responsif teks foto

Rabu, 22 Jun 2022

Bayaran Tambahan BKM



Kerajaan memutuskan membuat bayaran tambahan RM50 dan RM100 kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan  menyalurkan bantuan tunai tambahan itu kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

Setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022.








 

Isnin, 20 Jun 2022

Harga Ayam semakin naik, Pengguna perlu faham


Harga ayam semakin tidak terkawal apabila mula dijual dari RM10.40 sehingga RM11.50 sekilogram, sekali gus melepasi had siling RM8.90 yang ditetapkan.



Walaupun saya tidak menyokong kenaikan harga ayam namun kita harus rasional isu pemakanan ayam iaitu harga jagung bijian di pasaran antarabangsa. Tambahan kenaikan Dollar Amerika menyebabkan kos pembelian jagung bijian semakin meningkat.

Ini kerana 50% - 70% formula penghasilan makanan ternakan ayam khususnya menggunakan jagung bijian.

Penghasilan jagung bijian dalam negara hanyalah sekitar 0.07 juta tan setahun berbanding keperluannya ialah sekitar 4 juta tan setahun.

Antara 5 penternak ayam daging dan pengeluaran telur ayam terbesar di Malaysia ialah:

1. Leong Hup
2. CP (milik corporate Thailand)
3. Huat Lai
4. Dinding
5. FFM

Kita mengimport 93% jagung bijian dari Argentina dan Brazil. Hanya 7% dari Amerika Syarikat, Paraguay, Pakistan dan Thailand.
Di kalangan negara-negara ASEAN, Indonesia menghasilkan 18 juta tan setahun, Filipina 8 juta tan, Vietnam 6 juta tan dan Thailand 5 juta tan. Kesemua negara-negara ini hampir atau telah mencapai tahap sara diri yakni tidak perlu mengimport jagung bijian untuk keperluan negara.
Peningkatan import jagung bijian memberi kesan negatif terhadap imbangan dagangan negara dan impak secara terus kepada penternak.

Hanya baru-baru inilah kerajaan "nampak serious" utk mula mengusahakan tanaman jagung bijian secara besar-besaran. Namun hasilnya akn nampak dlm sekurang-kurangnya 3 tahun lagi.
Kerajaan Selangor sendiri akn mengusahakan penanamsn jagung bijian di Kuala Langat atas tanah simpanan.

Begitu juga kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan akn menggusahakan penanaman jagung di tanah bekas projek penternakan lembu yg tergendala di Gemas, Negeri Sembilan.

FGV akn menanam jagung bijian di atas tanah bekas ladang gula Chuping, Perlis.
Di Kelantan juga akn ditanam jagung bijian atas tanah bekas tanaman tembakau.
Namun sasaran negara jika dapat mencapai ke tahap 30% keperluan negara pun sudah memadai. Sekurang-kurangnya ia tidak terlalu bergantung kepada import.

Jagung yang ditanam di Malaysia terdiri daripada jagung manis dan jagung bijian. Jagung manis akan matang dalam 70 hari dan dipungut hasilnya ketika kulitnya masih hijau. Manakala jagung bijian perlu lebih lama iaitu antara 100 – 105 hari dan dipungut ketika kulitnya telah perang.

Penanaman jagung bijian memerlukan taburan musim hujan dan kering yang seragam dan konsisten.
Oleh itu kawasan yang paling sesuai untuk penanaman jagung bijian ialah di utara negeri-negeri di pantai barat Semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.

Di selatan, Gemas adalah sesuai kerana ia adalah salah satu kawasan terkering di Malaysia.
Selain itu di pesisir pantai di negeri-negeri pantai timur Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor utara.
Jika tidak dimulakan dari sekarang juga dikhuatiri masalah kenaikan harga ayam dan telur ayam akn berterusan.

Di pihak rakyat yang tidak memahami situasi sebenar akan terus membelasah pengusaha, penternak dan kerajaan.

Begitu juga memarahi pihak penjual kerana kenaikan harga ayam dan telur ayam di pasaran.
Namun masalah sebenar berlaku di peringkat paling asas iaitu kita terpaksa mengimport jagung bijian yang merupakan bahan asas penternakan ayam.

FB Megat Hisemudin Megat Kasim


Isnin, 13 Jun 2022

Kambing sakit mulut

 


Penyakit Mulut.

Penyakit mulut disebabkan oleh kuman virus dan merupakan satu penyakit yang mudah berjangkit.  Kambing yang dijangkit oleh virus ini akan menunjukan tanda-tanda penyakit selepas 36 – 48 jam kemudian.  Pada mulanya ketumbuhan kecil seperti jerawat yang bernanah akan terjadi di dalam mulut. Bibir dan lidah kambing.  Bintil-bintil ini akan merebak meliputi seluruh mulut dan lidah sehingga menyebabkan kambing susah untuk makan. Jangkitan adalah melalui sentuhan dengan kambing yang berpenyakit atau memakan rumput atau pasture yang baru saja diragut oleh kambing yang membawa penyakit ini. 

Virus boleh memasuki tisu dalam badan melalui luka-luka pada kulit bibir dan mulut.  Walaupun penyakit ini boleh menjangkit semua peringkat umur kambing, jarang sekali terdapat kematian di kalangan kambing dewasa yang mengidap penyakit ini.  Penyakit ini dengan sendiri tidak membunuh kambing, tetapi anak-anak kambing boleh mati akibat kebuluran kerana mulutnya sakit mendapat makanan yang cukup. Sebenarnya penyakit ini tidak ada ubatnya. Apabila kambing terjangkit oleh penyakit ini, penternak hendaklah berusaha mengawal penyakit ini supaya jangkitan sekunder tidak berikutan.  

