responsif teks foto

Sabtu, 29 Februari 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin PM ke-8



Drama Politik ini berakhir dengan satu berita gembira buat Perikatan Nasional

Terima Kasih Tun Mahathir kerana berjaya mencipta sejarah Menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan

Walaupun pelbagai polemik yang timbul dalam proses ini tetapi telah berjaya mengawal semua situasi termasuk mewakili Parti Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional

Tun Mahathir adalah GRANDMASTER politik yang hebat..."

01 Mac 2020

Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan



Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muyhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebentar tadi pada jam 10.33 pagi.

Cerita dari Lipis PM




Parlimen Lipis
Cerita dari Lipis Tahniah pada PM

Warga Lipis  mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8.

Ini bermakna bermulalah tanggungjawab yang sangat penting untuk kita semua dalam memastikan Malaysia yang lebih maju kehadapan.

Sesungguhnya perlantikan ini merupakan sinar baru buat Malaysia yang lebih berjaya.


FB YB Dato' Sri Hj, Abdul Rahman Hj. Mohamad P079

Terkini: Kejadian Lemas di Kg. Tanjung Ghai Lipis.

Cerita dari Lipis Lemas
Kawasan pencarian mangsa lemas

Kejadian lemas di kampung Tanjung Ghai Lipis  pada 27 Feb 2020.   Daripada cerita penduduk kampong seramai  lima orang remaja dan kanak-kanak telah turun ke Sungai Jelai untuk mandi. Lebih kurang jam 4.30 petang  dua remaja telah lemas dibawa arus sungai. Mangsa adalah dua beradik  Siti Nur Hidayah  bt Mohd Rosli 19 tahun dan Siti Suhaida bt Mohd Rosli 15 tahun.

Pasukan penyelamat Bomba Sungai  Koyan dan  Balai Polis Koyan telah bersama penduduk kampung dengan dibantu JKKK Kg. Tanjung Gahai telah berusaha mencari mangsa.  Pusat operasi telah dibuka melibatkan beberapa agensi.  Maklumat dari Penghulu Ulu Jelai.

operasi mencari

Bertanda Nur Hidayah dan Nur Suhaida

28 Feb 2020

Dato' Wan Rosdy bin Wan Ismail telah sama-sama meninjau tempat kejadian bersama-sama dengan agensi yang terlibat.

Menteri Besar ke tempat kejadian

menyusuri Sungai Jelai


29 Feb 2020

Kedua-dua mangsa lemas telah ditemui pada pagi ini terakhir jam 9.30 pagi dikawasan 3 km dari tempat kejadian.

Pusat Operasi akan ditutup setelah semua agensi dan penduduk kampung selamat dan selesai operasi menyelamat. 

mangsa ditemui


Rabu, 26 Februari 2020

Kuasa dan kebjaksana Yang Dipertuan Agong

Merujuk perkara 43 dan berharap rakyat faham akan kuasa dan bijaksana YDPA.
Rakyat perlu memberi kepercayaan kepada YDPA untuk menyelesaikan kemulut politik yang sedang berlaku sekarang.

Cerita dari Lipis Agong


Akur pada keputusan Baginda.
Jadi lah rakyat yang mengikuti Rukun Negara.

Istana Negara Merujuk Perkara 43 (2)(a)

*Perkara 43*

Jemaah Menteri.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.

*(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan*

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen,
tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

(3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.

(6) Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.

(7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.

(8) (Dimansuhkan).

(9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota-anggota Jemaah Menteri.

YDP Agong mempunyai kuasa untuk membuat pembubaran Parlimen walau TANPA permohonan dari Perdana Menteri berdasarkan *Perkara 55 (2)*, *Perkara 40 (2B)* & *Perkara 43 (4)* Perlembagaan Persekutuan.

