responsif teks foto

Jumaat, 28 Januari 2022

Pembukaan semula jalan di hadapan Kolej Vokasional

 



Jalan 8 Kuala Lipis- Raub di hadapan Kolej Vokasional yang ditutup sebelah  telah dibuka semula pada 5.00 petang 28 Jan 2022. Pemandu dikehendaki berhati-hati memperlahankan kenderaan melalui jalan tersebut. 


Khamis, 27 Januari 2022

Tiga kakitangan KEMAS telah terlibat kemalangan

 


Saya baru mendapat perkhabaran yang mengejutkan daripada Pegawai saya. Saya difahamkan bahawa 3 kakitangan KEMAS telah terlibat kemalangan pada petang tadi semasa dalam perjalanan ke Bandar Lipis untuk urusan pengeluaran wang tabika.

Sebak saya melihat kongsian gambar namun saya tidak boleh berkongsi di laman sosial ini bagi menghormati mangsa-mangsa kemalangan.

Saya juga telah dimaklumkan bahawa 2 orang kakitangan telah disahkan meninggal dunia dan seorang lagi kakitangan, Pn. Rosnani binti Daud mengalami kecederaan parah.

Terdapat juga ahli keluarga mereka yang turut terlibat dan sedang menerima rawatan di hospital.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Keluarga KEMAS yang telah meninggal dunia dan mendoakan kesembuhan kepada yang sedang menerima rawatan.

FB : Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad

Isnin, 24 Januari 2022

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 (BKK 2022)

 


  • Pegawai Perkhidmatan Awam RM 700
  • Pesara Kerajaan RM 350

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 (BKK 2022) adalah bantuan yang diluluskan oleh Kerajaan dalam Belanjawan yang dibentangkan tahun lalu.

Bayaran BKK 2022 akan dibuat pada 25 Januari 2022 dan kadarnya sebanyak RM350 kepada pesara.

BKK 2022 ini dibayar kepada Pesara Kerajaan (semua gred) yang sedang menerima pencen yang bersara pada 25 Januari 2022 atau sebelumnya. Ia turut dibayar kepada penerima Pencen Terbitan di bawah undang-undang pencen.

Pesara Kerajaan di bawah Skim KWSP yang bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan wajib pada atau sebelum 25 Januari 2022 turut layak terima.

Pesara yang dilantik semula secara 'Contract of Service' dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 layak terima RM700. Pembayaran RM350 dibayar oleh JPA / JHEV, dan bakinya dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

Maklumat lanjut boleh lah kalian semak melalui surat edaran JPA.800-3/2/1 (32) dan soalan lazim di dengan muat turun pautan ini https://tinyurl.com/52zxtuu9 atau imbas Kod QR.




Khamis, 20 Januari 2022

Waris Veteren ATM perlu tahu

 


Khas Untuk Ahli Keluarga Yang Ada Saudara Mara Berkhidmat Dalam Tentera

BAYARAN BANTUAN MENGURUSKAN JENAZAH (KHAIRAT KEMATIAN)
  • Pesara Tentera (Berpencen Sahaja)layak RM3000.00
  • Untuk Isteri (pasangan dikahwini semasa dlm perkhidmatan) layak RM1500.00
  • Untuk anak yang di bawah 18 thn dan anak yang berumur 21 thn yang sedang belajar, Layak RM1500.00


BAYARAN BANTUAN MENGURUSKAN JENAZAH (KHAIRAT KEMATIAN)
  • Bagi Bekas Tentera (yang tidak berpencen)dibayar oleh Yayasan Veteran ATM. Layak menerima RM3000.00
  • Untuk Isteri (pasangan dikahwini semasa dalam perkhidmatan) layak RM1500.00
  • Untuk anak yang bawah 18 tahun dan anak yang umur 21 thn yang sedang belajar layak RM1500.00
  • Bagi Veteran @ Keluarga, boleh buat tuntutan dlm masa 1 tahun dari tarikh kematian.
  • Borang² ada disediakan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Negeri & Cawangan.
Maklumat ini sekadar untuk pengetahuan sahaja bagi yang belum tahu. war-war kan pada Veteran yang belum mendaftar, supaya mendaftar di Cawangan masing-masing dengan segera.



Rabu, 19 Januari 2022

Peluang Pekerjaan di ECRL

 

Projek Laluan Rel Pantai Timur(ECRL)

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) adalah pemilik projek dan aset Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). MRLSB adalah syarikat bertujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.).

