responsif teks foto

Isnin, 29 Mei 2023

Mengapa Kucing Mencakar Perabot dan Sofa



Bayangkan anda baru sahaja memasang perabot dan sofa baru,  tiba-tiba pada keesokan paginya, ia sudah penuh dengan tanda cakaran si comel ini! Anda rasa nak marah, tapi kena sabar! Tengok mata si comel memandang anda, tak sampai hati nak membebel pula. Jangan bimbang, jika anda tidak mahu perkara ini berulang kembali, Oyen kongsikan beberapa tips elak kucing cakar sofa dan perabot di rumah.

Jom kita bermula..!

Kenapa kucing mencakar?
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah si comel ini begitu gemar untuk mencakar perabot dan sofa yang baru? Jom kita lihat beberapa sebab mengapa kucing sebenarnya mencakar:

Melakukan regangan otot. Dengan mencakar, kucing boleh membuat regangan pada otot mereka
Menanda kawasan mereka. Di tapak kaki kucing, ada kelenjar bau tersendiri yang meninggalkan bau mereka pada kawasan tersebut. Jadi, jangan terkejut jika semua benda baru yang anda beli akan menjadi mangsa cakaran mereka.

Mengekalkan kesihatan kuku. Dengan mencakar, ia akan menanggalkan lapisan kuku lama mereka
Menghilangkan stress. Mencakar juga merupakan salah satu cara kucing melepaskan perasaan dan tekanan mereka.

Tips elak kucing cakar sofa dan perabot
Ayuh kita lihat beberapa tips dan cara yang boleh dicuba untuk elakkan kucing ini mencakar perabot kesayangan anda lagi:

Sediakan tempat mencakar khas buat mereka
Jika anda tidak mahu sofa dan perabot anda menjadi mangsa, sediakan tempat mencakar khas buat mereka. Bagi cara ini, anda boleh membeli scratching post (tiang mencakar) atau scratching toys bagi kucing anda.

Tips membeli tempat mencakar kucing (scratching post)
Pastikan tempat mencakar kucing cukup tinggi untuk kucing meregangkan otot dan badan mereka (sekurang-kurangnya 31 inci)

Pastikan tempat mencakar ini kukuh dan tidak bergoyang dengan mudah. Jika tiang mencakar yang dibeli ini mudah jatuh, ia boleh jatuh menghempap kucing anda pula

Pilih tempat mencakar dengan jenis kain sisal atau sisal fabric. Ia lebih tahan lama  dan selesa bagi kucing mencakar

Sediakan tempat mencakar dalam bentuk melintang atau menegak. Ia memberikan lebih banyak pilihan bagi kucing untuk 

Tips Oyen: 

Jika anda masih belum mempunyai bajet untuk membeli tempat mencakar khas, gunakan tiang rumah yang berdekatan dengan ruang tamu sahaja. Anda boleh DIY dengan hanya membalut tiang rumah ini  dengan sisal rope dan anda sudah ada tempat mencakar untuk si kucing.

Letak tempat mencakar kucing di tempat yang betul
Seterusnya, apabila anda telah memilih tempat mencakar kucing yang sesuai, jangan  lupa untuk meletakkannya di tempat yang sesuai. Jika tidak kena lokasi yang diletakkan, tidak mustahil kejadian perabot dan sofa dicakar akan berulang kembali.

Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba bagi memilih lokasi yang sesuai:

Letakkan di lokasi mereka sering bermain dan berehat seperti di ruang tamu dan juga berdekatan dengan tingkap

Kucing suka mencakar selepas bangun daripada tidur, jadi anda boleh letakkan satu tempat mencakar kucing di tempat mereka sering tidur

Kenalpasti sofa dan perabot mana yang menjadi mangsa cakaran mereka. Sediakan satu tempat mencakar berdekatan dengan kawasan ini.

Galakkan kucing untuk menggunakan  tempat mencakar yang disediakan
Pada mulanya, mungkin agak sukar untuk melatih dan menggalakkan kucing anda menggunakan tempat mencakar ini. Namun, ada beberapa tips yang anda boleh cuba:

Bermain bersama mereka berdekatan dengan tempat mencakar 
Letakkan catnip untuk menggalakkan mereka bermain dan tertarik kepada tempat mencakar tersebut
Setiap kali kucing anda berjaya menggunakan tempat mencakar ini, berikan mereka ganjaran snek dan pujian. Ini akan menggalakkan mereka membiasakan diri dengan tempat mencakar kucing ini.

Pada peringkat awal, anda mungkin perlu bereksperimen dengan pelbagai rekaan tempat mencakar untuk mengetahui mana satu yang menjadi pilihan kucing kesayangan ini.

Jadikan sofa dan perabot sukar untuk dicakar oleh kucing
Pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan tempat ini sukar dicakar oleh kucing.Jika dahulu sofa dan perabot ini selesa untuk dicakar, kali ini gunakan cara yang sedikit kreatif tetapi masih tidak berbahaya.

Balut kain yang tebal pada sofa atau kawasan perabot yang sering menjadi sasaran cakaran kucing
Balut sofa atau perabot dengan menggunakan aluminium foil atau pelekat double sided
Semburkan pewangi yang berunsurkan sitrus seperti lemon dan oren. Kucing dikatakan tidak gemar akan bau ini dan boleh menghalau mereka

Sentiasa jaga kesihatan dan potong kuku kucing anda
Selain itu, anda juga perlu menjaga kesihatan dan memotong kuku kucing secara berkala. Bukan sahaja akan mengurangkan kesan  ‘kemusnahan’ akibat dicakar, kuku kucing yang dipotong secara berkala boleh mengelakkan jangkitan akibat kuku yang terlalu panjang.

Selain itu, memotong kucing secara berkala juga akan mengurangkan tragedi di mana kuku kucing ini boleh terlekat dan tercabut apabila mencakar. Pastinya sebagai pemilik kucing, anda pernah mengalami situasi di mana kucing anda mengiau meminta tolong kerana kukunya terlekat di sofa atau perabot.

Gunakan vinyl guard atau furniture protector pada perabot dan sofa
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh menggunakan vinyl guard atau furniture protector pada kucing anda. Ia boleh memastikan sofa dan perabot berada dalam keadaan baik sementara menunggu kucing anda membiasakan diri dengan tempat mencakar mereka.

Antara contoh produk bagi perabot dan sofa yang boleh digunakan:

Cuba hilangkan bau di kawasan yang sering dicakar
Apabila kucing mencakar di sesuatu kawasan, mereka akan kembali mencakar kerana bau yang ditinggalkan oleh mereka untuk menanda kawasan. 

Bagi cara ini, anda boleh cuba untuk menghilangkan bau mereka pada tempat yang sering dicakar dengan cuba membersihkan perabot atau sofa yang sering menjadi mangsa cakaran.

Bawa jumpa ke veterinar sekiranya perkara sama berulang
Katakan anda telah mencuba pelbagai cara yang Oyen cadangkan, namun masih tidak berjaya. Jika perkara ini masih berulang dengan semua langkah yang dilakukan ada baiknya anda bawa kucing untuk berjumpa dengan pihak veterinar.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, mencakar merupakan salah satu cara untuk kucing melepaskan tekanan mereka, dan tidak mustahil kucing mencakar sekiranya mereka berada dalam keadaan sakit, tertekan atau mempunyai masalah kesihatan.