*Rakyat semua perlu tahu bahawa YDP Agong sememangnya mempunyai kuasa pembubaran tanpa nasihat Perdana Menteri.*

Ada kat rumah saya buku ni,n tak pernah buka pun..."
Mengandungi semua pindaan hingga 25 April 1993

Kepada Pengamal Media

Dalam pada kesibukkan pengamal media mendapatkan berita dan keputusan terkini diluar Istana pihak Istana Negara telah menghidangkan makan KFC pada hari pertama dan pada hari ini mereka bertemu sendiri dengan Yang Dipertuan Agong dan  dijamu  dengan makanan popular di negeri Pahang iaitu masak tempoyak ikan patin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil Hj Shamsuddin

01 Mac 2020

Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri ke -8. Majlis angkat sumpah akan  diadakan di istana negara pada pukul 10 30 pagi.


Isnin, 24 Februari 2020

Kejutan Tun Dr. Mahahir

KENYATAAN MEDIA YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI INTERIM

Tun Mahathir
Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2. Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli
kabinet yang baharu dibentuk.

MOHD ZUKI BIN ALI
Ketua Setiausaha Negara
24 Februari 2020

Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini (24hb Febuari 2020) berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri kabinet atas nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, yang turut menjelaskan (menerusi kenyataan rasmi) bahawa pembatalan ini adalah sebagaimana yang diperuntukan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri.

Dalam Bahasa mudah, Malaysia buat ketika ini hanya mempunyai seorang Perdana Menteri interim tanpa wujud Kabinet Persekutuan.


Komen

Mahathir kini berkuasa mutlak (Absolute Power) bersandarkan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan... Dulu dia mendapat kuasa dari kuasa majoriti, kini dia berkuasa mutlak atas mandat YDPA.


Dr.Mahathir Sah Letak Jawatan

Bersatu Keluar Pakatan Harapan

Dr. Mahatir letak jawatan Pengerusi Bersatu



Sabtu, 22 Februari 2020

28 Tahun sudah Pemergian Sudirman

keratan akhbar 
Mengenang 28 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad  (22.2.1992) Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu. "Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya. Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, sebelum subuh, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad yang beralamat di No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - berdekatan dengan pusara ibu bapanya (selang beberapa baris). Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang bergelar "Tun") telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air


Jumaat, 21 Februari 2020

Live - Tergempar Ali Puteh



 Ali Puteh mengadakan sidang media perjelas kenyataan Balu Abam, Nor Hidayah dan video Dato' Aliff Syukri

Khamis, 20 Februari 2020

KFC Promotion


2 snack plate combos only RM 20

KFC Lipis


Malam ni..."

Rabu, 19 Februari 2020

Semuanya untuk berhibur saja..."



Askar berhibur ini adalah sebahagian Rejmental


Peguam berhibur  sebahagian bersosial mereka


Anwar Berhibur bersama pengundi


Tun Mahathir berhibur. menari untuk cabaran pada umur beliau.

Selasa, 18 Februari 2020

Live - Pemergian Ashraf Sinclair


cerita dari Lipis pelakon

Ashraf Sinclair 40
Pelakon  Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf  sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclai meninggal dunia jam 4.00 pagi 18 Feb 2020  akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Ashraf yang lahir di London, England pada 18 September 1979 mengahwini penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari pada 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.



Sabtu, 15 Februari 2020

Leftenan Adnan...semoga bermanfaat



Jom...!!!  Layan Filem Lt Adnan  'full screen'


Leftenan Adnan Saidi

Adnan bin Saidi  lahir 1915  meninggal 14 Februari 1942 atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan merupakan seorang Anggota Tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur 'Adnan'.


Filem diterbit oleh Markas Tentera Darat 

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem patriotik Malaysia 2000 yang diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario. Filem ini mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini telah ditayangkan pada 31 Ogos 2000.

Amal kebaikan arwah Abam Bocey

Terbaik untuk pengajaran  kita semua.

cerita dari Lipis kelebihan sedekah
Ali adik kepada Abam Bocey


Maksudnya Hadis:

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

 Salah satunya ni. Amal kebaikkan Abam Bocey yang ramai tak tau. Allahu Akbar.

Jumaat, 14 Februari 2020

'Paratrooper' terjun


Cerita dari Lipis Tentera

Lama tak tengok Paratrooper terjun  'freefall'..."


