responsif teks foto

Selasa, 31 Disember 2019

Silat Pulut

Silat Pulut warisan Kampung Bukit Betong Kuala Lipis



Silat pulut bukanlah sekadar persembahan pada majlis perkahwinan sahaja, sebaliknya ia adalah permainan pendekar dan mengandungi ilmu perang Melayu. Silat pulut ianya mempunyai falsafah sendiri sebab itu ia kekal hingga ke hari ini.


Isnin, 30 Disember 2019

KOLEJ KOMUNITI LIPIS

KOLEJ KOMUNITI LIPIS TUTUP JUGA PENYUDAHNYA.

Menjelang 2020 ada berita sedih saya terima beberapa hari lepas. Saya dimaklumkan keputusan muktamat sudah dibuat,pihak kolej mengambil keputusan menutup juga Kolej Komuniti Lipis dan berpindah ke Temerloh.

Alasan penutupan tidak jelas,sebab jika terpaksa mengosongkan permis saya dimaklumkan pihak MDL dan IPG ada bersetuju memberi ruang untuk beroperasi.

Saya bukan siapa-siapa.Orang berpangkat jauh sekali berkuasa pun tidak politik pun tak terlibat.Sekada warga kad pengenalan kod 06 dan lahir di daerah ini.Walau marhaen tapi semangat sayang dan cintakan daerah ini tetap ada.Rasa ralat dan kesal juga atas penutupan Kolej ini.Kerugian juga bagi warga Lipis radanya.

Tapi tu lah..melukut apalah sangat suaranya.Itu pun mujur ada Facebook boleh lah melepas rasa disini.Ye lah kami ni kerja buat orang pandai-pandai kat atas sana tidak lah faham belah mana.Sekadar terkulat-kulat melopong putih mata jer lah.

Kenang-kenangan jer lah..klip video ini.

dari FB Ubi Marchino



Jumaat, 27 Disember 2019

Periksa Kesihatan Anda

Jangan Takut Jumpa Doktor
  • Pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5

Cerita dari Lipis Kesihatan
Ubat Kolesrol - Simvastatin 10mg
  • Belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.




Cerita dari Lipis Kesihatan
Pemeriksaan Darah tinggi


Beli Digital Blood Pressure Monitor https://invol.co/cl5hfpz



Cerita Dari Lipis Kesihatan
Ubat Darah Tinggi - Amlodipine 10mg
  • Janganlah percaya pada tukang jual jamu atau herba kerana kelulusan mereka hanya SPM dan tidak faham tentang ilmu kedokteran. Mereka pandai saja cakap sebab hendak lariskan produk mereka sahaja.
  • Jangan sekali kali lengahkan jumpa doktor jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT yakni 40 tahun ke atas. Dan kita tidak tahu apa apa pasal sebab sebab sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.


  • Berhentilah minum teh tarik atau kopi  susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu malah ianya adalah pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.
  • Sebenarnya kita, awak dan kawan kawan semua tak tahu apa satu pasal penyakit. Hanya cakap pandai dan besar saja. Hakikatnya seringlah jumpa doktor. 
  • Jangan takut jumpa doktor kerana doktor bukan hantu atau rimau.
  •  Lebih baik kita tau dari awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati dari dok kecek sedak padahal kita tak tahu gapa satu.
  • Jawatan tinggi dan kedudukan kewangan yang banyak bukan ukuran bahawa kita tahu akan penyakit kita.
  • Cari masa utk bersenaman semampu anda mengikut usia dan kemampuan masing-masing . Jalan kaki pun boleh, apa susah

BERINGATLAH.

Pesanan ikhlas untuk sahabat sahabat demi menjaga kesihatan kita

Khamis, 26 Disember 2019

Gerhana Matahari



keunikan fenomena Alam Gerhana matahari cincin. 
Sumber : Planetarium Negara

Selasa, 24 Disember 2019

KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI PAHANG

KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI PAHANG BERKAITAN ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN YANG DILAKSANAKAN DI KAWASAN TADAHAN AIR KUALA TERLA BERKAIT SUNGAI ICHAT, MUKIM ULU TELOM DAERAH CAMERON HIGHLANDS.

Susulan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak berkaitan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan ke atas penerokaan secara haram di kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron highlands, Kerajaan Negeri Pahang menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah berlandaskan kepentingan umum bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan rakyat sentiasa dipelihara. Bagi kawasan ini sejumlah 11 penerokaan haram terlibat bagi peringkat pertama dan 37 penerokaan bagi peringkat kedua. Keseluruhan kawasan terlibat adalah 121 hektar (300 ekar) di mana 24 hektar (60 ekar) bagi peringkat pertama dan 97 hektar (240 ekar) bagi peringkat kedua. Tindakan diambil di bawah peruntukan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara 1965 kerana menduduki tanah kerajaan tanpa izin sejak tahun 2009. Notis mengosongkan telah dikeluarkan sejak 19 Ogos 2009 tetapi aktiviti penerokaan tanpa izin masih diteruskan selepas itu. Notis selanjutnya bagi peringkat pertama telah dikeluarkan pada 18 Februari 2019 dan tindakan penguatkuasaan peringkat pertama melibatkan 11 kawasan penerokaan telah dilaksanakan bermula 25 Februari sehingga 19 Mac 2019. Notis pengosongan peringkat kedua kepada baki 37 penerokaan tanpa izin telah dikeluarkan pada 14 mac 2019.

Cerita dari Lipis Cameron Highland
Pencemaran Sungai

Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan segala tindakan penguatkuasaan yang telah dan akan diambil mematuhi segala perundangan yang berkuatkuasa serta berlandaskan ‘rule of law’. Buktinya, tindakan meroboh yang telah dilaksanakan di Sungai Ichat sebelum ini telah dihentikan apabila Peneroka-Peneroka telah memperolehi perintah untuk injunksi interim bertarikh 11 Mac 2019 daripada Mahkamah Tinggi Kuantan. Walaubagaimanapun, Plaintif-Plaintif dalam saman pemula ini telah menarik balik permohonan mereka di mahkamah dan memberhentikan tindakan saman tersebut pada 30 September 2019.

Sejajar dengan keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke Daerah Cameron Highlands pada 7 September 2019, Baginda turut menitahkan agar semua pihak menghentikan segera pencerobohan di kawasan tadahan air Kuala Terla khususnya Sungai Ichat di bawah Mukim Ulu Telom. Keprihatinan yang tinggi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap isu alam sekitar di Cameron Highlands terutama di Sungai Ichat tidak dapat dinafikan apabila Baginda Tuanku berkenan mencemar duli meninjau tapak pencerobohan Sungai Ichat di Kuala Terla pada tarikh yang sama.

Susulan dengan itu juga, Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 14 Oktober 2019 memutuskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dan Pasukan Gerak Am PDRM (PGA) di atur gerak dan ditempatkan di daerah Cameron Highlands bagi membantu usaha mengekang aktiviti pencerobohan serta menunjukkan keberadaan (show of presence) anggota keselamatan. Selanjutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands yang dipengerusikan bersama oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Pahang pada 9 Disember 2019 telah bersetuju agar Ops Lestari 2 diteruskan dan penempatan pasukan keselamatan ATM dan PGA ke daerah Cameron Highlands bermula 16 Disember 2019.

Bagi memastikan kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron Highlands ini terus terpelihara, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 13 Mac 2019 telah meluluskan pewartaan kawasan terbabit seluas 121.12 hektar (300 ekar) sebagai Hutan Simpan Sungai Ichat. Aktiviti kawalan termasuk penjagaan dan penanaman pokok hutan bagi fasa satu telah dilaksanakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang sebaik sahaja tindakan penguatkuasaan selesai dijalankan.

