responsif teks foto

Jumaat, 7 Januari 2022

Majlis ramah mesra bersama Orang Asli Kuala Koyan



Terubat kerinduan saya kepada masyarakat Orang Asli selepas bertemu mereka di Kuala Koyan pada petang tadi.

Saya meraikan mereka dalam satu majlis ramah mesra dan menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 10 penerima bagi menampung kos membina rumah adat, rawatan pesakit kronik, baik pulih rumah serta menampung kos pengajian ke menara gading.

Dalam masa yang sama, masyarakat Orang Asli Kuala Koyan turut menerima dividen bulanan daripada hasil Ladang TSK yang diuruskan oleh Syarikat MXF Gemilang Enterprise sejak tahun 2020. Syarikat ini dimiliki oleh penduduk Orang Asli Kuala Koyan sendiri sehingga ke hari ini tidak pernah gagal membayar dividen bulanan dan juga bonus tahunan kepada para peserta.

Pada bulan lalu (Disember 2021), seramai 133 peserta telah menerima bonus untuk tahun 2021 berjumlah RM1,000 seorang hasil daripada ladang TSK ini.

Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kebajikan Orang Asli termasuklah soal pendidikan, ekonomi, kehidupan, pertanian, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Ini terbukti bahawa kita sentiasa ada bersama ketika memerlukan pertolongan.

Kredit FB :  Wan Rosdy bin Wan Ismail

Tiada ulasan:

AddToAny