responsif teks foto

Sabtu, 6 April 2024

Alternatif kurangkan stress memandu laluan Pahang Barat




Laluan Rasmi dan 1 lagi laluan alternatif untuk kurang stess para driver laluan Pahang Barat menghala ke Kelantan.

  • Laluan Pertama CSR hiway Bentong Raub – exit Raub Utara- Dong- Benta- Kuala Lipis – Bercang- Padang Tengku- Kechau – CSR hiway kechau Gua Musang.
  • Laluan Kedua CSR hiway bentong Raub – Exit Uitm Raub- Bandar Raub- Sg Koyan- Bukit Betong- Aur Gading- Chegar Perah Kampung- Chegar Perah Felda- jalan lama Chegar Perah Felda – Merapoh – Gua Musang.

Sampai Sungai Koyan boleh Google  Map untuk bantuan 

Pastikan Minyak Full. Laluan Kedua Sungai Koyan ada Pam Minyak Petron dan Petronas


Jumaat, 5 April 2024

Sambal Buah Getah

 






Sambal Rong.

Biji getah boleh diprosese menjadi makanan. Saya panggil sambal rong.

Jarang dah orang sekarang pandai membuat sambal rong ni walau pun ianya mudah sekali.

Biji getah dikeluarkan isinya, di tumbuk dengan cili, kunyit dan garam.

Kemudian di tepek diatas papan ( org dulu-dulu panggil 'sengkalan' ) atau atas tudung periuk.

Kemudian di bakar diatas dapur kayu atau arang atau gas sehingga masak. Cara membakar ialah dengan biji getah yang ditumbuk tadi dihalakan ke api.

Rasa lemak-lemak  gitu...makan dgn nasi panas... boleh cuba yer.

Resepi dari Mentakab Pahang.



Isnin, 1 April 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 (𝗕𝗞𝗞𝗔) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟮𝟱𝟬 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 1 April 2024, JHEV ATM akan membuat bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfiri (BKKA) Tahun 2024 sebanyak RM250 bermula pada 5 April 2024 (Jumaat). Veteran boleh membuat semakan maklumat bayaran di Portal VIBES 2.0 ;

Ahad, 31 Mac 2024

Buaya - Perjanjiannya di Sungai Pahang

 


“Buaya di Sungai Pahang tidak baham orang. Ada kisah lama di sebalik mengapa buaya-buaya ini tidak ganggu manusia cari rezeki di sungai,” kata Pok Mat memulakan cerita tradisi lisan penduduk Pahang.
Menurut Pok Mat, buaya-buaya di Sungai Pahang sudah tidak lagi membaham manusia disebabkan terikat ‘perjanjian’ dengan seorang pawang terkenal di negeri itu, Pawang Kader atau nama sebenarnya Abdul Kader Awang sekitar tahun 1930-an.

“Diceritakan, seekor buaya besar pernah membaham lelaki Orang Asli di daerah Pekan pada satu masa dahulu (1930-an). Lelaki itu cedera parah tetapi berjaya menyelamatkan diri. Berita itu sampai ke telinga Pawang Kader,” katanya.Ujar Pok Mat lagi, Pawang Kader yang meninggal dunia pada lewat 1980-an itu memiliki ilmu mistik termasuk pandai mengubati gangguan makhluk halus serta berkebolehan menjinakkan haiwan berbisa dan juga pemangsa seperti buaya.

“Setelah menerima khabar daripada penduduk, Pawang Kader segera bertemu lelaki Orang Asli itu. Pawang Kader bukan sahaja membantu mengubatinya, tetapi turut bertanya mengenai ciri-ciri buaya yang menyerangnya,” kata Pok Mat.

Pawang Kader dikatakan pergi ke tepi sungai yang menjadi lokasi lelaki itu diserang. Sambil disaksikan orang kampung, Pawang Kader menyeru buaya berkenaan supaya tampil bersemuka dengannya.
“Beberapa minit selepas membacakan ayat (al-Quran), buaya itu pun timbul. Dikatakan, Pawang Kader hukum buaya itu. Tidak pasti jenis hukumannya. Buaya itu mengalah dan diminta mengikat satu perjanjian.

