responsif teks foto

Khamis, 26 Jun 2014

Raub empat daerah yang merekodkan kadar kebahagian tertinggi.

tempat menarik
Penduduk di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi mencapai tahap sederhana pada tahun lalu.
Penilaian yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata indeks ini dapat mengenal pasti hasrat dan aspirasi rakyat secara langsung terhadap pembangunan.
     
"Soal kebahagiaan tidak lagi terhad kepada menerima manfaat pembangunan sahaja, tetapi penglibatan setiap rakyat dalam proses pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi melalui konsep pemerkasaan, perwakilan dan perundingan bersama penduduk," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pelaksanaan indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Rabu, 11 Jun 2014

Mengapa harga getah jatuh.

Adakah penoreh  mampu bertahan dengan harga sekarang 
Harga getah yang rendah hari ini iaitu Harga getah SMR 20 yang merupakan harga tanda aras (benchmark) getah antarabangsa, telah menurun daripada RM13, 483 bagi setiap tan metrik pada tahun 2011, kepada RM9,525 per tan metrik pada tahun 2012 dan telah berterusan menurun kepada RM5,475 bagi setiap tan metrik sekarang. Sebab utama kejatuhan harga getah dari bulan November 2013 hingga hari ini adalah disebabkan stok getah tergantung (overhanging stock) daripada 523,000 tan metrik pada pasaran antarabangsa. Pengeluaran getah dunia pada tahun 2013 adalah 11.518 juta tan metrik dan penggunaan global hanya 10.995 juta tan metrik. Oleh kerana simpanan getah yang berlebihan di pasaran antarabangsa, harga getah telah menjunam disebabkan oleh bekalan dan permintaan.

Ekonomi Amerika Syarikat adalah dalam pemulihan perlahan, ekonomi Eropah masih terhenti dan industri pembuatan di China mempunyai pertumbuhan yang lebih rendah. Ini telah menyebabkan permintaan yang lebih rendah untuk getah dengan pengeluaran yang lebih tinggi di negara-negara pengeluar. Daripada lima (5) pengeluar getah utama pada tahun 2013, Thailand menghasilkan 3.9 juta tan metrik getah diikuti oleh Indonesia pada 2.8 juta tan metrik. India menghasilkan 888,000 tan, metrik diikuti oleh Vietnam pada 854,000 tan metrik. Malaysia yang merupakan pengeluar kelima terbesar getah asli menghasilkan 845,000 tan metrik .

Kejatuhan harga getah tidak ada kaitan dengan pemberian BR1M atau kehilangan pesawat MH370. Harga getah dipengaruhi terutamanya oleh permintaan dan pembekalannya. Pada masa ini, bekalan getah adalah lebih daripada permintaan, maka harganya jatuh. Harga getah dipasaran antarabangsa adalah diluar kawalan kerajaan.

Kejatuhan harga getah tidak berlaku hanya Malaysia sahaja tetapi di semua negara pengeluar getah seperti Thailand, Indonesia, India dan Vietnam. Walaubagaimana pun, dengan pembayaran insentif pengeluaran getah oleh Kerajaan negeri Sabah, harga getah yang dibayar kepada para pekebun kecil getah di Sabah adalah sama bahkan kadang-kadang lebih tinggi daripada yang di Semenanjung. Contohnya, harga minimum yang dibayar bagi getah mentah kepada pekebun kecil bagi kentalan di Semenanjung Malaysia adalah RM1.80/kg, di Sarawak pada RM1.50/kg, dan Sabah RM1.85/kg pada Jumaat 23 Mei, 2014. Harga purata lateks di Semenanjung Malaysia adalah RM5.17/kg manakala harga di Sabah adalah RM5.70 /kg.