Kerajaan Negeri Pahang juga komited untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan ini dan tidak akan berkompromi demi memastikan kelestarian serta kesejahteraan rakyat di daerah Cameron Highlands dapat di realisasikan.

Loji air Kuala Terla adalah Loji air yang terpenting dan terbesar menyalurkan lebih 70% kepada keperluan air bersih di Cameron Highlands (meibatkan 8,332 akaun). Loji ini mempunyai ‘design flow capacity’ air mentah sebanyak 855m3/jam. Tetapi buat masa ini, Sungai Terla hanya mampu menyediakan 580m3/jam dan kadangkala berkurangan. Aliran air mentah kini sudah tidak mampu menampung keperluan semasa dan pembangunan akan datang di Cameron Highlands buat masa terdekat ini. Justeru, untuk meningkatkan lagi jumlah aliran air mentah,maka air mentah dari Sungai Ichat amat diperlukan. Berdasarkan pemantauan oleh Perbadanan Air Pahang (PAIP) kualiti air di Sungai Ichat telah mula pulih selepas tindakan penguatkuasaan diambil dan kerja-kerja pembersihan dilakukan hampir setiap minggu oleh pihak PAIP. Berdasarkan perancangan semasa, pihak PAIP bercadang untuk melakukan pengalihan Sungai Ichat untuk bercantum dengan Sungai Terla bermula suku tahun kedua tahun 2020 sebagai mana rekabentuk asal pembinaan loji air Kuala Terla. Tindakan ini diharapkan akan dapat meningkatkan dan menstabilkan aliran air mentah untuk kegunaan di loji air Kuala Terla.

Sekian,terima kasih.

Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, SSAP.,SIMP.,DIMP.,JSM.,PJK
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang



PENDUDUK, PELANCONG SOKONG KERAJAAN NEGERI MUSNAH KEBUN HARAM

Oleh: Shahrinnahar Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

CAMERON HIGHLANDS, 24 DISEMBER 2019: Penduduk dan pelancong di Cameron Highlands menyokong langkah Kerajaan Negeri Pahang memusnahkan kebun sayur haram bagi melestarikan kembali pusat peranginan itu sebagai destinasi pelancongan tersohor di negara ini.

Bagi mereka, operasi ini dapat memastikan tanah tinggi Cameron Highlands dapat dikekalkan kelestarian tanpa sebarang penerokaan tanah secara haram.

Menurut seorang penduduk, Saime Abdul Aziz, 58, tindakan Kerajaan Pahang meminta tanah itu dikosongkan adalah langkah tepat dalam usaha membanteras peneroka tanah secara haram di negeri ini.

"Saya rasa tindakan yang diambil kerajaan ini perlu kerana ia bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar malah mengurang impaknya terhadap sungai-sungai yang berdekatan dengan kebun-kebun haram ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang tinggal di Tringkap di sini berkata, operasi ini perlu dilakukan bagi mengelakkan sungai berhampiran terus tercemar dengan aktiviti pertanian akibat penggunaan racun dan baja.

"Saya sokong langkah kerajaan ini kerana sudah berapa lama pekebun ini tidak membayar cukai sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan. Jadi kerajaan kena ambil balik," katanya.

Sementara itu, pemandu teksi G. Mohan, 66, berkata, kebanyakan pelancong dari luar negara yang datang ke Cameron Highlands kerana menyukai hutan hujan yang masih ada di sini.

"Jadi kita sebagai rakyat di negeri ini perlu menjaga alam sekitar dan tidak boleh menceroboh hutan sesuka hati. Saya tidak mahu satu hari nanti pelancong luar negara tidak datang melancong ke sini kerana kerakusan rakyat memusnahkan hutan.

"Apabila kerajaan membuat operasi memusnahkan kebun-kebun haram ini, saya sokong sangat kerana secara tidak langsung dapat menjaga kelestarian alam sekitar di Cameron Highlands," katanya.

Bagi pelancong dari Johor, Nurul Asmaliza Mohd Osman, 34, dia bersama keluarganya memang suka melancong ke Cameron Highlands kerana keadaan cuaca yang sejuk serta banyak hutan yang masih terpelihara.

"Apabila saya mengetahui kerajaan melaksanakan operasi memusnahkan kebun-kebun haram ini saya sangat setuju. Kerana jika dibiarkan lama kelamaan hutan yang ada di sini habis dimusnahkan.

"Sekarang pun suhu di Cameron Highlands tidak berapa sejuk seperi dulu disebabkan pencerobohan hutan oleh pekebun haram ini. Sebab itu, harapan saya supaya operasi seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang," katanya.

Disediakan oleh Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)

KENYATAAN MEDIA
24 Disember 2019

PAIP MENYOKONG PENUH KERAJAAN NEGERI PAHANG

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menyokong penuh tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam isu penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, khususnya di Sungai Ichat bagi menjamin kelestarian sumber bekalan air sejagat. Sebagaimana umum tahu, sumber air yang bersih, selamat dan mencukupi dapat menjamin kehidupan yang sempurna dan pembangunan yang mampan kelak.

Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Terla adalah loji air yang terpenting dan terbesar menyalurkan lebih 70% kepada keperluan air bersih di Cameron Highlands (8,332 akaun) yang diurus selia oleh PAIP. LRA ini mempunyai design capacity (flow) air mentah 855m3/jam. Buat masa ini, Sungai Terla hanya dapat membekalkan 68% kegunaan air mentah bagi pengoperasian LRA Kuala Terla dengan flow purata 580m3/jam dan kadangkala berkurangan. Flow air mentah kini sudah tidak dapat menampung keperluan semasa dan pembangunan yang mendatang di Cameron Highlands buat masa terdekat ini.

Bagi memastikan kuantiti air mentah yang mencukupi dan stabil, air mentah dari Sungai Ichat amat diperlukan buat masa terdekat ini. Bermula dari pemantauan yang dilakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan Sungai Ichat telah dilakukan, kualiti air mentah di Sungai Ichat telah mula pulih. Pihak PAIP telah membuat pemantauan kualiti air mentah pada setiap minggu secara berkala.

Pihak PAIP juga telah merancang untuk melakukan "River Diversion" Sungai Ichat untuk di cantumkan dengan Sungai Terla pada quarter kedua 2020 sepertimana yang dinyatakan dalam design asal pembinaan LRA Kuala Terla. Perkara ini akan dapat menambah dan menstabilkan flow air mentah untuk kegunan di LRA Kuala Terla.#

Saiful Zaini bin Mohd Bokhari
Ketua Pegawai Eksekutif PAIP

KENYATAAN KHAS YB DS ABDUL RAHMAN MOHAMAD  
AHLI PARLIMEN LIPIS/AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO).

Setelah pulang dari menunaikan ibadah umrah pada minggu lalu, saya memerhati dalam diam isu Cameron Highlands yang berlegar di media sosial. Tak kurang juga pelbagai pandangan turut dikongsikan pelbagai pihak termasuklah kenyataan oleh Kerajaan Negeri Pahang sendiri.

YB Dato Sri Hj. Abdul Rahman

Setelah meneliti hari ini, saya tampil untuk menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung sempena keberangkatan Baginda ke Cameron Highlands pada september 2019 yang lalu untuk menghentikan segera pencerobohan di kawasan sungai Terla dan saya juga memberikan sokongan tidak berbelah bahagi tindakan kerajaan Negeri Pahang yang diterajui oleh YAB DS WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL atas kenyataan tegas bahawa tiada unsur kompromi berkaitan isu alam sekitar ini.

