responsif teks foto

Selasa, 27 Februari 2018

Sabtu, 24 Februari 2018

Karnival Lipis 2018

Fiesta Air Kembara Pahang 2018

Ahad, 18 Februari 2018

Undi Melayu Masih Tidak Berubah

Mengapa Tsunami Melayu Tidak Akan Berlaku Menjelang PRU-14

SATU hasil tinjauan Merdeka Centre yang baru-baru ini mendedahkan bagaimana undi orang Melayu akan terus kekal bersama BN dan PAS menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang perlu dilihat sebagai satu bentuk realiti di lapangan. Laporan kaji selidik agensi itu mendedahkan bahawa pengundi Melayu lebih mempercayai BN dan PAS berbanding gabungan empat parti pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH).

Biarpun PH terus mempertikaikan hasil kajian tersebut sambil mendakwa sokongan dan undi orang Melayu kepada mereka semakin bertambah, hakikatnya dakwaan itu tidak didatangkan dengan data dan fakta. Ya, tidak dinafikan bahawa pakatan pembangkang kini mempunyai blok politik yang semakin besar dengan komponen yang bertambah, tetapi di sana tetap wujud beberapa faktor yang akan meminggirkan mereka daripada sokongan orang Melayu setidak-tidaknya untuk PRU-14 yang bakal menjengah tidak lama lagi.
BN (UMNO) giat menjalankan aktivitinya tanpa rasa jemu


Kepentingan Islam Dan Agenda Bumiputera

Rata-rata orang Melayu sangat sensitif dengan isu survival bangsa dan agama mereka di negara ini. Melihatkan agenda Melayu dan Islam semakin terhakis dengan beberapa insiden yang tidak diingini mutakhir ini, ramai yang percaya bahawa tidak ada pihak yang lebih baik untuk terus mempertahankan kepentingan kumpulan etnik majoriti itu di negara ini melainkan BN dan PAS. UMNO walaupun terus mengekalkan toleransi agama dan kaum dengan parti-parti komponen lain seperti MCA dan MIC, mereka tetap tidak goyah dan berganjak dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

UMNO adalah antara pihak yang paling ke hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di seluruh pelusuk dunia khususnya dalam isu Palestin dan Rohingya di Myanmar. Selama beberapa tahun, UMNO dan PAS terus membuktikan bahawa mereka boleh berganding bahu bagi tujuan yang maha murni ini. Kedua-dua parti ini jugalah yang paling ke terkehadapan dalam penentangan terhadap beberapa perkara seperti penganjuran pesta arak, budaya LGBT dan penularan fahaman ateisme.

Malangnya, orang Melayu tidak melihat tindakan setegas ini diambil oleh parti majoriti Melayu dalam PH, baik AMANAH, PKR mahupun PPBM. Kenyataan yang dikeluarkan mereka berhubung isu-isu seperti ini, jika ada pun, terlalu berlapik dan berhati-hati, menggambarkan seolah-olah mereka cuba menjaga hati pihak-pihak tertentu. Dan rakyat bukanlah terlalu jahil untuk tahu dan faham siapakah pihak yang cuba dijaga hatinya itu.

Hakikat ini sejajar dengan dapatan hasil kajian Merdeka Center yang menunjukkan pengundi Melayu lebih khuatir mengenai hak mereka meliputi isu kedudukan Islam, peranan mereka dalam hala tuju ekonomi dan politik negara, dan juga persoalan bagaimana kemewahan ekonomi negara kembali diagihkan kepada mereka.

Maka atas kesedaran sebeginilah, ramai orang Melayu melihat hanya BN (UMNO) dan PAS sahaja yang boleh diharap bagi membela dan mempertahankan agenda agama dan bangsa mereka. PAS mungkin tidak akan berjaya membentuk kerajaan apabila ia memilih untuk bersendirian kali ini, tapi setidak-tidaknya undian orang Melayu untuk mereka boleh ‘menyelamatkan’ negara daripada jatuh ke tangan golongan ataupun kumpulan yang tidak sensitif terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan Islam dan Melayu di negara ini.
Begitu juga  PAS masih giat menjalan aktiviti merapat dengan
pengundi


Faktor Melayu Kelas Pertengahan

Ramai yang membuat telahan bahawa UMNO dan BN hanya mampu menjana sokongan orang Melayu di kawasan-kawasan pedalaman dan dalam kalangan mereka yang masih bergelut dengan masalah kemiskinan. Dalam erti kata lain, telahan ini cuba memberikan konotasi bahawa UMNO kini sudah jauh daripada rakyat kelas pertengahan yang semestinya sudah mempunyai taraf hidup yang lebih baik. Hakikatnya, pendapat sebegitu hanya tersanggah dengan sendirinya atas beberapa faktor dan realiti.

