser, durian Musang King, sambal hitam tetapi amat dikenali sebagai pusat perkhelahan keluarga di Lata Jarum, Pulau Chekas, Jeram Besu, Lata Lembik, Jeram Bangking,"ujarnya.

FB Salehudin Mat Rasad

Rabu, 15 Januari 2020

Pejabat Pentabiran Daerah Jelai Kecil

Untuk makluman Warga Lipis,   Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai (Pejabat Sementara) akan mula beroperasi pada 15 Jan 2020 di bangunan Balai Perjumpaan Kg Bukit Betong, Mukim Batu Yon 1 (berhadapan SK Batu Yon, bersebelahan Balai Penghulu Mukim Batu Yon 1).


Kaunter kutipan cukai tanah akan dibuka pada hari ini dan seterusnya manakala bagi perkhidmatan lain akan ditambah dari semasa ke semasa. Semoga perkhidmatan ini dapat memberi manfaat sewajarnya kepada penduduk sekitar Mukim Batu Yon 1, Batu Yon 2, Ulu Jelai seterusnya kepada penduduk di daerah Lipis secara amnya.


Waktu Operasi

8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)

Waktu Operasi Kutipan Kuanter

9.00 pagi – 3.00 petang (isnin- Khamis)

9.00 pagi – 12.00 (tengah hari Jumaat)

Isnin, 13 Januari 2020

Cuba dapat wang dari Google AdSense

langkah pertama untuk daftar dengan  Google Adsense dan mula mendapatkan wang  anda  mesti mempunyai  laman web,  Blog atau  'You Tube'  yang berkualiti  barulah boleh   memohon pada Google AdSense.

Daftar Google AdSsense

Untuk melakukannya, tapak web atau Blog anda harus memberi tumpuan kepada yang berikut:

Kandungan yang unik, dan menarik - Seperti tutorial, bagaimana untuk memandu, artikel, video
Pihak Berkuasa & Kepakaran - Sekiranya berkaitan dengan nasihat itu hendaklah dari pengarang yang berkelayakan dan sebagainya

Reka Bentuk Responsif - Pastikan laman web anda kelihatan baik pada setiap peranti (desktop, mudah alih, tablet, tv, dan Lain-lain)

Pengalaman Pengguna yang Baik - Laman web anda harus mudah digunakan oleh pengguna anda, jangan membuatnya mereka rumit

Kelajuan Laman Web - Laman anda perlu memuatkan dengan pantas, pastikan untuk mengoptimumkan dengan betul dengan plugin dan alat

Kehadiran Media Sosial - menambah pautan media sosial ke laman web anda (Buat Halaman Facebook, Twitter, dan lain-lain untuk laman web anda)

Halaman Undang-undang - tambah halaman undang-undang yang diperlukan ke laman web anda seperti Dasar Privasi, Syarat Penggunaan, Halaman Hubungi, Tentang Kami.

Tetapi ya, setakat ini salah satu aspek yang paling penting dalam membuat laman web berkualiti tinggi adalah kandungannya.

Tentukan Anda selalu buat Artikel

Anda tidak boleh menyerahkan laman web baru anda  hanya mempunyai 5 artikel yang semuanya 300-500 perkataan  ke Google AdSense dan mengharapkan kelulusan

Pastikan anda mempunyai kandungan yang cukup unik di laman web atau blog anda, mudah dibaca dan difahami dan setiap halaman mempunyai  500 perkataan.

Saya cadangkan anda menghantar laman web atau blog  anda untuk diluluskan oleh AdSense hanya selepas anda mempunyai kira-kira 25-30 artikel berkualiti tinggi yang unik, dengan jumlah minimum 600-800 perkataan.

Baca tutorial  tentang Cara Membuat Laman Web atau blog dan lebih muda di dalam You Tube.  Jika anda tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Tema WordPress Untuk AdSense

Saya tidak akan menghabiskan banyak masa menulis tentang tema di sini, tetapi saya dengan cepat akan mencadangkan beberapa tema yang saya rasa sesuai untuk AdSense. Tema-tema ini adalah ringan, SEO dioptimumkan, dan hampir semua mereka dibungkus dengan ciri-ciri.