Saya ingin tegaskan bahawa Alam ini kaya nilainya. Tapi jangan sesekali melanggar batas untuk menjarahnya. Hentikanlah sebarang kenyataan dan tindakan berbentuk provokasi kerana ianya boleh menjejaskan perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya di Negeri Pahang. Saya yakin tindakan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan YAB Menteri Besar Pahang tidak lain tidak bukan adalah demi kemaslahatan anak cucu kita di kemudian hari.

Sekian,

DATO SERI HJ ABDUL RAHMAN
BIN HJ MOHAMAD
Ahli Parlimen Lipis/MKT UMNO


Isnin, 23 Disember 2019

Tumbangnya Pokok Jering

Pokok Jering ni sederhana besar,  tinggi lebih kurang 40 kaki, ukur lilit 2 kaki 9 inci  pada hari ini  aku tebang kerana hendak tanam sepokok 'Duri hitam' atau 'Musang King', jering tua ini pun tidak dapat makan buahnya kerana monyet dan beruk lebih dulu makan dari tuannya..hehehe!!!.   Mengambil  masa 15 minit sahaja menebang dengan mengunakan parang. 


Cerita dari Lipis Jering
23 Dis 2019   (9.30 pagi)


2 kaki 9 inci






Cerita dari Lipis Jering
23 Dis 2019  (9.44 Pagi )


Pokok Jering Menangis



Besok pagi satu kebun bau Jering..."

Ahad, 22 Disember 2019

Live : Gegar Vaganza 2019 AKHIR

GV AKHIR


Live :  Gegar
Vaganza 2019 ( akhir 22 Dis 2019)

tontonan sekarang

Senarai 13 Peserta Gegar Vaganza 2019
Naqiu(1)
Mazleela
Wann
Sham(visa)(6)
Noorshila Amin
Ameeer
Kool(Duo)
Roy
Reeza
Nur Fatima(4)
Hady Mirza (1)
Jatt(Black Dog Bone)(3)
One Nation Emcees(5)


Khamis, 19 Disember 2019

Sejarah Ringkas Uighur

Hanya 20 tahun setelah Nabi Muhammad  wafat, umat Islam tiba di Uighur, Xinjiang, perbatasan Cina, 3.000 km jauhnya dari Mekah.

Kaisar Tang, Cina, menawarkan perdamaian, ditandai dengan diterimanya utusan, sahabat Nabi Saad bin Abi Waqqash _radhiyallaahu 'anhu_ di pusat kerajaan Cina.





Uighur bergabung dalam Daulah Islam di masa Utsman bin Affan _radhiyallaahu 'anhu dari Uighur inilah teknologi kertas pindah dari Cina ke negeri muslim, sehingga di mulailah penyusunan mushaf AlQuran Utsmani.

Selama 1.400 tahun Uighur tetap menjadi negeri muslim, walaupun pernah dikuasai Mongol di abad 13 Masehi, bahkan di era imperialis Eropah yang menjajah Cina, para jago kungfu Uighur, Xinjiang ikut terlibat dalam perlawanan mengusir penjajah Eropah, salah satunya dalam tragedi The Boxer, dimana banyak jagoan kungfu Uighur menghabisi tentera gabungan Inggeris-Eropah di kota-kota Cina tahun 1900an.

Ketika Mao komunis terusir dari kota-kota Cina tahun 1940an, ia lari ke Xinjiang, menumpang hidup di wilayah Uighur.

Kini komunis terbalik, menghabisi semua simbol Islam, dari negeri yang ada kesan  Islamnya di Cina. Sebab semua sejarah Islam di Cina sudah banyak dihapus, yang membuat kita tidak paham jika ‘Wong Fei Hung seorang muslim’. Dan bahkan Kaisar Ming Cina di abad 15 M di dominasi oleh gubernor dan jenderal muslim hingga melahirkan ‘Cheng Ho’.

Saat revolusi Cina oleh Sun Yat Sen tahun 1910 masih ada jenderal Cina yang muslim. Dan di tahun 1945 ketika Mao komunis berkuasa, beberapa jenderal Cina yang muslim menyelamatkan diri ke Taiwan.


Cerita dari Lipis Sejarah Uighur
Saudara Kita

Kini, saudara kita Uighur mohon bantuan kita semua, doa, dana, tekanan, diplomatik agar Cina menghentikan paksaan komunis atheisnya kepada muslim Uighur.

Semoga kita semua termasuk salah satu yang membantu mereka, Allahu Akbar…!!

Penulis : KH. Fahmi Salim


Uyghur Ditindas & Di 'Brainwash' Oleh Komunis China






KENALI ETNIK UYGHUR

Berikut merupakan catatan Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail yang juga dikenali dengan nama pena ‘Abu Akhyar Al-Qudsi’, seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau juga merupakan Exco Undang-Undang Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim Pusat), Pengerusi Universal Justice Network (UJN) serta Pengerusi Grup Peguam ABIM (GPA).Ramai yang telah berkongsi kisah masyarakat uyghur di Xinjiang yang dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi. Tapi hakikatnya, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Uyghur?

Isu Uyghur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun, dan bukan hanya larangan berpuasa tetapi juga larangan-larangan ibadah yang lain seperti larangan memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai-bagai lagi. Tahukah tuan/puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada China?

Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina!! Mahu buktinya? Tuan/puan lihat gambar tiga orang bangsa Uyghur yang Grup Peguam ABIM (GPA) selamatkan dan melepaskan mereka daripada sebarang pertuduhan di Mahkamah Perundangan Malaysia.

Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina! Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina. Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan.

Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama, selain wajah mereka juga hampir sama. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun pada tahun 1955, Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud ‘the new territory’ iaitu wilayah baru).

Hakikatnya, Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. Bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah. Mulai tahun itu, IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (contohnya, Salahuddin kepada Shalayiding).

Mulai tahun itu, juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh; selain kaum wanita pula dirogol.

Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia. Kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. Hakikatnya, lebih teruk dari Palestin.

Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih zalim daripada kaum Zionis. Bezanya, kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat akses media seperti facebook, Youtube dan internet.
Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh Zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

Oleh yang demikian,  perbanyakkan doa-doa kita bagi seluruh umat agar ALLAH SWT memelihara mereka dan memberikan keamanan buat mereka selain memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghadapi tekanan, cabaran dan rintangan dripada musuh-musuh Islam. Amin Ya ALLAH SWT. 

Harapan dan Doa

Sepertimana yang kita sedia maklum, umat Islam di seluruh pelusuk dunia dibunuh, disiksa, ditindas, kampung halaman dimusnahkan, dibakar, serta dirampas. Tiada apa sangat yang mampu kita lakukan. Bukanlah kerana musuh-musuh Islam itu terlalu kuat, tetapi kerana umat ini terlalu lemah.

Benar sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith sahih riwayat Imam Ahmad bermaksud:

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: “Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada ketika itu ya Rasulullah?”. Rasulullah bersabda: “Bahkan pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan dan ALLAH SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari musuh-musuh kamu. dan ALLAH SWT akan melemparkan di dalam hati kamu penyakit al-wahan”. Sahabat bertanya: “Apakah itu al-Wahan ya Rasulullah?”. Rasulullah bersabda: “Cintakan dunia dan takutkan mati.”

 Semoga ALLAH SWT SWT memberi kekuatan kepada saudara kita di Gaza-Palestin, Syria, Myanmar, Xinjiang, Kashmir, Bangladesh, Sri Lanka, dan di seluruh dunia.

