responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label lipis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lipis. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2026

Lingkaran Tengah Utama (CSR) Lipis 2026.

 


LTU/CSR LIPIS (Persimpangan Kechau) - RAUB (Persimpangan Raub (Utara)
Jajaran sepanjang 57 km ini melibatkan Pakej 3, 4 & 5 dengan pecahan Seksyen berikut:

1. Seksyen 3H Tambahan: Kg. Kechur ke Kg. Seberang Jelai (3.85 km) - Siap
2. Seksyen 3J: Kg. Seberang Jelai ke Kg. Relong (6.65 km) - Hampir Siap
3. Seksyen 4A: Kg. Relong ke Ladang Jerkoh (15 km) - Siap
4. Seksyen 4B: Ladang Jerkoh ke Sega Lama (10.25 km) - Dalam pembinaan
5. Seksyen 4C: Sega Lama ke Kuala Dong (5.80 km) - Siap
6. Seksyen 4D: Kuala Dong ke Kg. Tanah Bercangkul (Raub) (13.60 km) - Siap
7. Sebahagian Seksyen 5A: Kg. Tanah Bercangkul - Persimpangan Raub (U) (2.6 km) - Siap
8. Seksyen 4B: Dari Kuala Atok ke Ladang Jerkoh: OTW
9. Seksyen 4A: Dari Ladang Jerkoh ke Empang Jaleh:OTW
10. Seksyen 4A: Dari Empang Jaleh ke Kg. Relong:OTW
11. Seksyen 3J: Dari Kg. Relong ke Kg. Seberang Jelai:OTW
12. Seksyen 3H Tambahan: Kg. Seberang Jelai ke Persimpangan Kechau: OTW
11.  Benta Link

Persimpangan Bapong/Relong

Kredit FB : Fawwaz Media

Isnin, 31 Ogos 2026

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69

 







Sekitar Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Di Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis Pahang. Pada 31 Ogos 2026.


Jumaat, 10 Julai 2026

Kak Yah, Makcik gelang banyak

 




Assalamualaikum..

Harini 09 July adalah hari lahir abah.. Al fatihah abah.. Dan harini juga tamatlah sudah tempoh iddah ma.. Untuk makluman.. Ibu manja.. kak yah atau dikenali MAKCIK GELANG BANYAK …
Takkan meniaga lagi untuk selamanya dibumi Kuala Lipis.. Jutaan terima kasih kerana saban hari membeli menyokong jualan ibu bapa saya selama 32TAHUN.. setiap pagi meniaga dari 5pagi saban hari tanpa kenal hari cuti hujan panas.. Ibu bapa saya menyaksikan jatuh bangun pembangunan bandar lama kuala lipis dari 1993 hingga 2026.. dari meniaga atas Pasar Ikan ke arena camellia hingga ke kini.. Dari bazar ramadhan di bandar lama hingga skrg di Dewan jubli.. Saban tahun meniaga bazar ramadhan.. berebut kuih.. customer marah kuih tak sempat beli.. kuih habis… Siapa tak kenal KAKYAH GELANG BANYAK GORENG PISANG pagi2 kan.. terlalu banyak moment yang tersemat di kalbu selama 32thn ini.. Setiap permulaan akan ada pengakhiran.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. itu semua kenangan..

Kami menyusun 10 jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa salah silap selama mencari rezeki di bumi lipis ini. Kuala Lipis dalam kenangan.

Kredit FB ; Adelia Deana


Rabu, 13 Mei 2026

Projek Jambatan Kampung Kuala Lambar.


LIPIS TERIMA SATU LAGI PROJEK JAMBATAN DI KUALA LAMBAR

11 Mei 2026 

Daerah Lipis sekali lagi menerima berita gembira apabila projek Menaiktaraf Jambatan Konkrit Kuala Lambar, Lipis, Pahang secara rasminya memasuki fasa pelaksanaan susulan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) yang telah berlangsung di Menara G, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan turut dihadiri wakil Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), pegawai-pegawai kanan JKR Malaysia, JKR Negeri Pahang, JKR Daerah Lipis serta pihak kontraktor yang dilantik.