Tanpa susunan tertentu, berikut adalah beberapa tema WordPress premium yang baik untuk AdSense:

Cara Penggunaan Google Adsense dengan betul

Cerita dari Lipis Adsense
Kedudukan Iklan Adsense
Walaupun Adsense mengalih keluar bilangan iklan yang terhad kepada dipaparkan pada halaman, anda masih tidak boleh mempunyai lebih daripada 3-5 iklan pada mana-mana halaman tunggal.

Sudah tentu, ini bergantung kepada berapa lama kandungan anda sebagai contohnya jika anda mempunyai artikel dengan 5000-10000 perkataan, maka ya, anda boleh mempunyai lebih banyak iklan daripada 5 dan Google tidak keberatan, jika tidak, anda harus menyimpan nombor anda iklan berbanding jumlah kandungan yang anda ada pada halaman itu.

Tetapi pada umumnya, saya akan menyimpannya di sisi yang rendah, seperti 3 hingga 5 iklan per halaman (bergantung pada panjang artikel).

Jadi inilah yang saya cadangkan, satu iklan di atas lipatan di bawah tajuk, satu menambah di bar sisi, satu lagi di tengah-tengah

 kandungan / artikel, iklan lain di bahagian bawah artikel, dan anda juga boleh mempunyai satu iklan lagi tapak footer jika ada perkara lain di antara bahagian bawah artikel dan footer seperti bahagian "cerita / artikel berkaitan" atau komen dan sebagainya ...

Ini cukup banyak persediaan saya pada semua laman web adsense yang saya miliki. Sudah cukup lucu saya mendapati bahawa memiliki lebih banyak iklan pada halaman memberi saya lebih banyak pendapatan, kerana pengalaman pengguna lebih baik, dan orang-orang cenderung untuk tetap berada di halaman lebih lama dan terlibat dan kemudian klik adsense bernilai lebih.

Juga, adalah idea yang baik untuk tidak menggunakan lebih dari 1 atau 2 rangkaian iklan di tapak, terutama jika salah satunya adalah Adsense.

Pendapatan Google AdSense


Saya tahu bahawa anda ingin tahu tentang berapa banyak yang anda boleh buat dengan Google Adsense tetapi sebenarnya ia bergantung kepada beberapa perkara:
  • Pengunjung  laman web anda
  • Jenis kandungan yang anda miliki
  • Lokasi GEO pengguna anda
  • Masa yang dihabiskan di tapak
  • Kata kunci di dalam artikel
  • Bilangan iklan yang anda ada pada halaman
  • Apakah jenis iklan yang anda gunakan
Jadi, seperti yang anda lihat, mengenai pendapatan google adsense, tiada siapa yang boleh memberitahu anda pasti berapa banyak pendapatan  yang anda boleh buat dengan laman web anda kerana pada kenyataannya ada banyak perkara yang dapat mempengaruhinya.

Apa yang saya boleh katakan ialah terdapat negara-negara yang boleh membawa pendapatan kos per klik yang lebih tinggi seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Norway, Switzerland, United Kingdom, berbanding seluruh dunia.

Oleh itu, lokasi pengguna laman web anda sangat penting dari segi jumlah wang yang dapat anda buat dari AdSense.

Ini kerana terdapat banyak pengiklan yang bersaing di dalam Iklan Google, untuk menjual barang di negara yang telah saya sebutkan di atas, dan apabila keadaan sibuk di ruang iklan dalam talian, hampir semuanya menjadi lebih mahal.

Kos per klik yang akan dibayar oleh pengiklan akan lebih tinggi, dan dengan itu pendapatan yang akan anda peroleh dari AdSense jika anda mempunyai trafik dari negara-negara tersebut akan lebih tinggi daripada jika anda mempunyai lalu lintas dari negara-negara seperti Peru, Argentina, India, Pakistan, Brazil, dan sebagainya.