Dalam keadaan ini, bawa kucing anda ke pihak veterinar untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Mengapa rakyat Malaysia memilih Oyen? di sini.

Kesimpulan
Bukan sahaja perabot atau sofa yang perlu dilindungi, namun kesihatan kucing sebenarnya merupakan perkara yang paling penting untuk dilindungi!

Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan, surgeri dan segala cedera kemalangan sehingga RM8,000. 

Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini. Semak kelayakan di sini.




 

Ahad, 28 Mei 2023

Warga Lipis Semalam

27 Mei 2023

Padat, terima kasih warga Lipis.. memang betul-betul  padu, warga lipis sambut 
Apak Harry Khalifah dan chombi…




 

Jumaat, 26 Mei 2023

Semak Arah Kiblat Anda.


Umat Islam di negara ini setiap tahun disarankan untuk menyemak kedudukan arah kiblat dari lokasi mereka tepat pukul 5.16 petang pada setiap 28 Mei.

Pada hari tersebut umat Islam boleh memperbetulkan kedudukan kiblat dengan menggunakan sebarang objek tegak untuk melihat arah bayang lurus matahari.

Garisan daripada imej bayang berkenaan, akan menunjukkan lokasi ke arah Kaabah dan seterusnya boleh ditanda sebagai panduan rujukan terutama untuk tujuan ibadah solat.

Kaedah Istiwa’ A’dzam dianggap antara cara alamiah berkesan bagi penentuan arah tepat kiblat dan sering digunakan umat Islam lebih 1,400 tahun dahulu sebelum kompas dicipta.

Ketika ini, terdapat pelbagai aplikasi moden dalam talian bagi merujuk arah Kaabah, tetapi kaedah canggih itu mungkin ada juga khilaf akibat kesan pengaruh paksi magnet bumi.

Implikasi ralat itu boleh mengakibatkan kedudukan kiblat tersasar kerana meskipun kecil perbezaan hanya satu darjah sebenarnya bersamaan dengan jarak sejauh 122 kilometer.


Sticker Arah Kiblat / Kiblat Arrow / Kiblat Sign Pvc Sticker School Hotel Homestay Masjid Majlis Restroom Use





Virus Mozek Merebak

 


PUNCA VIRUS MOZEK MEREBAK


Virus adalah makhluk yang amat seni/halus dan boleh hidup dalam sel hidupan seperti manusia, haiwan, tumbuhan malah didalam kulat dan bakteria. kesan sekiranya dijangkiti virus adalah amat membinasakan dan mendatangkan kerugian yang besar pada yang mengalaminya. Jadi pada kali ini saya akan bercerita tentang Mosaics Virus atau virus mozek satu penyakit tanaman yang menghantui para pekebun. Mengikut jurnal pertanian tiada mana² negara yang mengistiharkan virus ini boleh dimusnahkan melalui ubat atau racun kimia. Jadi kali ini saya akan kongsikan secara ringkas faktor bagaimana penyakit ini boleh merebak.

Antara virus mozek yang selalu menyerang tanaman adalah jenis:

  • Chilli Veinal Mottle Virus (CVMV)
  • Cucumber Mosaic Virus (CMV)
  • Tomato Spotted Wilt Virus (TSWV)
  • Tomato Yellow Leaf Curl Virus (TYLCV)

Virus Mozek ini boleh merebak disebabkan beberapa faktor iaitu:

1. Faktor Biji Benih.
Pemilihan atau pembelian biji benih seharusnya dibeli daripada individu/syarikat yang dipercayai serta proses pembuatan/saringan biji benih mengikut S.O.P yang diperakui sah oleh Jabatan Pertanian antarabangsa. Virus mozek tersebut mampu hidup didalam biji benih seterusnya akan menjadi punca mozek ini akan merebak diladang apabila pokok sudah membesar.

2. Faktor Serangga Perosak.
Virus mozek juga boleh merebak melalui serangga perosak yang menjadi agen penyebaran virus tersebut. Serangga perosak akan menyerang dengan mengunyah atau menghisap cairan semua bahagian daun, bunga dan buah. Virus tersebut yang sudah sedia ada berada di mulut serangga perosak akan memudahkan lagi penyebaran apabila serangga tersebut menghisap dan memakan tanaman.

Antara serangga yang menjadi agen penyebaran virus ini seperti:

  • Kutu Daun/Aphid
  • Lalat Putih
  • Kutu Thrips
  • Hama
  • Ulat Ratus dan lain-lain
3. Faktor Manusia.
Manusia juga boleh menjadi penyebab virus tersebut merebak tetapi tidak menghisap seperti serangga perosak. Antara penyebab virus ini boleh merebak melalui manusia kerana:

  • Mengabaikan penjagaan semasa menyemai dan anak benih. Ada segelintir pekebun/penjual anak benih mengabaikan penjagaan anak benih yang tidak mengikut Standard yang sepatutnya seperti kawalan serangga sambil lewa atau meletak anak benih tempat yang mudah terdedah pada serangan serangga perosak. Sebolehnya anak benih diletakkan didalam rumah hijau dan dilindungi dengan jaring serangga serta membuat kawalan penyakit & perosak secara berkala.
  • Penyebaran virus ini jugak boleh merebak melalui kaedah memetik menggunakan gunting dan memotong tangkai menggunakkan kuku. Mata gunting dan kuku yg digunakkan pada pokok sudah dijangkiti virus melekat dan apabila pokok sihat ini terluka, virus² yg melekat pada mata gunting dan kuku akan tertinggal pada bahagian luka tangkai tersebut.

Jadi ini antara penyebab kenapa virus mozek ini boleh merebak dengan begitu pantas.

Kredit FB : Pertanian Moden

Rabu, 24 Mei 2023

Kerja Kosong di Lipis

 


We Are Hiring
Kerja Kosong Retail / F&B
Pengambilan untuk cawangan FamilyMart
Lokasi : Pusat Perniagaan Barry Kuala Lipis
 
𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 :
  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 ke atas
  • Boleh Kerja Syif, Cuti umum, Hujung minggu
  • License D/DA/B2 dengan kenderaan sendiri
𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧:
  • Basic dari RM1500
  • Elaun Kedatangan, Kerja Malam
  • Elaun Sara Hidup
  • Panel klinik
  • Pakaian seragam disediakan
  • Peluang untuk kenaikan gaji dan pangkat

Sila WhatsApp 016-3501737 atau klik link di bawah untuk keterangan lanjut:

https://wa.link/zzw7m5


Kredit FB : Lipis



Isnin, 22 Mei 2023

Fun Run 5 KM Lipis Hill Challenge


Pada : 13 Ogos 2023 : Masa :  07.00 pagi
Tempat : Dataran Orang Kaya Haji


*KINI KAMI TELAH KEMBALI*
Secara rasminya tirai berprestij Lipis Hill Challenge Run 2023 kini,telah pun dibuka besempena Sambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia pada Ogos 2023 nanti. Ayuhh semua, munculkan diri....

