Harga ayam semakin tidak terkawal apabila mula dijual dari RM10.40 sehingga RM11.50 sekilogram, sekali gus melepasi had siling RM8.90 yang ditetapkan.
Ini kerana 50% - 70% formula penghasilan makanan ternakan ayam khususnya menggunakan jagung bijian.
Penghasilan jagung bijian dalam negara hanyalah sekitar 0.07 juta tan setahun berbanding keperluannya ialah sekitar 4 juta tan setahun.
Antara 5 penternak ayam daging dan pengeluaran telur ayam terbesar di Malaysia ialah:
1. Leong Hup
2. CP (milik corporate Thailand)
3. Huat Lai
4. Dinding
5. FFM
Kita mengimport 93% jagung bijian dari Argentina dan Brazil. Hanya 7% dari Amerika Syarikat, Paraguay, Pakistan dan Thailand.
Di kalangan negara-negara ASEAN, Indonesia menghasilkan 18 juta tan setahun, Filipina 8 juta tan, Vietnam 6 juta tan dan Thailand 5 juta tan. Kesemua negara-negara ini hampir atau telah mencapai tahap sara diri yakni tidak perlu mengimport jagung bijian untuk keperluan negara.
Peningkatan import jagung bijian memberi kesan negatif terhadap imbangan dagangan negara dan impak secara terus kepada penternak.
Hanya baru-baru inilah kerajaan "nampak serious" utk mula mengusahakan tanaman jagung bijian secara besar-besaran. Namun hasilnya akn nampak dlm sekurang-kurangnya 3 tahun lagi.
Kerajaan Selangor sendiri akn mengusahakan penanamsn jagung bijian di Kuala Langat atas tanah simpanan.
Kerajaan Selangor sendiri akn mengusahakan penanamsn jagung bijian di Kuala Langat atas tanah simpanan.
Begitu juga kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan akn menggusahakan penanaman jagung di tanah bekas projek penternakan lembu yg tergendala di Gemas, Negeri Sembilan.
FGV akn menanam jagung bijian di atas tanah bekas ladang gula Chuping, Perlis.
Di Kelantan juga akn ditanam jagung bijian atas tanah bekas tanaman tembakau.
Namun sasaran negara jika dapat mencapai ke tahap 30% keperluan negara pun sudah memadai. Sekurang-kurangnya ia tidak terlalu bergantung kepada import.
Jagung yang ditanam di Malaysia terdiri daripada jagung manis dan jagung bijian. Jagung manis akan matang dalam 70 hari dan dipungut hasilnya ketika kulitnya masih hijau. Manakala jagung bijian perlu lebih lama iaitu antara 100 – 105 hari dan dipungut ketika kulitnya telah perang.
Penanaman jagung bijian memerlukan taburan musim hujan dan kering yang seragam dan konsisten.
Oleh itu kawasan yang paling sesuai untuk penanaman jagung bijian ialah di utara negeri-negeri di pantai barat Semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
Di selatan, Gemas adalah sesuai kerana ia adalah salah satu kawasan terkering di Malaysia.
Selain itu di pesisir pantai di negeri-negeri pantai timur Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor utara.
Jika tidak dimulakan dari sekarang juga dikhuatiri masalah kenaikan harga ayam dan telur ayam akn berterusan.
Di pihak rakyat yang tidak memahami situasi sebenar akan terus membelasah pengusaha, penternak dan kerajaan.
Begitu juga memarahi pihak penjual kerana kenaikan harga ayam dan telur ayam di pasaran.
Namun masalah sebenar berlaku di peringkat paling asas iaitu kita terpaksa mengimport jagung bijian yang merupakan bahan asas penternakan ayam.
FB Megat Hisemudin Megat Kasim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan