responsif teks foto

Selasa, 26 November 2013

Majlis Kesyukuran

Majlis Ramah Mesra Dan Kenduri Kesyukuran Azamuddin Mohd Akil(Alex)
"dah sampai Kampung Relong Piala ni ..."



Tarikh : 30.11.2013(Sabtu)

Masa :8.30 pm
- kenduri kesyukuran di Rumah Azamuddin Kampung Relong Kuala Lipis Pahang.

Masa :9.00 am - 2.00 pm
- sesi ramah mesra di Dewan Orang Ramai Kampung Relong Kuala Lipis Pahang.

Dijemput semua peminat Pahang hadir je majlis ini.









Ahad, 24 November 2013

"Kami dah tak larat..."

Penduduk Kuarters guru beratur untuk mendapatkan air 
KUALA LIPIS - “Penduduk di sini terutama yang tinggal di tingkat empat dan lima dah tak larat nak mengangkat tong berisi air. Kami harap gangguan bekalan air ini pulih dengan segera supaya aktiviti harian kami berjalan seperti biasa.”

Begitulah keluhan seorang penghuni Kuarters Guru Terenggun, Wan Mohd Azril Wan Amiruddin, 38, yang berdepan dilema apabila bekalan air diterima mereka sering kali terputus malah semakin kritikal sejak lima bulan lalu.

Wan Mohd Azril berkata, kuarters yang mempunyai tujuh blok dan dihuni oleh kira-kira 300 penduduk itu jarang menerima bekalan air secara terus dalam tempoh 24 jam dan ini menyebabkan mereka terpaksa mengangkut air yang dibekalkan lori tangki ke rumah masing-masing.

“Masalah itu bukanlah isu baru tetapi sudah berlarutan sekian lama. Minggu lalu bekalan air terputus sehingga lima hari dan  menganggu rutin harian penghuni.

“Walaupun hujan, penduduk beratur panjang untuk mendapatkan air yang dihantar ke sini dengan menggunakan tangki. Lebih menyedihkan apabila penghuni di tingkat empat dan lima terpaksa mengangkat tong air yang berat menaiki tangga kerana kuarters ini tidak mempunyai lif,” katanya semalam.

Wan Mohd Azril berkata, masalah itu perlu diselesaikan walaupun pihak berkaitan telah menghantar lori tangki untuk menyalurkan bekalan air.

"Sampai bila tangki akan berada dalam kawasan kuarters ini. Cukuplah, bantulah kami. Lagipun tidak semua yang mendapat bekalan ini,” katanya.

Wan Mohd Azril berkata, penduduk sudah mula rimas dengan isu bekalan air dan sudah sampai masanya kerajaan melihat alternatif yang lebih tersusun pada waktu ini supaya penduduk tidak terputus air pada saat mereka memerlukannya.

Menurutnya, mereka sedar kerajaan mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk meningkatkan kawasan loji mahupun empangan, tetapi keperluan segera itu perlulah difikirkan dengan lebih efisien.

“Penduduk di sini amat berharap masalah air itu mendapat perhatian daripada kerajaan. Bantulah kami selesaikan segera masalah bekalan air yang tidak menentu ini,” katanya. - Sinar Harian

Komen
Itulah lumrah alam,  penduduk tradisioal yang menduduki rumah berhampiran dengan sungai terutamanya sungai-sungai  besar menghadapi masalah banjir dan bah. Penduduk yang berada di tanah tinggi dan berbukit menghadapi masalah gangguan bekalan air.

AddToAny