Dalam keadaan pasaran semasa ini, para pekebun kecil digalakkan untuk menghasilkan hanya kentalan bersih supaya kualiti getah dari akan mendapat daya saing tinggi di pasaran antarabangsa walaupun dalam pasaran yang tertekan. Persoalan bilakah harga getah akan naik adalah bergantung kepada pemulihan ekonomi dunia dan pengurangan stok tergantung di pasaran dunia.


Tuan Tanah dan Penoreh getah bakal terima bantuan RM500  - 11Jun 2014

Selasa, 10 Jun 2014

TEMUDUGA TERBUKA TENTERA DARAT



Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang dirancang pada bulan September 2014. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.
 Tarikh temuduga : 16 - 26 Jun 2014 Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
TARIKH, LOKASI & PUSAT PEMILIHAN SEPERTI DI BAWAH :
 *ZON UTARA Tarikh temuduga : 16 Jun 2014 Lokasi : Perlis Alamat : Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri, 02450 Kangar Tarikh temuduga : 18 Jun 2014 Lokasi : Kedah Alamat : Rej 513 AW, Kem Bukit Pinang, 06100 Alor Setar Tarikh temuduga : 20 Jun 2014 Lokasi : Kedah Alamat : Bn Ke-2, Rej 513 AW, Kem Jalan Bukit, 09000 Kulim Tarikh temuduga : 22 Jun 2014 Lokasi : Pulau Pinang Alamat : Rej 509 AW, 15 Lebuhraya Peel, 10350 Pulau Pinang Tarikh temuduga : 24 Jun 2014 Lokasi : Perak Alamat : Rej 503 AW, Kem Jalan Tambun, 30350 Ipoh Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Perak Alamat : Teluk Intan Bn Ke-3, Rej 503 AW, Kem Teluk Intan, 36000 Teluk Intan
*ZON SELATAN / TENGAH Tarikh temuduga : 16 Jun 2014 Lokasi : Johor Alamat : Rej 501 AW, Kem Tebrau, 80990 Johor Bahru Tarikh temuduga : 18 Jun 2014 Lokasi : Johor Alamat : MK Garison Mersing, Kem Iskandar, Tanjung Sekakap, 86800 Mersing Tarikh temuduga : 20 Jun 2014 Lokasi : Johor Alamat : MSS Kluang, Kem Mahkota, 86000 Kluang Tarikh temuduga : 22 Jun 2014 Lokasi : Melaka Alamat : Rej 514 AW, Kem Bukit Beruang, 75450 Melaka Tarikh temuduga : 24 Jun 2014 Lokasi : Negeri Sembilan Alamat : PULAMOR, Kem Sebatang Karah, 71050 Port Dickson Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Kuala Lumpur Alamat : MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, 53300 SETAPAK, Kuala Lumpur
 *ZON TIMUR / HULU PERAK / HULU SELANGOR Tarikh temuduga : 16 Jun 2014 Lokasi : Pahang Alamat : MSS Temerloh, Kem Batu 3, 28000 Temerloh Tarikh temuduga : 18 Jun 2014 Lokasi : Pahang Alamat : Rej 505 AW, Kem Sri Kuantan, 25050 Kuantan Tarikh temuduga : 20 Jun 2014 Lokasi : Terengganu Alamat : 18 RAMD, Kem Sri Pantai, Seberang Takir , 21300 Kuala Terengganu Tarikh temuduga : 22 Jun 2014 Lokasi : Kelantan 21 RAMD, Kem Pengkalan Chepa, 16100 Pengkalan Chepa Tarikh temuduga : 24 Jun 2014 Lokasi : Perak Alamat L 4 RS, Kem Gerik, 33300 Gerik Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Selangor Alamat : 4 RSD, Kem Erskine, 44000 Kuala Kubu Bharu
*ZON SABAH / SARAWAK Tarikh temuduga : 17 Jun 2014 Lokasi : Sabah Alamat : 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, 90000 Sandakan Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Sabah Alamat : MSS Lok Kawi, 89580 Kota Kinabalu Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Sabah Alamat : Bn 1 Rej 507 (AW) Kem Paradise, 89150 Kota Belud Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Sabah Alamat : Rej 516 AW, Kem Kukusan, 91000 Tawau Tarikh temuduga : 17 Jun 2014 Lokasi : Sarawak Alamat : 20 RAMD, Kem Sri Miri, 98000 Miri Tarikh temuduga : 19 Jun 2014 Lokasi : Sarawak Alamat : MK 3 Bgd, Kem Penrissen, 93250 Kuching Tarikh temuduga : 22 Jun 2014 Lokasi : Sarawak Alamat : 13 RAMD, Kem Pakit, 95000 Sri Aman Tarikh temuduga : 25 Jun 2014 Lokasi : Sarawak Alamat : MK 9 Bgd, Kem RASCOM, 96000 Sibu


