responsif teks foto

Rabu, 28 Julai 2021

Gula Kabung Kampung Peruang Benta.




Boleh guna gula kabung untuk buat macam-macam juadah kuih sebagai ganti kepada gula putih. Nak bancuh dengan kopi 'O' pun sedap yang amat.

Kalau nak beli dah mudah sekarang ini. Tak perlu balik kampung. Buka sahaja Lazada atau Shopee dah boleh beli secara online.

Beli Sekarang : https://invol.co/cl59xes

Gula Kabung merupakan gula yang dimasak menggunakan kaedah tradisional dengan hanya menggunakan 100 peratus air nira pokok kabung dan juga tanpa campuran gula, pengawet, pewarna mahu pun bahan kimia lain. Gula kabung original ini dibuat oleh warga KG. PERUANG, Benta, Kuala Lipis, Pahang.

1. Gula kabung amat sesuai dijadikan alternatif kepada gula putih. Juga boleh digunakan dalam masakan seperti sambal, singgang atau rendang. Penggunaan gula kabung menjadikan hidangan pencuci mulut anda lebih sedap bila digunakan didalam bubur atau untuk dimakan bersama sagu, cendol dan sebagainya.

2. Setiap 1 buku (unit) gula kabung mengandungi 2 keping.
Gula kabung yang dipesan akan dibungkus dengan menggunakan lapisan kotak dan bubble wrapper supaya risiko pecah/retak dapat dielak/dikurangkan.

3. HARGA yang kami jual berubah-ubah kerana ia berkait rapat dengan kos yang diperolehi dari pembuat gula kabung.


[KAMI HANYA MEMPROSES PESANAN YANG TELAH DIBAYAR PADA HARI BERKERJA KEESOKAN HARINYA DAN AKAN MENGEPOS PESANAN ANDA DALAM 1-2 HARI. KAMI TIDAK DAPAT MENJANJIKAN TARIKH PRODUK SAMPAI KERANA PENGHANTARAN DIBUAT OLEH SYARIKAT SERVIS KURIER. DAN IA ADALAH TERTAKLUK KEPADA JADUAL PENGHANTARAN MEREKA].




Sabtu, 24 Julai 2021

Mengapa Raub sangat penting kepada penganas komunis Malaya

 

Bekas 'Food Dump'


Isu pencerobohan tanah secara haram di Raub belum selesai. Kawasan ini sangat dekat dengan saya. Ini kerana kawasan ini ialah kawasan permainan saya ketika berpangkat Leftenan Muda, Leftenan dan Kapten. Selama lima tahun bertugas di Pahang dan ditempatkan di Kem Mentakab. Raub adalah KTJ utama pasukan saya iaitu Batalion Kedua Askar Melayu. Maka kami agak fasih dengan geografi kawasan ini, lebih-lebih lagi apabila saya dinaikkan pangkat ke Kapten dan menjawat jawatan Pegawai Risik. Celah atau cerok mana di Raub yang saya tak masuk. Semua di sini berbau dan bermuka komunis.

Sejak seminggu lalu isu Raub menjadi panas. Saya menyelonggar data2 lama dan menemui beberapa sebab mengapa kawasan Raub sangat penting kepada Parti Komunis Malaya dari Unit Penggempur Keenam yang diketuai oleh Chong Chor. Kawasan Raub terdapat banyak sungai, maka hampir semua nama-nama tempat diberi nama sempena sungai yang ada di kawasan itu.

Pada zaman British, kawasan ini terkenal dengan bijih dan emas. Maka banyak pelombong bijih berbangsa cina di bawa ke situ. Sejak itu kebanjiran pelombong cina tidak terkawal sehinggalah darurat pertama.

Aspek penting Raub kepada komunis ialah Geografi. Kawasan paling popular di sini ialah Sg Ruan. Sg Ruan terletak di kaki dua banjaran gunung iaitu Gunung Benum dan Banjaran Lurah Bilut yang merupakan kawasan hutan tebal. Ia terkeluar atau jauh dari jalan utama yakni tersorok. Manakala jalan masuk ke Sg Ruan perlu melalui jalan hutan sama ada dari Bentong ataupun dari Raub. Setiap kenderaan tentera yang menuju ke Sg Ruan dengan mudah di ketahui oleh sentri pengganas yang sentiasa ada di Pekan Bentong atau Pekan Raub. Bahkan mereka tahu keluar masuk pasukan tentera. Kedua-dua pekan iaitu bentong dan raub adalah pekan china yang merupakan kumpulan bantuan logistik terbesar kepada pengganas komunis.

