responsif teks foto

Sabtu, 22 Mei 2021

Kedegilan penjawat awam di Kompaun RM 5000



LIPIS – Kedegilan seorang penjawat awam yang menanggalkan gelang merah jambu untuk keluar daripada rumah membawa padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 di Kampung Perlak, Padang Tengku, Lipis semalam.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 47 tahun yang memiliki kelulusan ijazah sarjana muda itu didapati melanggar arahan kuarantin dengan keluar daripada rumah untuk ke surau dan kebun.

“Hasil pemeriksaan pasukan pemantau di rumahnya mendapati lelaki berkenaan yang sepatutnya berada di rumah telah keluar dan pergi ke kebun serta surau dan polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000.

“Sepatutnya dalam tempoh kuarantin ini dia mesti berada di rumah dan sentiasa memakai gelang merah jambu seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan diarahkan mengikut sepenuhnya Seksyen 22 (b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan Seksyen 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 supaya menjalankan kuarantin di rumah serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pada itu, beliau berkata, seorang tukang gunting dan seorang penganggur dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah kedai gunting di Jalan Lipis-Benta.

“Kita akan terus membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis serta kediaman dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mengenakan kompaun terhadap individu yang masih ingkar mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan,”ujarnya.

Kredit  KOSMO


1 ulasan:

urgent loan berkata...

Do you need personal loan?
Loan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036

AddToAny