Ahad, 15 Disember 2019

SEMAK TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM

Semakan tawaran tingkatan 1 MRSM 2020 telah dibuka sekarang (15/12/2019).

Sila semak melalui  pautan di bawah


Cerita dari Lipis MARA



SEMAK SEKARANG


Sila beri maklumbalas penerimaan melalui sistem semakan tawaran.

WAJIB buat Pengesahan TERIMA / TOLAK sebelum jam 5.00ptg pada  17 Disember 2019. Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM

Calon tidak berjaya boleh buat rayuan online. Hanya rayuan online sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya jika ada kekosongan.

Harap maklum.

Masalahnya harga getah

Masaalahnya harga getah atau apa apa Komoditi pasaran dunia bukan sesiapa pun boleh naikan atau turunkan harga. Kerajaan pun tak boleh naikkan atau turunkan harga. Pasaran dunia atau ‘demand and supply’ yang menentukan harganya.

Cerita dari Lipis Getah
50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) getah  dari ladang.
Kalau kerajaan ‘naikan harga’ bukan bermakna harga itu ‘naik..!! Yang kita rasa macam naik itu hanyalah ‘subsidi’  atau wang kutipan cukai yang di berikan  oleh kerajaan kepada penoreh atau tuan punya kebun getah. (begitu jugalah dengan kelapa sawit.)

Subsidi boleh kerajaan beri. Tapi tak tahan lama. kalau ada duit lebih kerajaan boleh bagi. kalau tak ada duit subsidi terpaksa dihentikan. Subsidi juga bermakna kerajaan ‘campur tangan dalam pasaran’ . Negara lain yang mengeluarkan barang yg sama memandang kepada pemberian subsidi sebagai ‘tidak adil’ kerana mereka berlumba untuk mendapatkan pasaran dan kita ‘mengurangkan kos pengeluaran’ dengan subsidi.

cerita dari Lipis Getah
100 peratus Kandungan Getah Kering, SMR 20 untuk eksport

Harga getah boleh naik kalau kegunaan getah untuk peroduk akhir yang baru atau rekaan baru yang menggunakan getah. Tapi ini pun tak berpa berjaya. Pusat kajian getah Malaysia di Brickendonbury, London sentiasa berusaha mencari produk baru berasaskan getah. Tapi tak berapa berjaya.

Satu cara lagi untuk menaikkan harga getah atau kelapa sawit ialah dengan mengurangkan pengeluaran barang tersebut. Tetapi bila kita tak memotong untuk kurangkan getah dalam pasaran,  kita pula tak boleh jual getah. Anak isteri kena makan juga!

Ini dikatakan bahawa pengeluaran getah  atau apa apa produck pertanian  adalah ‘inelastic supply’ atau tidak mudah diselaraskan dengan  permintaan  dalam pasaran. Misalnya bila harga rendah pun kita terpaksa memotong juga.

Begitulah perihal ekonomi pertanian kita.


Saya berpendapat untuk menolong penoreh gatah cara yang berkesan ialah menambah pengeluaran dari tanah yang sama dengan produk tambahan seperti ternakan. Ini pun mudah bercakap dari membuatnya kerana terkait dengan minat, modal dan ilmu pengetahuan.

Kerajaan kena bergerak segera dalam mengubah arah ekonomi kita. Kalau dalam bidang pertanian 'food security’  kena dilestarikan atau menjamin sustainability nya. Jadi pengeluaran makanan kena sentiasa terjamin.

Setelah kita mencapai ‘food security’ kita kena segerakan revolusi ke-4. Bidang pembuatan dan  Artificial Intelligent seperti robotic means perlu diperhebatkan. Maknanya sitem pendidikan perlu diubah suaikan untuk menggalas tanggungjawab begini. Itu sebabnya kerajaan sedang mengutamakan TVET untuk anak anak muda lepasan sekolah sekarang.

Jadi dari ‘structural problem’  getah harga rendah tadi kaitan nya cukup complex bagi kerajaan mencari jalan keluar. Memberi subsidi itu adalah jalan ‘mudah’ yang tidak menyelesaikan masaalah structural itu.
Getah adalah satu perusahaan  ‘matahari jatuh’  atau a sunset industri. Kita (Negara)  tidak lagi boleh bergantung dengan getah.

Usaha untuk meningkatkan  harga Getah

Tanaman getah masih lagi merupakan mata pencarian penduduk kampung walaupun bersaing dengan tanaman lain seperti Kelapa Sawit. Atas usaha nasihat pihak RISDA untuk meningkat pendapatan yang maksimun pekebun kecil, mereka telah mencadangkan agar setiap Mukim ada tempat pengumpulan Getah sendiri tanpa bergantung pada  pembeli  getah sekerap yang terlalu murah.

Buat permulaan Pekebun kecil Mukim telah telah menubuhkan Jawatan Kuasa melalui koperasi untuk membeli getah sekrap penduduk kampung di kumpul di Depo  Kampung  Lenchor , Jadual belian dan tender seperti dibawah:


Cerita dari Lipis Getah



Jualan Getah Akan Di jalan seperti berikut:

  1. Pengumpulan.    23.Dis 2019 (isnin)
  2. Tender    23.Dis 2019 (isnin petang)
  3. Jualan    24 Dis 2019 (selasa)

Kepada sesiapa yang ingin menjual getah ke depo sila maklum kepada AJK depo atau maklum dalam Admin  group 011- 21937960 

Ahli group boleh juga war warkan kepada Pekebun yang tiada dalam group ini jika berminat utk menjual.


Sabtu, 14 Disember 2019

PENGAMBILAN REKRUT TD 2020 SIRI 192


PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA SIRI 192 
DAN WANITA SIRI 46 TAHUN 2020 

"DIBUKA...!


Kerja Kosong Tentera

Adakah anda berani dan berminat menyertai Tentera Darat serta layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan?

Jika ya, sila hadirkan diri ke lokasi Pemilihan Awal bermula jam 8 pagi hingga 2 petang seperti di poster yang disediakan!

Bawa bersama keperluan yang ditetapkan.




Pengambilan Rekrut TD Zon Timur

  • 09 Jan 2020 21 RAMD Kem Pangkalan Chepa Kelantan.
  • 11 Jan 2020 18 RAMD Para Kem Sri Pantai, Terengganu.
  • 13 Jan 2020 Batalion Rejmen 505 AW Kem Sri Kuantan Pahang.
  • 15 Jan 2020 25 RAMD Kem Bentong Pahang.
GAGAH SETIA!






Jumaat, 13 Disember 2019

KEMASKINI MAKLUMAT VETERAN ATM

Pengumuman Media


Kemaskini

Sebelum isi borang tentukan sudah Scan PDF atau Jpeg untuk upload (BAT D 86/92 ) Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua mukasurat atau Surat Pengesahan Perkhidmatan atau arahan dokumentasi persaraan / tamat perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) dan Scan juga Sijil PJM atau Fotostat Hantar sendiri dan Kirim Dokumen Salinan ke Cawangan JHEV.












Upload


Contoh bila kita Upload BAT B 84 ia akan keluar keperluan di bawah


"Bila siap dia akan keluar dokumen ni,  dokumen dibawah ni separuh aje dan kita boleh print untuk simpanan dan rujukan. 


Agak-agak JHEV nak tahu yang ni kot..."


Teruskan untuk semak.



MAKLUMAN PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT VETERAN ATM


https://daftar.jhev.gov.my/daftar/



One Off RM 250 bagi Balu

Update One Off RM 250 bagi BALU BERPENCEN DAN TIDAK BERPENCEN . 