China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) adalah kontraktor Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) untuk Projek ECRL.

Jaringan rel ECRL akan merapatkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan menghubungkan Kota Bharu di Kelantan ke Pelabuhan Klang di Selangor.

ECRL adalah infrastruktur nasional yang akan membantu menghubungkan antara bandar dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam di kawasan luar bandar.

ECRL adalah rangkaian kereta api elektrik yang akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai sebuah infrasturuktur nasional, ECRL akan menghubungkan bandaraya dan bandar-bandar serta menaiktaraf sistem pengangkutan awam dengan rangkaian relnya.

Dengan kelajuan 160km, keretapi penumpang ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan lebih kurang empat jam dari Kota Bharu ke ITT Gombak.

ECRL juga dijangka akan memacu aktiviti komersial, menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsang aktiviti pelancongan di sepanjang rangkaian relnya.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026




Tiada Lagi Perubahan.

Tiada lagi perubahan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas ini, setelah ia dimuktamadkan sepenuhnya dengan paling akhir membabitkan laluan di Selangor iaitu Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Ka Siong berkata, beliau telah menandatangani kelulusan penuh Skim Keretapi Jajaran C2 pada petang Rabu, selepas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengemukakan permohonan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek ECRL.

Mencari Peluang Pekerjaan dan Kerjaya

ECRL menjemput anda untuk menyertai Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL) dan menjalani program latihan kemahiran dalam industri pembinaan rel. Peserta akan ditaja sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

Elaun dan faedah lain akan disediakan. Pelatih yang berjaya menamatkan program ini akan dijamin pekerjaan dan menjadi sebahagian daripada pembinaan projek mega Laluan Rel Pantai Timur sepanjang 665 km ini.

Semak Peluang Kerjaya.

Selasa, 18 Januari 2022

Semakan Bantuan Veteran Atm Tidak Berpencen 2022

 



Semakan Bantuan Veteran ATM Tidak Berpencen 2022: Cara Daftar Permohonan JHEV berdasar bajet belanjawan 2022

Banyak golongan yang dapat hadiah dan pemberian kerajaan melalui pembentangan bajet belanjawan 2022 Malaysia kali ini. Tidak terkecuali golongan dan kumpulan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen.

Golongan ini turut menerima bantuan berdasar bajet belanjawan 2022 berjumlah RM300 secara 'one off'.

Berdasar rekod berita terkini melalui sistem Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), ada sejumlah 82,000 orang veteran askar tiada dapat pencen manakala 300,000 orang yang terima pencen terbitan dan juga veteran ATM pencen.

Semakan Bantuan Veteran Atm Tidak Berpencen 2022

Untuk semakan bantuan veteran atm tidak berpencen berdasarkan pengumuman bajet belanjawan 2022 malaysia di portal semakan sistem data jhev,

https://daftar.jhev.gov.my/daftar/

Tarikh Bayaran Bantuan Bekas Askar

Kerajaan Malaysia berjanji untuk proses tarikh pembayaran untuk bekas askar dan tentera pada bulan Januari 2022 ini. 

Cara Daftar Jhev ATM

Untuk terima bantuan khas kewangan bkk veteran atm tidak berpencen, pastikan anda daftar dengan sistem JHEV.

https://daftar.jhev.gov.my

Anda sebenarnya boleh daftar secara online ataupun hantar borang permohonan terus di cawangan jhev yang terdekat dengan anda samada di Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur,KL, Selangor, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Penang, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Melaka.

Masalahnya sekarang jumlah yang register dan daftar dengan JHEV masih lagi rendah dan tidak ramai.

Sedangkan apabila anda daftar JHEV ATM banyak pertolongan yang anda boleh dapat dari kerajaan Malaysia. Contohnya? Berdasarkan pengumuman pembentangan bajet belanjawan 2022 kali ini.




