responsif teks foto

Ahad, 27 Jun 2021

Rumah yang menyejukan Jiwa

 



Rumah kampung dalam kebun atau di kelilingi  sawah yang terlebih mudah malah ianya tidak melibatkan kos yang tinggi malah jauh lebih murah berbanding dengan kos membeli sesebuah rumah komersial. Selain itu suasana di pinggir kampung  yang menempatkan rumah kita  mampu memberikan suasana yang damai dan tenang.

Menggunakan bahan semula jadi seperti kayu amatlah bersesuaian untuk memberikan pengalaman alam semulajadi yang mampu menyalurkan ketenangan dan kedamaian dalam diri kita. Selain itu juga kita juga boleh meletakkan kreativiti dengan memasukkan rekaan rumah lama yang lebih menekankan pendekatan seni ukiran lama warisan nenek moyang yang takkan lapuk dek ditelan zaman. 


Jumaat, 25 Jun 2021

Semak permohonan Elaun PJM kepada Pasangan

 


KEMASKINI PERMOHONAN ELAUN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)
SECARA ONE OFF KEPADA PASANGAN PENERIMA PJM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA (VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN)

YBhg. Dato’/Tuan/Puan, untuk makluman Portal Kemaskini Permohonan PJM kepada Pasangan Penerima PJM yang telah meninggal dunia telah Go-Live bermula hari ini, 24 Mei 2021. Portal ini disediakan khususnya untuk pasangan Veteran ATM Tidak Berpencen membuat semakan dan mengemaskini maklumat peribadi mereka seperti maklumat akaun bank, alamat, No Telefon dan Alamat Emel beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.



Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak persatuan sekiranya menerima borang-borang permohonan dan dokumen sokongan daripada balu-balu Veteran ATM Tidak Berpencen yang layak PJM, untuk membantu Key-In permohonan dan maklumat balu-balu tersebut ke dalam portal ini bag memudahkan proses semakan dan kelulusan bayaran kelak ataupun memaklumkan kpd balu utk hadir ke pej JHEV Negeri sekiranya persatuan tidak mempunyai capaian internet utk key in dan upload maklumat. Capaian URL kepada portal ini adalah 


Tarikh tutup kemaskini data permohonan adalah pada 30 JUN 2021


Kerjasama Dato/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.


Khamis, 24 Jun 2021

Untuk Maklumat Semua Veteran ATM






Perbincangan dengan Lt Jen Dato'Pahlawan Dr Md Amin Di Mindef .

Didalam Perbincangan kelmarin.Dato'Pahlawan Dr Md Amin bersetuju dan menyeru semua veteran datang ke mana RSAT Yg Berdekatan dgn tempat tinggal supaya membuat rawatan diRsat .Pihak Rsat akan menerima semua veteran dan pihak RSAT akan merujuk kemana2 Hospital jika keperluan tuida di RSAT Dan memudahkan lagi rawatan Di Hospital Kerajaan.Jika pesakit veteran perlu ke HAT ATM Dr dari Rsat akan uruskan syukor Allhamdulillah kehadrat Allah swt memudahkan segalanya demi veteran ATM amnya.

FAEDAH PERUBATAN JHEV

Faedah perubatan adalah faedah yang dinikmati secara percuma oleh veteran/waris semasa menerima rawatan/ubatan di hospital tentera dan juga hospital kerajaan. Untuk makluman, JHEV telah membuat perjanjian dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd di mana mulai 1 Apr 2016, semua urusan berkaitan ubat dan peralatan pesakit diuruskan oleh syarikat tersebut.

Sehingga kini lebih 100 farmasi komuniti di seluruh Malaysia telah mendaftar dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd. Kemudahan ini membolehkan veteran ATM tidak perlu membuat sebarang pembayaran. Mulai 1 Julai 2016, tuntutan balik perubatan (pay and claim) tidak dibenarkan lagi.

Orang yang layak menerima faedah perubatan ini adalah seperti berikut :

1. Veteran ATM.

2. Isteri/Suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatat di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan KBT/KV.

3. Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.

4. Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut:

Berumur di bawah 18 tahun

Di bawah 21 tahun jika masih belajar.

Tiada had umur bagi anak yang cacat/dhaif/terencat akal (anak istimewa). Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) sebelum mencapai umur 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

Rawatan Jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd (IJNSB). Syarat-syarat untuk menerima kemudahan perubatan ini adalah seperti berikut :

1. Veteran ATM yang datang untuk mendapatkan rawatan di IJNSB mestilah telah diperiksa dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician/Pakar Kardiologi) hospital kerajaan atau tentera.

2. Veteran ATM yang datang terus ke IJNSB tanpa dirujuk oleh doktor pakar hospital kerajaan/tentera tidak akan diberi kemudahan percuma walaupun mereka mengemukakan KBT/KV. IJNSB boleh mengenakan caj rawatan kepada mereka sepertimana yang dikenakan kepada pesakit persendirian.

3. Mereka hendaklah menanggung sendiri segala kos berkaitan selaras dengan Perintah Am 4 Bab F (Perubatan).

4. Dalam keadaan kecemasan IJNSB akan menerima dan memberi perkhidmatan perubatan serta rawatan kepada pesakit/bekas tentera yang datang tanpa rujukan oleh hospital kerajaan.

5. Pesakit/waris dikehendaki menyerahkan surat pengesahan daripada JHEV kepada IJNSB dalam tempoh 24 jam.

6. Bagi Veteran/pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan swasta terus ke IJNSB dalam “keadaan kecemasan”, mereka hendaklah membayar segala caj yang dikenakan oleh IJNSB.

7. Walau bagaimanapun mereka boleh memohon kepada JHEV (bagi Veteran yang layak) untuk pertimbangan bayaran balik.

8. Bayaran Cagaran Wad. Veteran ATM/pesakit yang dimasukkan ke wad perlu mengemukakan sendiri wang cagaran tersebut.

Rawatan Kepakaran di hospital swasta dalam negeri

1. Pesakit mendaftar di hospital kerajaan/tentera dan disahkan oleh Pakar Perubatan hospital bahawa beliau memerlukan rawatan khas yang mana tidak boleh diperolehi di hospital kerajaan/tentera.