Jadi ya, pendapatan adsense boleh berbeza-beza banyak, dan saya tidak dapat memberitahu anda pasti berapa banyak pendapatan  yang akan anda buat, terpulang kepada anda untuk menentukan pengunjung  laman web atau Blog anda.





>>>>DAFTAR GOOGLE ADSENSE

Ahad, 12 Januari 2020

Apa itu ‘Google AdSense’

Sebelum kita bermula, saya ingin menjelaskan apa itu  AdSense terutamanya kepada orang yang tidak tahu tentangnya, jadi jika anda sudah tahu, anda mungkin perlu melangkau beberapa langkah kehadapan.

AdSense adalah program pengiklanan yang dikembangkan dan dimiliki oleh Google, di mana pada dasarnya penerbit (orang yang memiliki laman web, blog danYou Tube) akan memasang iklan yang ditaja oleh Google di laman web mereka dan dibayar setiap kali seseorang mengklik iklan tersebut.

Sekarang AdSense adalah bahagian penting Google dan penghasilannya . Pada hari ini  Google mempuntai banyak  wang melalui  pengiklanan ini.

Google membuat USD 24 bilion daripada iklan pada 2018. hanya melalui daripada  program iklan mereka.

Cerita dari Lipis Maklumat Google AdSense

Jadi pengiklan menggunakan Iklan Google yang merupakan program lain yang dibuat oleh Google yang pada asasnya membolehkan semua orang dan setiap syarikat di dunia untuk mengiklankan perniagaan mereka di enjin carian Google dan juga di YouTube dan semua laman web mereka yang lain.
Tetapi pengiklan ini juga boleh mengiklankan pada berjuta-juta laman web lain yang bukan dimiliki oleh Google, melalui program AdSense.

Untuk memasukkannya dengan mudah, AdSense adalah merupakan orang tengah antara anda dan pengiklan, tanpa anda perlu melakukan kerja keras dalam mencari dan mencari beberapa pengiklan untuk membayar tempat di laman web anda.

Oleh itu, Google AdSense menjadikannya secara automatik untuk anda, mengisi seluruh laman web anda dengan pelbagai iklan yang berbeza dari pengiklan yang berbeza sepanjang masa, dan pengiklan ini selalu bersaing.

Bagaimana AdSense Berkerja


Seperti yang saya katakan di atas, pengiklan akan mendapat peluang apabila pengiklanan mereka di Google juga mengiklankan di laman web lain, di mana AdSense masuk.

Sekarang, jika tapak web anda diluluskan oleh Google AdSense, anda akan mempunyai pilihan untuk meletakkan iklan AdSense ini di laman web anda, di dalam artikel, di atas (di atas lipatan), di bar sisi, dan lain-lain tempat.

Anda hanya perlu menyalin / menampal kod iklan dari AdSense ke laman web anda, dan Google melakukan semuanya secara automatik untuk anda.

Mereka akan mencari iklan dan pengiklan terbaik yang berkaitan dengan kedudukan halaman anda dan kata kunci yang anda gunakan di laman web ini.

Oleh itu, apabila banyak pengiklan bersaing untuk tempat, mereka biasanya akan ditolak oleh Google untuk membayar lebih untuk satu klik, dan itu bermakna lebih banyak keuntungan untuk anda.

Google akan membayar anda untuk setiap klik yang anda hantar kepada mereka dari iklan yang anda miliki di laman web anda. Oleh itu, apabila anda mempunyai pengunjung membaca artikel anda dan seseorang klik pada AdSense iklan, anda akan memperoleh sejumlah wang untuk klik tersebut, biasanya antara USD 0,15 dan USD 1 per klik. Tetapi CPC (kos per klik) sentiasa bergantung pada faktor perkara, yang saya akan membincangkan dengan lebih terperinci di bawah.