DOKUMEN & SIJIL YANG DIPERLUKAN

Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan
fotostat dokumen-dokumen seperti berikut:

* Kad Pengenalan.
* Sijil Kelahiran.
* Sijil SPM atau Slip Peperiksaan (2013 sahaja).
* Sijil SKM Tahap 2.
* Sijil Berhenti Sekolah.
* Fotostat Kad Pengenalan/Sijil Kematian (bagi ibu bapa yang telah meninggal
dunia).
* Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Sijil Daftar Kelahiran Anak (bagi
yang telah berkahwin).
* Sekeping gambar terkini berukuran pasport (tidak dikembalikan).
* Sila bawa bersama ball pen hitam.
* Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul

220mm x 110mm beralamat sendiri. 

ULASAN

Pekerjaan tentera merupakan kerjaya yang mencabar dan menarik. Gaji dan elaun lebih baik dari sector awam  lain, tempoh kerja tidak lama hanya  21 tahun sahaja, tahun 2035 anda boleh pencen dengan umur lebih kurang 39 ke 45 tahun.

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN

Ahad, 8 Jun 2014

Puas hati Pahang julang Piala FA

 Ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berpuas hati dengan anak didiknya yang berjaya mempersembahan aksi cemerlang untuk menjulang Piala FA 2014 malam ini.

Beliau berkata dua gol kemenangan tersebut amat penting bagi membolehkan skuad Tok Gajah sekali lagi muncul sebagai johan piala berprestij itu selepas kali pertama memenanginya pada tahun 2006.
Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan be

ramalan Berita Harian 7 jun 2014 -tepat sekali


rstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam malam ini.
Zainal mengakui bahawa pasukan Tok Gajah "lambat panas" apabila ketinggalan 0-1 pada aksi 30 minit pertama.
"Saya memang akui mereka (pemainnya) tidak bermain permainan biasa apabila banyak membuat hantaran jauh sehingga membolehkan Felda United mendahului permainan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Beliau bagaimanapun berbangga apabila pemain simpanan yang dibawa masuk pada minit ke-69, Mohd Faizol Hussain, mengembalikan harapan Pahang untuk menjulang Piala FA apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.
Katanya, ini membuktikan semua pemain bermain baik dan setiap pemain memberi kerjasama sehingga membolehkan mereka sekali lagi menjulang Piala FA.
"Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik dan saya akui Felda memang pasukan yang layak bermain di Liga Super pada musim akan datang," katanya.
Sementara itu, bagi pengendali The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim, beliau melihat beberapa pemainnya membuat kesilapan sama lewat babak kedua sehingga membuka ruang untuk Pahang menjaringkan dua gol.
"Saya memang kecewa apabila kesilapan mudah yang sama ini akhirnya memakan diri apabila kita terlepas peluang menjulang piala buat kali pertama," katanya.
Katanya, secara keseluruhan permainan skuad The Fighters bagaimanapun baik dengan kawalan bola yang kemas sepanjang perlawanan. – Bernama, 8 Jun, 2014

Sabtu, 7 Jun 2014

Rumah mampu milik

Penduduk Kuala Telang, Tanjong Jambu dan Merapoh dalam kawasan Dun Padang Tengku berpeluang memiliki rumah mampu milik apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Pejabat Pentadbiran daerah Lipis sudah mengenal pasti tapak untuk projek berkenaan.