Pendaftaran Online dibuka mulai 10.00 pagi 20/5/2023 sehingga 5 Julai 2023. Kategori kalini Terbuka untuk FUN RUN 5KM.
YURAN HANYALAH RM40 SAHAJA( Early Bird 20/5- 4/6/23) Rm45 ( Normal price 5/6-5/7/23) !!!
BERBALOI -BALOI AOKME SEMUA !!!
 
✅Baju Sublimation ✅ Medal Penamat ✅ Cabutan Bertuah ✅ Goodies Bag ✅ Sijil Penyertaan ✅ Jualan ✅ Pameran Kesihatan macam2 lagi lah ada nanti..
Jom DAFTAR....‼️‼️‼️
..........................................................................
Berikut merupakan link ke pendaftaran online

Untuk pendaftaran secara manual bolehla terus *Mendaftar di Kaunter Lobi Hospital Kuala Lipis *Mulai 23 Mei 2023 @ Selasa sehingga 5 Julai 2023*...Terima kasih

*Sebarang persoalan dan pertanyaan ,sila hubungi* :
1.Pn Zan :012-9875457
2.En Amirul : 017-9672966
3.Pn Lily Ng : 016-9863749 
4.Dr.Lim Tee Ling : 016-9589890  
5.Dr.Kho Kai Xing : 019-3019673
*Jumpa SEMUA ‼️‼️*


 

Hari Hol Pahang

 

Sempena memperingati kemangkatan Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah.

"Ya Allah Cucurilah Rahmat Ke Atas Roh Baginda"

Al-Fatihah.


Racun Herba Organik

 


Penerangan Produk

Redmagic - racun herba organik berkualiti tinggi yang diperbuat daripada minyak jarak
Redmagic ialah racun herba organik yang diperbuat daripada minyak jarak yang memberikan kawalan yang unggul dan tahan lama ke atas kebanyakan jenis rumput, akar dan biji benihnya. Produk ini sesuai untuk peminat taman dan rumput yang ingin membasmi tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini sambil menghalangnya daripada tumbuh semula.

Tidak seperti pembunuh rumpai lain di pasaran, Redmagic benar-benar tidak toksik dan selamat untuk digunakan di sekeliling manusia, haiwan peliharaan dan tumbuhan. Ia tidak meninggalkan sisa berbahaya di dalam tanah, memastikan taman anda kekal sihat dan subur walaupun selepas menggunakan produk ini.

Bagaimanakah Redmagic berfungsi? Ia menggunakan campuran unik bahan aktif yang berasal daripada minyak kastor, yang berfungsi dengan memecahkan membran sel daun dan batang tumbuhan sasaran, menyebabkan ia layu dan mati dalam beberapa jam. Minyak juga menembusi tanah, sampai ke akar tumbuhan dan menghalang pertumbuhan baru daripada berlaku. Pendekatan dwi-tindakan ini memastikan bahawa seluruh tumbuhan dibunuh, tanpa peluang untuk tumbuh semula.

Jika dibandingkan dengan pembunuh rumpai lain, kebanyakannya adalah toksik dan menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia, kehidupan haiwan, dan alam sekitar. Ia mengandungi bahan kimia yang boleh meresap ke dalam tanah dan saluran air, mencemarkan ekosistem semula jadi. Produk ini juga mungkin mempunyai bau yang kuat, memerlukan peralatan perlindungan untuk digunakan, dan memerlukan beberapa aplikasi untuk berkesan.

Redmagic berbeza. Ia adalah penyelesaian organik sepenuhnya yang tidak membahayakan alam sekitar, manusia atau haiwan. Ia mempunyai bau yang lembut dan mudah digunakan, hanya memerlukan satu sapuan untuk berkesan. Redmagic ialah alternatif yang berpatutan kepada racun herba tradisional, memerlukan kurang produk setiap kaki persegi daripada kebanyakan bahan kimianya.

Produk tiruan adalah masalah utama Redmagic kerana populariti dan keberkesanannya. Produk palsu atau peniru ini mungkin dipasarkan di bawah nama yang serupa, seperti Killweed, Grass Killer, dsb. Produk ini selalunya dibuat dengan bahan-bahan berkualiti rendah, tidak mempunyai pelabelan yang betul dan mungkin tidak menjalani ujian yang ketat untuk keselamatan dan keberkesanan. Sesetengah produk ini mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh membahayakan orang, haiwan peliharaan, tumbuhan dan alam sekitar."


Dapatkan https://invl.io/clilgt7

Rabu, 10 Mei 2023

Kaji selidik Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK)

 



TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PENGURUSAN TERNAKAN DALAM KALANGAN PENTERNAK DI PAHANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/ Puan,

Kami penyelidik dari Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK), Jerantut, Pahang sedang menjalankan satu (1) kajian mengenai tahap pengetahuan dan amalan pengurusan ternakan dalam kalangan penternak di Pahang. Soal selidik ini bertujuan untuk memperoleh maklumat penting dalam membangunkan rangka kerja sosial bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Soal selidik ini akan mengambil masa selama 10 minit dan ia mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat Demografi, Bahagian B: Pengurusan Ladang dan Bahagian C: Faktor pengaplikasian Kaedah Permanian Beradas. Segala maklumat dan data yang dikumpul adalah SULIT dan RAHSIA kerana maklumat ini hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.





Selasa, 9 Mei 2023

Peminat Kayuh Basikal

 


Odometer Basikal Komputer

Odometer Basikal Komputer XOSS G+ GPS/Basikal Gunung/Basikal Jalan Komputer Tanpa Wayar Kalis Air/Bluetooth ANT+

XOSS G+ menaik taraf pada komputer berbasikal berwayar dengan penemuan terkini dalam teknologi GPS yang menjejaki setiap detik dengan tepat dan tepat. Ia mudah dipasang dan menawarkan pengalaman pengguna yang lancar.


XOSS G+ menyokong penghantaran protokol ANT+, serasi dengan kebanyakan penderia berbasikal di pasaran. Ia merekodkan 15 jenis data untuk memenuhi keperluan penunggang basikal yang paling penting.

XOSS G+ menyokong apl pihak ketiga seperti Strava dan Puncak Latihan, jadi anda boleh berkongsi tunggangan anda dengan rakan dan peminat berbasikal dengan mudah. XOSS G+ juga dilengkapi dengan apl pendampingnya sendiri, menyediakan analisis data profesional dan penjejakan prestasi. Data ini mungkin penting bagi mereka yang bersedia untuk lawatan dan pertandingan berbasikal.



Dengan teknologi IPX7, XOSS G+ adalah kalis air supaya anda boleh menikmati pengalaman berbasikal dalam semua keadaan cuaca.

Kombo 1 :Peranti & Irama

Kombo 2: Peranti, Irama & Denyutan Jantung

Kombo 3: Peranti, Irama, Kadar Jantung, Lekap Cnc & sarung silikon dengan perlindungan kaca terbaja.