Lagipun Raub sangat dekat dengan kawasan-kawasan kegemaran PKM atau tempat yang mempunyai hubungan kuat dengan sejarah perjuangan pengganas komunis yang mana mula diduduki oleh Chin Peng ketika melarikan diri dari British. Antara kawasan panas atau berselirat dengan pengganas komunis dan talibarutnya ialah Kerling, Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang kali, Serendah, Karak, Lancang, Sempalit, Bilut, Batu Talam, Dong, Sg Koyan, Sg Chalit dan banyak lagi. Untuk lebih detail, sila baca Buku Platun Harimau Misi 1 dan 2 [boleh dapatkan di shopee.com.my/penaceloreng]. https://invol.co/cl57clb

Beli : Katil Lipat Askar Celoreng >>> https://invol.co/cl57cid

Bagi menghalang dari masyarakat cina di Raub membantu pengganas komunis, British telah memindahkan mereka ke penempatan baru yang dikenali dengan nama KAMPUNG BARU. maka di sini terdapat terlalu banyak kampung-kampung baru yang menempatkan mereka.

Antaranya ialah Kg Baru Sg Chalit adalah satu kampung yang tersorok dan paling dekat dengan Sg Ruan. Penduduk di Sg Ruan, Sg Chalit, dan Kuala Kubu Bharu adalah dari kumpulan hard core penyokong pengganas komunis.

Faktor yang kedua ialah Bantuan Logistik yang mudah dan susah di kesan.

Di sekitar Sungai Ruan terdapat 6 buah Kampung baru yang merupakan kawasan penempatan bekas dan penyokong PKM di bawah Rancangan Brigs, Dan kampung baru yang terbesar di Malaysia adalah Kampung baru Sungai Ruan yang berada di kaki Gunung Benum.

Kem latihan

Di kawasan ini juga terdapat sebuah kem utama pengganas komunis di Gunung Benum dan sebuah lagi di banjaran Lurah Bilut. Maka Sungai Ruan berada di tengah-tengah. Manakala kem-kem kecil berselirat di belakang setiap kampung baru. Dalam masa yang sama terdapat banyak kem-kem sementara di kedua-dua banjaran.

Manakala Lurah Bilut seringkali dikunjungi oleh pemburu, pencari hasil hutan dll, manakala Gunung Benum sangat jarang dikunjungi. Maka jajaran ke Sg Ruan adalah paling selamat dijadikan lokasi simpanan barang makanan pengganas komunis sebelum diangkut ke dalam hutan.

Pada tahun 1974, PKM dikatakan mula melebarkan sayapnya ke hutan pahang tetapi dakwaan ini hanyalah berupa kata-kata di atas kertas sahaja. Belum ada bukti yang nyata. Pertempuran yang pertama yang berjaya membunuh anggota komunis berlaku di Sg Ruan dan ia mengesahkan kehadiran komunis di pahang. Ia bermula dengan kejadian Pasukan Polis Hutan di serang hendap. Dek kerana terlalu ramai pengganas yang menyerang mereka, Pasukan Polis Hutan terpaksa memintaa bantuan dari pasukan tentera iaiotu dari Batalion 3 Renjer. Platun 4 dari 3 Renjer, telah digerakkan dalam masa satu jam bagi membantu membawa keluar pasukan polis hutan dari kepungan serang hendap. Serangan olah Platun 4 batalion 3 renjer berjaya membunuh seorang pengganas komunis. Dan pertempuran dan mayat komunis ini menjadi bukti sahih pertama akan wujudnya pengganas komunis di Raub (Untuk baca lebih lanjut pertempuran ini, sila baca buku karya saya bertajuk 17 Hero Bangsa Malaysia. Dapatkan di [shopee.com.my/penaceloreng].

Semua kawasan yang di sebut termasuk Pekan Raub dikenakan curfew dan merupakan kawasan terakhir yang perintah curfew di buka.

Bagi memutuskan laluan hubungan antara kawasan hutan utara Raub dengan kawasan2 panas ini, kerajaan telah membuka tanah felda di Sg Koyan iaitu ke utara kawasan Batu Talam. Felda Sg Koyan ini agak istimewa dan mempunyai tujuan khas yang mana hampir 70% penempatan di felda ini samada Felda Sg Koyan 1 hingga ke Felda Sg Koyan 3, ialah terdiri dari pesara-pesara tentera. Mereka bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dan kawasan felda ini sebagai blockage kepada pergerakan pengganas komunis.

Mungkin kita tidak tahu bahawa 63% anggota pengganas komunis dari Unit Penggempur ke-6 datangnya dari Raub khususnya dari Sg Ruan.