Sambutan Hari Tentera Darat Ke-87
Dari Airstrip Kota Belud Sabah 


Sempena sambutan Hari Darat ke-87

KOTA BELUD, 15 Feb 2020 – Sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-87 tahun 2020, Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengadakan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) sempena Hari Tentera Darat Ke-87 buat julung kalinya di Negeri Sabah bertempat di Lapang Sasar Kota Belud, Kem Paradise, Sabah. Latihan ini bertujuan untuk mempamerkan keupayaan ketumbukan Divisyen Kelima Infantri Malaysia melaksanakan kuasa tembakan.

LKT Tentera Darat pada tahun ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu Segmen Dinamik (sistem persenjataan tembakan langsung) dan Segmen Tembakan Tidak Langsung. Segmen Dinamik adalah keupayaan aturgerak kenderaan tempur, aplikasi dan keberkesanan sistem persenjataan Tentera Darat dan impak ke atas sasaran, manakala Segmen Tembakan Tidak Langsung adalah kuasa tembakan mortar dan artileri serta impak ke atas sasaran.

Antara aktiviti semasa pelaksanaan Segmen Dinamik adalah Tembakan Agusta A109 LOH (Gattling Gun), Persenjataan Kompeni (M4, Minimi, M203, GPMG), Persenjataan Bantuan Kompeni (RPG-7, Mortar 60 mm), Tembakan Senjata Batalion (HMG, AGL), Tembakan LIPAN BARA dan BUSHMASTER, Tembakan GEMPITA. Manakala, Segmen Tembakan Tidak Langsung dilaksanakan secara tembakan berkumpulan seperti Meriam 105 mm dan mortar 81 mm.

Secara keseluruhannya, LKT ini telah memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota LLP yang terlibat berkenaan pengaplikasian kuasa tembakan yang efisien merangkumi persenjataan kecil hingga ke senjata berkaliber besar dan mempertingkatkan kompetensi serta melatih anggota untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan cemerlang.

Latihan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin telah dihadiri lebih 500 pengunjung tempatan dari Kota Belud untuk sama-sama menyaksikan LKT ini. Lebih menarik lagi, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah juga berkesempatan untuk menembak Meriam 105 mm ke arah sasaran.




Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah turut menyempurnakan acara Penyerahan Cokmar menandakan tamat aktiviti persinggahan di Kota Belud kepada Mejar Saidi bin Mokhtar selaku Ketua Konvoi untuk meneruskan perjalanan Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat ke destinasi terakhir di Kota Kinabalu.

Latihan ini turut dihadiri oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH CP Dato’ Zaini bin Jass, Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Dato' Mohammad Khir bin Abdullah, serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

Terdahulu, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah hadir ke Airstrip Kota Belud, Kem Paradise, Sabah bagi menyaksikan pertunjukan Payung Terjun dari pasukan 21 Grup Gerak Khas (GGK) dan VAT 69 PDRM yang melakukan penerjunan dari pesawat EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pasukan penerjun bebas ini berkekuatan 1 Pegawai dan 15 anggota yang diketuai oleh Lt Kol Zulkinine bin Yunus, Pegawai Memerintah 11 RGK.

Dalam acara tersebut, pemimpin dan agensi yang hadir juga turut diberi peluang untuk menembak menggunakan senjata Pistol Glock 9mm, M4 Carbine 5.56mm, Minimi 5.56mm, GPMG 7.62mm dan Sniper 7.62 mm. Objektif sesi ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan yang terjalin antara Tentera bersama pemimpin dan agensi.

Sementara itu, aktiviti-aktiviti berbentuk pameran dan demonstrasi turut diadakan di Kem Paradise, Kota Belud bermula 13 hingga 15 Februari 2020. Antara pameran yang dilaksanakan adalah Promosi Kerjaya, Pengambilan Perajurit Muda lelaki dan Pendaftaran Askar Wataniah, Pertunjukkan Payung Terjun, Pameran Ikhtiar Hidup, Pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian percuma, Pameran Senjata Kecil/Bantuan dan Demonstrasi Misi Tembakan Artileri.

Agensi lain yang turut terlibat membuat pameran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Persatuan Veteran Kota Belud, i-Suri dan PDRM. Pihak PDRM turut membantu menggunakan pesawat Cesna 208 Pasukan Gerakan Udara untuk aktiviti penerjunan bebas. Kerjasama baik antara agensi dengan Tentera Darat jelas terjalin sepanjang pameran ini berlangsung.