Senarai Bantuan ATM 2021 Bajet 2022

  • Di bawah ini antara senarai bantuan bekas askar untuk tahun 2022
  • Bantuan khas kewangan BKK veteran sebanyak RM350 'one off'
  • Bantuan kepada pesara pencen sebanyak RM350
  • Bantuan bakul makanan melibatkan anggota dan veteran
  • Kad veteran ATM
  • Skim bantuan sara hidup
  • Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional
  • Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam Malaysia / Politeknik
  • Skim Bantuan Peralatan & Alat Sokongan Pesakit
  • Skim Bantuan Bencana Alam
  • Skim Bantuan Untuk Golongan Bekas Askar dan Tentera Malaysia
  • Bantuan rawatan perubatan untuk bekas askar selepas bersara di IJN, Hospital Kerajaan atau tentera dan lain lain lagi
  • Senarai Bantuan untuk pesara tentera atm yang mati meninggal dunia
  • Borang Permohonan Skim Bantuan Kebajikan JHEV
  • Borang Pendaftaran Maklumat Veteran ATM
  • Borang Permohonan Bantuan Kebajikan
  • Borang Permohonan Pencen Terbitan
  • Borang Bantuan Pengurusan Jenazah

Berita baik, Jabatan Hal Ehwal Veteran JHEV ATM telah pun kemaskini bantuan RM1000 & RM1500 untuk pelajar matrikulasi, pusat asasi sains, IPTA (universiti awam) IPTS terpilih.

Bantuan RM1000 untuk pengajian peringkat Matrikulasi Pusat Asaisi Sains & Diploma

Bantuan RM1500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama di IPTA (Universiti Awam) dan IPTS (Universiti Swasta)

Kepada yang layak boleh terus hantar permohonan dengan klik link pautan ini,

https://www.jhev.gov.my

Soalan Lazim & FAQ

1. Bagaimana cara untuk saya claim dan tuntut bantuan khas kewangan untuk yang tak berpencen?
Boleh rujuk butiran yang dikongsikan di atas ini

2. Siapa layak mohon bantuan ini?

Veteran atm / balu / anak anak yatim piatu

Terima kasih kerajaan Malaysia dengan pemberian bantuan veteran ATM tidak berpencen berdasar pengumuman bajet belanjawan 2022.

Isnin, 17 Januari 2022

Kemalangan berhampiran Sek Men Keb Agama Lipis

 




Satu Kemalangan jalan raya di laluan persekutuan berhampiran Simpang Masuk Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lipis,  Benta . Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan . Pasukan Bomba  Kuala Lipis bertindak mengeluarkan tiga ( 3 ) mangsa di dalam kenderaan dengan menggunakan stretcher manakala Pasukan  Emergency Medical Rescue Services Bomba (EMRS )  membantu Pegawai Perubatan memberi  perawatan awal kepada mangsa . 

Pegawai perubatan mengesahkan seorang mangsa  telah meninggal dunia ditempat kejadian . Persekitaran operasi  selamat dan menyerahkan operasi pada PDRM .

Berhati-hati memandu dijalanraya.


Kredit : BBP Kuala Lipis.

Sabtu, 15 Januari 2022

16 hari lagi untuk kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia 2022

 



Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memaklumkan bahawa urusan pendaftaran baharu dan kemas kini bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dibuka bermula hari ini sehingga 31 Januari depan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, urusan pendaftaran dan kemas kini itu adalah bertujuan untuk memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan.

“Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.



Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data-data bantuan terdahulu yang berkaitan akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” 

Pemohon BKM boleh mendaftar, mengemas kini maklumat atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut menerusi portal rasmi BKM di pautan 


Dibayar Pada
  • Fasa 1 Mac 2022
  • Fasa 2 Jun 2022
  • Fasa 3 September 2022
  • Fasa 4 Disember 2022
Hanya Bujang dibayar pada Mac dan Sept 2022

Sila semak borang online satu persatu, yang bekerja sendiri sila isi ruang jumlah pendapatan jangan dibiarkan kosang.

Bermula 1 Januari sehingga 31 Januari, hanya tinggal 16 hari sahaja.

Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia 2022



Jumaat, 14 Januari 2022

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150

 



Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang, akan diagihkan bermula Isnin ini 17 Jan 2022 kepada murid yang akan memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima daripada kalangan keluarga isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya, berkata seramai tiga juta murid di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada bantuan berkenaan.

"Murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak untuk menerima bantuan berkenaan.

"Sementara itu, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai," katanya.





KPM berkata, pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

"Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

"KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023," katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, Oktober tahun lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan BAP dinaikkan sebanyak RM150 berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.

Jelasnya, bantuan itu membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta.