XOSS G+ GPS Computer Bike Odometer/Mountain Bike/Road Bike Waterproof Wireless Computer/Bluetooth ANT+

Dapatkan : https://invl.io/clif2b7





Rabu, 26 April 2023

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

 


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dengan segala hormatnya mempersilakan saudara dan saudari sekalian ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama YAB Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Mei 2023 (Isnin)

Masa:  3.00 Petang

Tempat :  Dewan Terbuka Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

Kredit FB : Wan Rosdy bin Wan Ismail

Selasa, 18 April 2023

Matematik Kebun

 

Ikan Patin

Getah

Musang King

Kambing Jantan

Memancing

Ramai juga yang nak balik kampung jadi petani. Saya ucapkan tahniah. Tapi saya nasihatkan untuk kira-kira dulu. Jangan terjun labu je.

Ada andaian kononnya saya menulis cerita dongeng dan hanya untuk lakukan ebook, video dan seminar-seminar saya. Menurutnya sudah berpuluh tahun menjadi penternak dan pekebun. Tak kaya juga. Saya diamkan sahaja. Saya juga tak mahu membuktikan apa-apa.

Saya bermula kerjaya saya sebagai seorang pensyarah. Selepas itu saya jadi reseacher dan masuk dunia korporat dan pernah duduk di meja pengurusan semasa bekerja gomen dulu. Saya tak pernah belajar bidang pertanian tetapi saya minat.

Semasa saya kecil dulu, saya ikut ayah menoreh getah, tebang hutan buka tanah, tanam sayur, ke sawah, tanam keladi, keledek, bela lembu, kambing. Kehidupan kampung memang macam tu. Tidaklah pelik sangat. Sebab itu minat dengan pertanian sangat mendalam.

Ingat lagi, satu hari duduk dengan arwah abah dikebun. Arwah abah bercerita dengan saya

" Esok bila awak dah besar, belajarlah pandai-pandai sampai masuk universiti. Belajar pandai jangan kerja dengan orang. Cipta kerja sendiri. Balik kampung dan usahakan tanah yang ada. Sekarang tanah kita kat kampung semua dijual. Anak-anak kampung tak mahu ke kebun. Mereka semua lari ke Singapura dan bandar kuala lumpur cari kerja. Awak balik jadi orang jutawan dan buktikan jadi petani bukan orang miskin ".

Kalau nak gagal bukan bidang agro je gagal. Nak berniaga, rugi dah pasti untung je belum tahu. Jadinya kenapa bila saya menulis jadi petani boleh kaya? Dikata jangan saya memberi harapan palsu kepada anak muda. Nanti rugi sahaja berkebun. Baik berkerja di bandar dapat duit dan bergaji lumayan.

Jadinya macam ni . Saya cuma menulis dari pengalaman saya sahaja. Saya fikir kita kalau nak masuk bidang pertanian jangan semata-mata tunggu hasil dari sayur atau pokok yang kita tanam sahaja. Kena ada multi-income.




Kebun kita pastikan ada...‼

1. hasil harian

2. hasil mingguan

3. hasil bulanan dan

4. hasil tahunan.

Macam mana strategi kita nak buat itu terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing.

Korang jangan tanam sayur lepas tu berharap pemborong beli. Kena usaha macam mana naikkan pendapatan dari hasil yang kita tanam.
  • Macam mana kita tanam cili tapi jual sambal.
  • Macam mana kita tanam pisang jualnya kerepek.
  • Macam mana kita bela kambing tapi ada restoren nasi arab kambing.
Mungkin bukan sekarang tapi kita ada target.

Saya cuba mendalami hati petani. Saya cuba jadi petani dengan berpanas dan berhujan. Saya asalnya tak ada tanah. Saya bangun sendiri. Hingga 4 tahun tak pernah ada pinjaman atau dapat bantuan agensi kerajaan.

Pertanian adalah kekayaan yang ditinggalkan.

Banyak formula pertanian tidak dihurai secara jelas. Rakyat tak tahu, petani tak nampak. Thesis PhD yang tebal-tebal di rak-rak Universiti lebih merungkai bagaimana manusia boleh terbang ke bulan. Bukan menyelesaikan masalah asas.

Peliknya. Jambatan kita boleh buat. Lebuh raya boleh kita buat. KLCC boleh kita buat. Banyak cerdik pandai. Tapi sampai sekarang dedak perkara paling asas pun belum boleh kita selesaikan.

Majukan pertanian setempat

Berhentikan salahkan sesiapa. 20 tahun lagi anak-anak kita yang akan menyalahkan kita yang tidak bertindak untuk mereka. Tak perlu teori panjang lebar. Uruskan kestabilan daerah.

Ayam kampung

Galakkan semula ternakan ayam kampung. Dari 50 ekor induk selepas 3 tahun punya 5000 ekor induk. Bayangkan kalau banyak rumah-rumah ada sistem ayam kampung yang betul. Anak ayam tak payah beli, dedak kurang dan tak kecoh kurang ayam.

Input Ruminan


Pelepah sawit, jerami padi itu asasnya yang kita nampak tidak diurus dengan baik. Buat research dan lakukan sekarang. Bangunkan makanan ternakan setempat. Murahkan makanan ruminan. Penternak jangan pula tamak. Beri daging dengan harga rakyat.

Malas nak tulis panjang lagi. Bukan ada yang baca. Kita ni bukan sesiapa. Duduk kampung je


Kredit FB : Fertigasi Masyuk




Rabu, 12 April 2023

Perkhidmatan Pembajakan Tanah.

 



𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍

Kadar Baru Perkhidmatan Pembajakan Jabatan Pertanian Negeri Pahang

Berkuatkuasa 𝟏 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Sebarang pertanyaan boleh menghunungi Bahagian Kejuruteraaan Pertanian Negeri Pahang
di talian 09-5343118

Kredit FB : Jabatan Pertanian Negeri Pahang



Rabu, 5 April 2023

Penggunaan Trichoderma melawan penyakit kulat.

 


Kebergantungan kita kepada bahan kimia (baja kimia) apatah lagi bahan beracun (racun serangga, racun kulat, bakteria) mesti ditinggalkan. Kita perlu meneroka bahan-bahan di sekeliling kita yang boleh kita gunakan untuk menggantikan bahan kimia ini. Sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada alam semula jadi, terdapat banyak mikroorganisma yang boleh kita gunakan untuk proses memelihara alam sekitar kita.

Salah satu mikroorganisma berfungsi yang dikenali secara meluas sebagai baja biologi tanah dan biofungisida ialah kulat Trichoderma. Mikroorganisma ini merupakan kulat tinggal dalam tanah yang boleh diasingkan daripada akar tanaman lapangan. Trichoderma, selain sebagai organisma pengurai, juga boleh berfungsi sebagai agen biologi dan perangsang pertumbuhan tumbuhan. Trichoderma, boleh menghalang pertumbuhan dan penyebaran racun kulat yang menyebabkan penyakit pada tumbuhan seperti kulat Rigdiforus lignosus, Fusarium oxysporum, Rizoctonia solani(hawa daun), Fusarium monilifome, sclerotium rolfsii dan kulat Sclerotium rilfisil. Penggunaan baja biologi dan agen biologi Trichoderma, sangat berkesan dalam mencegah reput batang, reput akar yang menyebabkan tumbuhan layu, dan penyakit kulat akar putih pada tanaman getah.