Perspektif cetek yang mengaitkan undi sokongan untuk PH dengan pengundi daripada kelas pertengahan juga sebenarnya tidak boleh diterima bulat-bulat, khususnya di Malaysia yang teguh berpegang dengan kontrak sosial. Biarpun di sana ada sebuah teori yang menyatakan bahawa peningkatan jumlah golongan kelas pertengahan menyumbang kepada peningkatan peralihan undi dalam kalangan rakyat di negara demokratik, ianya tidaklah tepat 100 peratus di Malaysia.

Bilangan jumlah rakyat kelas pertengahan di negara ini sememangnya sedang bertambah dengan mendadak. Namun di sana terdapat perbezaan antara Melayu kelas pertengahan dengan rakyat bukan Melayu daripada kelas sosial yang sama. Pengalaman yang diperolehi oleh orang Melayu dalam ‘pendakian’ mereka ke kelas pertengahan sememangnya berbeza daripada kaum-kaum yang lain.

Ketika rakyat kelas pertengahan bukan Melayu rata-ratanya berusaha dengan wang keringat dan titik peluh mereka sendiri, ramai orang Melayu sebenarnya begitu berterima kasih kepada kerajaan pimpinan BN selama ini atas segala bantuan dan pertolongan yang diterima mereka khususnya dalam sektor pendidikan dan perniagaan. Data yang sahih dan jelas menunjukkan bagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan sebelum ini benar-benar mengangkat status ekonomi orang Melayu dengan mendadak, sekaligus merapatkan jurang ekonomi mereka dengan kaum lain khususnya kaum Cina.

Maka atas faktor tersebut, tidak hairanlah jika kita melihat UMNO masih mendapat kepercayaan yang tinggi daripada orang Melayu yang bukan sahaja datang daripada kelompok B40, bahkan ia turut disokong kuat oleh ramai orang Melayu daripada kelas pertengahan. Kebanyakan orang Melayu yang mendapat dan menikmati manfaat ini akan terus menjadi pengundi untuk beberapa PRU yang akan datang. Justeru, kita boleh menjangkakan bahawa undi orang Melayu daripada kelas ini tidak akan banyak beralih ke kem PH, setidak-tidaknya untuk PRU14 kelak.
PH (KeAdilan) hanya hantar kelendar sahaja



Biarpun iklim ekonomi semasa dan kenaikan kos sara hidup rakyat dilihat memberikan sedikit ‘kelebihan’ kepada PH untuk meraih sokongan rakyat, apa yang pasti orang Melayu kebanyakannya belum lagi yakin mengenai prospek pemerintahan PH pasca PRU kelak. Segalanya sangat membimbangkan pada mereka apabila membicarakan soal memberikan peluang kepada pembangkang untuk memerintah negara pada kali ini. Di sebalik keyakinan PH bahawa mereka kini menikmati sokongan yang semakin meningkat dalam kalangan orang Melayu, mereka juga sebenarnya telah beberapa kali mengakui bahawa mereka berdepan tugas yang sukar untuk mencetuskan tsunami Melayu pada edisi PRU yang bakal tiba.


Khamis, 15 Februari 2018

DMILLION RUNNERS USER

Tutorial bagaimana nak gunakan Apps D'Million Runner...!!!

Anda nak hantar barang
Anda nak beli barangan dapur 
Anda nak bagi 'surprise' pada org tersayang 🎁
Anda nak Hantar document 
Perlukan Runner yg boleh dipercayai dengan 'cost' yang murah 
.
Kini Anda tak perlu risau lagi kami menyediakan aplikasi runner yg canggih, Anda boleh tempah apa sahaja
.

Download link ini



Ahad, 11 Februari 2018

Pakar: Ketum tak bawa mudarat

Pakar perubatan bersetuju bahawa hasil kajian setakat ini menunjukkan, ketum tidak membawa mudarat kepada individu yang mengamalkannya.
Daun Ketum urat merah.."


Bagaimanapun, Pakar Psikiatri Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC) Dr Rusdi Abd Rashid memberitahu penanaman atau penghasilan ketum masih perlu dikawal agar ia tidak disalah guna.

Katanya lagi, berdasarkan pengalamannya bekerja di Kedah selama enam tahun serta menjalankan tinjauan di sebuah negeri di utara tanah air, pengguna ketum yang tidak dicampur sebarang dadah tidak menunjukkan tanda-tanda agresif, sebaliknya mereka menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Malah, Dr Rusdi memberitahu, hasil tinjauan juga mendapati, daripada 100 responden yang ditemui, 24 peratus daripadanya pengguna ketum dan 15 peratus berhenti mengambil heroin.

