responsif teks foto

Khamis, 16 September 2021

Perjanjian Malaysia 1963

 

Selamat Hari Malaysia

Setelah semua pihak yang terlibat bersetuju dengan syarat-syarat perbentukan Malaysia, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di Landon pada 9 Julai 1963.

Ratu Elizabeth II telah memperkenalkan Akta Malaysia yang diluluskan oleh parlimen British. Ini diikuti dengan kelulusan Perjanjian Malaysia oleh parlimen Persekutuan Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah.

Yang dipertuan Agong telah memperkenakan Akta Malaysia pada 26 Ogos 1963.

Pada 16 September 1963, Negara Malaysia telah ditubukan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963

Beberapa perkara telah diperuntukan di dalam Akta Malaysia yang kemudiannya telah diterima dan dimasukan ke dalam Perlembagaan Malaysia.

Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963

  • Semua Urusan luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Agama Islam adalah agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan.
  • Bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan, tetapi bahasa Inggeris dan Bahasa lain masih boleh digunakan.
  • Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia.
  • Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal Imigresen dan Perkhidmatan Awam.
  • Pembahagian Kerusi, Sabah mendapat 16 kerusi, Sarawak 24 dan Singapura 15 kerusi yang mewakili kawasan Parlimen.
  • Rakyat Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang di Persekutuan Tanah Melayu.

Rujuk:

Teks Sejarah Tingkatan 5

Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 Peringkat Kebangsaan

1 ulasan:

Nan Zul berkata...

Masa dalam ATM dulu saya ramai kawan dari Sabah dan Sarawak mereka semua baik-baik belaka..."

AddToAny