Projek ini merupakan satu lagi inisiatif penting kerajaan dalam memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar khususnya bagi penduduk Kampung Kuala Lambar yang sebelum ini bergantung kepada jambatan gantung sebagai laluan utama menyeberangi sungai.
 
Struktur jambatan lama tersebut telah mengalami kerosakan teruk akibat banjir besar pada Januari 2021 sehingga menjejaskan keselamatan dan pergerakan harian penduduk.

Melalui pelaksanaan projek ini, sebuah jambatan konkrit baharu akan dibina bagi menyediakan laluan yang lebih selamat, selesa dan berdaya tahan kepada masyarakat setempat. 
Antara skop utama projek ialah:
  • Pembinaan jambatan konkrit baharu sepanjang 49 meter
  • Menaiktaraf jalan tuju ke jambatan
  • Kerja-kerja sistem perparitan
  • Pemasangan perabot jalan dan ciri keselamatan jalan
  • Pemasangan lampu jalan solar LED
  • Kerja-kerja pengalihan utiliti berkaitan
Jambatan baharu ini turut direka dengan spesifikasi teknikal yang lebih moden dan kukuh termasuk penggunaan 900mm diameter bored pile foundation serta konsep semi-integral bridge bagi meningkatkan ketahanan struktur terhadap beban dan risiko bencana banjir.

Projek bernilai RM4.85 juta ini telah dianugerahkan kepada IXIS Corporation Sdn. Bhd. melalui kaedah tender terbuka dengan tempoh pelaksanaan selama 96 minggu. Projek bermula pada 8 Mei 2026 dan dijadual siap sepenuhnya pada 9 Mac 2028.

Pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui KKDW dan JKR Malaysia dalam memastikan penduduk luar bandar menikmati akses infrastruktur yang lebih baik, selamat dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

Semoga projek ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi penduduk Kampung Kuala Lambar serta kawasan sekitarnya pada masa hadapan.

Kredit : JKR Lipis – Komited, Telus dan Berintegriti Demi Rakya


 

Sabtu, 15 November 2025

Karnival Aspirasi Pahang Lipis 2025

 

 
Jom datang meriahkan Karnival Aspirasi Pahang1st Lipis yang akan berlangsung pada
21–23 November 2025 (Jumaat, Sabtu, Ahad) di Padang Awam Kampung Gua, Lipis
Tiga hari penuh dengan pelbagai aktiviti untuk keluarga, anak muda, warga emas — pendek kata, memang ada sesuatu untuk semua orang.


Sepanjang karnival, pengunjung boleh menikmati permainan rakyat, aktiviti sukan, pameran agensi kerajaan, jualan Rahmah & Agro MADANI, serta pelbagai aktiviti menarik dari pagi sampai malam. Karnival ini juga membawakan artis undangan khas pada malam Pentas seni iaitu Dato Jamal Abdillah dan Apex Tajudin. 


Anak-anak pun tak bosan — ada Petting Zoo, sauk ikan, gol & panah, dan Kahoot Game
Pendek kata — datanglah bersama keluarga dan kawan-kawan.
Makan ada, hiburan ada, permainan ada, hadiah pun ada.
Masuk pun percuma!


Jadi, kosongkan jadual hujung minggu tu dan jom sama-sama memeriahkan Karnival Aspirasi Pahang1st Lipis 


Kita jumpa di Padang Awam Kampung Gua, Lipis

 

Jumaat, 14 November 2025

Permohonan Perumahan PRIMA Tempoyang 2025/2026

 
 Untuk sesiapa yang berminat. Masih dibuka utk permohonan rumah PRIMA @ Tempoyang Projek kami ini  
Untuk yang dah dapat tawaran, kami akan maklum semula bila akan dibuka utk buat pilihan lot rumah 

 

