responsif teks foto

Jumaat, 24 September 2021

Pemilihan Akhir Perajurit Muda TD Siri 194 Tahun 2021

 



Tentera Darat Malaysia

20 September jam 5:48 PTG ·
PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 194 DAN WANITA SIRI 47 TAHUN 2021.
-------------------------------------
Sila layari portal Jom Masuk Tentera di
a. https://jmt.mod.gov.my/ dan pilih Perajurit Muda (Darat)
atau
b. https://mims.mod.gov.my/sppmtd/mhn/
bagi semakan status dan pengesahan kehadiran Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat mula 20 September 2021.
-------------------------------------
Lokasi Pemilihan & Tarikh:
1. ZON UTARA
a. 4 RRD: 27 Sep 21
b. MSS Sg Petani: 29 Sep hingga 12 Okt 21
c. 2 RAMD: 14 Okt hingga 17 Okt 21
d. MSS Taiping: 19 Okt hinhga 28 Okt 21
-------------------------------------
2. ZON TIMUR
a. MSS Desa Pahlawan: 27 Sep hingga 10 Okt 21.
b. 18 RAMD: 12 Okt hingga 14 Okt 21
c. MSS Kuantan: 16 Okt hingga 19 Okt 21
-------------------------------------
3. ZON SELATAN
a. MK 12 Bgd: 27 Sep hingga 5 Okt 21.
b. 15 RAMD: 7 Okt hingga 11 Okt 21.
c. INSAN: 13 Okt hingga 17 Okt 21.
d. MK 2 BN Ubat: 19 Okt hingga 26 Okt 21.
-------------------------------------
4. ZON SARAWAK
a. MK 3 Bgd:19 Okt hingga 1 Nov 21
-------------------------------------
5. ZON SABAH
a. 6 RAD: 20 Okt hingga 30 Okt 21.
-------------------------------------
- Rancangan Penyerahan dan Tadbir Sumpah PM TD Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 adalah pada 29 Nov 2021.

Isnin, 20 September 2021

Kenyataan Media MB Pahang.

 


KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG 

Tanah runtuh hingga penutupan jalan Simpang Pulai tidak babitkan daerah Cameron Highlands

Saya kesal dengan beberapa hantaran dalam media sosial mengaitkan kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan penutupan jalan Simpang Pulai-Blue Valley ketika ini, adalah dalam daerah Cameron Highlands.

Sebaliknya, kejadian tanah runtuh itu ialah di KM 43.95 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang berada dalam daerah Kinta, Perak akibat kegagalan cerun. Susulan itu, laluan berkenaan ditutup sepenuhnya sejak semalam.

Saya juga kesal dengan paparan video di media sosial mengaitkan banjir lumpur yang kononnya turut berlaku di Cameron Highlands sedangkan ia berlaku di tempat lain.

Saya berharap dengan penjelasan ini, rakyat tidak terkeliru dengan apa yang sebenarnya berlaku khususnya yang melibatkan kawasan popular seperti tanahtinggi Cameron Highlands.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

19 September 2021

Ahad, 19 September 2021

Taburan Kes Positif Covid 19 di Lipis

 


Taburan Kes Positif Covid19 aktif 04 Sept -17 Sept 2021


Program Vaksinasi Daerah Lipis

Kampung Sungai Padi 19 Sep - 02 Okt 2021

SJR Kampung Sungai Padi




Khamis, 16 September 2021

Perjanjian Malaysia 1963

 

Selamat Hari Malaysia

Setelah semua pihak yang terlibat bersetuju dengan syarat-syarat perbentukan Malaysia, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di Landon pada 9 Julai 1963.

Ratu Elizabeth II telah memperkenalkan Akta Malaysia yang diluluskan oleh parlimen British. Ini diikuti dengan kelulusan Perjanjian Malaysia oleh parlimen Persekutuan Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah.

Yang dipertuan Agong telah memperkenakan Akta Malaysia pada 26 Ogos 1963.

Pada 16 September 1963, Negara Malaysia telah ditubukan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963

Beberapa perkara telah diperuntukan di dalam Akta Malaysia yang kemudiannya telah diterima dan dimasukan ke dalam Perlembagaan Malaysia.

Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963

  • Semua Urusan luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Agama Islam adalah agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan.
  • Bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan, tetapi bahasa Inggeris dan Bahasa lain masih boleh digunakan.
  • Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia.
  • Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal Imigresen dan Perkhidmatan Awam.
  • Pembahagian Kerusi, Sabah mendapat 16 kerusi, Sarawak 24 dan Singapura 15 kerusi yang mewakili kawasan Parlimen.
  • Rakyat Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang di Persekutuan Tanah Melayu.

Rujuk:

Teks Sejarah Tingkatan 5

Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 Peringkat Kebangsaan

Rabu, 15 September 2021

RISDA Kemaskini Maklumat BMT 2021





Jangan Lupa Kemaskini Maklumat Anda Bagi Bantuan Musim Tengkujuh(BMT) 2021 Bermula 15 September 2021

RISDA kini sedang mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021)

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.

Sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021 atau ke laman http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.

Layari : https://bmt.risda.gov.my 


Sekiranya Tuan/ Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2021 di talian 03-4251 0171.

Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya ingin hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan

pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerjasama anda amat kami hargai.




Sesudah kemaskini ..."


Duit BMT 2021 
Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 19 Nov 2021 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum



Ahad, 12 September 2021

Kembali Ke Rahmatullah

 

Salam takziah pada keluarga atas pemergian  Allahyarham Hj Daud Awang Mantan Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Bahagian  Lipis meninggal dunia lewat petang tadi 12 Sept 2021..Semoga Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..Al-Fatihah


Sabtu, 4 September 2021

Pekan Padang Tengku kena PKPD

 


Oleh AMREE AHMAD
3 September 2021, 8:30 pm

PUTRAJAYA – Penduduk di sekitar Pekan Padang Tengku dalam Daerah Lipis, Pahang antara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ia namun hanya melibatkan sebanyak empat kawasan dalam Mukim Gua melibatkan Kampung Baru, Taman Bakti, Taman Dahlia dan deretan kedai di pekan tersebut susulan kemunculan Kluster Kampung Baru Lipis yang diumumkan semalam.

Kes indeks wabak dalam komuniti itu berasal daripada seorang warga tempatan yang bergejala demam sejak 22 Ogos sebelum dia disahkan positif Covid-19 selang dua hari kemudian.

Seramai 18 kes baharu dikesan hasil saringan ke atas 79 individu dan penularan dari pekan itu turut menyebabkan Kluster Kampung Telemin yang berjiran serta menjangkiti 32 orang lain.

Turut dilaksanakan PKPD serentak mulai lusa ini ialah dua lokaliti di Perak iaitu Taman Samudera, Daerah Manjung dan Kampung Orang Asli Sungai Cincin, Daerah Batang Padang.

Dalam pada itu, Rodzi menambah, dua lokaliti di Sabah yang sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung 14 hari iaitu Kampung Labuan dan Kampung Ambung Tolus, Kota Belud. – K! ONLINE


AddToAny