responsif teks foto

Khamis, 26 Mei 2022

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1443H

 


Sempena keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato; Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail 

Pada : 26 Mei Khamis

Masa : 03.30 Petang

Tempat : Perkarangan Surau Kampung Dada Kering Mukim Kechau Lipis, semua penduduk mukim Kechau dijemput hadir.

Isnin, 23 Mei 2022

Hari Hol

 

Hari Hol : Cuti Umum Negeri Pahang.

Ramai yang masih belum mengetahui Negeri Pahang mempunyai satu hari cuti umum yang unik iaitu dikenali sebagai hari HOL.

Cuti ini diberikan bagi memperingati kemangkatan kerabat diraja Pahang dengan mengadakan kenduri arwah.Dalam konteks ini ia diberikan untuk memperingati almarhum Sultan Pahang terdahulu yang telah mangkat iaitu Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang ke 4 ( 7 Mei 1974) dan hari Hol Negeri Pahang jatuh pada 7 Mei setiap tahun.

Apabila Sultan Pahang ke 5, Al Marhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada 22 Mei 2019, cuti hari HOL telah diisytiharkan jatuh pada 22 Mei setiap tahun.
Perkataan "HOL" itu sendiri telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan yang bermaksud "kenduri arwah yang diadakan setahun sekali".
Al Fatihah...

Kredit FB Farid Ikhwan Nasution


Jumaat, 20 Mei 2022

Majlis Rumah Terbuka di Lipis




JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI YB DATO’ SRI ABDUL RAHMAN MOHAMAD, TIMBALAN MENTERI 1 KPLB BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN LIPIS

Dimaklumkan bahawa satu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YBTM1 KPLB akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :   21 Mei 2022 (Sabtu)*
Masa    :  11 pg - 3.00 Ptg*
Tempat : Arena Jubli Perak Lipis, Kuala Lipis, Pahang*

Dengan penuh takzim ingin menjemput YAB /YB/ Dato’ Sri Diraja/ Dato’ Sri/Dato’ Indera /Dato’ /Sdra/Sdri hadir ke majlis tersebut. Kehadiran semua amatlah dialu-alukan.

Ikhlas,
YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri 1 KPLB 
Ahli Parlimen Lipis
MKT UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Lipis


Majlis Rumah Terbuka Perikatan Nasional Cameron Highlands



Perikatan Nasional Cameron Highlands, dengan rendah diri menjemput semua seisi keluarga ke Rumah Terbuka Perdana Hari Raya Aidil Fitri Perikatan Nasional Cameron Highlands yang akan diadakan pada:

Tarikh : 21.Mei .2022
Hari : Sabtu
Masa  : Bermula jam 10.00 pagi
Tempat :  Markas PAS Cameron  Surau Darul Hidayah Kampung Jelaping Sungai Koyan 1

Rabu, 18 Mei 2022

Pengurusan Banjir : Cadangan kepada Kerajaan

 






Ketika banjir Besar  melanda Daerah Lipis pada Disember 2021, saya telah ditaklifkan untuk menjadi Ketua Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan Lipis. Khidmat Malaysia adalah sebuah NGO berdaftar dan YB Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjadi pengerusinya di peringkat nasional.

Khidmat Malaysia Lipis melaksanakan fungsi menyelaraskan dan mengatur pergerakan sukarelawan banjir daripada Jabatan Amal Malaysia, sukarelawan daripada negeri-negeri luar khasnya Kelantan dan Terengganu yang datang membantu di Pahang, dan sukarelawan tempatan yang turut bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir.

Seramai lebih 300 orang sukarelawan daripada Kelantan diketuai tiga orang ADUN secara bergilir menjalankan tugasan mencuci premis-premis awam dan persendirian yang dilanda banjir, terutamanya di sekitar bandar Kuala Lipis dan Benta. Menguruskan sukarelawan luar yang ramai bersama lebih 100 sukarelawan tempatan bukanlah mudah terutama di dalam keadaan kekangan kewangan dan prasarana. Namun syukur kepada Allah semuanya dapat dilakukan hasil sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk beberapa jabatan kerajaan.