Diakhir majlis, media yang hadir diberi peluang untuk menembak dalam acara jatuh piring menggunakan pistol Glock 9mm dan M4 Carbine 5.56mm. Ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan pengalaman kepada para media yang hadir. Dalam acara ini, mini pertandingan berkonsepkan liga diadakan iaitu kumpulan media menentang kumpulan Jeneral dan Kolonel.

Kredit FB Tentera Darat

Rabu, 12 Februari 2020

Indah Matahari Senja.

Matahari terbit matahari terbenam merupakan fenomena alam yang dicipta Tuhan.  Fenomena ini mengawal penghidupan di bumi. Matahari memberi cahaya yang diperlukan oleh makhluk alam dan membenarkan segala yang benda hidup bertenaga dan berehat apabila cahaya hilang diufuk senja.

cerita dari Lipis kehindahan Alam
Waktu senja 
Manusia masih tidak jemu melihat keindahan matahari terutamanya ketika terbit pada waktu pagi dan terbenam bila hampir malam.  Pada saat inilah matahari sering menjadi tumpuan jurugambar baik professional ataupun amatur. Sekarang dengan menguna telefon bimbit masing-masing.

Manusia paling gemar melihatnya dikala ia seakan-akan hilang walaupun hanya sementara iaitu untuk satu malam.  Barangkali ia merupakan satu lambang pada manusia sejagat bahawa waktu siang yang sibuk dengan berbagai aktiviti manusia kini akan reda seketika.  Oleh itu, fikiran yang begitu letih dan lesu amat senang sekali melihat tanda bahawa keredaan kian tiba.

Kemudian, apabila sudah cukup berehat dengan tidur yang nyenyak, manusia lebih bersedia menempuh semula cabaran hari esok.  Dengan itu, gambar matahari terbit pula sering menjadi lambing bermula pengidupan manusia.

 Punjaga pernah berkata bahawa apabila munculnya hari yang baru, wujud pula sesuatu yang baru untuk dipelajari.

Cerita dari Lipis waktu pagi
Matahari Pagi 

Selasa, 11 Februari 2020

IPG Januari 2020 diaktifkan RM 0.25 kg


11 Feb 2020 Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Lembaga Getah Malaysia berkata, pada bulan Januari 2020, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah sebanyak RM2.25 sekilogram di Semenanjung, Sabah (RM 1.95) dan Sarawak (RM 2.05).

Menurutnya, IPG teraktif bagi bulan Januari 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran di Semenanjung RM 0.25 sekilogram, Sabah (RM 0.55) dan Sarawak (RM 0.45).

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Januari 2020 mulai 1 hingga 29 Februari 2020


Sabtu, 8 Februari 2020

Industri durian Malaysia perlahan kerana koronavirus.

Harga durian di Malaysia telah merosot sejak dua minggu lepas apabila permintaan dari China jatuh berikutan wabak novel koronavirus novel.

Para petani Malaysia yang mengeksport durian ke China, memberitahu CNA pada Khamis (6 Feb) bahawa gangguan kepada industri logistik China, penguncupan bandar dan perubahan dalam citarasa pengguna akibat wabak telah melemahkan pesanan.

Andy Tan, seorang petani durian di Segamat, Johor, yang mengeksport buah-buahan dan pes durian beku ke Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Qingdao, berkata harga duriannya telah menurun sekurang-kurangnya 50 peratus.




"Perintah telah menurun hampir hampir dua kali ganda dalam tempoh dua minggu yang lalu kerana banyak bandar-bandar di China ditahan.

"Industri logistik untuk mengangkut durian mempunyai tenaga kerja yang kurang, dan terdapat kelewatan utama untuk mendapatkan produk melalui kastam," katanya.

Memandangkan keadaan itu, Encik Tan telah menangguhkan memproses lebih banyak produk.

Beliau kini mempunyai beberapa durian yang berlebihan di ladangnya dan ingin menjualnya secara tempatan atau mengeksportnya ke Singapura.

"Banyak petani mempunyai durian dan mencari cara lain untuk dijual. Kami menjangkakan peningkatan permintaan durian dari China tetapi sekarang telah berubah, "katanya.