Kredit : Kenyataan Media KPM

Khamis, 13 Januari 2022

Semakan Penyata Pencen JHEV ATM 2022

 


Untuk makluman, Penyata Pencen untuk tahun 2022 sudah keluar, boleh lah tengok kenaikan 2% masing-masing. Sebelum itu kena daftar dulu.


Semakan Penyata Pencen https://penyata.jhev.gov.my/penyata/semakan.asp


USER ID: No tentera Password: Pass@2017

Tukar pada password sendiri  





Rabu, 12 Januari 2022

Kemalangan di Padang Tengku Lipis

 



Laporan awal seorang pelajar Sek Men (a) Pdg Tengku meninggal dunia terlibat kemalangan

Nama : Ahmad Majdi bin Eswadi.

Tingkatan : 6 STAM.

Alamat : Kg Kechau Tui Pdg Tengku.

Masa kejadian 6.55pagi

Lokasi : berhampiran 'Trafic Light' persimpangan ladang Selborne dalam perjalanan ke sekolah.
Beliau dipercayai dilanggar oleh sebuah 'hilux' daripada arah Padang Tengku kerana memotong kenderaan lain dalam keadaan cuaca agak gelap dan berkabus.

Jenazah di bawa ke hospital Lipis


Al Fatihah

Jumaat, 7 Januari 2022

Majlis ramah mesra bersama Orang Asli Kuala Koyan



Terubat kerinduan saya kepada masyarakat Orang Asli selepas bertemu mereka di Kuala Koyan pada petang tadi.

Saya meraikan mereka dalam satu majlis ramah mesra dan menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 10 penerima bagi menampung kos membina rumah adat, rawatan pesakit kronik, baik pulih rumah serta menampung kos pengajian ke menara gading.

Dalam masa yang sama, masyarakat Orang Asli Kuala Koyan turut menerima dividen bulanan daripada hasil Ladang TSK yang diuruskan oleh Syarikat MXF Gemilang Enterprise sejak tahun 2020. Syarikat ini dimiliki oleh penduduk Orang Asli Kuala Koyan sendiri sehingga ke hari ini tidak pernah gagal membayar dividen bulanan dan juga bonus tahunan kepada para peserta.

Pada bulan lalu (Disember 2021), seramai 133 peserta telah menerima bonus untuk tahun 2021 berjumlah RM1,000 seorang hasil daripada ladang TSK ini.

Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kebajikan Orang Asli termasuklah soal pendidikan, ekonomi, kehidupan, pertanian, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Ini terbukti bahawa kita sentiasa ada bersama ketika memerlukan pertolongan.

Kredit FB :  Wan Rosdy bin Wan Ismail

Rabu, 5 Januari 2022

Jalan 8 Raub -Kuala Lipis - Gua Musang

 

Tanah runtuh berhampiran Sekolah Teknik

laluan alternatif dari arah Kuala Lipis ke Raub sama ada melalui Sungai Koyan atau laluan Kerambit, 


'Selamat memandu..."


Ahad, 2 Januari 2022

Jalan laluan 15099 Lubuk Kulit-Barus Lipis

 



LAPORAN BENCANA JALAN NEGERI

Jenis Kejadian: *Banjir*

Tarikh: *02/01/2022*

Masa: *8.00am*

Daerah: *Lipis*

No Laluan: 15099 (MARRIS NO)

Nama Jalan: *lubuk kulit-kg barus*

Seksyen: *0.2*

Lokasi/Landmark: *jambatan lubuk kulit*

Koordinat : 4.175950000, 102.01310000

Panjang Kawasan: *30m*

Kedalaman Paras Air: *0.25m*

Status Laluan: *Ditutup kepada kenderaan ringan*

Jalan Alternatif: **

Cuaca : *cerah*

*Trend air :  *menurun*

*Update by JKR Daerah Lipis & YP Maintenance Sdn Bhd.*

_*Kedalaman Paras Air :*_

0.35m - *Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan*

0.76m - *Jalan Ditutup Kepada Semua Kenderaan


JKR Negeri Pahang

Sabtu, 1 Januari 2022

Pusat Kawalan Bencana Daerah Lipis

 


Pahang diramal banjir Sabtu ini. Daerah di Pahang yang diramal banjir adalah Maran, Temerloh, Jerantut dan Kawasan sekitar, Kuantan (Sungai Lembing) serta Rompin.