“Dalam perjanjian (lisan), buaya itu serta seluruh keturunannya tidak dibenarkan membaham manusia. Untuk keadilan dalam perjanjian itu juga, manusia tidak akan membunuh buaya di negeri ini,” tambahnya. Bagaimanapun, Pok Mat menambah, langkah berhati-hati perlu diutamakan ketika berada di habitat haiwan pemangsa itu.

Ia kerana sifat semula jadi reptilia tersebut yang lazimnya akan bertindak ganas di luar jangkaan apabila berasa terancam disebabkan oleh kehadiran manusia.

Pawang Kadir & Kisah Perjanjiannya Di Sungai Pahang


Khamis, 21 Mac 2024

Terminal Bersepadu Gombak (TBG)


Terminal Bersepadu Gombak (TBG) atau nama lamanya Terminal Bersepadu Timur (TBT) dijangka akan dibuka dan beroperasi pada Mei 2024 ini. Semua bas ke Pantai Timur akan berlepas dan tiba di Terminal baharu ini. Ia terletak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak jauh dari Plaza Tol Gombak.

Terminal Bersepadu Gombak ini telah tertangguh beberapa tahun menyebabkan bas ke Pantai Timur terpaksa menumpang sementara di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Begitu juga dengan Terminal Bersepadu Utara (TBU) di Sungai Buloh bagi bas ke Utara yang masih belum siap lagi.

Tren ECRL yang akan beroperasi beberapa tahun lagi juga akan beroperasi di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ini sebagai salah satu komponen pengangkutan awam ke Pantai Timur.

TBG mempunyai konsep dua tingkat untuk pengangkutan awam dan lima tingkat untuk lot perniagaan.

Kredit : Adha Zain
Foto : Fawwaz Media

Rabu, 20 Mac 2024

Jom Balik Pahang 2024

 


𝗠𝗢𝗛 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟰
Sekretariat Perantau Anak Pahang akan mengadakan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘂𝗰𝗲𝗿 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 / 𝗗𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻
Moh ramai-ramai mendaftar di link atau scan bar code seperti berikut :

#MajuTerusPahang #Pahang1st

Kredit 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴

Ahad, 17 Mac 2024

Jom Masuk Tentera 2024

 


PERMOHONAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 201 DAN WANITA SIRI 49 TAHUN 2024 SECARA ATAS TALIAN

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda TD Lelaki Siri 201 dan Wanita Siri 49 Tahun 2024 atas talian dibuka.

1.Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.

a. Pendaftaran Permohonan: https://mims.mod.gov.my

b. Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my/Landing_JMT.php

c. Panduan Permohonan: https://army.mil.my/.../iklan-pengambilan/panduanpermohonan

2.Tarikh Permohonan Dibuka : 16 Mac hingga 16 Apr 24.

3.Syarat Fizikal

a. Ketinggian Minimum -

i. Lelaki- 162cm

ii.Wanita - 157cm

b. BMI : 18.0 hingga 26.0

c. Umur: 18 tahun hingga 25 tahun pada 16 Julai 24.

d. Status perkahwinan: Bujang (Wanita)

4. Syarat Akademik(Min)

a. SPM - Lulus BM dan Sejarah.

b. SPVM - 2.0 ke atas.

5. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.

6. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.

7. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.

8. Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.

9. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di nombor berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470


Isnin, 4 Mac 2024

Belajar buat Batik

*MOH ANAK PAHANG! KITA BELAJAR CANTING BATIK* 

Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah dengan kerjasama Indah Atelier Sdn Bhd akan mengadakan *Kursus Kemahiran Mencanting Batik & Rekaan* khas buat anak pahang! Butiran kursus adalah seperti berikut:

♦️Tempoh Kursus : 20 Hari
♦️Tarikh Kursus : (akan dimaklumkan)
♦️Tempat Kursus : Sekitar Pahang (akan dimaklumkan)