Seusai banjir, saya telah menyerahkan laporan post-mortem kepada YB Timbalan Menteri melalui Pengerusi Penyelaras Khidmat Malaysia Pahang. Saya kongsikan di bawah ini sedutan kandungan post-mortem tersebut daripada bahagian yang ditujukan sebagai cadangan untuk tindakan kerajaan.

Saranan Kepada Kerajaan;

 
1. PBT diminta menyediakan kemudahan dan bantuan kepada penduduk di kawasan kerap banjir jika mereka ingin membina loteng atau tingkat rumah tambahan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir berulang.

(NOTA: Alhamdulillah wassyukrulillah, baru-baru ini saya dimaklumkan oleh mangsa-mangsa banjir sekitar bandar Kuala Lipis bahawa mereka diberikan kemudahan oleh Majlis Daerah Lipis (MDL) jika berhasrat membuat binaan tambahan di rumah mereka guna sebagai persediaan menghadapi banjir. TAHNIAH MDL, suatu tindakan proaktif tanpa perlu menunggu respon massa).

2. Pihak kerajaan disarankan mengkaji sistem kawalan air dengan membina pintu air atau benteng di kawasan lembah yang dilanda banjir yang disebabkan limpahan air sungai utama (air sebak) melalui sistem perparitan atau saliran kawasan berkenaan. Contohnya SMK Benta yang terletak di kelilingi bukit dilanda banjir mungkin kerana limpahan air Sungai Lipis yang masuk melalui sistem saliran.

3. Kerajaan perlu menggalakkan setiap komuniti kampung atau taman atau kariah masjid supaya mempunyai pasukan sukarelawan yang boleh digerakkan membantu mangsa-mangsa dan premis dilanda banjir, untuk menampung tugasan bantuan banjir yang dilakukan agensi kerajaan dan NGO.

4. Pembinaan premis kerajaan atau institusi awam pada masa depan perlu dielakkan di kawasan kerap dilanda banjir. Dalam konteks bandar Kuala Lipis, perancang bandar sebaiknya membawa keluar pembangunan ke kawasan pinggir bandar yang kurang risiko banjir.

5. Pihak kerajaan diminta memastikan setiap pembinaan premis kerajaan atau awam mestilah mengambil kira rekod aras banjir di tapak berkenaan, justeru teknikal dan kejuruteraan pembinaan akan dibuat sesuai untuk mengelakkan banjir.

6. Pihak kerajaan diminta mengkaji sistem bekalan air alternatif supaya bekalan air tidak terjejas atau dapat segera dipulihkan apabila berlakunya banjir.
 
7. Audit kualiti kawasan tadahan air semulajadi mesti dilakukan segera oleh pelbagai agensi kerajaan berkaitan diketuai oleh KASA. Ini bertujuan memastikan kawasan tersebut tidak terjejas dengan sebarang aktiviti pencerobohan yang merosakkan.

8. Undang-undang melarang pembinaan kediaman di tanah rezab sungai mesti dikuatkuasakan, selain mengurangkan kerugian harta benda akibat banjir, ia juga membantu mengurangkan pencemaran air sungai.

9. Kerajaan perlu pertimbangkan untuk menyediakan semula rancangan penempatan semula banjir (RPSB) di kawasan-kawasan terpilih, terutamanya untuk generasi muda kawasan yang sering terjejas banjir. Contohnya di Kg Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis di mana diberitakan pada tahun 1980an ada rancangan untuk membina penempatan semula di persimpangan kampung tersebut namun terbantut sehingga kini.

10. Pihak kerajaan perlu mengkaji apakah aktiviti pertanian terbaik yang kalis rendaman banjir untuk memanfaatkan tanah di kawasan kerap dilanda banjir, agar kawasan tersebut tetap produktif untuk kepentingan sosioekonomi rakyat setempat.