Pusat Kawalan Bencana Daerah Lipis telah  dibuka pada jam 8.00 pagi bertarikh pada 01 Jan 2022

No Telefon : 

  • 09 3121392
  • 09 3121478

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lipis.



1 Jan 2022 air melepasi jambatan Tembeling Kg. Berchang Lipis

Kembali ke rahmatullah tahun 2021

Mengingati kematian mendorong manusia menetapkan matlamat yang jelas dalam hidupnya di dunia dan akhirat. Manusia yang sering mengingati mati menyedari Allah SWT sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukannya.

 Membuka tirai tahun baru 2022 ini mari kita mengingati orang-orang ternama meninggalkan kita pada tahun lepas. Moga mereka ditempat bersama-sama dengan orang beriman. Aamiin

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan (serta membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)



Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber 44
Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan, di Hospital Yarsi, di sini, pada 8.30 pagi. 14 Jan 2021 (Khamis)

Brig Jen Sharom bin Hashim
Brig Jen Sharom bin Hashim Mantan Asisten Ketua Staf Perisikan telah Kembali Kerahmatullah pada 14 Jan 21 jam 1505. di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Urusan Jenazah akan uruskan oleh pihak Hospital disebab Pandemik Covid.

Tun Dr Mohamed Salleh Abas 92
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia, pada usia 92 tahun, awal pagi tadi jam 3.20, 16 Jan 2021 selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kelmarin.

Datuk Jamali Shadat, 78
Pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia,di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang pada 8.30 pagi 3 Feb 2021.


Datuk Ismail Kijo, 69
Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, 69, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.33 tengah hari pada 4 Feb 2021.

Pbt (B) Ujang bin Mormin 99 
Kematian Veteren ATM 1674 Pbt Ujang bin Mormin jam 0505 pada 09 Feb 2021 di Hospital Sungai Buluh berkemungkinan disebabkan jangkitan convid19.

Dato' Zainal Hassan
Bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang (Tugas-Tugas Khas) Dato' Zainal Hassan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur hari ini 22 Feb 2021. Allahyarham yang tinggal di Felda Sungai Nerek, Maran adalah merupakan peneroka Felda pertama yang bergelar 'Wakil Rakyat' di negara ini.

Noryati Taib 63
Pelakon Noryati Taib atau lebih mesra dikenali sebagai Makcik Petir.telah kembali kerahmatullah pagi Rabu 7 April 2021 kerana sakit tua.


Rosmaini Mohd Shah
Rosmaini Mohd Shah ( Uncle Chud) bekas pemain bolasepak Pahang, baru saja meninggal dunia lebih kurang pukul 3.15pm 8 April 2021 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Abu Bakar Omar 72 
Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia pada 16 April 2021 jam 9.04 pagi di Kedah Medical Centre, Alor Setar, selepas mengalami masalah jantung. Allahyarham berusia 72 tahun Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di No 7, Jalan Bukit Nyamuk, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang, Kedah.

Haziq Kamaruddin, 27
Pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, 27 tahun, menghembuskan nafas terakhir pagi ini di Hospital Kajang pada 14 Mei 2021

Tan Sri Harussani Zakaria 82
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia hari ini 30 Mei 2021 setelah menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), selepas disahkan positif COVID-19.



Puan Julie Faridah @ Joria Basir
Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak 'Faridah' menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad 30 Mei 2021.

Lt Kol Hj Mohd Sani bin Hj Royan 61
Beliau dimasukkan ke HAT Tuanku Mizan pada 23 Mei 21 dan ditempatkan di Wad ICU akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan komplikasi buah pinggang dan disahkan meninggal dunia pada 12 Jun 2021 jam 0556.

Saari Sulong, 48
Kartunis terkenal, Aie atau nama sebenarnya Saari Sulong, 48, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Manggis, Banting, awal pagi hari ini 28 Jun 2021 .akibat komplikasi buah pinggang.

Jen Tan Sri Dato Mohd Ghazali Che’ Mat 90 
Mantan Panglima Angkatan Tentera 1985 -1987 telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 1830 di HAT Tuanku Mizan 7 Julai 2021.


Datuk Zukkefli Nordin
Hari ini 11 Julai 2021 kita kehilangan seorang pejuang tegar di dalam meleraikan keluh kesah peneroka dan generasi Generasi Kedua. Moga arwah ditempat bersama-sama orang beriman.