2. Ketua Pengarah BPK akan mengesahkan rawatan sedemikian tidak ada di hospital Kerajaan/tentera.

3. Pesakit mestilah mendapat kelulusan JHEV sebelum memulakan rawatan di hospital swasta dalam negeri.

Permohonan Bayaran Balik Bagi Perbelanjaan Rawatan, Ubat atau Alatan Pesakit

Rawatan Kecemasan - Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri boleh dipertimbangkan dengan syarat;

1. Tempat kejadian kecemasan berhampiran dengan hospital swasta berbanding dengan hospital kerajaan.

2. Rawatan berkenaan adalah kes yang benar-benar memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan status kecemasan berkenaan disahkan oleh Pegawai Perubatan hospital swasta itu.

3. Perbelanjaan yang dipertimbangkan meliputi perbelanjaan rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga pesakit boleh dipindahkan ke hospital Kerajaan, tetapi pesakit dikehendaki menanggung bayaran wad mengikut kadar kelayakannya di hospital kerajaan.

4. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan hendaklah disertakan laporan klinikal terperinci mengenai tindakan harian yang diambil ke atas pesakit daripada pakar perubatan hospital / klinik swasta yang merawat pesakit. Laporan perlu bertaip.

Ubat - Pengambilan ubat di Farmasi yang mendaftar dengan Syarikat OratisRX Sdn Bhd boleh dipertimbangkan sekiranya;

1. Ubat itu diperakukan (prescribe) oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera, terdapat dalam senarai ubat-ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ hospital universiti berkenaan tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital Kerajaan.




2. Perbelanjaan bagi pembelian ubat yang tiada dalam senarai ubat-ubat tersebut dapat dipertimbangkan sekiranya tiada altenatif bagi ubat berkenaan dan diluluskan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM (bagi rawatan di hospital KKM) atau Pengarah Hospital Universiti (bagi rawatan hospital Universiti).

3. Keperluan penggunaan ubat bagi suatu tempoh yang berpanjangan dibenarkan tetapi tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk keperluan tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan.

4. Tidak termasuk makanan tambahan [food supplements] dan ubat alternatif [alternative medicine] kecuali susu yang diperlukan oleh pesakit bagi meneruskan kelangsungan hidup dan beliau tidak boleh mengambil sebarang makanan lain selain dari susu.

Pembekalan Alat Ortopedik / Anggota Palsu - Pembekalan alat ortopedik dan anggota palsu (artifical limbs) serta alat yang perlu dipasang (implant) dalam tubuh pesakit untuk menyelamatkan nyawanya (seperti pacemaker), Alat Bantu Pendengaran, Alat Rawatan Jantung, Alat Bantu Pernafasan, Koklea Implan, Colostomy Bag, Urine Bag dan Intraocular Lens boleh dipertimbangkan oleh Syarikat OratisRX Sdn Bhd sekiranya;

1. Diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan/tentera.

2. Perbelanjaan bagi membaik pulih atau menggantikan anggota palsu (tetapi bukan kerana kecuaian atau semata-mata untuk kecantikan) boleh juga dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan/tentera.

3. Penggantian bateri alat bantu pendengaran tidak di tanggung oleh kerajaan/tentera.

4. Alat pakai buang tidak ditanggung oleh kerajaan/tentera.

5. Perkhidmatan Perubatan

6. Perkhidmatan perubatan seperti CT Scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan keperluannya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/tentera dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan/tentera.

Rawatan Penyakit Buah Pinggang - Perbelanjaaan bagi mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang (End Stage Renal Failure), seperti haemodialysis dan ubat, suntikan eprex/recormin serta alat pakai buang (disposables) bagi Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) boleh dipertimbangkan sekiranya;

1. Pakar Nefrologi hospital Kerajaan memperakukan keperluannya dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan/tentera.

2. Perbelanjaan untuk haemodialysis adalah berasaskan kos rawatan sebenar, terhad kepada maksima RM200 setiap rawatan dialisis (terhad kepada 3 kali rawatan seminggu). Ubat atau ujian yang diperoleh dari pusat rawatan swasta tidak boleh dipertimbangkan sekiranya ia boleh diperoleh daripada hospital kerajaan.

3. Perbelanjaan Arterio-Venous Fistula (AVF)/Internal Jugular Catheters (IJC).

4. Permohonan perbelanjaan pembedahan AVF/IJC di hospital swasta boleh dipertimbangkan sekiranya Pakar Nefrologi Kerajaan merujuk pesakit menjalani pembedahan AVF tertakluk kepada syarat berikut;

5. Kelewatan menunggu giliran pembedahan AVF/IJC yang keterlaluan di hospital kerajaan.

6. Pembedahan AVF/IJC pertama gagal.

7. Tiada Pakar Vascular di hospital kerajaan/tentera.

8. Pemberian Erythropoietin/ Recormon kepada pesakit boleh ditanggung oleh Kerajaan (terhad kepada 2 kali seminggu) sekiranya pesakit memerlukan Eprex/recormon melebihi had yang ditetapkan.

9. Perlu mendapat surat justifikasi dari Pakar Nefrologi

https://www.jhev.gov.my/?view=article&id=21&catid=2

Rawatan Percuma di Hospital Kerajaan atau Tentera

Kemudahan rawatan dan perubatan di Hospital Kerajaan and Tentera untuk Veteran dan orang tanggungan.

Adakah anda layak?

1. Bekas Anggota ATM

a. Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
b. Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

2. Bekas Anggota Bukan ATM

a. Pasukan Force 136
b. Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
c. Sarawak Rangers

3. Orang Tanggungan (Bekas Anggota ATM)

a. Isteri/Suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatat di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran (KV).

b. Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.

c. Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut:

Berumur di bawah 18 tahun

Di bawah 21 tahun jika masih belajar.

Tiada had umur bagi anak yang cacat/dhaif/terencat akal (anak istimewa). Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) sebelum mencapai umur 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

d. Orang Tanggungan (Bekas Anggota Bukan ATM)

Isteri/Suami

Tentang Faedah

Faedah perubatan adalah faedah yang dinikmati secara percuma oleh veteran/waris semasa menerima rawatan/ubatan di hospital tentera dan juga hospital kerajaan.

Kelayakan Wad

Kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan. Kelayakan wad adalah seperti berikut:

1. Mejar ke Jeneral = Kelas 1A Bilik Seorang

2. Leftenan Muda ke Kapten, Staf Sarjan ke Pegawai Waran I = Kelas 1B Bilik Berdua

3. Koperal dan Sarjan = Kelas 1C Bilik Bertiga

4. Prebet dan Lans Koperal = ward kelas 2


SIAPA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA KEMUDAHAN RAWATAN PERCUMA DI HOSPITAL KERAJAAN ATAU HOSPITAL TENTERA

1. Pegawai dan anggota yang diberhentikan atas sebab disiplin/tatatertib, contoh:

2. Bekas Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberhentikan di bawah Peraturan 49(l) – ‘Penangguhan Perkhidmatan Tidak Diperlukan’ di bawah Army and Air Force (Terms of Service) Regulation, 1961.