Khamis, 2 Oktober 2025

Hari Sukan Negara 2025

🏃🎉 MOH TURUN PADANG! 🎉🏃

Moh aokme kita meriahkan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Pahang dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur! 💪

📆Tarikh: 10 - 12 Oktober 2025 

 📍Lokasi: Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis

Lebih daripada 30 aktiviti kali ini 🔥

Antara aktiviti yang menarik menanti anda semua:
✨ Segmen Rekreasi
✨ Segmen Kecergasan
✨ Segmen Sukan Untuk Semua
✨ Segmen Minoriti
✨ Food Mania by Letops Fest
✨ Booth Pameran dan Jualan 
✨ Cabutan Bertuah🎁

Pakat belake rodong-rodong bagi penuh, bagi ramai 👫👬👫👬👫👬

Jumaat, 19 September 2025

20 Bandar Paling Bahagia 2025.








Pada tahun 2025, Malaysia telah mengiktiraf 20 bandar sebagai ‘Bandar Paling Bahagia’ melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia yang dijalankan oleh PLANMalaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pengiktirafan ini bertujuan menilai dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Pengiktirafan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada bandar-bandar lain di Malaysia untuk terus meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Ia juga menjadi bukti komitmen kerajaan dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk kesejahteraan rakyat.

Indeks Kebahagiaan Malaysia 2025 bukan sekadar senarai, tetapi cerminan usaha bersama dalam membina negara yang lebih bahagia dan sejahtera.

Kriteria Pemilihan

Penetapan bandar paling bahagia itu dibuat melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2025 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Kajian Indeks Kebahagiaan 2025 menggunakan beberapa kriteria utama untuk menilai tahap kebahagiaan sesebuah bandar antaranya ialah:

Kemudahan Infrastruktur: Akses kepada kemudahan asas seperti pengangkutan, pendidikan, dan perumahan.

Kesejahteraan Mental dan Fizikal: Tahap kesihatan mental dan fizikal penduduk diukur melalui pelbagai indikator seperti akses kepada perkhidmatan kesihatan dan tahap tekanan hidup.

Kualiti Perkhidmatan Awam: Kepuasan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan, termasuk pengurusan sisa pepejal, kebersihan persekitaran, dan kemudahan awam.

Hubungan Kekeluargaan dan Komuniti:
Kekuatan hubungan sosial dan sokongan komuniti memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan.

Keselamatan dan Keamanan: Tahap keselamatan di kawasan perumahan dan tempat awam.

Keseimbangan Hidup dan Kerja: Kemampuan penduduk untuk mencapai keseimbangan antara kehidupan peribadi dan pekerjaan.

Penilaian juga adalah berlandaskan kriteria dan garis panduan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu dengan mendapatkan hasil persepsi dan perasaan penduduk setempat.

Berikut adalah senarai 20 bandar yang diiktiraf sebagai bandar paling bahagia pada tahun 2025, dibahagikan mengikut kategori PBT:

Kategori Majlis Daerah:
  • Bandar Lipis, Pahang
  • Cameron Highlands, Pahang
  • Bandar Kuala Krai, Kelantan
  • Bandar Baharu, Kedah
  • Bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Bandar Jerantut, Pahang
  • Bandar Jelebu, Negeri Sembilan
  • Bandar Telupid, Sabah
  • Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran:
  • Bandar Bintulu, Sarawak
  • Bandar Temerloh, Pahang
  • Bandaraya Diraja Klang, Selangor
  • Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Bandar Jasin, Melaka
  • Bandar Pontian, Johor
  • Bandar Ampang Jaya, Selangor
  • Bandar Batu Pahat, Johor
  • Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka
  • Bandaraya Petaling Jaya, Selangor
  • Bandaraya Johor Bahru, Johor
  • Bandar Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Senarai 20 bandar paling bahagia 2025 ini enunjukkan bahawa kebahagiaan tidak hanya bergantung kepada pembangunan ekonomi, tetapi juga kepada kesejahteraan sosial, persekitaran yang bersih, dan hubungan komuniti yang erat.