"Itulah sifat perniagaan durian, harga tidak menentu. Kami perlu bertindak balas dengan cepat untuk menjual durian lebihan kami pada harga yang lebih rendah, "katanya.

Buah-buahan yang berduri adalah eksport pertanian penting bagi Malaysia, dengan jumlah eksport durian yang menyumbang 6.8 peratus daripada pengeluaran durian di negara ini.

Malaysia mula mengeksport pulpa durian beku - dalam pek vakum, dengan sekam dikeluarkan - ke China pada Mei 2011.

Pada bulan Mei tahun lepas, China secara rasmi mengizinkan pengimportan durian keseluruhan beku dari Malaysia, dalam langkah yang mempercepat pengembangan ladang durian dan peningkatan pelaburan dalam industri.

Eksport durian durian Malaysia ke China dijangka mencapai 1,000 metrik tan setiap bulan, kata Menteri Pertanian dan Asas Tani Salahuddin Ayub.

Walau bagaimanapun, coronavirus kini telah menjejaskan industri durian, kerana wabak tersebut menelan nyawa lebih daripada 600 orang dan menjangkiti lebih daripada 30,000 orang di China pada hari Jumaat.






HARGA UNTUK MUSANG KING

Pakar Durian Lim Chin Khee berkata harga varian Musang King gred tertinggi telah menurun dari RM60 (AS $ 14.50) kepada RM30 sekilogram di Raub, Pahang.

Pekan Raub, yang dianggap sebagai modal durian Malaysia, diketahui berusaha  kuat  untuk menanam, menjaga kebun durian Musang King.

Lim, yang memiliki ladang durian kecil di Raub untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, menegaskan bahawa kerajaan China tidak menghalang import durian tetapi novel wabak koronavirus telah memperlambat proses mengangkut produk di seluruh sempadan China.
"Ramai petani di Raub dan bahagian lain di Malaysia berhenti memproses durian ke China kerana mereka tidak mahu mengambil risiko," katanya.

"Bagaimana jika keadaan virus semakin buruk? Kami akan mempunyai banyak durian yang tidak diingini dalam simpanan sejuk, "kata Encik Lim, merujuk kepada bagaimana durian yang dieksport ke China disimpan dalam freezer nitrogen cecair.

Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat China juga mengimport kurang kerana penduduk tempatan di tanah besar China mempunyai "tiada perasaan untuk makan" durian yang diberikan kebimbangan yang meluas terhadap virus itu.

Lim berkata: "Durian adalah makanan mewah, dan paling dinikmati di masa yang lebih bahagia. Mungkin sekarang bukan masa terbaik untuk makan durian bersama-sama dalam kumpulan besar. "

PELANCONGAN DURIAN BERKURANGAN KERANA VIRUS

Selain daripada eksport, pelancongan durian juga telah terjejas oleh virus.

Encik John Kung, yang mengusahakan sebuah ladang durian di pangkalan Bukit Fraser yang menjadi tuan rumah pelancong untuk bufet durian dan pelancongan, memberitahu CNA bahawa ladangnya telah melihat kejatuhan 75 peratus dalam bilangan pelawat sejak Tahun Baru Cina.

Minggu lalu, kerajaan Malaysia menghentikan penggantian visa untuk semua penduduk dari wilayah Hubei China, termasuk Wuhan modal di mana virus itu berasal.

Larangan sementara itu diperluaskan kepada semua wilayah China yang diletakkan di bawah kawalan pada hari Khamis.

Sabah dan Sarawak juga telah menggantung semua penerbangan berjadual dan sewa dari China untuk membendung wabak tersebut.

"Kebanyakan pelawat kami adalah kumpulan pelancongan Cina, jadi kami mungkin juga menutup kedai sehingga virus berhenti menyebar," kata Encik Kung.

Walau bagaimanapun, Cik Melissa Yap, pengerusi persatuan petani buah Pahang, berkata dia optimis bahawa virus itu akan dikawal, dan selera Cina untuk durian akan dipulihkan.

"Musim puncak durian adalah dari bulan April hingga Ogos, jadi semoga dengan itu virus itu akan dikawal," kata Cik Yap.