3. Bekas Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibersarakan di bawah Peraturan 20(2)(f), (g) dan (h) kepada PPAT 1982 serta Seksyen 9 (Pembatalan Tauliah) kepada Akta Angkatan Tentera 1972.

4. Bekas Anggota Pasukan Simpanan ATM yang tidak dikerah sepenuh masa.

Sekian. Harap Maklum.


Mohon menjadi Sukarelawan COVID-19

 


Kementerian Kesihatan Malaysia KKM kekurangan kakitangan, sepatutnya  lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai sukarelawan membantu KKM di  605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Negara . Tugasan mengatur orang ramai menerima vaksin. Paling sesuai  bagi  orang yang putus punca pendapatan untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVac ada elaun RM100 per/hari  kalau kali 26 hari dapat  juga rm2600 per/bulan.

Boleh daftar sini,  

https://www.myvac.com.my/






Selasa, 22 Jun 2021

Ikhwan Muslimin Mesir.


Ketika diberi peluang membela diri di dalam mahkamah, pemimpin Ikhwan, Dr Muhammad Al Baltaji dengan lantang berucap: 

“Aku adalah pelajar keenam terbaik seluruh negara dalam peperiksaan sijil menengah (seperti SPM di Malaysia). 

Selama 6 tahun berturut-turut aku adalah mahasiswa perubatan terbaik. Aku adalah seorang doktor pakar. Aku juga seorang professor pengajian perubatan di Universiti Al Azhar. 

Aku turut mengusahakan pusat perubatan antara yang terbaik di Mesir (memberikan khidmat percuma kepada pesakit miskin).  Aku terlibat dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan di negara ini. 

Lalu kalian tangkap aku. Selepas 22 hari, aku dihadapkan dengan 25 pertuduhan jenayah di 25 daerah.  Seolah-olah aku adalah ketua mafia dunia! 

Segala2nya berlaku selepas kalian membunuh anak perempuanku (Asma’) di dataran Rabiah Al Adawiyah. Kalian siksa anak lelakiku  (Anas dan Khalid).  

Kalian tekan isteri dan keluargaku (isterinya dihukum penjara 6 bulan).  Kalian bakar klinikku dan rumahku. 

Adakah kalian menyangka aku berdiri di sini untuk membela diri? Aku bersumpah dengan nama Allah,  sama ada kalian menjatuhkan hukuman mati ke atasku atau kalian membebaskan aku, sama sahaja bagiku. 

Aku berjuang pada jalan Allah untuk negara ini. Biarlah generasi ummah akan datang mengetahui siapakah yang berdiri dalam saf yang benar dan siapa yang berdiri dalam barisan yang batil. 

ÙˆَسَÛŒَعۡÙ„َÙ…ُ ٱلَّØ°ِینَ ظَÙ„َÙ…ُÙˆۤا۟ Ø£َÛŒَّ Ù…ُنقَÙ„َبࣲ ÛŒَنقَÙ„ِبُونَ 

"... Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali." 


Kredit FB Ust Aris Hazlan Ismail  



Jom pilih kerjaya TUDM






Borang Permohonan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22(Lelaki)
Dibuka Bermula 18 Jun sehingga 31 Ogos 2021


ANDA LAYAK UNTUK MEMOHON SEKIRANYA ANDA

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur Antara 18 - 25 Tahun.

SYARAT FIZIKAL

1. Tinggi:

  • Ukuran Tinggi Minima 1.62 m

2. Berat:

  • Berat Badan Minima 47.5 kg

3. Indeks Jisim Badan (BMI) :

  • Indeks Jisim Badan antara 18 hingga 25

SKIM KELAYAKAN AKADEMIK

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

SILA ISI BORANG PERMOHONAN MELALUI AKAUN PEMOHON DI LAMAN SESAWANG

http://kerjaya.airforce.mil.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 OGOS 2021

Isnin, 21 Jun 2021

Selamat Bersara Gikgu.

 


21 Jun 2021 - Pn. Lim Suat Lay telah menamatkan perkhidmatan dalam Kementerian Pendidikan. Pn. Lim telah bersara wajib pada usia 60 tahun di SMK Setia Wangsa, Kuala Lipis, Pahang. Sepanjang 37 tahun beliau bergelar guru telah banyak bakti yang beliau curahkan kepada anak bangsa di bumi Kuala Lipis ini. Selamat bersara Pn. Lim semoga terus sihat dan maju jaya.  terima kasih cikgu.


Khamis, 17 Jun 2021

Salah Faham Masyarakat FELDA berkenaan dengan Tanah Berkelompok

 



SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA BERKENAAN RANCANGAN TANAH BERKELOMPOK SIRI XVI

Dua tiga hari lepas, saya dapat pertanyaan sebegini dari generasi ke 2 Felda:

S: Felda saya dah dapat geran hakmilik. Sekarang ini tanam sawit....boleh ke kalau saya tebang sawit saya dan gantikan sebahagian ladang saya dengan tanaman lain atau saya jadikan sebahagian tanah ladang saya sebagai pusat penternakan lembu secara besar- besaran. Saya ada investor besar nak melabur dalam projek ini.

J: Tak boleh. Walaupun tanah felda itu telah jadi hakmilik kita, kita tetap tak boleh gunakan tanah kita itu sesuka hati kita. Kita tetap kena ikut syarat nyata dalam geran tanah, tetap kena ikut peruntukan dalam GSA dan tetap kena ikut perjanjian asal peneroka semasa memohon masuk ke Felda.

Peruntukan undang-undang dan keputusan mahkamah dalam kes sebegini telah menetapkan bahawa untuk tanah rancangan berkelompok seperti Felda dan Felcra atau apa-apa tanah rancangan berkelompok seperti Rancangan Tanah Negeri (RTN) dan Rancangan Tanah Pinggir (RTP) di sesetengah negeri, selain Kanun Tanah Negara terpakai untuk undang-undang tanah, ia mesti di baca bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan di dalam GSA serta perjanjian asal peneroka terdahulu. Bukan Kanun Tanah Negara sahaja terpakai untuk tanah Felda dan Felcra ini. 

