responsif teks foto

Rabu, 28 September 2022

Pengeluaran getah asli Malaysia Julai 2022.

 


Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 21.2 peratus bulan ke bulan pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).Jabatan itu menjelaskan perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan pengeluaran getah asli susut 21.8 peratus.

“Pengeluaran getah asli Malaysia pada Julai 2022 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 88.5 peratus berbanding sektor estet sebanyak 11.5 peratus,” menurut DOSM dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, Julai 2022 yang dikeluarkan pada Rabu.
DOSM menambah, jumlah stok getah asli pada Julai 2022 kurang 20.1 peratus kepada 224,591 tan daripada 281,051 tan pada Jun 2022. Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 91.8 peratus diikuti kilang pengguna getah (8.2 peratus) dan estet getah (0.1 peratus), menurutnya.
Eksport getah asli Malaysia berjumlah 53,771 tan pada Julai 2022 menurun 8.4 peratus daripada 58,685 tan yang dicatatkan pada Jun 2022

“China terus kekal sebagai destinasi utama yang menyumbang 48.1 peratus kepada jumlah keseluruhan eksport pada Julai 2022 diikuti Jerman (6.4peratus), Amerika Syarikat (4.2 peratus), Finland (3.4 peratus) dan Pakistan (3.0 peratus),” jelas DOSM.Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan penurunan iaitu 15.9 peratus bulan ke bulan kepada 532.28 sen sekilogram pada Julai 2022 manakala sekerap susut 2.8 peratus (bulan ke bulan) kepada 566.13 sen sekilogram pada Julai 2022, menurutnya.

Kredit : BERNAMA

Jumaat, 23 September 2022

Hiking Gua Bama Bersama AFC Malaysia

 


Anda wanita muda Pahang, Terengganu dan Kelantan?
Suka kan aktiviti lasak, pendakian dan pecinta alam?
Jom bersama kami Ameerah Fan Club Malaysia. Kita terokai keindahan Gua Bama di Pahang. Ayuh, jangan lepaskan peluang ini!
Butiran program adalah seperti berikut:


Berminat untuk sertai? Sila isi pautan di bawah untuk mendaftar
https://bit.ly/3AX6tDw
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nasreen: http://www.wasap.my/60133011443

Jom sertai
Gua Bama


Hari bertemu pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Lipis.




KURSUS KEBUN DAPUR

Pendaftaran Khas Kursus Kebun Dapur - 10 pagi-12 tengahari

Pendaftaran Isi Borang Google Forms


KURSUS IAT(DURIAN BURNT CHEESECAKE & SEKAYA LABU

Pendaftaran Khas Kursus IAT Durian Burnt Cheesecake sekaya Labu - 2.00 petang-4.00 petang

Pendaftaran Isi Borang Google Forms


Tuan/Puan dijemput datang beramai-ramai


Sabtu, 17 September 2022

Kenaikan OPR bukan keputusan kerajaan - Tengku Zafrul

 



Kerajaan tidak masuk campur akan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kerana ia ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata OPR ini adalah di bawah Akta Bank Negara 2009 dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan berkaitannya.

“Ramai mengatakan kerajaan lebih utamakan pihak bank (naikkan OPR), OPR ini bukan kerajaan yang buat keputusan, kerajaan tidak masuk campur soal ini (OPR). Itu harus diperbetulkan.

“Kenaikan OPR itu juga tidak kayakan bank kerana mereka juga perlu membayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” kata Tengku Zafrul kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2022 di Kuala Selangor hari ini.






Tengku Zafrul berkata OPR negara kini berada pada tahap 2.5 peratus dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan 75 mata asas sejak Januari lepas.

“Perlu bandingkan dengan OPR negara-negara lain, negara lain naik lebih 225 mata asas tetapi kita masih di tahap 2.5 peratus. Adakah ini tinggi, saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9 peratus dan suku kedua adalah 8.9 peratus.

"Harus juga ingat OPR negara sebelum pandemik COVID-19 adalah sekurang-kurangnya tiga peratus sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif," jelasnya.

Sementara itu dalam ucapannya, Tengku Zafrul yakin ekonomi Malaysia mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rasmi 2022, iaitu di antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus.

“Perkembangan suku kedua yang memberangsangkan ini disumbang oleh inisiatif Bajet 2022, pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi, Bajet 2021, serta dasar monetari yang berhemat," tambahnya.

Selain itu, petunjuk-petunjuk ekonomi terkini turut memberikan gambaran bahawa pemulihan ekonomi negara semakin baik, memberikan indikator yang positif kepada segmen perniagaan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi, katanya.

Kredit :  Bernama


Jumaat, 16 September 2022

Berita gembira buat penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)


BKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Maka hari ini saya mengumumkan:

i. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

ii. Pembayaran berjumlah RM2.2 billion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

iii. Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

iv. Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan di bawah.


Khamis, 15 September 2022

Kes Khianat : Kolam Pancing Tok KING Empire












"Adat berniaga baru nak maju dah kena terduduk juga kami sekeluarga hanya air mata mengalir tanpa henti semoga Allah hadirkan mereka yang ingin membantu kami..."

