responsif teks foto

Isnin, 19 September 2016

Masyarakat Cina sumbang 70% ekonomi

Tan Koon Swan
Bekas taikun Tan Koon Swan berkata sebahagian besar orang Melayu masih hidup susah jika dibandingkan kepada masyarakat Cina.

Masyarakat Cina warga Malaysia menyumbang sekitar 70% keluaran dalam negara kasar, menurut bekas Presiden MCA Tan Koon Swan dalam satu wawancara.
Beliau dilaporkan Sin Chew Daily sebagai berkata walaupun sesetengah orang Cina warga Malaysia sudah berhijrah, kerana percaya mereka tidak menerima layanan adil, masyarakat itu masih punyai masa depan yang cerah.
Beliau meramalkan pasaran yang besar untuk direbut pada masa akan datang hasil daripada dasar ekonomi China dan pelaksanaan rantau ekonomi Asean.
Koon Swan diberi kemenangan besar-besaran apabila terpilih menjadi Presiden MCA pada November 1985 dalam satu perebutan kuasa antara tiga kumpulan, selepas kerjaya korporat yang menyaksikan beliau membina kumpulan Multi Purpose dan kumpulan pembangunan hartanah Bandaraya untuk MCA, dan melancarkan Supreme Corporation miliknya.

Kerjaya politiknya bagaimanapun tergendala selepas pensabitan kontroversi dia Singapura berhubung pemilikannya dalam Pan-Electric Industries, yang menurut beliau dirinya dipersalahkan.
Dalam satu temubual Sin Chew Daily, Koon Swan berkata analisis ekonomi menunjukkan masyarakat Cina menyumbang 70% keluaran dalam negara kasar, walaupun banyak syarikat besar tampak dikuasai oleh orang daripada kumpulan etnik lain.
Walaupun sesetengah orang Melayu menikmati kuasa dan pendapatan tinggi melalui syarikat milik kerajaan, kebanyakan orang dalam masyarakat Melayu masih hidup susah berbanding orang dalam masyarakat Cina, katanya menurut laporan itu.

Walaupun Felda, Sime Darby dan usahawan Bumiputera lain menguasai lebih 25% tanah estet, kira-kira 20% masih dalam tangan beberapa peniaga Cina besar, manakala baki 55% lagi milik pekebun kecil, “kamu tahu siapa mereka itu.”

Jumaat, 16 September 2016

Dr Haron Din meninggal dunia

1940 - 1916
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia. Perkara ini disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi. "Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin." Haron, 76, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak malam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada. - Al Fatihah


AddToAny