S: Kenapa nya saya tak boleh buat sedangkan tanah tu dah jadi milik saya. Suka hati saya lah nak tanam apa, nak bela apa atas tanah saya....Kenapa tak boleh pulak?

J: Inilah yang membezakan tanah di dalam Felda, Felcra dengan tanah lain di kampung-kampung. Tanah Felda ini telah diwartakan sebagai tanah berkelompok. Kalau dah namanya kelompok, dia tak boleh dipisahkan menjadi berasingan dengan tanah-tanah yang lain.

Kalau tanah tersebut diwartakan untuk tanaman kelapa sawit, maknanya semua tanah yang berkelompok di situ mestilah ditanam dengan kelapa sawit sahaja. Tak bolehlah orang lain tanam sawit, tuan pula tebang sawit tuan dan bela lembu. Nanti ada pulak orang lain yang nak buat ladang ayam, nak buat tanam cili dan lain-lain. 

Kalau semua orang fikir macam tuan, tak jadilah tanah berkelompok tu....jadi ia akan defeat the purpose penubuhan tanah rancangan tuan tu dan undang- undang jelas dalam perkara ini dengan tidak membenarkan apa-apa usaha ke arah yang berlawanan dengan niat asal penubuhan tanah rancangan itu.

S: Masalah saya, saya dah terambil duit dari tokey tu untuk buat projek lembu ini... Macamana tu?

J: Saya tak boleh bagi jawapan, tuan kena bertanya sendiri dengan pihak Ibu pejabat Felda. Boleh minta pandangan mereka tapi secara asasnya begitulah peruntukan undang-undang terhadap tanah berkelompok ini.

Kredit FB Farid Ikhwan Nasution

Bayar Saman Diskaun 50 peratus



Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengumumkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% jika pesalah membayar saman melalui aplikasi MyBayar Saman bermula 18 Jun hingga 18 Julai 2021.

Diskaun ini terbuka kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam kecuali kesalahan-kesalahan utama, kesalahan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

Orang ramai boleh mengakses perkhidmatan MyBayar Saman melalui laman web rasmi atau memuat turun aplikasi di Google Play Store, Apple App Store atau HUAWEI App Gallery. Pembayaran saman secara fizikal tidak dibenarkan kerana semua kaunter pembayaran saman di IPD daerah dan kontinjen telah ditutup sepanjang PKP.

Perkhidmatan tersebut telah diperkenalkan sejak bulan Mac 2021 bagi memudahkan rakyat untuk membayar saman mereka secara digital. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Kredit : FB Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Resit  Bayar Saman




Rabu, 16 Jun 2021

Perihal dan Peribadi Pahlawan Mat Kilau

 




Sejarah Ulama & Pahlawan Melayu Silam
  • Seorang yang pemarah, pemanas tetapi cepat pula sejuknya.
  • Sangat penyayang dan manja terhadap anak-anak dan cucunya.
  • Kuat beribadah.
  • Tidak melewat-lewatkan solat fardhu.
  • Sentiasa bangun malam dan solat malam.
  • Pandai berzanji, berdikir dan bermain gendang.
  • Handal bermain gasing dan sepak raga.
  • Zikir amalannya “Ya Latif”.
  • Tidak memilih makanan.
  • Tidak akan minum air kecuali selesai makan.
  • Jarang mendapat sakit teruk.
  • Kebiasaan waktu tidurnya selepas solat Isyak, dan bangun sebelum subuh.
  • Berpagi-pagi di atas rumput dan pokok untuk bermandi embun.
  • Pernah mengangkat seekor lembu yang jatuh di telaga hanya seorang diri.
  • Seorang yang alim, gurunya adalah Sheikh Usman Senik, Mufti Pahang Pertama.
Disediakan oleh: Ubadiah TV
Rujukan: Warisan Kepahlawanan Mat Kilau dan Kitab Amalannya, Prof Talib Samat.
Kredit : FB Muhammad Mubarak



Selasa, 15 Jun 2021

Tawaran Biasiswa TNB


Berita baik untuk pelajar lepasan SPM 2020! Tawaran biasiswa ini membuka peluang kepada anda untuk menyertai Program Universiti Luar Negara atau Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2021.

Permohonan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) boleh dibuat secara ‘online’ di

 https://ytn.tnb.com.my/.

Selamat Maju Jaya!


Pemberian Vaksin convid19 di Kg.Kuala Kenong, Lipis.

 

Hari ini saya bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis telah turun padang bagi membantu urusan pendaftaran dan pemberian vaksin kepada masyarakat warga emas  yang terlantar dan OKU di Kampung Kuala Kenong, Lipis.

Bagi mencapai objektif utama Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu imuniti kelompok dan seiring dengan usaha kerajaan untuk mempercepatkan roll-out vaksinasi, sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), saya sentiasa prihatin dan mengambil kira maklum balas rakyat terutama di kawasan luar bandar bagi memastikan tiada satu pun golongan yang tercicir dalam program ini.



KPLB juga mendengar beberapa keluhan dan kerisauan anak-anak di perantauan kerana ada antara warga emas ini yang tidak mempunyai peranti untuk mendaftar mysejahtera, ada juga anak-anak yang bantu daftarkan, namun ada kekangan untuk membolehkamnmereka hadir ke pusat vaksinasi seperti kenderaan terutama yang terlantar dan tidak boleh bergerak atas faktor kesihatan.

Dalam masa yang sama usaha untuk meyakinkan masyarakat luar bandar tentang kepentingan vaksinasi terus dilakukan. Saya yakin dengan usaha, pujukan, dan penerangan menggunakan sains dan data, mereka ini akan ubah fikiran dan seterusnya mendaftarkan diri secara sukarela bagi mendapatkan vaksin ini.

Saya juga turut menyampaikan bantuan Prihatin Pahang, kepada Ketua Isi Rumah dan pengusaha-pengusaha bot Kampung Kuala Kenong yang telah terjejas dari segi ekonomi akibat wabak covid 19 ini. 

Kampung Kuala Kenong yang sebelum ini terkenal dengan aktiviti eko-pelancongan kini terkesan berikutan pandemik ini. Saya harap agar bantuan yang disampaikan sedikit sebanyak meringankan beban dan keadaan akan pulih seperti sediakala dalam masa yang tidak begitu lama supaya pendapatan rakyat yang terkesan juga boleh dipulihkan.