ROSLAN BIN ZAINAL
Ketua Penyelaras Khidmat Malaysia Lipis 2021.




Khamis, 12 Mei 2022

inisiatif dalam menyediakan tanah yang subur

 


JADAM berhasrat untuk mencipta Revolusi Pertanian dengan pertanian Kos Sangat Rendah di dunia. Ladang kita mestilah bebas daripada monopoli komersial. Petani harus mengambil inisiatif dalam teknologi pertanian. Buku JADAM tersedia untuk pembelian dari Amazon.com di seluruh dunia dan juga ada terjual dalam shoppe. Ia kini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Itali, Cina, Jepun dan Korea dan akan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di masa depan.


BUKU JADAM Bahasa Indonesia

Dapat Sekarang : https://invol.co/clar899


Percubaan buat JADAM pada 18 Mei 22, berbuih.


Rabu, 11 Mei 2022

Malaysia Sport League Lipis 2022

 


Futsal Lelaki

Tarikh : 21 Mei 2022

Tarikh tutup Penyertaan :  13 Mei 2022

Tempat : Arena Futsal MDL
Yuran : RM 100

Hadiah : 

Johan RM 1000
N.Johan RM 700
Ke-3 Bersama RM 300

Hubungi :  En Muhamad Hafizllah 017 9329456





Futsal Wanita

Tarikh : 21 Mei 2022

Tarikh tutup Penyertaan : 13 Mei 2022

Tempat : GLG Futsal IP.
Yuran : RM 100

Hadiah : 

Johan RM 1000
N.Johan RM 700
Ke-3 Bersama RM 300

Hubungi : En Muhamad Hafizllah 017 9329456



Sepak Takraw 

Tarikh : 11Jun  2022

Tarikh tutup Penyertaan :  03 Jun  2022

Tempat : GLG Futsal IP.
Yuran : RM 50

Hadiah : 

Johan RM 600
N.Johan RM 400
Ke-3 Bersama RM 200

Hubungi : En Mohdamad Suhairi 019 9634439


Bola Keranjang 3X3 lelaki/Perempuan.

Tarikh : 29 Mei   2022

Tarikh tutup Penyertaan : 28 Mei   2022

Tempat : GLG SJK(C) Benta
Yuran : RM 50

Hadiah : 

Johan RM 600
N.Johan RM 400
Ke-3 Bersama RM 200

Hubungi : En. Tham Yeong Huei 017 6730004


Bola Jaring

Tarikh : 4 Jun   2022

Tarikh tutup Penyertaan :  27  Mei   2022

Tempat : GLG Orang Kaya Haji.
Yuran : RM 50

Hadiah : 

Johan RM 1000
N.Johan RM 700
Ke-3 Bersama RM 300

Hubungi : Puan Kemisah 010 7963893




Badminton

Tarikh : 18 Jun   2022

Tarikh tutup Penyertaan :  18  Jun  2022

Tempat : Dewan Jubli MDL

Yuran : RM 100

Hadiah : 

Johan RM 1000
N.Johan RM 700
Ke-3 Bersama RM 300

Hubungi :  En. Mohd Asri 019 90314901




Selasa, 10 Mei 2022

Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil dan Penoreh Getah. 2022

 



Pekebun Kecil (pemilik pengusaha) dan Pekebun kecil (penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA boleh membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022 secara dalam talian sepenuhnya


Tarikh permohonan dibuka 5 Mei 2022

Tarikh permohonan ditutup 15 September 2022

Tarikh rayuan untuk permohonan ditolak : 16 September 2022 hingga 31 Oktober 2022

Keperluan

Pemohonan perlu mengemaskini profil Pemohon dan profil Tanah.

Pemohon perlu muat turun Kad Pengenalan depan belakang,

Muat turun Geran Tanah tanaman getah.

Muat turun Penyata Bank

AddToAny