Sekarang, ingat bahawa Google akan sentiasa memotong wang itu, anda akan menerima 68% daripada jumlah nilai klik (yang dibayar oleh pengiklan), dan Google akan menyimpan 32% yang lain.

Contoh: Anda mempunyai iklan di laman web tentang kereta insurans, bahawa kereta insuran hanya membayar Google USD 1 untuk satu klik (pengunjung yang mengklik iklan dari laman web anda), maka anda akan menerima USD 0,68 dan Google akan mendapat USD  0,32.

Bunyi baik…? Ia, kerana lebih banyak klik (lalu lintas) yang anda hantar melalui iklan Google AdSense, semakin banyak yang akan anda dapat.

Jangan buat kesalahan yang tidak disuka Google. 

Anda tidak boleh klik pada iklan anda sendiri, atau membuat keluarga dan teman anda klik pada iklan di laman web anda untuk anda, Google akan BAN dan menggantung akaun anda dalam waktu yang singkat, itu bukan 2005 lagi, mereka memiliki kepakaran  untuk mengetahui sama ada satu klik adalah betul atau tidak.

Percayalah, anda akan mendapat e-mel akaun anda digantung,  apa perasaan anda…?, anda tidak boleh buat apa-apa, nama dan alamat anda di block , jadi jangan  ingatkan  sistem mereka tidak tahu,  mereka tidak bodoh.


Sabtu, 11 Januari 2020

SURVIVAL HARIMAU

Kampung Bolok Hulu Lanchang Pahang  akan menjadi Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCC) dijangka siap  pada 30 April 2020,   Projek yang terbesar di dunia itu memakan kos RM 20.8 juta.

Cerita dari Lipis Harimau

NTCC seluas 40 hektar yang berhampiran Institut Biodiversiti dan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, dijadualkan siap pada 30 April ini sekali gus memberi sinar baru kepada usaha pembiakan spesies pelbagai jenis harimau yang semakin pupus di negara ini.

Kedudukan NTCC berhampiran Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah secara langsung menambah lagi produk baharu pelancongan bertaraf dunia yang bakal menjadi tumpuan peminat dan pencinta habitat alam semula jadi.

Kewujudan NTCC juga dijangka memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat berikutan kebanjiran ramai pelancong domestik dan asing melawat NTCC.

Wakil kontraktor Acuan Unggul Sdn Berhad yang bertanggungjawab menyiapkan projek itu, Mohd Fadli Mahadi berkata, projek yang disasarkan siap pada 30 April 2020 itu kini tinggal beberapa peratus sahaja untuk disiapkan sepenuhnya.

Katanya kerja-kerja akhir sedang giat dilakukan di pusat ini yang difahamkan akan dibuka kepada orang awam menjelang penghujung tahun ini.

"Cabaran utama dalam melaksanalan kerja ialah kami perlu memotong banyak bukit supaya lebih landai dan sesuai untuk pemuliharaan harimau liar dari seluruh negara.

"Terdapat 32 kandang kukuh setinggi enam meter untuk pelbagai usia harimau ditempatkan di sini samada dipelihara dan dibiak sebelum di lepasakan ke habitat asal,"katanya.

Dalam pada itu, beberapa penduduk Kampung Bolok Hulu berharap kerajaan tidak meminggirkan mereka selaku penduduk asal khususnya generasi muda agar mendapat pekerjaan di NTCC.

Seorang penduduk, Saari Abdul Manaf berkata, sebagai penduduk asal kampung itu dia amat berbangga dengan projek besar seperti Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan di kawasan Rezab Hidupan Liar Krau dalam kawasan kampung itu.

"Isunya sekarang apa yang orang kampung dapat daripada projek itu dari segi peluang pekerjaan kerana sudah pasti NTCC akan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

"Oleh itu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) perlu mengutamakan penduduk Kampung Bolok Hulu dan Lanchang sebagai tenaga kerja berkaitan prosedur pemuliharaan harimau,"ujarnya.