Penggunaan baja biologi dan Trichoderma, biofungisida tidak menunjukkan kesan berfaedah secara langsung seperti baja kimia atau racun kulat. Dengan penggunaan tetap baja biologi dan biofungisida Trichoderma, akan memberikan faedah yang lebih baik daripada baja kimia dan racun kulat.

Keadaan optimum untuk Trichoderma,

Trichoderma, ialah kulat (kulat) yang tergolong dalam kelas ascomycetes, di mana Trichoderma, terdapat di dalam tanah hutan dan tanah pertanian atau pada tunggul kayu. Trichoderma, sp akan tumbuh dengan baik pada suhu 6 C hingga 41 C dengan pH optimum 3 hingga 7 dan sukrosa dan glukosa adalah karbon utama. Untuk membiak kulat ini menggunakan konidia (spora).

Cara Membiak Trichoderma.

Selain membiak secara semula jadi, Trichoderma, juga boleh dibiakkan secara buatan. Proses pembiakan kulat ini melalui dua peringkat iaitu pemula dan pembiakan pada media tanah (kompos).



Pada peringkat permulaan, bahan-bahan yang diperlukan ialah beras, sekam padi, dan Trichoderma. Sumber Trichoderma, boleh diperolehi dari Agensi Perladangan Perlindungan Perladangan. proses pembiakan starter dimulakan dengan mengukus adunan 30 kg beras dan 1.5 kg sekam padi selama satu setengah jam, dianggarkan berasnya melekit tetapi tidak terlalu masak. Campuran beras kukus dan sekam dimasukkan ke dalam beg plastik 1kg sebanyak separuh daripada beg plastik dan kemudian dikukus semula selama satu jam. Angkat dan sejukkan di dalam bilik bersih (steril) selama 12 jam. Masukkan akar Trichoderma, ¼ petri ke dalam beg plastik yang mengandungi campuran beras dan sekam kemudian goncang sehingga sebati. Selepas beg plastik diikat rapat, susun dan simpan di dalam bilik yang bersih dan elakkan cahaya matahari. Trichoderma, sp akan kelihatan membesar selepas satu hingga dua minggu. Trichoderma, yang telah tumbuh pada media padi dan sekam dipanggil pemula padi yang kemudiannya boleh dibiakkan pada media tanah.

Untuk penanaman Trichoderma pada media kompos, bahan-bahan seperti kompos, tahi lembu, mikroorganisma berkesan (EM-4), gula merah, air dan starter beras diperlukan. Langkah awal adalah mencampurkan 6 M3 kompos dengan 3 M3 tahi lembu dan kemudian, siram dengan campuran satu botol EM-4.5 Kg gula merah, yang dilarutkan dalam 100 liter air. Penyiraman dilakukan serata mungkin selepas itu ditutup dengan kain terpal selama dua hingga empat hari, sehingga bau tahi lembu hilang. Campurkan starter beras dalam media kompos dengan nisbah 1 M3 media kompos dicampur dengan 25 kg starter beras. Kacau rata, kemudian tutup dengan kain terpal. Selepas sebulan Trichoderma sp akan tumbuh dengan timbulnya benang putih halus pada permukaan media kompos. Apabila media telah ditumbuhi kulat Trichoderma, media tanah boleh disimpan dalam guni plastik 20 kg atau digunakan terus sebagai baja biologi dan biofungisida. Perkara yang paling penting dalam proses pembiakan Trichoderma. ialah kebersihan persekitaran dan peralatan yang digunakan.

Kaedah Pemakaian Baja Biologi dan Biofungisida Trichoderma.

Bagi Anak pokok getah

Trichoderma, ditabur sama rata antara barisan tanaman berumur 3 - 6 bulan ke pangkal batang. Kemudian ditutup dengan tanah menggunakan kaki. Dos 600 kg sehektar.

Dalam Benih Getah Polibeg

Trichoderma, sebanyak 25 gram (satu genggam) ditabur rata dari pangkal kemudian ditutup dengan tanah setebal 1-2 cm.

Dalam Tumbuhan Getah Tidak Matang dan Tumbuhan Matang.

Taburkan Trichoderma, sp secara merata dari pangkal batang hingga jejari 50 - 70 cm kemudian tutup dengan tanah setebal 1 - 2 cm. Dos bagi tumbuhan berumur 1-3 tahun ialah 100 gram sepokok dan bagi tumbuhan berumur lebih empat tahun, 150 gram sepokok. Menyemai diulang setiap enam bulan.

Pada Tunggul


Tunggul tumbuhan tua atau tumbuhan lain di kawasan ladang getah ditaburkan dengan Trichoderma, sp sebanyak 100 gram setiap tunggul setiap 6 bulan sehingga tunggul itu benar-benar reput (reput). Aplikasi ini bertujuan untuk menyekat penyebaran kulat parasit yang tumbuh pada tunggul.

Penggunaan Trichoderma, sp sebagai baja biologi dan biofungisida dalam tanaman getah akan mengurangkan jangkitan kulat akar putih dan boleh meningkatkan pengeluaran getah sehingga 25%. Selain daripada tumbuhan getah Trichoderma, juga boleh digunakan untuk semua jenis tumbuhan. Mengenai kaedah dan sukatan penggunaan, sudah tentu ia disesuaikan dengan jenis tumbuhan. Pada dasarnya, penggunaan kulat ini adalah sama seperti penggunaan baja organik pada tumbuhan.

Penggunaan agen biologi Trichoderma, dijangka dapat melepaskan kebergantungan kita kepada bahan kimia. Perkara penting yang mesti kita ketahui ialah ketika ini tanah kita sedang sakit akibat penggunaan baja kimia yang berlebihan. Selain itu, berbilion-bilion mikroorganisma mati akibat penggunaan racun perosak (racun) yang berlebihan. Sudah tentu kita mesti bertindak balas terhadap keadaan sedemikian dengan bijak, membiasakan diri menggunakan baja organik dan biofungisida supaya alam kita kekal mampan.'''



Sumber: cybex.deptan.go.id/lokalita/untung-trichoderma-sp-cara-breedingnya






Barangan terpakai dari hotel

 







Barangan terpakai dari hotel hotel ..

Jualan di padang DATARAN ORANG KAYA HAJI...

BERMULA hari ini hingga SELASA 

Ada lagi 2 Lori akan Sampai stock barang...."

BANYAK LAGI BARANG AKAN SAMPAI...

JOM TENGOK BUAT PAKAI UTK RAYA NANTI

Maaf Saya bukan penjual....Saya share je...dlm group ni........yg Tanya harga tu...Saya x Tau nk jwp

Kredit FB : KOMUNITI ANAK-ANAK LIPIS



Selasa, 4 April 2023

Felda Sungai Koyan Lipis Pahang.

 



Video tentang suasana perkampungan rumah Felda Sungai Koyan negeri pahang ternyata dulunya kampung felda rumahnya hanya rumah kayu dan tak sebagus rumah sekarang karena perkembangan zaman dan hasil dari pada perkebunan kelapa sawit sekarang rumah kampung felda sungai koyan menjadi perkampungan yang rumahnya sangat bagus dulunya warga kampung felda malaysia di sungai koyan mereka juga susah terlebih dahulu dan pada akhirnya sekarang perkebunan kelapa sawitnya sudah banyak jadilah kampungnya makmur dan maju.

