PEMANJANGAN BAYARAN SECARA ONE-OFF KEPADA PASANGAN PENERIMA PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) BAGI PENERIMA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
10 MEI 2021 – Bagi menzahirkan penghargaan tinggi Kerajaan terhadap perjuangan warga ATM dalam membebaskan negara daripada ancaman pengganas komunis dan membuktikan keprihatinan Kerajaan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat termasuklah pasangan (balu/duda) penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang telah meninggal dunia, Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet pada 21 April 2021 bersetuju untuk memanjangkan pemberian sebanyak RM500 secara one-off kepada 5,460 orang balu/duda penerima PJM yang telah meninggal dunia dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.73 juta dengan syarat penerima PJM tersebut tidak pernah menerima bayaran PJM secara one-off sebelum ini.
Mekanisme pemanjangan pembayaran secara one-off kepada balu/duda penerima PJM yang telah meninggal dunia ini akan dibuat secara berperingkat sebagaimana pelaksanaan pembayaran secara one-off kepada 121,816 orang veteran penerima PJM yang masih hidup pada tahun 2020. Atas keprihatinan Kerajaan membantu balu/duda penerima PJM yang telah meninggal dunia ini membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri, bayaran peringkat pertama akan dibuat mulai pada 12 Mei 2021 dan dijangka selesai pada 30 Julai 2021.
Walau bagaimanapun bagi memastikan pemberian wang tunai secara one-off ini berjalan lancar, balu/duda penerima PJM yang telah meninggal dunia perlu memastikan akaun bank adalah berstatus aktif dan mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan pihak JHEV ATM menghubungi balu/duda untuk urusan pembayaran PJM secara one-off ini. Urusan pengemaskinian maklumat ini boleh dilaksanakan dengan menghubungi Call Centre JHEV ATM di talian 03-26976600 atau hadir ke Pejabat JHEV ATM yang terdekat selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021 untuk tindakan selanjutnya. JHEV ATM juga mengambil inisiatif menyediakan kemudahan semakan kelayakan dan kemaskini maklumat balu/duda bagi penerima PJM Veteran ATM tidak berpencen yang telah meninggal dunia secara atas talian di portal https://kemaskinipjm.jhev.gov.my mulai pada 24 Mei 2021.
MEJ JEN DATO’ DZULKARNAIN BIN AHMAD
KETUA PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
KEMENTERIAN PERTAHANAN
KUALA LUMPUR
10 MEI 2021
1 ulasan:
Do you need personal loan?
Loan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036
Catat Ulasan