responsif teks foto

Isnin, 13 Jun 2022

Kambing sakit mulut

 


Penyakit Mulut.

Penyakit mulut disebabkan oleh kuman virus dan merupakan satu penyakit yang mudah berjangkit.  Kambing yang dijangkit oleh virus ini akan menunjukan tanda-tanda penyakit selepas 36 – 48 jam kemudian.  Pada mulanya ketumbuhan kecil seperti jerawat yang bernanah akan terjadi di dalam mulut. Bibir dan lidah kambing.  Bintil-bintil ini akan merebak meliputi seluruh mulut dan lidah sehingga menyebabkan kambing susah untuk makan. Jangkitan adalah melalui sentuhan dengan kambing yang berpenyakit atau memakan rumput atau pasture yang baru saja diragut oleh kambing yang membawa penyakit ini. 

Virus boleh memasuki tisu dalam badan melalui luka-luka pada kulit bibir dan mulut.  Walaupun penyakit ini boleh menjangkit semua peringkat umur kambing, jarang sekali terdapat kematian di kalangan kambing dewasa yang mengidap penyakit ini.  Penyakit ini dengan sendiri tidak membunuh kambing, tetapi anak-anak kambing boleh mati akibat kebuluran kerana mulutnya sakit mendapat makanan yang cukup. Sebenarnya penyakit ini tidak ada ubatnya. Apabila kambing terjangkit oleh penyakit ini, penternak hendaklah berusaha mengawal penyakit ini supaya jangkitan sekunder tidak berikutan.  

Sapukan iodine pada luka-luka di bibir dan asingkan kambing yang berpenyakit daripada yang lain.  Sebagai langkah mengelakkan penyakit ini daripada merebak, penternak boleh menyuntik semua kambing dengan vaksin yang boleh didapati daripada pejabat Perkhidmatan Haiwan. (Pejabat Veterinar)

Setelah buat laporan pada Pejabat Veterinar Daerah Lipis dan Daftar kandang untuk dapatkan No Premis, Staf dari pejabat telah datang melawat kandang pada 15 Jun 2022 seterusnya buat suntikan yang pertama kepada semua kambing.




Cara merawat Mulut kambing bengkak





Tiada ulasan:

AddToAny