Bandar-bandar ini menjadi contoh bagaimana keseimbangan antara pembangunan dan kesejahteraan penduduk dapat dicapai.

Sumber: Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan

Keunikan 5 Bandar Paling Bahagia 2025 (Kategori Majlis Daerah)

1. Bandar Lipis, Pahang

Bandar Lipis, ibu daerah bagi Kuala Lipis, dipilih sebagai salah satu bandar paling bahagia di Malaysia kerana keseimbangan antara sejarah, budaya, dan kehijauan semula jadi yang menenangkan.

Terletak di Pahang, bandar ini terkenal dengan persekitaran yang nyaman dan udara yang segar, menjadikannya tempat tinggal yang kondusif bagi penduduknya. Keunikan Kuala Lipis juga terletak pada nilai sejarahnya sebagai bekas ibu negeri Pahang sebelum Kuantan mengambil alih peranan tersebut.

Penduduk Kuala Lipis menikmati kehidupan yang kurang sesak dengan kadar pencemaran udara yang rendah, yang meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Hubungan kejiranan yang erat juga menjadi faktor utama dalam meningkatkan kebahagiaan penduduk di bandar ini, selain suasana kehidupan yang lebih santai berbanding bandar-bandar besar.

Keseluruhan aspek ini menjadikan Kuala Lipis sebagai salah satu bandar paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2025.

2. Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highlands terkenal sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi yang menawarkan udara sejuk dan persekitaran yang nyaman, menjadikannya salah satu bandar paling bahagia di Malaysia.

Faktor utama yang menyumbang kepada kebahagiaan penduduk di sini ialah kualiti udara yang jauh lebih baik berbanding bandar-bandar lain, serta landskap hijau yang menggalakkan ketenangan jiwa.

Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sering diadakan, termasuk festival tempatan dan pasar tani, yang memperkukuh hubungan sosial.

Walaupun Cameron Highlands menerima ramai pelancong sepanjang tahun, penduduk tetap dapat menikmati ketenangan dan keindahan semula jadi yang menjadikan bandar ini salah satu tempat paling bahagia di Malaysia.

3. Bandar Kuala Krai, Kelantan

Bandar Kuala Krai terletak di kawasan pedalaman Kelantan dan dipilih sebagai bandar paling bahagia kerana keseimbangan antara kehidupan tradisional dan pembangunan moden yang semakin pesat.

Bandar ini masih mengekalkan gaya hidup desa yang aman dengan hubungan kejiranan yang erat dalam kalangan penduduknya dan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kebahagiaan penduduk Kuala Krai adalah persekitaran yang tenang serta kos sara hidup yang rendah berbanding bandar-bandar besar.

Selain itu, Kuala Krai dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi seperti Sungai Kelantan dan kawasan hutan yang kaya dengan flora dan fauna, membolehkan penduduk menjalankan aktiviti luar seperti memancing, berkhemah, dan bersiar-siar, yang meningkatkan kualiti hidup mereka.

Penduduknya juga menikmati budaya yang kaya dengan tradisi Melayu dan Islam yang kuat, menjadikan bandar ini sebagai sebuah komuniti yang harmoni dan bahagia.

4. Bandar Baharu, Kedah

Bandar Baharu, yang terletak di selatan Kedah, merupakan sebuah bandar kecil yang menawarkan persekitaran hidup yang aman dan berkualiti. Bandar ini dipilih sebagai salah satu bandar paling bahagia di Malaysia kerana suasana keharmonian yang tinggi dalam kalangan penduduk serta infrastruktur asas yang baik.

Bandar ini juga berhampiran dengan Pulau Pinang, membolehkan penduduknya menikmati akses mudah kepada peluang pekerjaan dan kemudahan bandar besar tanpa perlu berhadapan dengan tekanan hidup di kawasan metropolitan.

Hubungan kejiranan yang rapat antara penduduk menjadikan bandar ini sebuah komuniti yang harmoni dan mesra, di mana setiap individu saling mengenali dan membantu antara satu sama lain. Faktor-faktor ini menjadikan Bandar Baharu sebagai salah satu bandar yang paling bahagia untuk didiami pada tahun 2025.

5. Bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Bandar Kuala Pilah adalah sebuah bandar yang kaya dengan warisan budaya dan sejarah Negeri Sembilan. Ia dipilih sebagai salah satu bandar paling bahagia di Malaysia kerana keseimbangan antara kehidupan bandar kecil yang damai dengan kemudahan moden yang mencukupi untuk penduduknya.

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kebahagiaan penduduk Kuala Pilah ialah keharmonian masyarakatnya yang mengamalkan adat perpatih, yang menekankan nilai kekeluargaan dan permuafakatan dalam komuniti.

Selain itu, Kuala Pilah terletak berhampiran dengan destinasi semula jadi seperti Ulu Bendul, yang menjadi lokasi popular untuk aktiviti rekreasi seperti berkelah, mandi sungai, dan mendaki. Penduduknya juga menikmati kehidupan yang kurang sesak dengan kos sara hidup yang lebih rendah berbanding kawasan bandar besar.

Pembangunan infrastruktur yang baik termasuk hospital, sekolah, dan jalan raya yang menghubungkan bandar ini dengan Seremban dan Kuala Lumpur turut meningkatkan taraf hidup penduduknya.

Dengan kombinasi antara warisan budaya yang kukuh, komuniti yang rapat, dan persekitaran yang nyaman, Kuala Pilah sememangnya layak menjadi salah satu bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun 2025.




Selasa, 2 September 2025

Jalanraya Kg Mela Lipis ke Kg Labu Jerantut.

 

 Jalan dan jambatan yang menghubungkan Kampung Labu,
 Jerantut ke Kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang
 

Projek jalan dan jambatan Jerantut - Lipis berjaya disiapkan 17 hari lebih awal daripada jadual asal dan dibuka secara rasmi pada 2 September 2025 bersempena Hari Kebangsaan ke-68.
Projek ini menghubungkan Kampung Labu, Jerantut dengan Kampung Mela, Kuala Lipis melalui beberapa kampung utama dan dilaksanakan dengan kaedah reka dan bina sejak 2018.
Laluan ini memendekkan jarak perjalanan dari 60 km kepada hanya 17 km, manakala masa perjalanan dikurangkan daripada sejam kepada 15 minit.


Selain meningkatkan akses, ia menjadi laluan strategik pelancongan Taman Negara–Cameron Highlands dan pemangkin sosioekonomi luar bandar.





Lagu Ulu Tembeling

Kredit: Malaysia Tribune | Muhammad Najmi Zulkefle



Ahad, 27 Julai 2025

Liga Lipis 2025

 

Sekali lagi pasukan kita bermain pada hari pertama minggu kedua Liga Lipis 2025.
Seruan buat penyokong bola sepak semua, mari kita sama2 turun ke padang dataran orang kaya haji untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka akan berlangsung dengan begitu sengit sekali. Ayuuhh belake terrr!!!!!. Moga 3 mata untuk kita esok.



Khamis, 17 Julai 2025

Durian dah gugur di LePeh.....!!!!

 


Durian dah gugur di LePeh.....!!!!

Jom serta Pertandingan Durian Kampung (DKP) 2025

Tarikh : 30 Julai 2025 (10Pagi - 2.00 ptg)

Tempat : Dewan Dato Abdul Rahman Mohamad, Kampung Tempoyang Kuala Lipis.


𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗡

𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐥𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐢𝐟𝐮 𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐫.𝐋𝐢𝐦 𝐂𝐡𝐢𝐧 𝐊𝐡𝐞𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐧.𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐥𝐢 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐋𝐢𝐩𝐢𝐬 𝟑𝟎 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓.