Konten dari You Tube  toha channel


Khamis, 23 Mac 2023

Waktu Berbuka Lipis 2023

 Jadual Waktu Berbuka Puasa bagi Daerah BENTONG, LIPIS dan RAUB bagi tahun ini.


Selamat Berbuka Puasa pada wargaLipis.


Sabtu, 18 Mac 2023

Aplikasi eDesa

 


eDesa adalah satu aplikasi Produk Orang Kita yang Fokus kepada produk & perkhidmatan IKS, bersifat Tempatan, Mesra pengguna dan memberi Keuntungan kepada orang kita.

eDesa memberi fokus kepada kelompok IKS yang terdiri daripada penjual, usahawan & pemilik perniagaan dari kelompok IKS.

eDesa kini telah membuka peluang dan berkembang untuk menerima lebih banyak penjual untuk menjual dalam aplikasi eDesa.

Kategori Produk / Perkhidmatan

Nak Jadi Penjual ?

Anda mempunyai PRODUK/ PERKHIDMATAN IKS yang sedia untuk dipasarkan ?

Anda ingin meluaskan PASARAN produk anda ?

Anda komited untuk KEMBANGKAN perniagaan anda ?

Daftar Sebagai Penjual

Dapatkan di Playstore dan akan datang di Appstore


Rabu, 8 Mac 2023

Mikoriza penting dalam Penanaman

 

Mycorrhizae adalah kulat baik 



Mycorrhizae ialah kulat yang bersimbiotik dengan tumbuhan. Biasanya simbiosis ini terletak di dalam sistem akar tumbuhan. Terdapat juga kulat yang bersimbiotik dengan kulat lain, tetapi istilah mikoriza biasanya ditunjukkan untuk kulat yang menjalankan simbiosis dengan tumbuhan. Bentuk simbiosis ini terutamanya adalah simbiosis mutualisme, walaupun dalam beberapa kes ia boleh menjadi simbiosis parasit yang lemah.

Mikoriza adalah gejala biasa pada akar tumbuhan. Kira-kira 90% keluarga tumbuhan (meliputi kira-kira 80% spesies tumbuhan) mempunyai persatuan simbiotik ini. Rekod fosil menunjukkan persatuan ini telah wujud sejak Zaman Karbon.





Nama "mycorrhiza" adalah serapan daripada istilah Inggeris, mycorrhiza, yang juga merupakan pembentukan dua perkataan Yunani Purba: μύκης mýkēs, "cendawan", dan ῥίζα rhiza.
Selain berguna sebagai baja mikoriza untuk tumbuhan, kulat acuan juga digunakan sebagai yis dalam pemprosesan makanan seperti membuat roti, tempe, oncom, kilang anggur, dan tapai serta rawatan antibiotik. manakala kumpulan yang menyebabkan keracunan cendawan ialah mikotoksin.

Mikoriza memerlukan akar tumbuhan untuk melengkapkan kitaran hayatnya. Sebaliknya, sesetengah tumbuhan juga bergantung kepada mikoriza untuk pertumbuhannya. Sesetengah jenis tumbuhan tidak tumbuh atau pertumbuhannya terbantut tanpa kehadiran mikoriza dalam akarnya. Sebagai contoh, anak pokok pain biasanya gagal tumbuh subur selepas pemindahan jika tiada tisu mikoriza terbentuk di sekeliling akarnya.

Mikoriza boleh disuntik secara buatan. Walau bagaimanapun, inokulasi mikoriza asing memerlukan bantuan mikoriza tempatan, contohnya dengan menambah tanah dari asal tumbuhan.


Cara Mendapatkan, Mengembangbiakan Jamur Mikoriza Sumber Dari Alam

Produk [PENGGALAK AKAR ORGANIK] MYCORRHIZA FELCRA 1KG MYCORRHIZA

Mycorhiza  mengandungi spora mikoriza vesikular arbuskular yang dihasilkan menggunakan pasir dan tanah organik sebagai sumber media. Diklasifikasikan sebagai ‘Phosphate-Solubilizing Fungi (PSF)’

Kebaikan mikoriza adalah seperti berikut:
  • Memacu Pertumbuhan Tanaman
  • Membantu akar menyerap nutrien
  • Membantu tanaman menyerap air di musim kemarau
  • Melindungi tanaman dari serangan Mikro Patogen Jahat
  • Memberi ketahanan Pada tanaman
  • Membantu penyerapan Phospat.
Cara Penggunaan

Semaian Polibeg - 150 gram/polibeg (dicampur dengan tanah)

Lubang tanaman - 500 gram/lubang tanaman


Dapatkan Mikoriza https://invol.co/clh64mm



Rabu, 1 Mac 2023

Bacaan Meter Kesihatan Anda


Perkara penting yang perlu diingat:
S•I•H•A•T
SENTIASA INGAT HATI AKAN TENANG
1. BP: 120/80
2. Denyutan: 70 - 100
3. Suhu: 36.8 - 37
4. Nafas: 12-16
5. Hemoglobin: Lelaki -13.50-18
Perempuan - 11.50 - 16
6. Kolesterol: bawah 5.7
7. Kalium: 3.50 - 5
8. Natrium: 135 - 145
9. Trigliserida: 220
10. Jumlah darah dalam badan: PCV 30-40%
11. Paras gula: Untuk kanak-kanak (70-130) dewasa: 70 - 115
12. Zat besi: 8-15 mg
13. Sel darah putih WBC: 4000 - 11000
14. Platelet: 1,50,000 - 4,00,000
15. Sel darah merah RBC: 4.50 - 6 juta.
16. Kalsium: 8.6 -10.3 mg/dL
17. Vitamin D3: 20 - 50 ng/ml.
18. Vitamin B12: 200 - 900 pg/ml.


Petua khas untuk warga emas 40/50/60 tahun:

1- Cadangan pertama
* Minum Air sepanjang masa walaupun tidak keHausan atau memerlukan, masalah keSihatan yang paling besar dan kebanyakannya berpunca daripada keKurangan Air dalam badan. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2- Arahan kedua
* lakukan sebanyak mungkin kerja dari badan, perlu ada pergerakan badan, seperti berjalan, berenang, atau apa-apa jenis sukan.

3 - Arahan ketiga
* Kurangkan makan... Lepaskan nafsu makan terlalu banyak... Kerana ia tidak pernah membawa kebaikan. Jangan menafikan diri sendiri, tetapi kurangkan kuantiti. Gunakan lebih banyak protein, makanan kaya karbohidrat.

4- Arahan keempat
* Jangan gunakan kenderaan melainkan ia benar-benar perlu. Jika anda pergi ke mana-mana untuk mengambil barangan runcit, bertemu seseorang atau melakukan sesuatu kerja, cuba berjalan di atas kaki anda. Naiki tangga daripada menggunakan lif, eskalator.

5- Arahan kelima

* Berhenti marah, berhenti risau, cuba abaikan sesuatu. Jangan meManjakan Diri anda dalam Situasi yang Menyusahkan mereka meRosakkan semua keSihatan dan menghilangkan keMuliaan Jiwa. Bercakap dengan orang yang Positif dan dengarkan mereka.