Kami mencari anak pahang yang berhasrat untuk meneroka potensi jana pendapatan melalui Industri Batik. Syarat kelayakan sebagai peserta adalah :
- Berumur 18 - 25 Tahun
- Anak jati Pahang atau IC beralamat Pahang
- Keutamaan bagi anak Pahang dari daerah *Maran - Jengka, Jerantut, Rompin, Bera, Pekan & Temerloh*
- Keutamaan kepada golongan B40

Apa yang menariknya kursus ini?
✅ Program latihan ditaja sepenuhnya
✅ Penginapan, Makan & Minum disediakan
✅ Pengangkutan ke lokasi latihan disediakan
✅ Elaun Sara Diri *RM450*

*Sijil Kemahiran* akan diberikan kepada peserta yang menamatkan kursus ini dengan cemerlang. Ambil peluang keemasan ini! Untuk mendaftar, tekan pautan yang disediakan 👇🏻

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada *10 MAC 2024*

Untuk keterangan lanjut, hubungi

Berakhir jalan sehala Lipis

 

Banjir besar 2021 merosakan  dan memendap trowong air bawah tanah hingga terpaksa dibuat jambatan melalui jalan Taman Cahaya. Pada hari ini kerja-kerja membuka jambatan sementara. Terima kasih  Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Lipis dan Ahli Parlimen Lipis yang berusaha.

Khamis, 29 Februari 2024

Bandar Lama Lipis

 








Credit photo to Dr. Richard Chan.

Zon Bebas Kenderaan di Kuala Lipis di sekitar Bandar Lama Lipis sebagai satu inisiatif untuk menarik lebih ramai pelancong.
Kenderaan dan motosikal tidak dibenarkan masuk ke Bandar Lama dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam pada setiap hari Sabtu. Banyak tarikan menarik disediakan termasuk persembahan busking di dua lokasi dan pelbagai aktiviti menarik sekitar bandar lama.


Khamis, 22 Februari 2024

Skim Tingkatan Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2024


Tarikh Tutup :  21 Mac 2024

Borang Percuma di PPVD

 

UR-QAP 2024

PROGRAM BANTUAN PENINGKATAN JAMINAN KUALITI PRODUK BERASASKAN TERNAKAN (UNGGAS DAN RUMINAN )

Tarikh Tutup Sehingga 1 Mac 2024

Borang Permohonan Boleh Didapatkan Di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Berhampiran


KERETA TERBABAS DI TEBING SUNGAI KOYAN, SEORANG WANITA MAUT

 


21.2.2024: Pada jam 3.49 petang, JBPM Negeri Pahang menerima panggilan tentang kejadian sebuah kereta telah terbabas yang berlaku dekat Jambatan Perumahan Generasi Ke 2, Sungai Koyan, Pahang.

Pasukan Bomba daripada BBP Sg Koyan telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi, PBK II Muhammad Azha bin Mohamad Aris, sebuah kereta telah terbabas dan terbalik di tebing sungai.

Terdapat 2 orang mangsa yang menaiki kenderaan tersebut iaitu seorang lelaki dewasa telah mengalami kecederaan dan seorang lagi mangsa, wanita dewasa telah tersepit di dalam kereta itu.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Namun, setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada KKM. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, mangsa lelaki yang cedera telah dibawa ke hospital oleh petugas daripada KKM.

#BombaSungaiKoyan
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Isnin, 19 Februari 2024

Pendaftaran Pertandingan Karnival Kekal Sihat MYCHAMPION Peringkat Daerah Lipis 2024


Tarikh : 09 MAC 2024
Hari    : Sabtu
Masa  : 7.30 pagi- 1.00 petang
Tempat : Laman Sejahtera Sg Koyan, Lipis

Berita baik untuk semua warga Lipis!

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah Aerobatik, Chairobic, Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-kanak 4-6 Tahun & 7-9 Tahun, Pertandingan Mewarna Kategori Warga Emas 55 Tahun dan ke atas, Pertandingan Fesyen 3R Kategori Lelaki dan Perempuan, Pertandingan Sukaneka Kategori Lelaki dan Perempuan ( Transfer Getah Menggunakan Straw, Zam-zam Ala Kazam, Batik Berangkai, Barisan Terpanjang), Pertandingan Netball Shoot, Pertandingan Crossbar, dan Pertandingan Timbang Bola Takraw. Syarat-syarat penyertaan disertakan di link pendaftaran.