"Ya, sekarang pelancongan durian telah turun dan ada masalah logistik untuk diimport ke China, tapi kita tahu orang Cina masih suka durian," tambahnya.

Cik Yap juga menegaskan bahawa durian kini boleh disimpan dalam freezer nitrogen cecair sehingga dua tahun untuk mengekalkan kesegarannya.

Justeru, kejatuhan jangka pendek permintaan tidak harus memberi kesan kepada petani terlalu banyak, katanya.

Source: CNA/am(tx)
By Amir yusuf

8 RAMD Kuala Lipis



Jom imbas kembali warga 8 RAMD lagu ini bawah pemerintah Lt. Kol Yusoff ,,jom kita redam rasai biar mata kita sendiri mengalirkan air mata, Al Fatihah kepada yg sudah pergi meninggal kn kita,dan yg masih ada lgi tahniah tanpa anda kami tiada disini,semoga allah memberkati dan murah rezeki pada yg terlibat.

FB Zamri Che Leh

Rabu, 5 Februari 2020

Gulai Masam Ikan Patin

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Cerita dari Lipis respi
Bahan-bahan200 gm ikan Patin
150 gm tempoyak
10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 kuntum bunga kantan
100 ml air
4 helai daun kesom
Garam

Cara menyediakan:
Potong dan bersihakan ikan patin, masukan ke dalam periuk.
Kemudian masukan cili api, kunyit  (yang telah dikisar) tempoyak, , bunga kantan,daun kesom,garam dan air.
Masakan dengan api yang perlahan dalam masa 30 minit.
Setelah masak,sedia untuk dihidangkan.






cerita dari Lipis  Masakan
Gulai Masam Ikan Keli

Video FB Majlis Daerah Raub

Selasa, 4 Februari 2020

Permohonan Tapak Bazar Ramadhan 2020

cerita dari Lipis bulan puasa

PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADHAN BAGI TAHUN 2020

Permohonan tapak bazar Ramadhan bagi tahun 2020 kini dibuka bermula 7 Februari 2020 (Jumaat).Permohonan ini dibuka kepada peniaga- peniaga menjual makanan dan minuman sahaja.

Antara 6 lokasi ditawarkan ialah :
  • Perkarangan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah
  • Tapak Pekan Sehari Padang tengku
  • Hentian Rehat Benta (R&R)
  • Tapak Pasar Petang Taman Desa Perwira
  • Tapak Pekan Sehari Benta
  • Perkarangan Letak Kereta Kompleks Melati (BBKL)


Untuk makluman semua, tapak dan borang permohonan adalah terhad.Jangan lepaskan peluang sementara ianya masih ada.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Perlesenan Majlis Daerah Lipis di talian 09 3121253 @ 093121433

Majis Daerah Lipis

Ahad, 2 Februari 2020

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

PPSMI TELAH GAGAL MENGAPA MAHU DIKEMBALIKAN

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan pada tahun 2012 di kedua-dua sekolah rendah dan menengah. Tetapi Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar di peringkat universiti dan pra universiti (matrikulasi dan tingkatan 6). Pemansuhan itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah mendapat kecaman dari pelbagai pihak iaitu parti-parti politik, ibu bapa, cendekiawan, gerakan mahasiswa, pakar bahasa dan sasterawan. Selain itu kajian bebas antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruknya di kalangan 59 negara.

cerita dari lipis pelajaran
Berita Harian, 4 Jun 2008

Pada tahun 2007, hasil kajian kajian mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in Internationnal Mathematics and Science Study.

Hasil kajian bertaraf antarabangsa tersebut menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan teruk. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.

Berdasarkan pelbagai pertimbangan, pemansuhan itu diputuskan oleh kabinet Malaysia. Sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapatkan pandangan daripada penggerak dasar tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga menemui pihak UNESCO di Paris untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Saya sebagai bekas pelajar yang belajar subjek matematik dan sains termasuk Fizik, Kimia, Biologi membantah jika kerajaan berhasrat ingin mengembalikan semula dasar PPSMI di sekolah rendah dan menengah. Namun bagi saya ianya tidak menjadi masalah jika Bahasa Inggeris digunakan di peringkat menara gading.