Hari ke-2

Disebabkan perbuatan khianat tiada apa yang tinggal dari sebidang tanah pusaka yang kami sekeluarga usahakan musnah sekelip mata disebabkan sikap manusia yang dengki melihat kejayaan orang lain adat berniaga hampir dua tahun beroperasi kami sekeluarga hanya mampu mengalirkan air mata melihat bangkai-bangkai ikan mungkin rezeki kami sekeluarga sampai disini buat Ibu kami banyak-banyak bersabar pengorbananMu terlalu besar untuk kolam yang juga sumber pendapatanMu semoga Allah hadirkan mereka yang ingin membantu-Mu


Kredit FB : Kolam Pancing Tok KING Empire






Khamis, 8 September 2022

Harga getah Jatuh lagi.

 


Harga getah mengalami kejatuhan sebanyak 11.7 peratus bagi tempoh Julai hingga Ogos, dengan harga peringkat ladang telah merosot kepada RM2.50 dari RM2.80 sekilogram berbanding RM3.00 sekilogram semasa tempoh enam bulan pertama tahun 2022.

Sebab Jatuh

Ini disebabkan oleh prospek ekonomi global yang lembab berikutan aktiviti kilang global yang lebih perlahan, peningkatan kos bahan mentah dan tenaga global, peningkatan lebihan stok getah asli dunia serta kemerosotan prospek harga minyak mentah akibat kebimbangan pengurangan permintaan minyak disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia.

Kebimbangan mengenai hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta ketidaktentuan daripada konflik Russia-Ukraine juga dilihat antara faktor geopolitik yang turut menyebabkan penurunan harga getah.

"Bahkan, faktor pasaran serantau dan faktor ekonomi global diyakini memberi pengaruh besar ke atas pergerakan harga getah dalam negara, memandangkan Malaysia hanya mengeluarkan empat peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia

Langkah Kerajaan

Bagi memastikan nasib pekebun kecil terus dilindungi, kerajaan antara lain telah melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sejak 2015 bertujuan mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah rendah, di samping menggalakkan aktiviti penorehan.





Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang (50 peratus kandungan getah kering) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram.

Selain itu, peserta pekebun kecil yang menyertai program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) akan menerima insentif tunai sebanyak RM1.00 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

Peserta juga menerima bantuan di dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850.00 bagi setiap hektar secara ‘one off’.

Tender secara atas talian (MyRol) pula adalah salah satu kaedah pemasaran getah melalui kaedah tender secara dalam talian.

Melalui MyRol, kecekapan rantaian nilai getah peringkat ladang dapat ditingkatkan, yang mana pekebun akan menikmati harga yang lebih kompetitif kerana getah yang dijual berkualiti tinggi di samping kuantiti yang banyak hasil jualan secara berkelompok.

Pelaksanaan Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) pula bertujuan menyatukan pekebun kecil, usahawan getah dan koperasi kecil dalam satu konsortium yang besar agar mampu memproses getah sekerap kepada bentuk getah krip.

Getah krip yang mempunyai KGK yang lebih tinggi dapat memberikan harga jualan yang lebih baik berbanding getah sekerap.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) turut mengadakan taklimat beserta hebahan berkenaan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G), IPG, RRIM niaga dan isu-isu berkaitan getah kepada pekebun kecil.

Dalam pada itu, kerajaan melalui RISDA turut menaikkan kadar bantuan tanam semula getah. Bermula 2021 kepada RM13,710 sehektar di Semenanjung Malaysia, RM14,805 sehektar di Sarawak dan RM14,955 sehektar di Sabah.

Kredit : BH


Rabu, 7 September 2022

Jawatan Kosong Tenaga Nasional(TNB)

 


1. Kekosongan Jawatan

JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (KONTRAK)

Butiran Jawatan

Gaji Pokok : RM1,800.00 sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan
Elaun Dobi : RM60.00
Taraf Jawatan : Kontrak

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan "on-line". Sila layari laman web https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >> klik ELECTRIFYINGCAREERS atau klik link berikut -

https://jobs.tnb.com.my/job-invite/278402/

Syarat & Kelayakan:

• Warganegara Malaysia.(Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)

• Mempunyai Diploma Kejuruteraan (Elektrik / Civil (Awam) / Power (Kuasa) / GIS) dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keputusan minima CGPA 2.50.

• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

• Pemohon yang mempunyai sijil Penjaga Jentera Elektrik sekurang-kurangnya AO adalah merupakan satu kelebihan.

• Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

• Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.

• Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan

• Tidak merokok / sebarang bentuk rokok elektronik

• Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.

• Boleh bekerja dalam satu pasukan.

• Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Maklumat Lanjut

• Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

• Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.

Tarikh Tutup Iklan : 20 September 2022

2. Kekosongan Jawatan

METER READER (KONTRAK)

Butiran Jawatan 

Gaji Pokok : RM1,500.00 sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan
Elaun Dobi : RM60.00 Sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan "on-line". Sila layari laman web https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >> klik ELECTRIFYINGCAREERS atau klik link berikut -


Syarat & Kelayakan:

Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)

Memiliki Diploma dari Politeknik atau universitii atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad  
atau
Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga 

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) dalam mata pelajaran berikut :
o Bahasa Malaysia
o Matematik atau Sains

Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal.

Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan

Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.

Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.

Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.

Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.

Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Maklumat Lanjut

• Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

• Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.

Tarikh Tutup Iklan : 20 September 2022



Sabtu, 3 September 2022

Jualan Murah Keluarga Malaysia

 

Beras 
Ayam 
Telur

https://invle.co/cldgirz


Jangan lupa untuk mengunjungi KoPKaya Mart Relong Lipis sepanjang promosi ini untuk berlangsung untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20%

Promosi bermula 

03 September 2022- 07 September 2022




AddToAny