Sapukan iodine pada luka-luka di bibir dan asingkan kambing yang berpenyakit daripada yang lain.  Sebagai langkah mengelakkan penyakit ini daripada merebak, penternak boleh menyuntik semua kambing dengan vaksin yang boleh didapati daripada pejabat Perkhidmatan Haiwan. (Pejabat Veterinar)

Setelah buat laporan pada Pejabat Veterinar Daerah Lipis dan Daftar kandang untuk dapatkan No Premis, Staf dari pejabat telah datang melawat kandang pada 15 Jun 2022 seterusnya buat suntikan yang pertama kepada semua kambing.




Cara merawat Mulut kambing bengkak



Sabtu, 11 Jun 2022

Cara buat baja 'Bokashi'

 


Merupakan salah satu bahan atau baja organik yang begitu populat di Malaysia. Kaedah penyediaanya yang mudah, ringkas dan elemen yang sangat baik untuk tanaman. Bokashi merupakan bahan yang baik untuk membaiki elemen tanah melibatkan aspek penguraian sisa lebih cepat dan menggalakan micorganisma berguna tanah untuk membiak.

Kos penghasilanya yang rendah serta mudah dilakukan oleh petani tempatan. Selamat mencuba.

Khamis, 9 Jun 2022

Gelombang Kelaparan Melanda Seluruh Dunia

 




Bahan Makanan secara global telah naik hingga lebih dari 29% year to date. Cadangan Bahan makanan di Mesir hanya sanggup bertahan 6 bulan aja.  Sementara negara-negara seperti di Ethiopia, Nigeria, South Sudan, Afghanistan, Yemen hampir tidak mempunyai cadangan makanan sama sekali


Jumaat, 3 Jun 2022

Skim Pembiayaan Mudah Sawit (Agro Bank - MPOB)

 


Permohonan dibuka!!

Skim Pembiayaan Mudah (Agro Bank - MPOB)
Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) 
Dapatkan borang permohonan di mana-mana Cawangan Agro Bank atau Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara

Hantarkan permohonan anda kepada cawangan Agro Bank berdekatan anda

Objektif
Memudahkan pekebun kecil sawit untuk membeli input pertanian seperti anak benih, baja serta bahan kawalan perosak seperti racun rumpai dan racun serangga perosak
  • Kadar pembiayaan = RM2,500 bagi setiap hektar
  • Jumlah pembiayaan maksima RM16,250
  • Tempoh pembiayaan 24 bulan
Hantarkan permohonan anda bersama dokumen-dokumen seperti senarai di bawah kepada mana-mana cawangan Agro Bank yang tedekat
Borang permohonan yang lengkap diisi
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan dokumen pemilikan tanah
  • Salinan lesen MPOB
Pegawai yang boleh dihubungi
Pn. Rahmahwati Rasuddin - 03-8769 3855 (rahmahwati@mpob.gov.my)
Atau hubungi talian di bawah

03-8769 4370
03-8769 4255
03-8769 3930


Kredit FB Malaysian Palm Oil Board - MPOB

Rabu, 1 Jun 2022

Kereta api pertama di Tanah Melayu

 


Hari ini 137 tahun yang lalu, laluan kereta api pertama di Tanah Melayu dibuka, menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang).

Kerja-kerja pembinaannya bermula pada 1881 dibiayai oleh kerajaan British Perak dengan kos keseluruhan $7,000. Ianya sepanjang 8.25 batu (13.28km), dibina untuk mengangkut bijih timah dari lombong-lombong di Taiping ke pekan pelabuhan Port Weld.

Pembinaannya berdepan cabaran antaranya peruntukan tidak mencukupi serta keadaan muka bumi yang berpaya & terpaksa ditambak dengan tanah yang diangkut dari Taiping. Apabila siap, ia dirasmikan oleh Residen British Perak ke-4, Hugh Low.

Kemudian beberapa laluan dibina di serata Tanah Melayu. Menjelang hujung kurun ke-19, sekurang-kurangnya ada 6 laluan berasingan antaranya di Muar, Selangor (Klang-KL), Sungai Ujong (Seremban-P.Dickson), Province Wellesley (Prai-B.Mertajam) & Singapura.

Pada 1901, semua perkhidmatan kereta api digabungkan di bawah satu pentadbiran iaitu Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (KNMB). Sistem kereta api di Negeri-Negeri Selat (Melaka & Singapura) diserap masuk ke dalam gabungan itu pada 1905.

Ketika pendudukan Jepun, banyak laluan cawangan kecil ditutup & dibongkar untuk digunakan untuk pembinaan laluan kereta api Siam-Burma. Selepas perang, laluan yang terputus dibaiki semula & KNMB ditukar nama kepada Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada 1948.

Lokomotif diesel elektrik mula digunakan pada Julai 1957 menggantikan lokomotif stim secara beransur hingga yang terakhir beroperasi pada 1974. Pada 1972, laluan bersejarah Taiping-Port Weld ditutup apabila laluan baharu dibina.

Apabila Akta Kereta Api 1991 diluluskan sebagai langkah mengkorporatkan perkhidmatan kereta api di negara ini, KTM mula dikenali secara rasmi sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 1 Ogos 1992.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, KTMB

AddToAny