Kemaskini data boleh dibuat di portal daftar.jhev.gov.my dan dokumen dikehendaki dihantar ke JHEV. 

Dokumen yg diperlukan:

1. Buku Merah Veteran.
2. Sijil Kahwin.
3. Sijil Mati Veteran.
4. Buku Bank Balu.
5. IC Balu.

Bantuan one-off RM250 boleh di mohon oleh Balu.

Makluman.


Cerita Dari Lipis Veteren



Rabu, 11 Disember 2019

Sejarah 1: Berjuang Bermaruah Tanpa Pertumpahan darah.

Politik Era 50an

Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 secara Perlembagaan, menerusi perpaduan parti-parti politik berbilang kaum, UMNO, MCA, dan MIC yang tergabung dalam Parti Perikatan pimpinan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Pencapaian kemerdekaan ini tidak direstui oleh seluruh rakyat Malaya. Pemimpin parti Melayu lain seperti PAS pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi dan pejuang-pejuang kemerdekaan berhaluan kiri yang pro-Indonesia seperti Ahmad Boestamam, dan Ishak Hj. Mohammad dari Parti Rakyat dan lain-lain menganggap kemerdekaan itu kosong dan tidak membawa apa makna. Ahmad Boestamam menyokong gagasan Indonesia Raya dan pemberontakan sebagai cara mencapainya. ‘Merdeka Dengan Darah’, ‘Kebebasan Dengan Pertumpahan Darah’, menjadi mottonya.

Mereka beranggapan demikian kerana kemerdekaan Malaya masih mengekalkan pangkalan tentera British, tidak mengambil alih harta asing dan masih  mengekalkan pegawai-pegawai dagang dalam pasukan polis dan pentadbiran negara.

Tunku Abdul Rahman telah dikecam sebagai tali barut British dan boneka penjajah.

Di dalam Hutan.

Sementara di hutan belantara, Parti Komunis Malaya yang dipimpin  oleh Chin Peng meneruskan perjuangan mereka untuk menghapuskan apa ymg dianggapnya saki-baki penjajah yang diwarisi oleh kerajaan Perikatan.  Beberapa orang pejuang kiri Melayu menyertai gerakan pengganas ini.
Antaranya ialah Rashid Maidin, Musa Ahmad, Samsiah Fakeh dan Siti  Norkiah Mahmud Baginda.

Sebelum kemerdekaan, Tunku telah pun memberi peluang kepada penganas-penganas ini untuk menyerah diri tetapi mereka mahu Parti  Komunis Malaya (PKM) diiktiraf . Tunku menolak kerana mengetahui sebahagian besar anggotanya adalah orang Cina yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China di Republik Rakyat China.

Cerita dari Lipis Sejarah
HOME GUARD 
Dalam rundingan dengan PKM di Baling pada 28 Disember 1955, Tunku  menawarkan pengampunan sekiranya mereka sanggup meletak senjata dan pulang ke China.

Tunku memahami kebimbangan orang Melayu dan melihat betapa pentingnya untuk mengekalkan tentera British di Malaya sehingga anak-anak negara sendiri berkeupayaan mengambil alih jawatan-jawatan penting dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Tunku juga percaya kepada cara perubahan yang beransur-ansur dan licin dalam pentadbiran negara. 

Cara Perjuangan Di Indonesia

Tunku tidak memilih cara Indonesia dan lain-lain negira Asia Afrika untuk mencapai kemerdekaan kerana diyakinkan oleh kejayaan cara aman   penentangan orang Melayu terhadap Kerajaan Malayan Union yang mahu  ditubuhkan oleh British di Malaya pada tahun 1946.

Kerana Malayan Union

Sebanyak 38 buah Parti Melayu dari selumh Malaya dan Singapura  telah berhimpun di Kelab Sultan Suaiman pada 11 Mac 1946 bagi menentang  Malayan Union yang bertujuan mengekalkan Malaya sebagai tanah jajahan British dan menghapuskan kuasa raja-raja 

Ekoran dari itu UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar  Johor Bahru dan Dato' Onn terpilih sebagai presidennya yang pertama bagi   menuntut penubuhan Kerajaan Persekutuan. 

Dengan kerjasama UMNO dan Raja-raja Melayu, Kerajaan Persekutuan  telah ditubuhkan dan perlembagaannya ditandatangani oleh Raja-raja  Melayu pada2I Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union. UMNO  semakin yakin kepada perjuangan secara aman dan secara berperlembagaan. 

Kemerdekaan

Dengan cara inilah juga Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tetapi telah disindir sebagai kemerdekaan kosong oleh Indonesia dan  agen-agennya di Malaya. Mereka berbangga dengan perjuangan secara revolusi  yang menumpahkan darah. 

Namun sesudah lebih 40 tahun merdeka, terbukti kepada dunia dan kepada  kuasa-kuasa besar bahawa kemerdekaan Malaysia lebih mantap dan  bermaruah dari beberapa negara lain di Asia Tenggara dan Afrika.

Ini amat jelas dari segi dasar luar negara dan juga ekonomi. Strategi  Amerika Syarikat untuk memastikan pergantungan Asia Tenggara ke atasnya menerusi serangan pasaran saham dan modal pada tahun 1997 dengan berselindung di sebalik langkah menyelamat IMF telah terbantut di Malaysia keupayaannya bertahan dengan strategi kewangan dan ekonomi  yang  tersendiri.

Strategi  pertahanan Malaysia itu telah menggemparkan dunia dan menimbulkan  kemarahan dunia Barat terutama media Amerika Syarikat.

Bagaimana  akhirnya tindakan Malaysia diiktiraf sebagai langkah bijak  berkesan.

Dalam  masa yang sama, ketika serangan itu berlaku, pemerintah Malaysia  Berjaya  melumpuhkan ejen kuasa besar dunia yang berselindung disebalik  gerakan politik reformasi yang merupakan ke sinambungan campur tangan   kuasa-kuasa asing dalam negara ini yang bermula dari gerakan komunis dunia, pelampau Islam, Malaysian Malaysia (perkauman cina) dan globalisasi   terbukti jelas bahawa tidak semestinya cara perjuangan tidak berdarah. Tidak bermaruah.

Rujuk:
Wira tak Didendang.

Selasa, 10 Disember 2019

Kembali ke rahmatullah - Al-fatihah


Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam;
"Adapun hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang mati ialah mohon istighfar (keampunan) kepada Allah untuk mereka dan bersedekah atas nama mereka".
(HR. Ad-Dailami)

Ayuh sama2 kita aminkan doa ini buat Allahyarham Dan seluruh muslimin Serta muslimat yg telah meninggal dunia, mudah mudahan Bila tiba waktu kita, ada insan lain yg mendoakan kita.
.






Pada hari ini ditahun Masihi 11/7/1991 (28 Zulhijjah 1411H) genap 28 tahun Lagenda bola sepak Negara Dato Mohamad Mokhtar Dahari kembali ke Rahmatullah diusia 37 tahun

Doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit neuron motor (MND). Keadaannya diberitahu hanya kepada Mokhtar dan isterinya.

Allahyarham pernah ke London, bersama isterinya dalam usaha untuk menyembuhkan keadaannya.

Selepas 3 tahun bertarung dengan penyakit ini, Mokhtar meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 11 Julai 1991. Akhbar melaporkan penderitaan Mokhtar kesan distrofi otot.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai di Taman Keramat.

Semasa tahun 1970-an, Allahyarham mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.

