responsif teks foto

Isnin, 7 Februari 2022

Anda dah boleh lihat Lot Tanah Sendiri.

 



Inovasi baru Sistem Pengurusan Data dan Maklumat Perancangan

Plan Malaysia sentiasa mencari inovasi baru untuk memperkukuhkan sistem pengurusan data dan maklumat perancangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan perancangan dan maklumat yang lebih tepat, cepat dan terkini.

Pengenalan

Plan Malaysia telah mengambil inisiatif menggunapakai teknologi sistem maklumat geografi (GIS) yang telah berkembang di Malaysia sejak tahun 1980an dalam penyediaan rancangan-rancangan pemajuan. Pelbagai program dan aktiviti berkaitan penggunaan GIS telah dirangka oleh jabatan untuk memperkukuhkan pengurusan data gunatanah perancangan.

Aktiviti pengumpulan data gunatanah sentiasa giat dilaksanakan oleh PLANMalaysia sebagai usaha melengkapkan pangkalan data jabatan. Data-data gunatanah dikumpul daripada Kajian Rancangan Pemajuan dan disimpan dalam pangkalan data jabatan iaitu PLANMalaysia Dataware. PLANMalaysia Dataware merupakan server simpanan data gunatanah yang menyimpan pelbagai format data dalam bentuk file base. Saiz data yang meningkat setiap tahun memerlukan satu sistem pengurusan pangkalan data yang lebih baik untuk menampung keperluan pengendalian saiz storan pangkalan data yang lebih besar.

Apa itu i-Plan

I-Plan dibangunkan untuk menyimpan, mengurus, mengemaskini, menganalisis dan membekalkan maklumat dan data gunatanah Semenanjung Malaysia. Sistem ini dibangunkan untuk memudahcara pengurusan maklumat gunatanah perancangan melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat dan data gunatanah perancangan secara atas talian. Ianya mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, seamless dan yang sentiasa dikemaskini untuk memudahkan perkongsian antara agensi melalui capaian secara atas talian.

I-Plan dibangunkan berasaskan ciri-ciri pembangunan aplikasi yang interaktif, responsif dan mesra pengguna. I-Plan membolehkan pengguna untuk membuat carian secara interaktif dan melakukan analisis mudah spatial. Disamping itu, I-Plan turut menyediakan pelbagai fungsi lain seperti paparan maklumat statistik, peta, carta atau grafik. Ia juga mempunyai pautan kepada aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan geospatial.


Keperluan i-Plan

I-Plan adalah satu initiatif pembangunan sistem yang komprehensif melibatkan kolaborasi secara menegak antara PLANMalaysia, PLANMalaysia Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Disamping itu, ia juga akan melibatkan perkongsian dan kolaborasi secara mendatar antara agensi di setiap peringkat.

Maklumat gunatanah amat penting bagi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) selaras dengan peranan agensi yang bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah serta bertanggungjawab untuk membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.


World Map Extra Large (34.5” x 60” / 87.6cm x 152.4cm) | 
Peta Dunia | High Quality Detailed World Map


Dapatkan Sekaranghttps://invle.co/cle7q0r



Berdasarkan kepada keperluan tersebut, bagi memastikan perkhidmatan perancangan bandar dan sistem maklumat yang berkualiti untuk keperluan perancangan jangka panjang, satu (1) Sistem Maklumat Perancangan Bersepadu (I-Plan) telah dicadangkan oleh PLANMalaysia. Sistem ini dicadangkan untuk menyediakan satu platform pangkalan data yang komprehensif dan bersepadu bagi membolehkan kerja-kerja pengumpulan, pemantauan, verifikasi, integrasi dan perkongsian data antara agensi dilakukan secara atas talian. Perkongsian matlumat secara vertical antara agensi ini akan memudahkan kerja-kerja pengemaskinian dan aksesibiliti kepada maklumat gunatanah, dan seterusnya memudahkan perkongsian maklumat secara horizontal di antara agensi.

Lokasi TANAH - Tak tahu kat mana tanah sendiri?? Senang je guna IPLAN & Google Maps..😁1

Sebanyak sebelas (11) PLANMalaysia Negeri terlibat dalam mengumpulkan maklumat gunatanah dari semua PBT yang berada di bawah tanggungjawabnya. Manakala sejumlah sembilan puluh lapan (98) PBT akan berperanan sebagai pembekal data yang bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat gunatanah yang dikemaskini ke PLANMalaysia Negeri masing-masing.

Laman Web i-plan.
https://iplan.townplan.gov.my/public/geoportal?view=semasa

Dalam Google Playstore
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.iplan&hl=en&gl=US


Sumber : Laman Web i-plan.

1 ulasan:

falknercabezas berkata...

Casino Tournaments - All Free Chips, No Wagering
Find all of Casino Tournaments at CasinoTaratODO. Take advantage of our Casino 심바 먹튀 Tournaments to play with your 먹튀 랭크 friends, family, and the 스포츠 스코어 amazing 카지노게임사이트 rewards! 골인뱃

AddToAny