Selasa, 24 Jun 2025

Jalan Slim River ke Kuala Lipis



Jalan yang dibina dari Slim River ke Kuala Lipis merentas sempadan Perak - Pahang antara Pos Tenau dan Pos Sinderut dan beginilah jajaran yang mungkin di masa depan dan tergambar di situ ia direka sebagai alternatif dari Lembah Klang ke Kelantan dan Cameron Highlands. Ini dibuat berdasarkan sambungan ke Sinderut dari Tenau berbanding Ulu Slim ke Lata Lembik. Berdasarkan papan tanda kuning JKR di Tenau, ia adalah projek luar bandar dengan JKR sebagai pegawai penguasa. Kalau spesifikasi JKR paling minimum mungkin setaraf jalan negeri.


 

Khamis, 15 Mei 2025

Fiesta Lipis Geopark





Fiesta Lipis Geopark akan berlangsung pada 18 Mei 2025(Ahad) – jangan lepaskan peluang untuk sertai pengalaman yang luar biasa ini!"Tak datang, rugi! janji takkan menyesal, penuh dengan keseronokan dan cabaran!"


Jumaat, 21 Mac 2025

Bandar Lipis antara 20 bandar paling bahagi

 


Bandar Lipis di Pahang dan Telupid di Sabah telah diiktiraf sebagai antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025 berdasarkan Indeks Kebahagiaan Malaysia.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan berkata, lapan daerah dianugerahkan gelaran Bandar Paling Bahagia dalam Kategori Majlis Daerah, manakala 12 lagi bandar menerima penghargaan yang sama dalam Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Selain Lipis dan Telupid, tujuh bandar lain yang mendapat anugerah dalam kategori Majlis Daerah adalah Cameron Highlands (Pahang), Kuala Krai (Kelantan), Bandar Baharu (Kedah), Jerantut (Pahang), dan Jelebu (Negeri Sembilan), menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, 11 bandar yang menerima anugerah dalam kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran termasuklah Bintulu (Sarawak), Temerloh (Pahang), Bandaraya Diraja Klang (Selangor), Jasin (Melaka), serta Batu Pahat, Pontian, dan Johor Bahru (Johor).

Bandar-bandar lain yang turut menerima anugerah tersebut adalah Putrajaya, Petaling Jaya (Selangor), Bandaraya Melaka (Melaka), Ampang Jaya (Selangor), dan Port Dickson (Negeri Sembilan).

Kajian Indeks Kebahagiaan melibatkan 153 Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan), Sabah, serta Sarawak. Dari jumlah tersebut, 115 bandar (75 peratus) diiktiraf sebagai bandar bahagia, manakala 38 bandar (25 peratus) lagi berada dalam kategori sederhana bahagia.

Kriteria pengukuran indeks ini sejajar dengan penilaian kebahagiaan di peringkat global yang menilai faktor seperti tekanan hidup, kesihatan, hubungan kekeluargaan, serta tahap kepuasan terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kredit: Sinar Harian

Isnin, 30 Disember 2024

Gua Bama

 





Sukacita dimaklumkan Gua Bama Kampun g Relong dibuka semula untuk semua pengunjung warga Kuala Lipis yang minat aktiviti lasak boleh join trip kita  Pihak Pengurusan Gua Bama menawarkan aktiviti hiking and caving di Gua Bama , sambil2 exersice dapat jugak menikmati pemandangan yang menarik di Gua Bama. 

Rabu, 14 Ogos 2024

Hari Durian Daerah Lipis 2024

 




Hari Durian Daerah Lipis

Tarikh : 13 Ogos 2024 (selasa)

Jam : 0900 Pagi  - 0100 Tengahari

Tempat : Perkaranagan Pejabat Pertanian Daerah Lipis.

𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐋𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐈𝐏𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒

Tuah pokok durian berusia lebih 60 tahun milik Cikgu Jamaluddin dari Lubuk Hik telah mengalahkan 21 durian kampung yang lain dengan membawa balik Gelaran Juara Durian Kampung Premium Daerah Lipis 2024. Memiliki rasa lemak berkrim seperti mentega menjadi pilihan 9 orang juri pertandingan.

Tempat Kedua 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐄𝐍.𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐆. 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐔

Manakala tempat ketiga 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝟔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐄𝐍. 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆.