Jumaat, 10 Januari 2020

Program Ramah Mesra MB Pahang

10 Jan  2020
1. Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang
Bersama Masyarakat Desa dan penyampaian surat hak milik Penduduk Felda Chegar Perah
8.00 malam Perkarangan dewan Felda Chegar Perah

Cerita Dari Lipis Peneroka Chegar Perah
Penyampaian surat hak milik
Penduduk Felda Chegar Perah



11 Jan  2020
1. Program walkabaut dan Santai Bersama-sama masyarakat Adun Cheka
8.00 pagi walkabout di dataran Pekan Mela
         Sarapan di Kedai Pak Ngah Atan, Mela

2.  Ziarah Kasih Tok Wan
10.15 pagi Kampung Dala Mela

3.  Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang.
Bersama Masyarakat ADUN Cheka, Penyampaian Notis 5A serta surat hak milik Rancangan Tanah Berkelompok (RTK) pasa 1,2,3, dan 4 kampung Batu Sembilan, Mukim Cheka 2 lipis.
10.00 pagi Perkarangan Masjid  kampung Batu Sembilan Mukim Cheka 2 Lipis.

Cerita dari Lipis Mukim Cheka
Penyampaian Notis 5A serta surat hak milik Rancangan
Tanah Berkelompok (RTK) 


4. Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang
Bersama Masyarakat DUN Benta.
2.30 di Dewan DUN Benta Lipis.


Cerita dari Lipis



Khamis, 9 Januari 2020

Fateh 110 & Qiam 1 Iran Ballistic Missile




Serangan ballistic missile Iran, Fateh-110 (110-فاتح) dan Qiam-1 (قیام-١) keatas US military base di Ain Al Assad ,wilayah Al Anbar, 160 km kebarat Baghdad.

22 missile dilancarkan; 17 Ke Ain Al Assad dan lima Ke Erbil, US HQ di Iraq.

Jarak sasaran Fateh-110 adalah 300 km, ketepatan sasaran 3 meter. Kelajuan 4,322 km/jam. Panjang 8.9 meter, garispusat 0.6 meter, berat 3,500 kg. Conventional bomb, 227 kg. Engine: Solid rocket fuel.

Qiam-1 jarak sasaran adalah 750 km. Warhead 750 kg. Ketepatan 500 meter. Berat 6,155 kg. Engine: Liquid rocket fuel.

Missile ini boleh membawa nuclear warhead jika perlu. Ia membawa HE (High Explosive).

High explosive bermakna ketika meletup “Shockwave” nya tersebar pada kelajuan supersonic pula boleh mencapai 32,400 km/jam. Anda lihat ketepatan sasaran tidak jadi soal kerana ia menghasilkan shockwave.

In the meantime usaha sedang dibuat di Kongress untuk tidak memberi Trump “blank cheque” melancarkan perang atau serangan sesuka hati.

Sementara itu Iran Supreme leader Ali Khamenei memberi amaran kepada Trump,

“Anda serang kami, kami serang balik”.

Andainya Trump menggunakan long range Tomahawk atau AGM-158 JASSM (Joint Air-to-Surface Standoff Missile), Iran telah memberi amaran akan menyerang Israel dan UAE bagi mencetuskan Perang lebih besar.

FB Kayrule Cobra


Sabtu, 4 Januari 2020

Wang Tidak diTuntut 2020

Apakah itu Wang tak dituntut...?

Jom  KLIK DI SINI untuk mendaftar dan menjalani latihan dalam talian mengenai Wang tak dituntut di Sistem penguatkuasaan wang Tak dituntut.

Cerita dari Lipis Maklumat


Hampir 10 Bilion wang tidak dituntut diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara

Semua permohonan bayaran balik atau sebarang pertanyaan berkaitan WTD boleh dikemukakan kepada Pendaftar WTD beralamat seperti berikut:

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2026 7430/ 03-2072 5707



Khamis, 2 Januari 2020

Perletakan jawatan Dr Maszlee Malik




Membawakan Penganalisis Politik & Ekonomi Dr Madeline Berma dan Penganalisis Politik, Prof. Dr. Hamidin Hamid membicarakan mengenai adakah perletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai bayangan rombakan kabinet?