6- Arahan Keenam
* Pertama sekali, lepaskan keterikatan kepada wang
Berhubung dengan orang di sekeliling anda, ketawa dan bercakap! Wang dibuat untuk kelangsungan hidup, bukan hidup untuk wang.

7- Arahan Ketujuh
* Jangan merasa kasihan pada diri sendiri, atau tentang apa-apa yang anda tidak dapat capai, atau sesuatu yang anda tidak boleh lakukan.
Abaikan dan lupakan.

8- Arahan Kelapan

* Wang, kedudukan, Prestij, Buasa, Kecantikan, Kasta dan Pengaruh;
Semua perkara ini meningkatkan Ego.

KeRendahan Hati akan membawa orang lebih dekat dengan Cinta kpd ALLAH & Makhluk.

9- Petua Kesembilan
* Jika rambut anda putih, ia tidak bermakna akhir hayat. Ini adalah permulaan kehidupan yang baik. Jadilah optimis, hidup dengan ingatan, perjalanan, nikmati. Cipta kenangan!

10- Arahan ke-10
* Temui anak kecil anda dengan kasih sayang, simpati, dan kasih sayang! Jangan cakap sarkastik! Letakkan senyuman di wajah anda!
Tidak kira betapa besar jawatan yang anda pernah pegang pada masa lalu, lupakan ia pada masa kini dan bergaul dengan semuanya!

SENTIASA INGAT KPD ALLAH HATI AKAN TENANG

 

Selasa, 28 Februari 2023

Amaran Hujan Berterusan

 



Hujan sangat lebat berterusan (BAHAYA) dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan dan Rompin) sehingga Khamis, 2 Mac 2023.

Hujan lebat berterusan (BURUK) dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera) sehingga Khamis, 2 Mac 2023.

Hujan berterusan (WASPADA) dijangka berlaku di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) sehingga Rabu, 1 Mac 2023.

Dikeluarkan pada: 10:10 malam, 28 Februari 2023


Sumber : Malaysian Meteorological Department


Jumaat, 24 Februari 2023

Cara buat makanan ikan keli/patin sangat murah.

 


Video di atas menerangkan cara membuat makanan alternatif makanan ikan keli atau patin dari bahan yang mudah diperolehi.

Bahan-Bahan
  • Tepung Ikan(42% protein.Dedak ikan)
  • Tepung Kanji
  • Dedak
  • EM 4 diaktif (campuran molasses atau gula merah)
  • Perasa
Cara Membuat 
  1. Campur dengan dedak dan masukan EM yang telah di aktif.
  2. Gaul hingga sebati bersama perasa dan tepung kanji yang telah dimasak.
Selamat Mencuba.


Dapatkan Tepung Ikan : https://invl.io/clgy1fe




Selasa, 21 Februari 2023

Pengenalan Teknologi Trichobiome ke atas Tanaman

 

Apa itu Trichobiome...?


"Fusarium ini punca daripada kulat oxysporum yang masuk melalui akar. Seterusnya ia akan merebak ke dalam batang dan daun di mana spora oxysporum ini akan menyekat aliran air dan nutrien. Itu yang layu.  Nama lain orang macam-macam panggil, ada yang sebut layu batang, reput batang, layu bakteria. Banyaknya lebih kurang sama saja...."

Trichoderma

Trichoderma mendominasi tanah dan menghalang pembiakan kulat penyakit

Cara Mudah Membuat Trichoderma sp

Mengembangbiakkan Trichoderma: Agen Hayati Penghambat 
Patogen dan Penyubur Tanah


Cara mudah untuk mengambil dan menyimpan Trichoderma sebagai 
baja kulat biologi dan baja organik 


Trichobiome mengawal & melindungi ladang dari serangan penyakit kulat tanaman.

Mengandungi Trichoderma koningii ISO4 yang menjadi tentera mengawal tanaman dari serangan penyakit kulat.

Trichoderma koningii_ ISO4 dalam Trichobiome telah dilatih menggunakan Microbial Traits Enhancement Technology (MTET) untuk menjadi tentera elit yang boleh melawan 8 jenis penyakit kulat tanaman paling merbahaya di dunia.

Microbial Traits Enhancement Technology (MTET) telah dibangunkan oleh Prof Dr Shuhaimi Mustafa, yg merupakan Ketua Pegawai Teknologi Halways Sdn Bhd & saintis dari Universiti Putra Malaysia.

Trichobiome menghalang 100% penyakit yang disebabkan oleh Colletotrichum gloesporioides, Phytophthora capsici, Pythium ultimum dan Giberella fujikuroi. Kulat patogen ini adalah penyebab utama penyakit antraknos, hawar daun, busuk pangkal buah, rebah kecambah dan penyakit bakanae yang selalunya menjangkiti betik, mangga, lada, terung, timun, jagung, ubi kentang dan padi.

3 mod perlindungan. Pertama, Trichiobiome menghalang pertumbuhan patogen melalui persaingan nutrien. Seterusnya, ia menghasilkan bahan kimia yang merencat pertumbuhan kulat patogen di kawasan sekeliling pokok. Ketiga, ia merangsang sistem imun tanaman untuk menghasilkan bahan kimia pelindung yang melindunginya daripada penyakit kulat.

Setiap 50 gram Trichobiome boleh merawat lebih 25 pokok selama 2 - 3 bulan.

Dapatkan : https://invol.co/clgw29h

 


Trichoderma fresh dari Thailand

1LITER

Kebaikan Trichoderma

1 boleh mengurangkan aktiviti kulat penyebab penyakit tumbuhan yang boleh membalut gentian dan membebaskan enzim dari bahagian dalam serat mengakibatkan pertumbuhan gentian patogen sangat berkurang

2 boleh meningkatkan kadar pertumbuhan dengan lebih cepat menjadikan lebih tahan terhadap penyakit

3 Trichoderma membantu mempercepatkan proses penguraian bahan organik dalam tanah untuk membantu menanbah nutrien dalam tanah kepada tanah juga


Dapatkan Trichoderma fresh dari Thailand https://invl.io/clhh4q4





Isnin, 20 Februari 2023

Lori terundur langgar enam kenderaan

 




Sebuah lori membawa muatan batu kasar dipercayai mengalami masalah enjin melanggar enam kenderaan lain di Kilometer (KM) 16 Jalan Jerantut- Kuala Lipis, dekat Bukit Atap pada 20 Feb 2023..

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, enam kenderaan lain terlibat iaitu kereta jenis Proton Saga FLX, dua Toyota Vios, Proton Saga,Perodua Myvi dan Honda.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu lori membawa muatan tersebut menghala ke Kuala Lipis.

"Apabila tiba di tempat kejadian, ketika lori itu sedang mendaki jalan berbukit, tiba-tiba enjin kenderaan tersebut hilang kuasa dan terundur sebelum melanggar enam kenderaan lain yang berada di belakang.”

"Akibatnya, kenderaan terbabit mengalami pelbagai kerosakan namun tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, saksi kejadian akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Peraturan 17 LN 166/59.