“Pengalaman saya sendiri yang kerja di Alor Setar empat tahun dan di Yan dua tahun, saya tak pernah didatangi individu yang ada masalah (ketagihan) ketum, kecuali mereka yang ada masalah dadah dan pada masa sama guna ketum.

"Kebanyakan mereka hanya mengadu pasal dadah bukan pasal ketum.

“Apabila ditanya kenapa guna ketum, mereka kata nak hilangkan ketagihan pada dadah seperti (dadah jenis) pil kuda, heroin," katanya.
Dr Rusdi


Dr Rusdi (gambar) menjelaskan kajiannya mendapati pengguna ketum juga tidak bermasalah dan boleh bekerja seperti biasa, dan bukannya gagal berfungsi dalam masyarakat seperti penagih dadah.

Bahkan katanya selepas mengambil ketum, mereka boleh bekerja kerana bahan itu memberi tenaga.

Berdasarkan pemerhatian, kata Dr Rusdi, dia merumuskan tiada akibat negatif terhadap pengguna ketum kerana ramai daripada mereka yang mengambilnya ialah orang tua bagi mengatasi masalah sakit sendi.

Dr Rusdi berkata demikian ketika menyampaikan ceramah ‘Ketum - Use or abuse di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini.

Boleh ganti Metadon

Selain itu, beliau juga memberitahu, isu salah guna ketum boleh berlaku apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mencampurkannya dengan dadah atau bahan lain - seperti ubat nyamuk - untuk mendapatkan kesan yang lebih kuat.

Namun, katanya, untuk mengklasifikasikan ketum sebagai dadah berbahaya adalah tidak wajar.

Justeru, Dr Rusdi meminta agar ketum tidak diletak di bawah Akta Dadah Berbahaya bagi membolehkan pengkaji menjalankan penyelidikan lebih mendalam terhadap tumbuhan berkenaan.

Ini kerana, menurutnya, ketum boleh menjadi ubat alternatif kepada metadon bagi merawat pesakit yang mengalami ketagihan opioid seperti heroin.

“Saya rasa kita perlu ada alternatif kepada metadon dan mungkin ketum ini alternatifnya.

"Orang yang mengambil ketum mereka tak mengantuk macam orang yang ambil metadon," katanya.

Justeru Dr Rusdi berkata ada kemungkinan ketum boleh menjadi satu daripada bahan mengubat masalah psikiatri.

Jika ketum di letakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya, kata Dr Rusdi, pengkaji tidak lagi dapat membuat penyelidikan lebih mendalam mengenainya.

Dari sisi lain Dr Rusdi juga mengingatkan sesuatu tumbuhan yang dicipta Tuhan pasti mempunyai kegunaan tertentu.

"Kita ada ramai penagih dadah, mungkin kita boleh guna ketum untuk rawat mereka.

"Kalau kita boleh tangguhkan dulu untuk letak ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya, kita boleh buat kajian tanpa batasan," katanya.

Lagi bahaya berbanding ketum

Langkah itu juga kata Dr Rusdi boleh menjimatkan perbelanjaan apabila kerajaan tidak lagi perlu mengimport metadon dari luar negara yang dijual pada harga mahal.

"Apa salahnya kita guna produk sendiri? Selain dapat merawat penagih, kita juga boleh eksport ubat sirap (cairan) ketum dan menjana ekonomi negara kita,” katanya sambil menambah, terdapat banyak manfaat daripada pokok ketum sekiranya ia diproses dengan betul.

Dalam sesi soal jawab pula, Dr Rusdi menjelaskan gula lebih memudaratkan berbanding ketum kerana bahan itu boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit kencing manis.


Pada masa sama katanya ada pesakit kencing manis mengambil ketum sebagai bahan sampingan bagi merawat masalah kesihatan mereka.

“Sekarang pihak Risda nak berbincang untuk dikomersialkan. Saya rasa, apa salahnya?

"Penoreh getah pun sekarang hidup susah, mungkin apabila dibenarkan (mengkomersialkan) ketum, mereka boleh eksport ketum yang telah dijadikan sabun.

"Ia boleh membantu peladang kecil dalam keadaan ekonomi tak baik sekarang ini,” katanya lagi.

Pada April 2015, kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2014) untuk menyenaraikan daun ketum dalam jadual pertama akta berkenaan.

Lampu hijau buat ketum

Turut berada dalam jadual itu ialah pokok ganja, kanabis, popi dan koka.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya membentangkan cadangan pindaan itu sehingga ke peringkat bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, laporan Bernama pada November 2015 menyatakan pembentangan itu ditarik balik kerana terdapat bantahan terhadap cadangan takrifan penyalahgunaannya.