"Ya Allah, Ampunilah saudara kami "Mohamad Mokhtar bin Dahari" serta seluruh muslimin dan muslimat yg telah meninggal dunia, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya".
(Riwayat Imam Muslim)
.
Aminnn aminnn aminnn ya rabbal a'lamin

MENGENANG 27 TAHUN PEMERGIAN ALLAHYARHAM SUDIRMAN HJ ARSHAD (22.2.1992)

Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.

"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, sebelum subuh, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad yang beralamat di No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - berdekatan dengan pusara ibu bapanya (selang beberapa baris). Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang bergelar "Tun") telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.

69 Seniman Malaya Meninggal Dunia Tahun 2010 - 2015




Kembali ke rahmatullah Seterus.

TAHUN 2018
Al fatihah

Khalid Salleh
Pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh, 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri, di sini hari ini 23 Julai 2018.

Mahadzir Lokman meninggal dunia
Personaliti terkemuka tanah air, Mahadzir Lokman meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi 3 Ogos 2018

Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob Meninggal Dunia
Pelakon drama siri popular ‘Gerak Khas’ Nizen Ayob dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 11.55 , 6 Ogos 2018 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Beliau dilaporakan meninggal dunia selepas mengalami kompilasi kegagalan fungsi buah pinggang pagi tadi.

Datuk M Daud Wahid
Presiden PAPITA, Datuk M Daud Wahid, 76 tahun, dilapor meninggal dunia akibat kanser prostat yang dihidapi sejak tahun lepas serta komplikasi jantung jam 2.29 petang 6 Ogos 2018

Al Fatihah
Pelakon Nurin Misha 52 Tahun meninggal dunia.
Nurin Misha  atau nama sebenarnya Nur Amisah Abdullah meninggal dunia akibat sesak nafas telah meninggal dunia di kediamannya, Jalan Ipoh, sekitar jam 9.30 pagi 12 Ogos 2018.

"Menurut anak beliau arwah disahkan tidak sedarkan diri awal pagi ini dirumahnya di Jalan Ipoh namun apabila pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah tiada,"

YAM Tengku Arif Bendahara Pahang
Dukacita dimaklumkan YAM Tengku Arif Bendahara Pahang @ Tengku Abdullah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi 13 Ogos 2018, Jenazah masih di Hospital Gleneagles dan akan dibawa balik ke Pekan Pahang

Azrina Abdul Manan 41
Penyanyi era 1990-an Azreen atau nama sebenar Azrina Abdul Manan 41 yang menghidap kanser serviks tahap empat meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN), 1.06 petang hari ini 18 Ogos 2018.

Tan Sri Abu Hassan Omar
Tan Sri Abu Hassan bekas Menteri Besar Selangor dari 1997- 2000 meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 8.05 malam 8 Sept 2018.


Accapan meninggal dunia
Pelakon dan pelawak terkenal negara, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun. Pada jan 2.43 pagi 14 Sept 2018, di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.

Komposer Pak Ngah
Komposer terkenal Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia jam 3.05 petang  25 Sept 2018.

Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak
Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak, 46 tahun, akan dibawa pulang ke tanah air hari ini 01 Okt 2018. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Colombo, Sri Lanka ketika menerima rawatan penyakit buah pinggangnya petang semalam.

Tan Sri Hassan Azhari
Tan Sri Hassan Azhari, tokoh mengajar Al-Quran dan bapa bekas IGP, Musa Hassan baru kembali ke rahmatullah jam 5 petang tadi, 6 Okt 2018.




Saleem Iklim meninggal dunia
Penyanyi terkenal Saleem Iklim 57 meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 6 pagi ini 14 Okt 2018.

Zaibo
Pelakon Zaibo atau nama sebenar Zainal Ariffin Abd Hamid meninggal dunia pada jam 1.30 petang tadi 14 Nov 2018 akibat barah esofagus.

Tan Sri Zainuddin Maidin
Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya di sini, pada 13 November lalu akibat masalah paru-paru berair. Meninggal pada 14 Dis 2018 jam 6.30 petang.

Adib meninggal dunia
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya meninggal dunia pada 17 Dis 2018 jam  9.41 malam.




TAHUN 2019

Mior Ahmat Zaudi 66
Pelakon Mior Ahmat Zaudi berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 pagi Selasa 1 Jan 2019 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat masalah jantung dan pendarahan dalam otak

Zailaludin bin Zainol 55
YH Dato’ Zailaludin bin Zainol 55 , Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands telah kembali ke rahmatulah tengahari ini pada 26 Feb 2019 di Hospital Kajang disebabkan serangan jantung. Beliau merupakan Pegawai Khas MB Pahang. 1964 - 2019

Wafa Abdul Kadir, 53
Pelakon popular 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 53, meninggal dunia awal pagi jam 1.10, 17 Mac 2019 di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor kerana penyakit kanser peritoneal.

Tengku Puan Zanariah 79
Bonda  tiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada jam 8.10 pagi Isnin 18 Mac 2019 pada usia 79 tahun.


Mohd Rafi bin Abdullah 55.
Arwah dilahirkan pada 01 Ogos 1964 merupakan Ketua Kampung (Tok 4) Sungai Koyan 1,  telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah beliau di No 143 Felda Sungai Koyan 1 pada 29 April 2019 jam 7.00 pagi,

Datuk Seri Abu Hassan Din 73
Hari ini 1 Mei 2019 kita dikejutkan dengan pemergian pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, Arwah meninggal dunia di rumahnya apabila rebah selapas selesai menunaikan solat subuh..

Anuar Abu Bakar, 48
Lagenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam (HSA), 9 malam tadi 6 Mei 2019.

SM Mohamed Idris 93
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang sebentar tadi  jam 4.45 petang 17 Mei 2019.



Faziani Rohban Ahmad, 40
Usahawan kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada  11.00 pagi Sabtu 18 Mei 2019.

Sultan Ahmad Shah mangkat 89
Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada jam 8.50 , 22 Mei 2019.

Tan Sri Dr Khoo Kay Kim 82
Tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. Beliau berusia 82 tahun meninggal dunia pada 5 Mei 2019 pukul 10.13 pagi

Datuk Dahlan Zainuddin, 78
Penyanyi popular era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 28 Mei 2019 jam 9.48 petang.



Datuk A Rahman Hassan, 73,
Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), dekat sini, jam 12.40 tengah malam tadi 13 June 2019 , akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Dr. Mohamed Morsi 67
Dr. Mohamed Morsi telah meninggal dunia pada 18 Jun 2019.  Beliau merupakan Presiden Mesir yang sah dari Ikhwan Muslimin yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013.

Penyanyi Halil Chik 70
Penyanyi era 70-an dan 80-an, biduan Halil Chik meninggal dunia pada 30 Jun 2019 disebabkan serangan angin ahmar sekitar jam 7.00 pagi ini di Hospital Ampang.

Mej Zahir b Armaya 36  (anak AR Badul)
Mej Zahir b Armaya (anak AR Badul) menghembuskn nafas di Hospital Queen Elezbeth Kota Kinabalu pada 04 0920H Sept 2019 kerana tertembak semasa demostrasi TD sempena Paluan Berundur Mk Bgd ke 5 Infantri di Kem Lok Sama2  kita doakn semoga arwah ditempatkn di dlm golongan yg beriman.



Rosllly bin Darus 62
Roslly bin Darus menghembuskn nafas di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada 04 Sept 2019 jam 0415 pagi kerana sakit buah pinggang semoga arwah ditempatkn di dalam golongan yang beriman.

Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh 73
Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh, Ketua Pengakap Negara meninggal dunia dipercayai mengalami masalah pankreas di Hospital Selayang pada 11 Sep 2019 jam 9.30 pagi.

Bacharuddin Jusuf Habibie 83.
Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya. Pada 11 Sep 2019 jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat.

Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia di Hospital Pontian pada 21 Sept 2019  kira-kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.



Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, 67
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, meninggal dunia di rumah anaknya di Rawang,pada 26 Sept 2019 jam 11.10 malam tadi.

Yazit Search meninggal dunia
Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, meninggal dunia pada 26 Sept 2019 jam 11.53 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, pagi tadi. 28 Sept 2019 jam 8.11.

Ramli Mohamed atau Pak Limra 81
Pelakon veteran Ramli Mohamed atau Pak Limra meninggaI dunia pada usia 81 tahun akibat skit tua pada 5 Okt 2019 jam 08.20 malam di Hospital Kajang, Selangor.



Lt Jen Dato' Maulud bin Maamin (Bersara), 76 
Lt Jen Dato' Maulud bin Maamin (Bersara), 76 tahun telah kembali ke rahmatulllah pada sekitar pagi ini 14 Oktober 2019 di kediaman beliau ketika tidur pada malam tadi.

Firdaus bin Hanif 43
Firdaus bin Hanif atau dikenali sebagai Fitt anak kepada pelakon popular Fauziah Nawi dikatakan pergi memancing, bot yang dinaiki terbalik  dan  dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. kejadian berlaku 26 Okt 2019 kira-kira jam 11 pagi. 

Datuk Amir Hamzah
Datuk Amir Hamzah Bekas ahli Parlimen Lipis dan Bekas Presiden Amanah Ikhtiar Malaysia telah meninggal  dunia di Hospital Sungai Buloh Pada 28 Nov 2019  jam 5.15 petang   jenazah beliau dikebumi pada 29 Nov 2019 jam 2.00 pagi di Kampung Kuala Medang Lipis Pahang.

Dato Mohd Nor Bin Abdul Rani
Dato Mohd Nor Bin Abdul Rani Bekas DO Cameron Highlands,  Bekas DO Lipis dan Mantan Pengarah JAIP telah menhembuskan nafasnya di Hospital Kuantan. Pada 1 Dis 2019. 


Dato Amir Hamzah, Dato Mohd Noor Abd Rani, Dato Maulud dan Pitt Cerita dari Lipis

Nassier Wahab 57 
Penyanyi era 80-an Nassier Wahab menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perbuatan swasta kira-kira 12.45 pagi Khamis Pada 5 Dis 2019. Kerana kenser rahang.

Datuk Wan Ismail Wan Mahmood
Datuk Wan Ismail Wan Mahmood, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi tadi 10 Dis 2019

Tengku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
Tengku Panglima Perang Tengku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, kerabat diraja Pahang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Dis 2019, kerana sakit tua.


TAHUN 2020

Datuk Seri Dr. Omar Othman 70
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, Datuk Seri Dr Omar Othman meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 10 Feb 2020 jam 6.52 pagi tadi akibat komplikasi kanser



Abam Bocey, 32
Pelawak popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor pada 10 Feb 2020 lebih kurang jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.

Ashraf Sinclair 40
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, meninggal dunia pagi jam 4.00 pagi 18 Feb 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Datuk Abdul Jalil Long
Usahawan pengasas kicap jenama Jalen, Datuk Abdul Jalil Long meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru jam 3.55 petang, 18 Feb 2020.

Shafie Ahmad, 54
Pencipta dan penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu’, Shafie Ahmad, 54, atau lebih dikenali sebagai Pak Long meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani pada 1 Mac 2020 jam 6.50



Maya Matahari 44
Penyanyi Maya Matahari atau Myanaliza Rusle yang disahkan meninggal dunia hari ini 18 Mac 2020 akibat kanser. Beliau meninggal dunia semasa menjalani rawatan di China. 

Farit Ismeth Emir 66
Pembaca warta berita RTM telah menghembuskan nafas terakhirnya baru sebentar tadi 20 April 2020 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor Al- Fatihah. 

Dato Ismail Kamus 72
Tuan Guru Dato' Ismail Kamus di lahir pada 1948 telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang. 

Poe Rampa 64
Kartunis dan penyanyi Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 64, meninggal dunia pada tengah hari Jumaat 12 Jun 2020 kerana komplikasi jantung, buah pinggang dan hati. 





Ahmad Subky Abdul Latif
Pengasas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah dan bekas wartawan, Ahmad Subky Abdul Latif meninggal dunia kira-kira jam 11.05 pagi 23 Jun 2020, kerana sakit sindrom myelodyplastic (MDS) iaitu kanser darah.

Md Izuddin Ali 
Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi Hj Ali yang telah disahkan telah kembali ke rahmatullah Pada 12.45 tengahari 25 Jun 2020. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap strok.

Datuk Khusairi Abdul Talib 69
Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Slim  BN, Datuk Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi di Bentong Pahang kerana serangan jantung 15 Julai 2020.

Yusof Kelana 66
Pengarah filem Tragedi Oktober, Yusof Kelana meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang jam 9.30 pagi, hari ini.15 Ogos 2020


Abu Bakar Juah, 72
Pelakon veteran, Abu Bakar Juah,, meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam jam 6.35 petang, pada 15 Ogos 2020  akibat kanser hati.

Kumin, 49
Bekas anggota kumpulan KU2, Kumin, 49, atau nama sebenarnya Khuzami Ismail  meninggal dunia di rumahnya di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur, hari ini 3 Sept 2020.

Datuk Zukifli Zain
Pelakon Datuk Zukifli Zain meninggal dunia kira-kira pada pukul 8.30 malam ini 5 Sept 2020 Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disamping isteri, Datin Normala Omar dan lima orang anaknya di rumah beliau di UK Perdana

Idris Mat Diah 61
Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku' meninggal dunia awal pagi tadi. 14 Sept 2020.


Datuk (Sarjan) Awang Rawing 104
Awang Rawing berusia 104 tahun  penerima pingat George Cross disahkan meninggal dunia sebentar tadi 18 Sept 2010. Beliau merupakan Iban Tracker yang datang ke Tanah Melayu sekitar Disember 1950 sebelum diserap masuk ke dalam Rejimen Worcestershire yang berpangkalan di Kluang untuk menentang komunis.

Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad 88
Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia jam 6.20 pagi 21 Sept 2020 tadi di Prince Court Medical Centre (PCMC) selepas dimasukkan ke situ Sabtu lalu akibat masalah jantung.

Datuk Paimuzi Yahya
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang 8 Okt 2020.

Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82
Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82 tahun, meninggal dunia malam tadi jam 11.52 malam  16 Okt 2020



Tan Sri Zaleha Ismail 84
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail, meninggal dunia di Hospital Tawakal, di sini, kira-kira jam 8.15 14 Nov 2020 malam tadi.

Dato' Hasbullah Osman 63
Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman dari Umno meninggal dunia akibat daripada serangan jantung hari ini 16 Nov 2020.  Pegawai khas kepada Hasbullah, memberitahu Media ahli Parlimen Gerik itu meninggal dunia di Raub, Pahang.

YB Manis Muka Mohd Darah, 65 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, pada Selasa 17 Nov 2020

Dato' Mokhtar Hashim 78
Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan 1981-1983 Dato' Mokhtar Hashim meninggal dunia awal hari ini 18 Nov  2020. . Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Ahmad Hafiz Abdul Raffar menerusi satu hantaran Facebook. Menurut Ahmad Hafiz, allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 3.10 pagi.