Kredit :  Sinar Harian 





Ahad, 19 Februari 2023

Kursus Pertanian 2023

 


KURSUS PERTANIAN TERNAKAN BERPOTENSI TINGGI BULAN MAC 2023 

1. KURSUS PENYEDIAAN #RANCANGAN #PERNIAGAAN (RP) PROJEK PERTANIAN | 4 MAC (SABTU) | BANGI GOLF RESORT, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR | YURAN RM180 | 

PENDAFTARAN 


2. KURSUS FERTIGASI TANAMAN #CILI ( Teori & Praktikal Di Lapangan) | 11 MAC (SABTU) | RTC PERAK, GOPENG, PERAK | YURAN - RM180 | 

PENDAFTARAN


3. KURSUS FERTIGASI & HIDROPONIK TANAMAN #ROCKMELON ( Teori & Praktikal Di Lapangan) | 12 MAC (AHAD) | RTC PERAK, GOPENG, PERAK | YURAN - RM180 | 

 PENDAFTARAN.


4. KURSUS PENTERNAKAN #LEMBU & #KAMBING | 18 MAC (SABTU) | PINETREE HOTEL, BATU PAHAT, JOHOR | YURAN - RM250 |

 PENDAFTARAN.


5. KURSUS #DURIAN #MUSANGKING ( PENJAGAAN & PENGURUSAN POKOK MATANG ) | 18 MAC (SABTU) | PINETREE HOTEL, BATU PAHAT, JOHOR | YURAN - RM300 | 

PENDAFTARAN. 


Kredit FB : Future Agro Academy


Jumaat, 17 Februari 2023

Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram

 



Jika berminat sila isi borang dalam google form dibawah 
https://forms.gle/yPzjiTH6Lf3fKmdU8

Boleh sertai group Whatsaps dibawah 

Keterangan lanjut boleh hubungi 
Tarikh Tutup Penyertaan Pada : 2-3-2023
Percuma 10 Bongkah Cendawan Yang Berharga Rm40.00
Daftar Segera Tempat Terhad !!!

Kredit FB : KOMUNITI ANAK-ANAK LIPIS




PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN MATANG
  • Letak bongkah di tempat yang lembap dan teduh.
  • Setelah bongkah sudah matang (putih keseluruhan). Korek benih di mulut bongkah menggunakan pengorek (seperti belakang sudu)
          Celup sudu dengan air garam
  • Buka penutup dan Spray bongkah cendawan di sekeliling bongkah cendawan sehari 3kali. Selam 7-10 hari, cendawan tumbuh
  • *JANGAN* sembur air terus di mulut bongkah
  • Selepas cendawan keluar, tarik cendawan keluar (korek sikit jika ada sisa akar yg tertinggal di dalam dan tutup mulut bongkah cendawan dengan penutup selama 7-10 hari
  • Buka penutup dan repeat step 3, selepas 1 minggu ,cendawan keluar lagi
  • **Boleh tuai 6-8 kali
**Untuk yang separuh matang,perlu tunggu 3 minggu baru boleh cap.
** 1 order maksimum 10 biji, kalau lebih boleh pisah order

** Dengan sebab Environment Saving, kami tukar penutup dengan menggunakan surat khabar.

BONGKAH MATANG 100% - KULAT-CENDAWAN-TIRAM-MUSHROM-KEBUN-SISIR-KUKUR-TANAH-BONGKAH-VIRAL

 

Rabu, 15 Februari 2023

Ternak lalat BSF protein tinggi, harga murah bantu penternak ayam, ikan

 

Makanan Ayam dan Ikan


BSF-01 | Cara Menternak Black Soldier Fly Sebagai Makanan Ternakan

BSF mampu mengurangkan kos membeli makanan haiwan ternakan yang sangat  tinggi di pasaran. Kitar hidup larva BSF atau nama saintifiknya, 'Hermetia Illucens', hidup dalam lingkungan 45 hari bermakna apabila larva itu dibela dalam tempoh 15 hingga 18 hari, hasilnya sudah boleh dituai. Kandungan Protein dan mineralnya sangat tinggi.

Berikut adalah video tentang cara memikat atau menjemput lalat BSF liar datang bertelur dengan media mudah untuk memulakan tapak semaian larva Black Soldier Fly BSF skala rumah

Cara Memancing Lalat BSF Liar Datang - Membuat Dedak Fermentasi 
sebagai Pancingan BSF Liar Bertelur


Cara Membuatnya:

Bahan yang diperlukan
  • 1 Botol Yakult
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 Kg Dedak/dedak halus/ boleh juga jenama, hampas tauhu, hampas kelapa
  • 1 liter air perigi
  • 1 pek perasa (pilihan/pilihan)
Cara membuat dedak yang diperam menggunakan Yakult

1. Campurkan 1 botol yakult dan 4 sudu besar gula ke dalam 1 liter air,

2. Kacau hingga sebati, kemudian biarkan selama 5-10 minit untuk bakteria dalam yakult bertindak balas dengan gula.

3. Sediakan dedak dalam bekas.

4. Campurkan cecair yang kita buat tadi ke dalam dedak, kacau hingga rata dan cuba jangan terlalu basah dan tidak terlalu kering.

5. Masukkan / letak doh ke dalam bekas bertutup rapat - boleh masukkan ke dalam plastik tertutup rapat atau ke dalam baldi atau dram / tong yang bertutup rapat.

6. Letakkan bekas yang mengandungi dedak yang ditapai di tempat yang selamat dan tidak terdedah kepada cahaya matahari langsung

7. Tunggu 4-7 hari sehingga proses penapaian berjalan lancar

8. Selepas 7 hari buka bekas dan media sedia digunakan untuk memancing lalat BSF bertelur.






Cara Memancing Lalat BSF Liar datang bertelur dengan media dedak yang ditapai

1. Letakkan media gewang lalat bsf (dedak fermentasi) di tempat yang teduh dan elakkan dari mengganggu haiwan - masa yang sesuai untuk meletakkan media gewang lalat bsf ialah pada waktu pagi sebelum tengah hari - lalat bsf akan aktif pada waktu tersebut.

2. Tunggu sehingga 7 hari sambil periksa setiap hari jika sudah ada telur lalat BSF? Semak juga keadaan dedak, pastikan tidak terlalu banyak cendawan, jika ada cendawan, media mesti dikacau (tak perlu risau tentang cendawan). Pastikan dedak tidak mengeras, jika mengeras ia akan patah atau hancur serta merta

3. Selalunya 1-3 hari ada lalat yang datang sebab bau fermentasi, tapi tak perlu risau kalau kita tak nampak langsung lalat BSF, kadang-kadang lalat BSF datang kadang-kadang kita tak boleh jangka, tapi secara amnya lalat BSF akan. aktif pada waktu pagi hingga tengah hari.

4. Selepas 12 hari, biasanya dalam media fermentasi sudah ada ulat BSF yang masih kecil, dan jika ada belatung maka apa yang perlu kita lakukan hanyalah menambah makanan seperti kulit nanas untuk magot tersebut.

Selamat Mencuba.

Dapatkan Lalat BSF : https://invl.io/clghwa2

BSF jadi sumber makanan haiwan ternakan

AddToAny