responsif teks foto

Jumaat, 25 Oktober 2019

Cara Menubuh Syarikat

Cara mendaftar Syarikat Enterprise

Bagi Mendaftar syarikat enterprise pemohon perlu;
a. Mengisi Borang A yang dikeluarkan oleh Syarikat Malaysia (SSM), SSM ada disetiap negeri di Malaysia.
b. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
c. Bayaran Pendaftaran RM 70.00 setiap tahun pendaftaran perlu diperbaharui dengan bayaran RM60.00.

Di dalam borang A perlu diisi nama pemohon alamat. Lokasi syarikat beroperasi, jenis perniagaan (boleh diisi sebanyak mana mahu) nama syarikat yang dikehendaki (mengikut pilihan sendiri) dan tandatangan pemohon.  Contoh Bayu Maju  Enterprise A to Z Enterprise dan lain-lain yang tidak sama dengan nama syarikat kepunyaan orang lain. Apabila ada kesamaan, pihak SSM memnita supaya diubah kepada nama lain.  Disyorkan supaya anda memikir satu nama sebelum mendaftar.

Ada agensi ini disetiap bandar dan daerah ataupun orang perseorangan yang menjalankan urusan pendaftaran syarikat.  Biasanya bayaran yang dikenakan adalah antara RM 110 hingga RM 180 semua urusan dilakukan daripada awal sehingga lesen diperolehi.

Cara Daftar SSM Online dan Renew SSM Online



Cara mendaftar Syarikat Sendirian Berhad

Sebelum mendaftar sebagai syarikat sendirian berhad, pastikan terdapat rakan kongsi dan modal berbayar. Tidak kurang daripada RM100,000 dalam akaun semasa. Biasanya pendaftaran diuruskan oleh pihak agensi pendaftaran syarikat.  Tetapi sekiranya mahu melakukan sendiri, kita boleh lakukan dengan mengikut garis panduan seperti dibawah;

a. Lantik Lembaga Pengarah dan senarai ahli syarikat. Salah seorang daripadanya perlu berkelulusan sekurang-kurangnya peringkat diploma dalam bidang yang hendak dijalankan. Sebagai contoh, bagi Syarikat Jurukur salah seorang ahli lembaga Pengarah berkelulusan Diploma Geomatik daripada mana-mana pusat pengajian yang diiktiraf.
b. Sediakan profil syarikat, seperti Nama, Jenis Perniagaan dan lain-lain yang berkenaan.
c. Isi borang 13A
d. Semak nama Lembaga Pengarah dan syarikat dengan ROC(Pendaftaran Pertubuhan Syarikat)
e. Sama ada sudah ada ataupun belum nama Syarikat yang hendak ditubuhkan itu dalam senarai ROC.
Sekiranya belum ada dalam pendaftaran ROC
a. Hantar borang 13 A kepada ROC.
b. Apabila ROC diluluskan sediakan pula borang 48A borang 6, perlembagaan syarikat (memorandum dan artikel) dan boring 48A dan perlembagaan perlu ditandatangan oleh lembaga pengarah syarikat yang dilantik.
c. Dapatkan  pengesahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDH) dan Pesuruhjaya sumpah.
d. Selepas itu, serah pula perkara berikut kepasa ROC borang 6, perlembagaan, salinan kad pengenalan lembaga pengarah, borang asal 13A dan senarai nama ahli syarikat serta surat perlantikan.
e. Dalam masa seminggu hantar pula borang 9.
f. Sedia juga borang 24, 44, 49, ,minit mesyuarat pertama dan resolusi, buku akaun, serta surat perlantikan setiausaha syarikat (tiga salinan).
g. Buku akaun bank yang telah ditandatangani oleh lembaga pengarah dan setiausaha syarikat surat pelantikan mereka perlu dihantar kepada ROC.
h. Serahkan Borang 24, 44 dan 49 kepada ROC bersama bayaran RM 750.00 (sekiranya melalui agensi, biasa bayaran yang dikenakan antara RM 200.00 hingga RM 800.00)
i. Serahkan juga lima salinan kepada pengarah, borang 24, 44,49, dan perlembagaan syarikat.




Cara Mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Kedua-dua Syarikat di atas boleh pula didaftarkan dengan Kmenterian kewangan bagi mendapat ataupun membuat tender kerajaan

a. Syarikat Enterprise
- Sediakan borang A dan D terbaru
- Salinan penyata Bank Akuan Semasa
- Kuasa Tandatangan cek Syarikat.
- Salinan kad pengenalan pemilik syarikat.
- Semua urusan perlu diisi melalui e-perolehan (www.eperolehan.com.my)
- Dan hantarkan dokumen sokongan diatas kepada kementerian kewangan selepas permohonan dilluluskan
- Bayarannya RM 570.00 agi sepuluh bidang yang dikehendaki.
- Selepas permohonan diluluskan, bayaran perlu dibayar kepada commerce dot com. Sekiranya mengunakan perkhidmatan agensi, bayaran dikenakan antara RM 750.00 hingga RM 1,200.00

b. Syarikat sendirian Berhad.
- Sediakan borang 24 dan 49 terbaharu yang disahkan oleh setiausaha.
- Salinan Penyata Bank.
- Salinan Kad Pengenalan Lembaga Pengarah.
- Resolusi Lembaga pengarah.
- Sekiranya syarikat ditubuhan setahun atau lebih, Perlu dikemukakan penyata kewangan syarikat yang ditandatangani dan disahkan oleh setiausaha.
- Profil Syarikat.
- Penyata KWSP pekerja, sekiranya ada.

Tiada ulasan:

AddToAny