Abu Bakar Ahmad(Tawil) 69
Pelakon filem Prebet Lapok, Tawil, 69, atau nama sebenarnya Abu Bakar Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, di sini, jam 2.15 pagi jumaat 23 Julai 2021.

Datuk Baharuddin Omar 85
Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam sekitar pukul 6.30 petang Sabtu 24 Julai 2021.

Siti Sarah Raissuddin, 36
Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi. Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.


Datuk Jaimin Samitah
Beliau merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah meninggal dunia pada Isnin, 9 ogos 2021 akibat COVID-19. Untuk makluman, allahyarham telah hadir ke Kompleks Parlimen Malaysia sepanjang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas Tahun 2021 dari 26 hingga 29 Julai 2021 yang lalu.

Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth 92
Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth meninggal dunia pada pagi Selasa 24 Ogos 2021 akibat komplikasi jangkitan paru-paru.

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid 82
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pada 28 Ogos 2021 jam 1.40 pagi berusia 82 tahun. Allahyarham adalah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Datuk Lajim Ukin
Datuk Lajim Ukin Ahli merupakan Parlimen Beaufort dan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang dirawat akibat jangkitan COVID-19 sejak kira-kira dua minggu lalu meninggal dunia pagi ini. Beliau yang dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi 29 Ogos 2021 di Hospital KPJ.


Tun Sakaran Dandai
Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin 30 Ogos 2021.

Kamaruddin Ahmad, 78
Bekas pembaca berita RTM, Kamaruddin Ahmad, 78, telah menghembuskan nafas terakhir beliau akibat sakit tua hari ini. Menurut portal RTM One News, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Sentosa, Selangor, pukul 7 pagi ini. 2 Ogos 2021.
 
Tan Sri Zaman Khan,78
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu 11 Sept 2021. Arwah meninggal dunia pada jam 10.15 pagi dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Asar.
 
Hj. Daud Awang 
Allahyarham Hj Daud Awang Mantan Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian Lipis Meninggal Dunia Lewat Petang 12 Sept 2021.




Datuk Zolkples Embong 62
Satu kehilangan besar buat industri sukan negara. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang meninggal dunia pada pagi Ahad. Allahyarham yang berusia 62 tahun meninggal dunia di kediamannya, pada 3 Okt 2021 dipercayai akibat sakit jantung.

Mamat Khalid, 58
Pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, pada 24 Okt 2021 jam 12.30.

James Masing 72
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya,pada 31 Okt 2021

Tan Sri Sabbaruddin Chik 80 
Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini 4 Dis 2021.



Hajmi bin Hj Ibrahim (Gmie) 50
Selepas hampir dua tahun diuji sakit buah pinggang berlubang, vokalis kumpulan Screen, Gmie, 50, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada jam 2.30 pagi tadi 10 Dis 2021.



Tahun 2022


Serbegeth Singh(Shebby) 61
Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia, pada petang 12 Jan 2022 kerana terkena serangan jantung ketika berbasikal di Putrajaya.

Md Sani Abu Yamin, 70
Penyanyi lagu Rindu Hatiku Tidak Terkira, M Sani, meninggal dunia dipercayai akibat penyakit kencing manis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 10 malam 12 Jan 2022

Mohd Rafik Abdul Raman 52
Pelawak dan pengacara Pian Cecupak, 52, meninggal dunia selepas ditemui terjatuh dalam bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi. 27 Jan 2022.

Datin Mastura Ismail, 65,
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Apo Kono Eh Jang, Datin Mastura Ismail, 65, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya di Taman Cheras Idaman, di sini, jam 8.39, 9 Feb 2022.

Silahuddin Ali, 63
Bintang program realiti Kilauan Emas musim ketiga, Silah atau nama sebenarnya Silahuddin Ali, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, jam 10.20 malam tadi. 12 Mac 2022.

Amran Tompel, 70
Pelakon dan pelawak Amran Tompel, 70, meninggal semasa dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19 di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban jam 4.43,  26 Mac 2022 petang, hari ini

Shamsudin Baslah, 74
Pelakon veteran, Shamsudin Baslah, 74, meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang, Selangor, akibat sakit tua, pada jam 5.30 28 Mac 2022.

Tan Sri Dr Ali Hamsa 66
Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa disahkan meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis.21 April 2022


AddToAny