Antara sumbangan beliau dan tempoh yang singkat ini adalah, 
  • Sifar Sekolah Daif
  • Program Sarapan Pagi Percuma
  • Program Pertukaran Guru "Suka Sama Suka"
  • Penambahbaikan Pendidikan Untuk Pelajar OKU
  • Perkhidmatan Internet Kelajuan Tinggi
  • Peningkatan Program TVET
  • Menjaga Kebajikan Guru Guru
  • Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.
"Pendidikan Untuk Semua"


Rabu, 1 Januari 2020

SEJARAH TAHUN BARU MASIHI

Setiap tahun ramai masyarakat kita seperti tidak cukup berseronok dan bergembira, walaupun mereka tahu bahawa sepanjang tahun mereka masih belum cukup amalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Ramai yang suka meniru perbuatan jelek sesetengah masyarakat.


Cerita dari Lipis Agama
Sambutan Tahun Baru 2020

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita untuk meniru kebiasaan orang jelek, termasuk orang kafir. Beliau bersabda, bermaksud

“Siapa yang meniru kebiasaan satu kaum maka dia termasuk bahagian dari kaum tersebut.”

(Hadis shahih riwayat Abu Daud)

Mereka sanggup meniru malah menunggu, berdinginan di malam hari, di tengah padang, yang menyedihkan mereka sanggup membawa anak-anak tidak tidur malam, kononnya menyambut tahun baru.

Yang lebih menyesatkan mereka meraikan tahun baru di tempat yang menyediakan muzik kuat dan arak bermabukkan bersama orang-orang yang bermaksiat kepada Allah.

Mereka ingin tergolong ke dalam menyaksikan perayaan besar, perayaan yang dilangsungkan secara besar-besaran  oleh masyarakat di seluruh dunia. Itulah perayaan tahun baru yang secara rutin disambut dan dimeriahkan dengan berbagai acara dan kemeriahan  disulami kefasikan juga kemasiatan.

Perayaan tahun baru masihi memiliki sejarah panjang. Banyak di antara orang-orang yang ikut merayakan hari itu tidak mengetahui bila pertama kali acara tersebut diadakan dan latar belakang mengapa hari itu dirayakan.

Kegiatan ini merupakan pesta warisan dari masa lalu yang dahulu dirayakan oleh orang-orang Romawi. Mereka (orang-orang Romawi) mendedikasikan  hari yang istimewa ini untuk seorang Dewa  yang bernama Janus, The God of Gates, Doors, and Beginnings.

Janus adalah seorang dewa yang memiliki Dua Wajah  satu wajah menatap ke depan dan satunya lagi menatap ke belakang, sebagai filosofi masa depan dan masa lalu, layaknya momen pergantian tahun.

(G Capdeville “Les épithetes cultuels de Janus” inMélanges de l’école française de Rome (Antiquité), hal. 399-400)

Fakta ini menyimpulkan bahwa perayaan tahun baru sama sekali tidak berasal dari budaya kaum muslimin. Pesta tahun baru masihi, pertama kali dirayakan orang kafir, terutama  masyarakat Romawi.

Acara ini terus dirayakan oleh masyarakat yang lain kononnya moden dan  maju  walaupun mereka tidak mengetahui Spritual  Ibadah  Pagan  adalah latar belakang diadakannya acara ini. Mereka menyemarakkan hari ini dengan berbagai macam permainan, menikmati indahnya langit dengan semarak cahaya bunga api.

Fikirkanlah, apa pun alasan k kalian adakah kalian sanggup bersama meraikan sesuatu sambutan yang asalnya untuk para dewa?

Tanya diri kalian, tepuk dada tanya iman. Apakah tidak cukup dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha yang telah disyariatkan kepada kalian, tidak cukupkah kalian bergembira semasa itu?


AddToAny