Kredit : FB Abdul Rahman Mohamad


Kenyataan Media MB Pahang

 

Titah-Saranan KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenaan pemuliharaan Tasik Chini 

KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG 

Menjunjung Kasih dan Menjunjung Titah atas Titah-Saranan KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenaan pemuliharaan Tasik Chini

1. Kerajaan Negeri menjunjung kasih dan menjunjung titah atas titah-saranan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengenai pelbagai perkara berkenaan pemuliharaan Tasik Chini.

2. Titah-saranan ini melambangkan keprihatinan tinggi KDYMM Tuanku mengenai hal-ehwal negeri termasuklah berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, apatah pula melibatkan Tasik Chini.

3. Titah-saranan ini juga jelas menunjukkan kebijaksanaan KDYMM Tuanku dalam urusan pengendalian isu, dan isu mengenai alam sekitar khususnya Tasik Chini sememangnya dekat di hati KDYMM Tuanku.

4. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan bertindak segera atas titah-saranan ini terutamanya tentang peluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Chini daripada 4,600 hektar sepertimana Kerajaan Negeri luluskan untuk pewartaan pada 13 Mac 2019, kepada antara 6,000 dan 7,000 hektar.

5. Jabatan-jabatan berkenaan seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri, telah pun diminta mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti kawasan tambahan seterusnya menguruskan soal pewartaannya.

6. Peluasan ini wajar yang dapat menambahkan lagi liputan kawasan hutan demi menjagai dan memelihara/memulihara mutu alam sekitar Tasik Chini yang mana luas badan airnya (water body) sahaja ialah antara 200 hektar dan 700 hektar menurut musim.

7. Peluasan ini juga wajar yang dapat memberi keberkesanan lebih tinggi kepada usaha untuk menepati kehendak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengenainya.

8. Sepertimana semua sedia maklum, Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB) di bawah program ‘Man and Biosphere UNESCO’ telah diiktiraf sejak 2009 sebagai kawasan rizab biosfera pertama di Malaysia.

9. Ia (TCRB) berlandaskan tiga (3) teras utama yang berkaitan dengan pemuliharaan ekosistem termasuk spesies/hidupan, sokongan logistik termasuk aktiviti penyelidikan dan pembelajaran, serta pembangunan melibatkan ekonomi penduduk setempat.

10. Bagi menjayakan ketiga-tiga teras utama ini, TCRB dibahagikan kepada tiga (3) zon iaitu Zon Teras, Zon Penampan dan Zon Peralihan dengan fungsinya yang bebeza. Dengan keluasan maksimum kira-kira 7,000 hektar seperti dititah-sarankan, ia sangat memadai bagi menjayakan TCRB secara lebih berkesan.

11. Apabila TCRB dapat dijayakan dengan lebih berkesan, sekaligus dapat turut menyempurnakan titah-saranan KDYMM Tuanku agar pengiktiarafan bertaraf dunia oleh UNESCO itu, dapat terus dipertahankan.

12. Kerajaan Negeri akan turut segera berusaha melaksanakan kerja-kerja penanaman semula sepertimana kerja-kerja penanaman semula hutan yang setakat ini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM250,000 untuknya. Lagi RM10 juta akan turut diperuntukkan bagi menjayakannya lagi.

13. Selain itu, aktiviti penguatkuasaan akan terus diperkasakan termasuk pemantauan menggunakan teknologi ‘Light Detection Radar’ (LIDAR), dan dilaksanakan secara bersepadu serta berkala melibatkan agensi-agensi penguaktkuasaan negeri dan persekutuan.

14. Semoga dengan usaha-usaha ini yang akan dilaksanakan sesegara mungkin sebagai menjunjung titah-saranan KDYMM Tuanku, dan dengan komitmen tinggi semua pihak, Tasik Chini akan dapat dipulihara dalam tempoh masa sewajarnya, In Sya Allah.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

15 Jun 2021


Salah Faham Masyarakat FELDA tentang Pusaka Kecil



SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG BICARA PUSAKA KECIL SIRI XIII

Seringkali saya mendapat pertanyaan dan panggilan telefon dari waris-waris Felda berkenaan ketidakfahaman mereka semasa proses Bicara Kuasa dilakukan.

Ramai yang hadir ke Pejabat Tanah tetapi tidak mengetahui apa yang mereka perlu lakukan dan memilih untuk senyap dan hanya mengangguk setuju sahaja semasa proses Bicara sedangkan dalam hati mereka tidak setuju atau tidak faham kesannya. Jadi di sini saya turunkan sedikit maklumat untuk panduan ringkas waris-waris semua.

S: Apa itu Bicara Pusaka Kecil?

J: Bicara Pusaka Kecil adalah biasanya dilakukan di pejabat pesaka @ kebiasaannya dilakukan Pejabat Tanah di mana harta si mati (peneroka Felda) termasuk harta tidak alih nilaiannya tidak melebihi RM 2 JUTA dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959.

S: Apa tujuan perbicaraan pesaka kecil ini?

J: Tujuan perbicaraan ini adalah untuk Pihak Berkuasa menentukan siapakah yang layak untuk mentadbir harta si mati, berapa banyak hutang si mati yang perlu dibayar, berapa banyak harta alih dan tidak alih milik si mati, samada si mati ada membuat wasiat atau amanat, dan menentukan bahagian harta si mati untuk dibahagikan sesama waris.

S: Apa yang sepatutnya berlaku kalau saya menghadiri perbicaraan pesaka kecil ini?

J: Jika anda dipanggil menghadiri perbicaraan ini sebagai salah seorang waris, anda kena BERCAKAP….bukan SENYAP. Anda perlu bantu Pegawai yang mengendalikan perbicaraan dengan memberikan maklumat yang diperlukan. Jika anda senyap sebab malu, takut, segan, atu apa-apa alasan yang lain lagi, anda sebenarnya sedang membiarkan hak anda terlepas ke pihak orang lain. Bantu Pegawai dengan memberikan maklumat yang tepat dan bukannya hanya menggangguk setuju padahal anda tidak faham pun apa yang berlaku.

S: Apa tugas pegawai yang mendengar bicara ini?

J: Tugasnya adalah untuk menentukan siapa dilantik sebagai Pentadbir, bilangan waris-waris dan bagaimana harta itu akan dibahagikan.

S: Macamana harta itu akan dibahagikan?

J: Ada 3 cara. Bagi orang islam, samada mengikut faraid atau mengikut persetujuan waris-waris manakala bagi orang bukan islam, akan mengikut cara yang ditetapkan seperti  di Akta Pembahagian 1958.

S: Saya tak bersetuju dengan abang saya yang memohon dilantik menjadi pentadbir, jadi saya nak boikot bicara tu dengan sengaja tak datang. Betul ke cara saya tu?