Jom sertai pertandingan-pertandingan ini dan hadiah menarik menanti anda! Pendaftaran adalah percuma. Jadi, tunggu apa lagi? Moh daftar sekarang!

Tarikh tutup pendaftaran: 28 Februari 2024

Klik link ini atau scan qr code utk pendaftaran:










Pertandingan Netball Shoot :

Kuiz Aokmer Wehh!! Moh Cakner Tibi

Pertandingan Crossbar & Pertandingan Timbang Takraw : Walk-in semasa hari karnival dijalankan. 

Terima kasih 


 

Sabtu, 17 Februari 2024

Perlaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Bandar Lipis


Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan atau Car Free Zone yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah ini adalah usaha ke arah memastikan Bandar Lipis  sebagai bandar rendah karbon. 

Pelaksanaan ini merupakan antara inisiatif yang mampu menyumbang kepada pengurangan karbon.

Zon Bebas Kenderaan di Bandar  Lipis melibatkan penutupan beberapa jalan selama 5 jam bermula 7 petang setiap Sabtu hingga 12 tengah malam Ahad. 
Tarikh Pelancaran adalah pada 24.2.2024

Lokasi tersebut adalah di Bandar Kuala Lipis bermula di Kompleks Alamanda dan berakhir di Tokong Thean Hou dengan jarak sepanjang 1.5 kilometer .

Penutupan jalan itu turut memberi peluang khususnya kepada warga lipis dan pelancong untuk melihat bangunan bersejarah dan meluangkan masa lebih lama di  laman seni dan lukisan mural yang menjadi tumpuan orang ramai.

Peluang berjalan kaki menikmati pemandangan sekitar dan bersantai bagaikan memberi ‘kebebasan’ buat pengunjung dan pelancong untuk meluangkan masa di sekitarnya sambil menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Jumaat, 9 Februari 2024

Kursus Asas Penghasilan Makanan Ikan Siri 1/2024

 



Tarikh : 7 Mac 2024 (Rabu).

Masa : 09:00 Pagi - 04:00 Petang.

Yuran : RM120

Tempat : Selangor Centre of Research on Sustainable Agriculture, UNISEL Bestari Jaya

Anda juga akan memperolehi:

  • Nota Panduan (Softcopy).
  • Sijil Penyertaan : E-Cert
  • Tips & Teknik Penjagaan Extruder 
  • MachinKonsultasi berterusan daripada tenaga pengajar.

Daftar Sekarang Untuk Pengesahan Slot.


Rabu, 24 Januari 2024

FGV Melancarkan Bahan Penanaman Kelapa Sawit Toleran Ganoderma Pertama di Malaysia

 


Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya, Felda Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB) hari ini melancarkan dua produk inovatif baharu, YangambiGT1 dan PalmaShield yang mampu mencegah serangan ganoderma yang merupakan antara ancaman utama dalam industri kelapa sawit.

YangambiGT1 ialah benih minyak sawit pertama di Malaysia dengan keupayaan bertolak ansur terhadap serangan ganoderma manakala PalmaShield adalah agen kawalan bio daripada spesies Trichoderma asperellum.

Ganoderma adalah kulat yang menyebabkan penyakit reput batang basal pada pokok kelapa sawit. Pada masa ini, 4% atau 60,000 hektar daripada keseluruhan ladang kelapa sawit di Malaysia telah diserang ganoderma dengan anggaran kerugian industri kira-kira RM1.5 bilion.

Jumlah kawasan yang dijangka terjejas oleh ganoderma akan meningkat kepada kira-kira 450,000 hektar, bersamaan dengan kira-kira RM11.25 bilion menjelang tahun 2020.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata, Kluster Perkhidmatan R&D dan Agri mengambil masa hampir 10 tahun untuk membangunkan bahan tanaman baharu, YangambiGT1 yang merupakan pendekatan jangka panjang terbaik untuk menyelesaikan serangan ganoderma.