Berlandaskan kepada faktor-faktor di atas, saya mendapat jawapan mengapa kawasan sangat ini dipertahankan oleh penceroboh tanah secara haram.

Panjang citer bab Komunis dan Raub ni, kalau nak tahu lebih lanjut, tunggu SOP buka, Kita ke Kedai Mamak.

 
Kebun haram dimusnah oleh JHNP

Kredit : Buku Platun Harimau

Jumaat, 23 Julai 2021

Pembayaran i-Citra mulai 2 Ogos

 



Pembayaran pengeluaran i-Citra daripada akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuat secara berperingkat mulai 2 Ogos depan.

Berdasarkan infografik dikongsi di Twitter, agensi mengurus dana persaraan pekerja itu memaklumkan bayaran akan dimasukkan ke akaun bank pencarum dalam tempoh satu hingga tiga hari waktu bekerja.

Bagi pembayaran secara arahan bayaran pula, KWSP menjelaskan ahli akan menerima notis atau dihubungi cawangan dipilih untuk urusan pengambilan.

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui i-akaun dan hubungi hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 untuk pertanyaan.

28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan i-Citra yang membenarkan ahli KWSP terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat pengeluaran sehingga RM5,000.

Ia membolehkan pengeluaran kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Permohonan dibuka mulai 15 Julai lalu menerusi http://icitra.kwsp.gov.my

KWSP turut memaklumkan bayaran bagi program i-Sinar untuk Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai 2021

kredit : Selangorkini.


Sultan bangga petugas gigih percepat suntikan vaksin

 



SHAH ALAM, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan rasa bangga dengan kegigihan pihak yang berusaha mempercepat proses vaksinasi penduduk negeri itu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga mendoakan pengorbanan mereka mendapat ganjaran setimpal.

“Setakat semalam sejumlah 2.95 juta dos vaksin diberikan kepada penduduk Selangor dengan 46.9 peratus rakyat terima suntikan pertama manakala 15.27 peratus telah lengkap pelalian.

“Baginda juga menzahirkan penghargaan khas kepada petugas hadapan dan sukarelawan di hospital dan pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh Selangor yang bertungkus lumus bertugas pada Hari Raya Aidiladha lalu,” menurut kenyataan di Facebook Selangor Royal Office malam ini.

Sultan Selangor turut menitahkan supaya kadar vaksinasi negeri ini diperluaskan lagi bagi mengurangkan jumlah kematian.

Semalam Selangor merekodkan kes kematian tertinggi dengan 84 kes membabitkan 45 kaum lelaki serta 39 wanita.

Daripada jumlah itu 63 pesakit meninggal dunia di hospital manakala selebihnya sebelum tiba di hospital (BID).

kredit : Selangorkini

Khamis, 22 Julai 2021

Kemalangan yang menyayati

 


Kepada Bapa/lbu yang dirahmatì.

Sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini..walaupun kita sadang menghadapi musim PKP kisah seram ini terjadi di Melaka..ada seaorang  pemuda berasal dari Raub, Pahang bekerja sebagai jurujual/salesman kereta, bercinta dengan saorang anak gadis YB Bukit Rambai..malangnya, percintaan ini ditolak oleh keluarga si gadis kerana mamat ni berjawatan salesman kereta..

Suatu malam, mereka merancang untuk lari dari rumah..selepas  berjaya melarikan diri, YB ini sedar akan kehilangan anak gadis kesayangannya..lalu membuat laporan polis & viral ke media sosial menyatakan keluarga gadis ini akan menerima teman lelakinya itu jika dia kembali ke pangkuan keluarga..bila mendengar berita itu, gadis tersebut balik ke rumahnya di Bukit Rambai lalu keluarga gadis itu pun menerima pemuda ini dengan seadanya..

Enam bulan kemudian, mereka merancang mengadakan majlis perkahwinan..maka persiapan majis perkahwinan itu berjalan dengan rapi..



Nak dijadikan cerita, semasa mereka ini pergi membeli keperluan perkahwinan di Nilai 3..berlaku kemalangan dimana pemuda itu dilanggar kereta lalu mati dipangkuan gadis tersebut & keesokan harinya pemuda itu pun dikebumikan..kejadian ini amatlah menyedihkan gadis tersebut kerana tinggal tidak beberapa hari sahaja lagi gadis itu akan diijab kabulkan dgn lelaki kesayangannya..pada satu malam, Ibu gadis ini bermimpi, seorang Nenek Tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku..tetapi Ibu ini tidak mengindahkannya, malam berikutnya Ayah nya pula bermimpi yang sama iaitu seorang Nenek Tua minta membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku..akan tetapi, Ayah perempuan tersebut jugak tidak megindahkannya..malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti Ayah & Ibu nya lalu diceritakan mimpi tersebut kepada kedua Ibu & Ayah nya..dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju dengan sekuat hati namun darah tetap ada..malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa..seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih  dan jika tidak, malang akan menantinya..bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada..keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu  dan munculah nenek tua tersebut maka perempuan itu pengsan..setelah terjaga dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru..perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini..?" 

Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit pada kotoran dan tuang bakinya ke dalam cucian dan ia akan hilang..err..yang ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat pasaraya.


saya macam nak terajang je siapa yang reka cerita ni.. punya lah serius baca..aduhhhh.. kawan-kawan  jangan marah saya tau..mesti tekun kan kawan-kawan  baca nya…?


Maaf Kan Daku.


Rabu, 21 Julai 2021

3 Bantuan Kerajaan yang anda boleh mohon.

 

Saya nak kongsi 3 bantuan daripada kerajaan yang anda mungkin boleh dapat pada bulan Julai ini.

Jangan lupa beritahu kepada mereka yang tidak tahu, supaya boleh membantu pada mereka yang memerlukan bantuan ini.

  • Bakul prihatin negara ,
  • Bantuan khas kepada pengusaha taska
  • Bantuan kewangan khas OKU.
Anda boleh dapatkan lagi banyak matlumat di website jkm ini , saya akan letak link

1. Bakul prihatin negara ,

Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri;
  • Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;
  • Menghubungi Media Sosial Rasmi  (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU
  • Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat
BAKUL PRIHATIN NEGARA https://bit.ly/3rr5nug

2. Bantuan Khas Kepada Pengusaha Taska (Pakej Pemulihan)

Pemberian bantuan khas kepada pengusaha TASKA bagi pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pakej Pemulihan)

Kadar bayaran bantuan kewangan khas berjumlah: i. RM 3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti; dan ii. RM 800 untuk TASKA di Rumah.

Bagi mereka yang layak boleh mohon dengan borang ini saya akan letak link ini kat bawah comment box video ini.

BORANG BANTUAN KHAS KEPADA PENGUSAHA TASKA
https://bit.ly/3ziLyZ0

3. Bantuan kewangan khas OKU

Berapakah kadar bantuan kewangan ini dan tempoh pembayarannya? Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan kepada individu yang telah diluluskan permohonannya.

BORANG BANTUAN KEWANGAN KHAS OKU
https://bit.ly/3zfoF8K


Website Rasmi JKM https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php


Durian Musang King vs Kelapa Sawit

 


Kos pembangunan 1 pokok durian Musang King bersamaan dengan 1 ekar tanaman kelapa sawit.

1;Durian Musang King

  • 1 Pokok = RM 5000
  • 100 x 2kg x RM25kg = RM5000
  • Purata keuntungan Tahunan RM 1.500/pokok

2.Kelapa Sawit

  • 1 ekar = RM 10,000
  • 12x RM 500 metrik tan/mt = RM6000
  • Purata keuntungan Tahunan RM 1.500/ekar

Oleh : Lim Chin Khee Durian Academy Sdn Bhd 014-2166980

Isnin, 19 Julai 2021

Ditangkap berkhemah di Pos Lenjang.

 

ADUN Teratai dan kumpulan diambil keterangan berkhemah di Pos Lenjang 

LIPIS- Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong bersama 29 orang yang dilaporkan memasuki hutan di Pos Lenjang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menimbulkan pelbagai persoalan.

Difahamkan kesemua suspek yang berkhemah di tepi Sungai Pos Lenjang ditahan oleh pihak polis dan Jabatan Perhutanan yang melakukan pemantauan pada pukul 1 pagi tadi.

Kesemua suspek kini telah dibawa di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Lipis untuk diambil keterangan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yassin berkata, beliau masih menunggu laporan mengenai kejadian tersebut.

“Belum ada maklumat lanjut daripada pegawai saya lagi,”katanya.- K! ONLINE

Oleh  Abdul Rashid Abdul Rahman 

18 Julai 2021.

Ahad, 18 Julai 2021

Rafizi dedah wajah sebenar DAP


Naib Presiden PKR yang bersara, Rafizi Ramli yang suatu masa dahulu menjadi ikon blok pembangkang mendedahkan wajah sebenar rakan parti komponen mereka, DAP dalam satu perbualan tertutup dipercayai dengan rakannya yang dibocorkan kepada Agenda Daily.

Agenda Daily menerima satu emel yang dihantar kepada kami mengandungi satu klip audio mirip suara bekas Ahli Parlimen Pandan itu memberi penerangan berhubung hala tuju DAP dan ideologi politiknya yang mempergunakan pemimpin Melayu demi kepentingan politik mereka.