Selain itu saya sendiri pernah mengajar subjek sains iaitu Kimia, Fizik dan Matematik diperingkat sekolah, matrikulasi dan Diploma, di mana saya dapati sukar untuk pelajar memahami konsep-konsep dan fakta-fakta yang dipelajari jika ianya diajar bukan dengan bahasa ibunda mereka.




Bantahan saya ini adalah berdasarkan kepada kajian dan dapatan yang pernah dilakukan oleh badan-badan bebas yang menjalankan kajian telah pelaksanaan PPSMI suatu ketika dahulu. Apakah kita ingin kembali kepada dasar PPSMI yang pernah digunakan pakai suatu ketika dahulu sedangkan kita melihat ianya gagal.

Kajian terhadap 10,000 sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar di mana bahasa Inggeris pada mereka sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa asing dan mereka sukar untuk menerima penggunaan bahasa ini sebagai bahasa pengantar untuk subjek sains dan matematik.

Tahap pendidikan Malaysia menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains. Ini jelas membuktikan kegagalan PPSMI. Kita cuba meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar malangnya mereka pula terkorban kerana gagal atau lemah dalam subjek matematik dan sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris.

Dari kajian yang dibuat dahulu, hanya 8 % guru yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sekolah berhadapan masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu. Fakta ini memang tidak dapat disangkal kerana guru-guru itu sendiri belajar sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia ketika mereka di bangku sekolah. Malah di peringkat universiti pun ada subjek sains yang diajar dalam Bahasa Malaysia.

Hanya 58 % masa yang diperuntukkan untuk PPSMI telah digunakan oleh guru dalam mata pelajaran sains dan matematik. Selebihnya guru tetap / terpaksa menggunakan bahasa Melayu. Guru masih berbahasa Melayu kerana murid sukar memahami dan tidak lagi berminat. Guru sendiri tidak fasih memberi penerangan dalam bahasa Inggeris. Komputer dan LCD hanya menyusahkan dan sebenarnya tidak memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P).Guru sains dan matematik cukup bimbang prestasi pelajar akan lebih merudum kerana gagal memahami apa yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.

Sejarah membuktikan bahawa dengan menggunakan bahasa Malaysia, mereka mampu menjadi doktor dan ahli profesional yang lain. Banyak doktor mendapat pendidikan dalam bahasa Malaysia sehingga ke peringkat universiti terutama bagi pelajar UKM.

Kajian UNESCO (1958) dengan jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai pengantar kepada subjek khusus iaitu Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.

Jika kita balik kepada konsep dan falsafah asal PPSMI iaitu mahu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris maka perkara asas yang sepatutnya dilakukan ialah berusaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri bukannya mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Berdasarkan fakta dan dapatan di atas saya sekali lagi tidak bersetuju dan membantah pelaksanaan semula PPSMI jika ianya mahu dikembalikan semula oleh kerajaan persekutuan.

FB Mohd Sofi Abdul Wahab

BSH 2020 Kemaskini bermula

Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019 dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.


cerita dari Lipis Bantuan Sara Hidup 2020


Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan dimanfaatkan hampir 3.8 juta penerima.

Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019.

Penerima BSH di kawasan pedalaman (kategori isi rumah) yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama, manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.




“Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

“Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020. Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu/kemaskini sekiranya:

Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu/ kemaskini sekiranya:

Pemohon yang   belum   membuat    pendaftaran   Permohonan   BSH (Kategori Baharu);
Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Guan Eng, setelah pangkalan data BSH 2020 dikemaskini, baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.

Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian daripada kalangan yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my.

Bayaran penerima BSH akan dikreditkan mulai hari ini

SEMAK STATUS




Permohonan BSH 2020

Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.


Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

SEMAK/KEMASKINI

BSH 2020 fasa 1 telah selesai dibayar pada 20 Januari lepas.

Manakala baki akan dibayar pada Fasa 2 yang diawalkan bulan Mac tambahan RM 150, RM 50 dibayar melalui e-wallet.

Tarikh pembayaran BSH fasa 3 masih belum diumumkan secara rasmi 

AddToAny