J: Salah. Jika tuan tidak bersetuju, maka tuan perlu datang untuk menyatakan tidak persetujuan itu. Jika tuan tidak datang, pegawai yang diberi kuasa boleh membuat keputusan seolah-olah tuan bersetuju. Ini akan merugikan tuan sendiri dan di kemudian hari tuan tidak boleh mendakwa berlaku ketidakadilan. Tak boleh dakwa tuan teraniaya kalau tuan tidak datang.

S: Saya datang pada hari bicara itu tapi saya tak bersetuju dengan keputusan yang diberikan. Apa yang saya boleh buat?

J: Puan boleh kemukakan rayuan dalam tempoh masa 14 hari dari Tarikh Perintah diberikan.

Kredit : Zahari Affendi Bin Abdul Kadir


Isnin, 14 Jun 2021

Kemasukan ke Institut Pertanian



PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG BAGI KEMASUKAN BULAN SEPTEMBER 2021

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) Dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI)

  • SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
  • DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus SPM atau setarafnya;
  • Berumur 18 - 25 tahun;
  • Sihat tubuh badan;
  • Pembelajaran secara sepenuh masa.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :

  • Yuran pengajian PERCUMA;
  • Elaun bulanan sebanyak RM200 - RM300;
  • Penginapan asrama secara PERCUMA;
  • Makan dan minu,disediakan secara PERCUMA;
  • 14 Pusat Latihan Pertanian di Semenanjung dan Sarawak
  • Diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

CARA MEMOHON :

Layari https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

DR. SYAMSIAH (03-88701677)
MOHD AIZOL (03-88701702)


Sabtu, 12 Jun 2021

Kerbau jatuh ke dalam Tangki Najis






Khidmat penyelamatan tidak hanya terbatas kepada sesama manusia, bahkan juga diperlukan ketika nyawa haiwan peliharaan dalam bahaya.

01 pegawai dan 07 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis telah menghadiri panggilan untuk menyelamatkan seekor kerbau terjatuh dalam lubang tangki najis di Kampung Bapong, Kuala Lipis. Terima kasih pada semua yang turut membantu- 11 jun 2021

#lipis

 

Khamis, 10 Jun 2021

Orang Asli cemerlang SPM 2020.

 


Hari ni adalah hari penting buat Calon-Calon  SPM 2020. Pagi ini terima whatsapp dari pegawai saya tentang keputusan cemerlang salah seorang murid orang Asli dari Kampung Orang Asli Lenjang Lipis iaitu Roslida A/P Bah Chip (SMK Kuala Lanar, Lipis) yang mendapat keputusan 7A dalam SPM 2020. InsyaAllah jika ada kelapangan, saya akan berjumpa sendiri dengannya dalam masa terdekat.

Tahniah saya ucapkan kepada Roslida khasnya dan umumnya kepada calon-calon SPM yang cemerlang.

Kredit : FB  Dato Sri Abdul Rahman Mohamad



Rabu, 9 Jun 2021

Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat




Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat

Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021

Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat bagi tahun 2021 iaitu

Klick :   https://army.mod.gov.my

Syarat-syarat Pelantikan dan Tadbir Sumpah adalah seperti di dalam portal yang disertakan.

Tarikh Permohonan adalah pada 10 hingga 30 Jun 2021.


#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

Selasa, 8 Jun 2021

Mereka Orang Pahang

 




Antara Orang Yang Memang Orang Pahang

Setelah asyik bercerita perihal loghat negeri Pahang, kali ini mari berkenalan dgn beberapa nama anak Pahang yang pernah serta masih meraih populariti, mencetus kontroversi dan menabur bakti untuk negara dari dulu hingga kini.

Ada antara mereka ini, sudah kita kenali dan pasti ada yang belum kita kenal. Siapa pun mereka, jahat atau baik, mereka tetap anak Pahang. Namun, adalah mustahil utk menyenaraikan kesemua nama-nama gah anak Pahang di dalam ini.

Inilah yang termampu untuk dikongsikan.

Maaf jika ada yang tidak sahihnya beberapa fakta.

Sumber: Wikipedia

Kredit - fb Faizal Sulaiman

Sabtu, 5 Jun 2021

Permohonan Moratorium PKP 0,3 ( 2021)



Persatuan Perbankan dan Institusi Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) bersama-sama 19 bank lain memberikan tawaran borang permohonan moratorium dan penangguhan bayaran pinjaman Bank Rakyat Maybank CIMB  Bank Islam RHB Alliance Bank BSN kepada semua peminjam untuk kebenaran tangguh bayaran pinjaman kereta, rumah dan juga pinjaman peribadi untuk B40 yang berkelayakan dan syarikat PKS/SME yang terjejas semasa 'lockdown' PKP 3.0.

Kepada berminat untuk memohon secara manual tempoh penangguhan  dilanjutkan dengan cara terus dengan bank dan hubungi nombor hotline yang telah kami rangkumkan di jadual bawah ini bergantung kepada institusi perbankan yang anda pinjam.

Mereka pertimbangkan permohonan anda disituasi getir ini. Mereka sentiasa bersedia membantu meringankan beban anda pada ketika ini.

Senarai Bank Yang Terlibat 

Borang Permohonan Moratorium Bank Islam Malaysia  
Borang Permohonan Moratorium Bank Muamalat
Borang Permohonan Moratorium Bank Rakyat pinjaman peribadi dll 
Bank Pembangunan Malaysia 
  • No Hotline 03-26113888
Borang Permohonan Moratorium BSN Bank Simpanan Nasional 
Cara Memohon Borang Permohonan Moratorium CIMB Bank 
Borang Permohonan Moratorium Hong Leong Bank 
Borang Permohonan Moratorium HSBC Bank  

Cara Memohon Borang Permohonan Moratorium Maybank Pinjaman Kereta 
Borang Permohonan Moratorium MBSB Bank
  • No Hotline  03-20963000
Cara Memohon Borang Permohonan Moratorium Public Bank Pinjaman Kereta
Permohonan Moratorium Affin Bank  
Borang Permohonan Moratorium Alliance Bank  
Borang Permohonan Moratorium Agrobank 
Persatuan Perbankan dan Institusi Kewangan Islam Malaysia AIBIM 
  • No Hotline 03-20268002 atau 03-20268003

Kesan Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

1. Penangguhan ini dapat meningkat perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia untuk berbelanja barang keperluan di waktu yang kritikal ini tanpa perlu fikir bayar ansuran bulanan