“PalmaShield mempunyai keunikan tersendiri kerana ia merupakan agen kawalan biologi yang perlu diaplikasikan sekali ketika anak benih ditanam berbanding produk lain di pasaran yang berasaskan bahan kimia dan perlu digunakan semula pada selang masa tertentu.
Inovasi baharu itu tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan alam sekitar dan selaras dengan komitmen Kumpulan untuk melaksanakan amalan mampan dalam setiap operasi perniagaan,” katanya.

FGV menjangkakan jualan 30,000 anak pokok YangambiGT1 pada 2016 dan meningkat kepada 100,000 anak pokok menjelang 2017. Pada masa ini, FGV memiliki 43% bahagian pasaran tempatan menerusi produk bintangnya, jenama Yangambi ML161. Bagi PalmaShield, FGV menjangkakan jualan sebanyak 300 tan setahun dengan anggaran nilai RM5 juta.

Pada masa ini, FGV adalah satu-satunya pengeluar benih toleran ganoderma di Malaysia iaitu YangambiGT1. Penemuan tanaman tahan penyakit ini secara tidak langsung akan mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap jenama Felda Yangambi.

PalmaShield ialah biokawalan kuat berasaskan kulat yang mengandungi bahan aktif (Trichoderma Asperellum M103) untuk mengawal ganoderma. Uniknya, strain Trichoderma berasal dari tanah subur yang terletak di ladang kelapa sawit di Sungai Tekam, Pahang dan telah diuji keberkesanannya di tapak semaian pada tahun 2014 dan 2015.

Khamis, 18 Januari 2024

Moh Karnival Makmur Daerah Lipis.

 

MOH KARNIVAL MAKMUR DAERAH LIPIS
 
TARIKH : 26/ Jan 2024 - 28 Jan 2024

HARI : JUMAAT HINGGA AHAD

MASA : 8 PAGI HINGGA 10 MALAM

LOKASI : DATARAN ORANG KAYA HAJI LIPIS , PAHANG

MOH KE KARNIVAL MAKMUR DAERAH LIPIS PELBAGAI AKTIVITI AKTIVITI , PAMERAN , RAWATAN DAN PELBAGAI LAGI !!



Isnin, 8 Januari 2024

Skim Makmur Ternak 2024

 


MAKLUMAN HEBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM SKIM MAKMUR TERNAK NEGERI PAHANG TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang di buka untuk permohonan bagi tahun 2024. Ianya, bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak. Skim Makmur Ternak mempunyai dua insentif Geran Pemadanan untuk bekalan induk/baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan dan Geran Penuh bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrasturktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).

Sehubungan dengan itu, borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 akan dipaparkan di facebook jabatan. Untuk makluman, permohonan ini akan dibuka bermula pada 8 Jan 2024 sehingga 12 Feb 2024.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai kami Pn Amnani binti Aminudin di talian 09-5171090. Kerjasama dan perhatian YBrs./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.





Jumaat, 5 Januari 2024

Kursus Pertanian Negeri Pahang 2024





KURSUS PERTANIAN UMUM ANJURAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PAHANG
 
Dilampirkan jadual Kursus Petani/ Orang Awam Dan Usahawan IAT bagi tahun 2024. Terbuka kepada peserta yang mendaftar awal bagi setiap kursus yang bakal berlangsung.
Hebahan setiap kursus yang bakal berlangsung akan dilakukan melalui media sosial rasmi Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

Antara lokasi perlaksanaan kursus :

a. Akademi Usahawan Tani, Maran (09-2987360)
b. Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang, Raub (09-3556828)
c. Pusat Latihan Pertanian Inderapura, Kuantan (09-5341071)
Sebarang pertanyaan berkaitan kursus boleh menghubungi Seksyen Latihan Jabatan Pertanian Negeri Pahang di talian 09-5733133.

Jabatan Pertanian Negeri Pahang



AddToAny