Kredit : FB AmirMarwan Cch

Sabtu, 27 Julai 2024

Patin Sungai di Pasar Bunga Cengkih

 


Patin sungai atau lebih dikenali dengan nama patin buah merupakan ikan patin yang ke dua termahal berbanding yang pertama patin moncung.harga pasaran ikan patin ini iala rm140/160 sekilo.
Rasa isinya lembut manis dan berlemak menjadikan ianya pilihan utama pengemar ikan patin.


Khamis, 18 Julai 2024

Karnival Kerjaya Myfuture jobs Kuala Lipis 2024

 


10 & 11 OGOS 2024 (SABTU & AHAD) - SERTAI KAMI DI KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS @KUALA LIPIS, PAHANG 2024

PERKESO Negeri Pahang (MYFutureJobs) akan mengadakan temu duga terbuka selama dua hari yang akan melibatkan dalam 15 majikan akan turut serta. Kepada Pencari Kerja yang sedang mencari pekerjaan anda dijemput untuk hadir pada waktu berikut :
  • TARIKH : 10 & 11 OGOS 2024 (SABTU DAN AHAD)
  • TEMPAT : DEWAN JUBLI PERAK, KUALA LIPIS, PAHANG
  • MASA : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Pencari kerja yang berminat digalakkan untuk membawa dokumen seperti berikut:
  • Resume
  • Gambar Passport
  • Salinan Sijil Akademik
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Pen

SEMOGA BERJAYA DALAM MENCARI PEKERJAAN DAN JUMPA ANDA DI SANA... !!!!

Selasa, 16 Julai 2024

Persimpangan Raub Utara ke Ladang Selborne (50KM)

 


Pembinaan Lebuhraya Lingkaran Timur Utama (LTU) (Nama asal adalah Central Spine Road (CSR)) antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke daerah Bentong dijadual siap sepenuhnya pada 2026.

Projek keseluruhan Lebuhraya LTU sejauh 350 kilometer tanpa tol dengan kos keseluruhan bernilai kira-kira RM8.7 bilion itu melibatkan enam fasa dengan empat daripadanya sejauh lebih 200 km terletak di dalam Pahang manakala selebihnya terletak di Kelantan.

Fasa Pertama: Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit sejauh 47km
Fasa Kedua: Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang sejauh 59km
Fasa Ketiga: Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang 92.5km
Fasa Keempat: Kampung Relong ke Raub 50km
Fasa Kelima: Raub ke Bentong 54km
Fasa Keenam: Bentong ke Simpang Pelangai 47.5km

Pembukaan Bentong Bypass dapat mengurangkan kesesakan di jalan persekutuan sedia ada di bandar Bentong selain meningkatkan kebolehcapaian serta menjana ekonomi di kawasan Pahang Barat termasuk sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana.

Selain membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, pembinaan lebuh raya itu juga membantu mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong pada musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Kelantan.

Pada November 2020, kerajaan memaklumkan Lebuhraya LTU ini dijangka bakal siap sepenuhnya pada tahun 2025. Namun disebabkan pandemik, projek ini telah tertunda selama setahun.


Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) or Kuala Krai–Kuala Pilah Highway, Federal Route 34, is a new toll-free highway under construction in the center of Peninsular Malaysia.

The 325 km (201 miles) highway is built to eventually replace the former two-lane Malaysia Federal Route 8 (Gua Musang Highway) and Malaysia Federal Route 9 (Karak–Tampin highway).

Construction of LTU starts at Package 3 which is from Merapoh to Kampung Relong. It commences at Package 3 as the Gua Musang Highway passes through Chegar Perah which is prone to roadkill.

The highway has a long eco-viaduct built in this section.

Package 5 which is from north Raub to Karak will be built next, which will connect it to E8 Kuala Lumpur–Karak Expressway bypassing Bentong and Mempaga. This will help detour traffic from the steep mountainous grade between Raub and Bentong.




AddToAny