2. Dapat mengelakkan paras Non performing Loan NPL (Pinjaman tak terbayar) melonjak tinggi yang bakal memberikan kesan besar kepada ekonomi Malaysia kelak

3. Mengurangkan masalah lambakan kereta kena tarik atau rumah lelong di Malaysia

4. Dapat mengurangkan tekanan kalangan peminjam di Malaysia pada waktu ketika wabak yang tidak pasti bila akan reda sepenuhnya

5. Tidak perlu sama sekali anda untuk bayar penalti pinjaman pembiayaan, faedah keuntungan mahupun caj lambat bayar ansuran bulanan sepanjang tempoh moratorium yang telah diberikan kepada anda

6. Jangan risau, jika anda mahu lanjut lagi tempoh penangguhan ia sama sekali tidak akan menjejaskan rekod CCRIS

7. Anda boleh memilih untuk terus bayar, tiada masalah. Anda boleh terus membuat pembayaran ansuran seperti biasa ke atas pinjaman anda



Veteran tentera British bangga menyemat PJM


Bangga mendapat PJM


Pingat Jasa Malaysia


Pingat Jasa Malaysia

Tahun lalu pernah heboh seketika kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia apabila salah seorang veteran berpengaruh, cuba mengajak veteran lain supaya mencampakkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) ke Sungai Klang.

Veteran terbabit (pegawai rasanya) cuba bertindak sedemikian kerana mendakwa tidak berpuashati dengan kerajaan.

Namun cubaan beliau itu gagal kerana tidak mendapat sambutan majoriti veteran yang sayangkan pingat yang dianugerahkan itu sebagai kenangan kerana pernah berkhidmat kepada negara.
Ketika menonton dokumentari pendek berkenaan 'Chelsea Pensioners' dalam rancangan Forces News di Britain, saya tertarik melihat veteran tentera British turut bangga menyemat PJM di dada kirinya.
Macam mana veteran British Army itu yang namanya David Coote mendapat pingat itu, soal lain lah ye (check dgn JHEV).

Cuma saya nak nyatakan di sini, jika veteran British Army itu bangga menyemat PJM, apa lagi kita.
Memang pingat itu tiada nilai kata sesetengah orang (hanya terima one-off RM500). Tetapi itulah bukti kita pernah berkhidmat.

Jangan disesali perkhidmatan kita, tidak perlu diungkit sumbangan kita. Simpan baik-baik, semat dalam hati kerana kita bangga pernah memberi khidmat pada negara.

Simpan elok-elok pingat itu untuk tatapan anak cucu, cicit kemudian hari kerana tiada lagi yang akan menerima pingat itu, selain kita.

Kredit : FB Mohd Roji Kawi Abdullah


Jumaat, 4 Jun 2021

Pendaftaran Vaksin Covid-19 di Lipis.

 


Pautan Penyelarasan Pendaftaran Vaksin Covid-19 : Taman Pertama


Assalamualaikum wbt.

Tuan/puan adalah dimohon untuk mengisi pautan yang dilampirkan bagi tujuan penyelarasan pendaftaran Vaksin Covid-19 sebelum / pada 05/06/2021

Terima kasih.


Khamis, 3 Jun 2021

Dahsyat serangan Covid19 pada Mangsa.

 


Ditujukan kepada yang tidak mahu Suntikan Vakisn Bila tengok video ini, baru kita faham mengapa bila sudah kena sampai pada paru-paru, memang sukar untuk diselamatkan. Tengok lah “lendir" yang duduk dalam saluran pernafasan pesakit covid19 ini, liat macam getah. Memang hancur lah paru-paru.....video ini disebarkan supaya lebih ramai ada kesedaran untuk patuh pada PKP dan berusaha mengambil suntikan vaksin untuk menjaga diri. Video ini menunjukkan bertapa ganasnya Virus Covid 19 yang menutup salur pernafasan manusia... Sampai mangsanya tewas ... 


Bagi yang kuat/sanggup nonton video di atas, silakan


FASA COVID19

Oleh kerana kes yang semakin meningkat, kami, para profesional kesihatan, telah menyiapkan pesanan ini untuk orang ramai.

Gejala muncul dari hari ketiga selepas jangkitan (gejala virus).

Fasa pertama;
  • Sakit badan
  • Sakit mata
  • Sakit kepala
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Berair @ kesesakan hidung
  • Penguraian
  • Membakar mata
  • Membakar ketika membuang air kecil
  • Merasa demam
  • Tekak yang sakit (sakit tekak)
Sangat penting untuk menghitung hari-hari gejala: 1, 2 , Ke-3.
  • Bertindak sebelum bermulanya demam.
  • Hati-hati, sangat penting untuk minum banyak cecair, terutamanya air yang disucikan. Minum banyak air untuk memastikan tekak anda lembab dan membantu membersihkan paru-paru anda.
Fasa ke-2; (dari hari ke-4 hingga ke-8) radang.

  • Kehilangan rasa dan / atau bau
  • Keletihan dengan usaha yang minimum
  • Sakit dada (tulang rusuk)
  • Mengetatkan dada
  • Sakit di punggung bawah (di kawasan ginjal)
Virus menyerang hujung saraf;

Perbezaan antara keletihan dan sesak nafas:
  • Kekurangan udara adalah ketika orang itu duduk - tanpa berusaha - dan kehabisan nafas;
  • Keletihan adalah ketika orang itu bergerak untuk melakukan sesuatu yang sederhana dan merasa letih.
Ia memerlukan banyak penghidratan dan vitamin C.

Covid-19 mengikat oksigen, jadi kualiti darah kurang baik, dengan kurang oksigen.

 Fasa ke-3 - penyembuhan;
  • Pada hari ke-9, fasa penyembuhan bermula, yang boleh berlangsung sehingga hari ke-14 (pemulihan).
  • Jangan kelewatan rawatan, semakin cepat semakin baik!
Semoga berjaya semua! 

Lebih baik menyimpan cadangan ini, pencegahan tidak terlalu banyak

Duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit
  • Rehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam.
  • Minum 1 setengah liter air sehari
  • Semua makanan mesti panas (tidak sejuk).
Perlu diingat bahawa pH coronavirus berkisar dari 5.5 hingga 8.5.
 