Adun Padang Tengku, Datuk Mustapa Longberkata, seluas 3.6 hektar tapak dikenal pasti di persimpangan Kuala Telang/Tanjong Jambu untuk projek kediaman mampu milik membabitkan 120 unit rumah, termasuk di Merapoh dalam jumlah keluasan yang sama.

Menurutnya, lawatan ke tapak projek berkenaan dilaksanakan pegawai SPNB, Pejabat Daerah Lipis dan penghulu mukim berkenaan, manakala kajian dari segi pemasaran, lokasi dan tanah sedang diselenggarakan SPNB sebelum keputusan dibuat dalam masa terdekat.

“Kita mengharapkan SPNB melaksanakan tanggungjawab terbaik kerana penduduk kawasan ini mengharapkan projek kediaman mampu milik yang kompetitif dan sederhana berasaskan pendapatan serta nilai ekonomi di sini.

“Saya yakin projek ini akan direalisasikan secepat mungkin kerana penduduk kawasan Padang Tengku khususnya kalangan generasi hari ini yang sudah berkeluarga memerlukan kediaman tetap, selesa dan berdekatan tempat kerja masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak perumahan bersama pegawai SPNB dan Pejabat Daerah Lipis, di Simpang Kuala Telang/Tanjong Jambu dan Merapoh, di sini semalam.

Mustapa berkata, projek berkenaan merupakan perintis dalam sektor perumahan mampu milik di Lipis juga melestarikan sebahagian transformasi dalam bidang sosial di sini.

“Hasrat kita melebarkan projek ini di pinggir bandar Kuala Lipis dan lokasi berdekatan jalan raya Kuala Lipis ke Merapoh memandangkan daerah ini sahaja masih memerlukan 4,000 unit rumah berasaskan kepesatan penduduk dan pembangunan perbandarannya,” katanya.

Menurutnya, pembangunan pinggir bandar Lipis dan pusat pertumbuhan baharu Merapoh yang kian melebar berasaskan sektor pertanian, industri kecil dan sederhana termasuk pelancongan menyebabkan permintaan terhadap kediaman yang selesa dan kos yang kompetitif semakin menggalakkan dalam kalangan penduduk tempatan dan orang luar.

“Pembangunan jalan raya Central Spine Road (CSR) yang selesa dari Kuala Lipis ke Merapoh memberi impak pertumbuhan kawasan baharu sehingga permintaan terhadap kediaman tetap semakin meningkat,” katanya.

Sehubungan itu katanya, SPNB dapat membantu pembangunan projek itu sekali gus berperanan bagi memastikan harga rumah yang dijual lebih rendah berbanding pemaju swasta yang lain.

Beliau berkata, projek berkenaan antara manifestasi kerajaan negeri untuk memastikan penduduk memiliki kediaman tetap, selain projek Perumahan 1Malaysia (Prima) termasuk kemudahan yang sama disediakan anak syarikat kerajaan negeri dan Felda.

Isnin, 2 Jun 2014

Pertandingan Bolasepak 9

Pertandingan Bolasepak 9 sebelah terbuka Kg Lubuk Kulit/Beletik Kuala Lipis.

Tarikh kejohanan : 08 Jum 2014

Tarikh Tutup : 04 Jun 2014

Yuran penyertaan RM 200.

Hadiah : Johan RM 1000 Naib Johan RM 600 ke-3 RM400 ke-4 RM300

Untuk maklumat lanjut boleh hbungi..

017-9329456-eja
019-9789323-dollah

Borang Pertandingan

Borang Bola 9 Sebelah Kg Lubuk Kulit

AddToAny