 
A. Ali, 71
Penyanyi dan pemain gitar kumpulan Kembara, A. Ali, 71, atau nama sebenarnya Hamdan Atan disahkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Semenyih.  Anak ketiganya, Nur Huda Hamdan, 34, ketika dihubungi berkata, ibunya, Latifah Khamis menyedari bapanya meninggal dunia selepas jasad kaku sekitar pukul 8 pagi 21 Nov 2020.

Pak Lah Cecupak 53. 
Pelakon Senior Pak Lah Cecupak atau nama sebenar Noor Affendi Nurdin, meninggal dunia akibat kanser usus pada pagi sabtu 21 Nov 2020. di Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Basiron Abdul Wahab, 59
Mantan wartawan Harakah Pahang, Allahyarham Basiron Abdul Wahab, , pergi menghadap Ilahi jam 12.30 tengah hari 02 Dis 2020  dan akan dikebumikan di Kampung Lubuk Kulit  di Kuala Lipis.

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz 98
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada 15 Dis 2020 pukul 4.30 petang.




TAHUN 2021


Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber 44
Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan, di Hospital Yarsi, di sini, pada 8.30 pagi. 14 Jan 2021 (Khamis)

Syekh Ali Jaber

Brig Jen Sharom bin Hashim
Brig Jen Sharom bin Hashim Mantan Asisten Ketua Staf Perisikan   telah Kembali Kerahmatullah pada 14 Jan 21 jam 1505. di Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Urusan Jenazah akan uruskan oleh pihak Hospital disebab Pandemik Covid.

Tun Dr Mohamed Salleh Abas 92
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia, pada usia 92 tahun, awal pagi tadi  jam 3.20, 16 Jan 2021  selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kelmarin.

Datuk Jamali Shadat, 78
Pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia,di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang  pada  8.30 pagi 3 Feb 2021.




Datuk Ismail Kijo, 69
Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, 69, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.33 tengah hari pada 4 Feb 2021.

Pbt (B) Ujang bin Mormin 99
Kematian Veteren ATM 1674 Pbt Ujang bin Mormin jam 0505 pada 09 Feb 2021 di Hospital Sungai Buluh berkemungkinan disebabkan  jangkitan convid19. 

Dato' Zainal Hassan
Bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang (Tugas-Tugas Khas) Dato' Zainal Hassan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur hari ini 22 Feb 2021. Allahyarham yang tinggal di Felda Sungai Nerek, Maran adalah merupakan peneroka Felda pertama yang bergelar 'Wakil Rakyat' di negara ini. 

Noryati Taib 63
Pelakon Noryati Taib atau lebih mesra dikenali sebagai Makcik Petir.telah kembali kerahmatullah pagi Rabu 7 April 2021 kerana sakit tua.



Rosmaini Mohd Shah
Rosmaini Mohd Shah ( Uncle Chud) bekas pemain bolasepak Pahang, baru saja meninggal dunia lebih kurang pukul 3.15pm 8 April 2021 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Abu Bakar Omar 72
Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia pada 16 April 2021 jam 9.04 pagi di Kedah Medical Centre, Alor Setar, selepas mengalami masalah jantung. Allahyarham berusia 72 tahun Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di No 7, Jalan Bukit Nyamuk, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang, Kedah.

Haziq Kamaruddin, 27
Pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, 27 tahun, menghembuskan nafas terakhir pagi ini di Hospital Kajang pada 14 Mei 2021

Tan Sri Harussani Zakaria 82
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia hari ini 30 Mei 2021 setelah menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),  selepas disahkan positif COVID-19.


Puan Julie Faridah @ Joria Basir
Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak 'Faridah' menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad 30 Mei 2021.

Lt Kol Hj Mohd Sani bin Hj Royan 61
Beliau dimasukkan ke HAT Tuanku Mizan pada 23 Mei 21 dan ditempatkan di Wad ICU akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan komplikasi buah pinggang dan disahkan meninggal dunia pada 12 Jun 2021  jam 0556.

Saari Sulong, 48
Kartunis terkenal, Aie atau nama sebenarnya Saari Sulong, 48, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Manggis, Banting, awal pagi hari ini 28 Jun 2021 .akibat komplikasi buah pinggang.

Jen Tan Sri Dato Mohd Ghazali Che’ Mat 90
Mantan Panglima Angkatan Tentera 1985 -1987 telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 1830 di HAT Tuanku Mizan  7 Julai 2021. 




Datuk Zukkefli Nordin
Hari ini 11 Julai 2021 kita kehilangan seorang pejuang tegar di dalam meleraikan keluh kesah peneroka dan generasi Generasi Kedua. Moga arwah ditempat bersama-sama orang beriman.

Abu Bakar Ahmad(Tawil) 69
Pelakon filem Prebet Lapok, Tawil, 69, atau nama sebenarnya Abu Bakar Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, di sini, jam 2.15 pagi jumaat 23 Julai 2021.

Datuk Baharuddin Omar 85
Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam sekitar pukul 6.30 petang Sabtu 24 Julai 2021.

Siti Sarah Raissuddin, 36
Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi. Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.


Datuk Jaimin Samitah
Beliau merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah meninggal dunia pada Isnin, 9 ogos 2021 akibat COVID-19.  Untuk makluman, allahyarham telah hadir ke Kompleks Parlimen Malaysia sepanjang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas Tahun 2021 dari 26 hingga 29 Julai 2021 yang lalu.

Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth 92
 Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth meninggal dunia pada pagi Selasa 24 Ogos 2021  akibat komplikasi jangkitan paru-paru.

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid  82
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid  telah meninggal dunia  di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pada 28 Ogos 2021 jam 1.40 pagi berusia 82 tahun. Allahyarham adalah  Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Datuk Lajim Ukin 
Datuk Lajim Ukin Ahli merupakan Parlimen Beaufort dan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang dirawat akibat jangkitan COVID-19 sejak kira-kira dua minggu lalu meninggal dunia pagi ini. Beliau yang dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi 29 Ogos 2021  di Hospital KPJ.



Tun Sakaran Dandai
Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin 30 Ogos 2021.

Kamaruddin Ahmad, 78
Bekas pembaca berita RTM, Kamaruddin Ahmad, 78, telah menghembuskan nafas terakhir beliau akibat sakit tua hari ini. Menurut portal RTM One News, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Sentosa, Selangor, pukul 7 pagi ini. 2 Ogos 2021.

Tan Sri Zaman Khan,78
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu  11 Sept 2021. Arwah meninggal dunia pada jam 10.15 pagi dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Asar.

Hj. Daud Awang
Allahyarham  Hj Daud Awang Mantan Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian Lipis Meninggal Dunia Lewat Petang  12 Sept 2021.



Datuk Zolkples Embong 62
Satu kehilangan besar buat industri sukan negara. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang meninggal dunia pada pagi Ahad. Allahyarham yang berusia 62 tahun meninggal dunia di kediamannya, pada 3 Okt 2021  dipercayai akibat sakit jantung. 

Mamat Khalid, 58
Pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, pada 24 Okt 2021 jam 12.30.

James Masing 72
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya,pada 31 Okt 2021

Tan Sri Sabbaruddin Chik 80
Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik  meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini 4 Dis 2021.



Hajmi bin Hj Ibrahim (Gmie) 50
Selepas hampir dua tahun diuji sakit buah pinggang berlubang, vokalis kumpulan Screen, Gmie, 50, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada jam 2.30 pagi tadi 10 Dis 2021.

AddToAny