Jadi yang perlu kita lakukan untuk menghapuskan virus adalah dengan memakan lebih banyak makanan beralkali, melebihi paras asid virus.
As;
  • Pisang, Kapur → 9,9 pH
  • lemon kuning → 8.2 pH
  • Avocado - pH 15.6
  • ​​Bawaang putih - pH 13.2
  • Mangga - pH 8.7
  • Mandarin - pH 8.5
  • Nanas - 12.7 pH
  • Selada air - 22.7 pH
  • Jeruk - 9.2 pH
Bagaimana anda tahu anda menghidapi Covid-19?!
  • tekak gatal
  • Tekak kering
  • Batuk kering
  • Suhu tinggi
  • Kesukaran bernafas
  • Kehilangan bau dan rasa
Dr. Zaleha Md Amin

Jangan simpan maklumat ini hanya untuk diri sendiri, berikan kepada semua keluarga dan rakan anda.



Rabu, 2 Jun 2021

Moratorium PKP 0.3 ( 2021)


Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) menjelaskan bahawa moratorium pinjaman akan merangkumi semua peminjam dari isi rumah berpendapatan B40 yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat.

Penjelasan itu hadir selepas kenyataan awal semalam yang mengatakan moratorium pinjaman hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan.

ABM menjelaskan bahawa moratorium akan diberi kepada Kategori berikut:

  • PKS yang tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
  • Perusahan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah kawalan Pergerakan.
  • Golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup(BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)



Khasiat Bunga Cengkih




Pembasmi kuman secara semula jadi

Bunga cengkih mempunyai beberapa ciri-ciri anti bakteria. Jadi, ianya boleh menjadi pembasmi kuman secara semula jadi.

Jadikan bunga cengkih dalam bentuk minyak setelah itu tambahkan beberapa titisan ke dalam air bersama bau kegemaran anda sebagai contoh lemon atau lavender. Ianya boleh digunakan untuk membasmi kuman di rumah.

Kenyataan ini terbukti melalui penyelidikan saintifik yang melaporkan aktiviti antimikrob yang luar biasa oleh cengkih.

Kandungan eugenol dan carvacrol didapati berperanan melawan serangan mikrob.


Dapatkan  Bunga Cengkih link di bawah 



Rujuk:  bidadari.my






Pembayaran i-Sinar diawalkan




i-Sinar Jun -  Pembayaran Diawalkan Bermula 1 Jun

Setelah pembayaran i-Lestari tamat pada April lalu, kini giliran i-Sinar pula. Segolongan besar penerima i-Sinar akan berakhir pada bulan Jun.

Setelah diperkenalkan hampir 6 bulan, ternyata i-Sinar sangat membantu penerima lebih-lebih lagi mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Pembayaran i-Sinar

i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.

Kemudahan ini diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020 dan dilancarkan bermula Januari 2021.

Jadual Pembayaran i-Sinar Jun 2021





Pembayaran i-Sinar untuk bulan Jun dijangkakan akan bermula pada 3 Jun nanti. Tetapi pihak KWSP telah mengawalkan tarikh bayaran dengan menukarkan pada i-Akaun masing-masing.

Oleh itu, pembayaran telah diawalkan bermula 1 Jun 2021. Seperti biasa pembayaran ialah secara berperingkat.

Penerima kumpulan/batch pertama akan menerima wang bermula 1 Jun dan diikuti oleh batch yang seterusnya.

Sekiranya pembayaran bermula pada 1/6/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 3/5/2021 yang lalu.

Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 2/6/2021 maka penerima pada 4/5/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.

Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 3/6/2021 maka penerima pada 5/5/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.

Dan begitulah yang seterusnya.

Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (tidak dinyatakan).

Semak Tarikh Pembayaran melalui i-Akaun

Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Jun 2021

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Jun dan bulan seterusnya, sila rujuk langkah di bawah:

Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web 


Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar

kredit : kerjasemasa.com


Kerja di Ladang FELDA sekarang

 



Tawaran Kerja Borong Kecil (KBK)

Pada siri lalu, admin kongsikan video berkenaan tawaran Kerja Borong Kecil (KBK) yang membuka peluang kepada mereka untuk menceburi sektor perladangan sawit.

Alhamdulillah maklum balas yang diterima admin amat menggalakkan sekali gus menjadi petanda melihat sektor ini disertai anak-anak tempatan.

Video siri kedua kali ini Ketua Bahagian Perolehan FELDA Plantation Management Sdn. Bhd., (FPMSB) menyarankan kepada mereka menyertai KBK sebagai langkah awal untuk bergerak lebih jauh sebagai kontraktor ladang.

Selain itu, Admin menemubual Pengurus FPMSB Bukit Rokan, Encik Mohd. Yussaini Mohd Nor yang menceritakan sudah ada anak peneroka dan menantu peneroka terlibat dalam KBK.

Malah beliau mengalu-alukan lebih ramai lagi anak tempatan menyertai KBK dalam menambah pendapatan.
  • Lima KBK ditawarkan oleh FPMSB iaitu:
  • Menuai
  • Membaja
  • Merumput
  • Memangkas pelepah
  • Kawalan musuh dan penyakit.
Untuk siri seterusnya, Admin turut menemubual mereka yang terlibat dengan KBK. Apa yang menarik, kerja di ladang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada mereka.

Jom kita saksikan dan sebarkan video ini untuk lebih ramai menyertainya.


Kredit : Felda Technoplant Sdn Bhd

Selasa, 1 Jun 2021

Pemandu Teksi Terima Sumbangan

 


PEMANDU TEKSI DI KUANTAN TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Video : Azmaidi Abidin

KUANTAN.  Kerajaan Pahang menyampaikan sumbangan bersasar sebanyak RM36,600 kepada pemandu teksi berdaftar di daerah ini yang disampaikan sendiri oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata sumbangan itu diberikan sebagai bantuan kepada golongan ini semasa penularan wabak COVID-19. - 

Disediakan oleh Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)

Kredit : Media Pahang 1 Jun 2021



#MajuTerusPahang
#Pahang1st

Surat kebenaran perjalanan Operasi Sektor Perladangan dan Komoditi



PERHATIAN

Surat kebenaran perjalanan semasa pelaksanaan penutupan penuh (Total Lockdown) mulai 1 hingga 14 Jun 2021. 

Link utk pdf disini: 

Surat Kebenaran Perjalanan

Mohon scan QR Code pada surat untuk mendapatkan dokumen sahih lain. 


2021 2 Surat Kebenaran Perjalanan Aktiviti Sawit Seluruh Negara Semasa Pelaksanaan Total Lockdown New by Nan Zul on Scribd


Surat Penurunan Kuasa KSU kepada Agensi PKP

AddToAny