Antara lain langkah itu dikhuatiri boleh menyebabkan penganiayaan kepada penduduk kampung yang menanam dan menggunakan bahan itu untuk tujuan perubatan serta kesihatan sendiri.

Dalam laporan itu juga, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dipetik berkata kerajaan memerlukan masa untuk menyediakan takrifan perundangan baru bagi daun ketum.
Prof Dr. Mustafa Ali Mohd


Sementara itu, doktor di Jabatan Patologi UMSC, Prof Dr Mustafa Ali Mohd (gambar, atas) menggesa kerajaan memberi kebenaran serta geran kepada pihak-pihak yang ingin lakukan kajian terhadap pokok ketum.

Beliau yang juga pakar dalam bidang farmakologi dan Ubat-ubatan tradisional berkata Malaysia mempunyai segala kepakaran untuk membuat kajian terhadap tumbuhan tersebut namun ia berdepan kekangan apabila tidak mendapat 'lampu hijau'.

“Jika kerajaan beri kebenaran (untuk lakukan kajian) dan geran, kita boleh lakukan dan menjadikannya satu minuman sirap tradisional untuk meningkatkan tenaga, kesihatan. Kita boleh eksport.

“Kita boleh lakukannya tetapi lampu hijau tak ada. Kita telah ada orangnya (untuk buat kajian), kita ada pengalaman, kita ada mesin tetapi lesen tidak ada.


“Kita telah cuba (untuk dapatkan kelulusan buat kajian terhadap ketum) beberapa tahun yang lalu," ujarnya.

Khamis, 1 Februari 2018

WowApp, aplikasi sembang baru yang dibangunkan oleh orang Romania, melancarkan pelaburan EUR 30 juta


Aplikasi sembang baru yang dibangunkan oleh orang Romania ini menjanjikan untuk berkongsi hasil dengan penggunanya. Aplikasi sembang baru WowApp, yang diasaskan oleh pelabur Switzerland Thomas Knobel dan dibangunkan oleh satu pasukan dari 70 pengaturcara Romania, baru-baru ini dilancarkan selepas pelaburan sebanyak EUR 30 juta, melaporkan Startupcafe.ro.


Aplikasi ini membawa sesuatu yang baru di pasaran yang dikuasai oleh WhatsApp dan Skype: sebuah sistem di mana pengguna boleh menerima sebahagian daripada keuntungan syarikat.

"Lebih daripada 70% daripada hasil WowApp mendapat dari menjual ruang iklan atau panggilan berbayar yang dibuat di luar rangkaian WowApp kembali kepada pengguna. Mereka boleh memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan dana: mereka sama ada boleh menyumbang kepada NGO atau mereka boleh memindahkannya ke akaun bank mereka sendiri, "kata pengasas aplikasi itu.

Setiap pengguna boleh menjadi sebahagian daripadanya dengan menggunakan aplikasi dalam sistem yang memberi ganjaran. Untuk masuk ke dalam sistem ini, dia mesti menerima jemputan daripada pengguna aktif. Selepas itu, dia boleh menjemput orang lain untuk menyertai dan bergantung kepada jumlah kawan yang dijemput, ganjaran boleh meningkat.

Ganjaran datang sebagai wowcoins, yang merupakan mata wang maya yang baru. Para pengguna kemudian boleh memindahkan wowcoins ke akaun bank mereka sendiri, di mana mereka akan ditukar kepada dolar, atau disumbangkan kepada NGO. Pada masa ini, pengguna boleh menyokong mana-mana lebih 2,000 NGO di seluruh dunia, menurut wakil syarikat.

Pengguna menerima keuntungan kewangan apabila mereka memilih untuk melihat iklan semasa menggunakan aplikasinya, atau apabila mereka memilih untuk menggunakan WowApp sebagai perkhidmatan telefoni prabayar dan membuat panggilan di luar rangkaian WowApp. Sembang dan panggilan dalam rangkaian adalah percuma.

Aplikasi ini dilancarkan di pasaran sebulan yang lalu, di bawah tempoh ujian, dan ia sudah mempunyai 100,000 pengguna. Kebanyakan anggotanya berasal dari Romania, mewakili 25.5% daripada jumlah rangkaian WowApp, menurut data syarikat yang dikutip oleh Startupcafe.ro. Sekitar 25,500 orang roman telah membuka akaun WowApp setakat ini. Rusia akan datang di bahagian atas, dengan 15,500 pengguna, diikuti oleh Brazil - 12,000 pengguna, Ukraine - 5,200, Itali - 4,150, dan AS - 4,000.

Apl ini tersedia untuk sistem operasi Android, iOS, dan Windows.

Ikot cara seperti di bawah untuk join

klik link ini Daftar  INSTALL NOW

AddToAny