Untuk rekod, Rafizi baru-baru ini juga berselisih faham dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan secara terbuka dalam Twitter, ia mendapat perhatian umum susulan langkahnya yang dilihat sering bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH).

Dalam klip audio tersebut, Rafizi mendakwa DAP sudah berjaya merosakkan ramai pemimpin Melayu dalam kerjasama politik mereka, ia bermula pada 1990 semasa mereka menjalinkan kerjasama politik dengan parti Semangat 46 yang sudah dibubarkan dibawah gabungan dikenali Gagasan Rakyat.

“Kalau kau perhatikan DAP punya kerjasama politik ni kan, DAP ni dah merosakkan lebih kurang lima atau enam kepimpinan MELAYU tau. Dia kerja dia, dia lompat daripada satu pimpinan Melayu, ke satu pimpinan Melayu, ke satu pimpinan Melayu yang lain.

“Contohnya dia (DAP) mula dulu-dulu dia dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Ku Li lah segala hebatnya. Pastu bila Ku Li dah tak boleh deliver votes (memberi undi) dekat dia, DAP lari,” kata Rafizi dalam klip audio tersebut.

Jelas Rafizi, susulan kegagalan kerjasama dengan Semangat 46 itu, DAP kemudiaannya menjalinkan kerjasama politik dengan PAS pada 2008 bersama gabungan dikenali Pakatan Rakyat waktu itu namun ia tidak bertahan lama dan berlaku perpecahan yang dikatakan berpunca daripada DAP sendiri.






“Pastu bila dia perlu dia (DAP) pergi peluk PAS, dia pergi PAS pulak, haaa bagus lah Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lah, ini lah.

“Dia pun dah jadi parti yang besar sebab orang Melayu duk sokong semua. Dah tu bila dia dah buat hal dia, bila nampak lari sikit, dia menolak PAS. Dengan PKR pun macam tu,” katanya lagi.

Menurut Rafizi lagi, pandangan orang Melayu yang melihat parti tersebut hanya mahu menunggang Melayu adalah tepat dan mendakwa DAP tiada keikhlasan dalam menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan parti Melayu.

“So, pandangan Melayu, which is not wrong (ia tidak salah) tau, DAP ni hanya berminat untuk menunggang Melayu je!

“So, sapa yang, err.. dia tak ikhlas! There’s no sincerity dalam friendship. Sebab tu diorang lagi suka MCA! Dia bukan kira siapa lagi Cina pun. Bagi dia MCA ni tak tikam belakang. And MCA ni nampak lagi ikhlas, boleh bawak berbincang,” terang Rafizi.



Rujukan :


1. Tunku Aziz: Saya dipaksa keluar DAP 'dengan lembut'
https://www.sinarharian.com.my/politik/tunku-aziz-saya-dipaksa-keluar-dap-dengan-lembut-1.51609

2. DAP mahu buka 'sekolah demokrasi'
https://www.malaysiakini.com/news/175086

3. Sekolah Demokrasi: Schooling youths in democracy
https://www.therocket.com.my/en/sekolah-demokrasi-schooling-youths-in-democracy/

4. Lagi gadis Melayu cantik taruhan DAP
https://www.malaysiakini.com/news/268628

5. Bekas aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar sertai DAP
https://www.malaysiakini.com/news/302557

6. A. Samad Said sah akan sertai DAP
https://www.astroawani.com/berita-politik/samad-said-sah-akan-sertai-dap-62321

7. Pakar perlembagaan Aziz Bari sertai DAP
https://www.astroawani.com/berita-politik/pakar-perlembagaan-aziz-bari-sertai-dap-67750

8. Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH
https://www.malaysiakini.com/news/339782

9. Sheikh Omar mampu jadi 'jambatan' perkenal Islam kepada DAP
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/525916/sheikh-omar-mampu-jadi-jambatan-perkenal-islam-kepada-dap

10. Pencalonan Aziz Bari muslihat DAP intai jawatan MB
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/412482/pencalonan-aziz-bari-muslihat-dap-intai-jawatan-mb

11. Wan Ji dilantik pegawai penerangan Guan Eng
https://www.malaysiakini.com/news/396602

12. Mampukah parti ditubuh PasMa pikat pengundi Melayu
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/06/61536/mampukah-parti-ditubuh-pasma-pikat-pengundi-melayu



Khamis, 15 Julai 2021

Hati-hati pada masa musim Durian.

 


PANDANGAN SEORANG DOKTOR MENGENAI DURIAN

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada dialisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!





Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air.

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Rabu, 14 Julai 2021

Kes Covid19 meningkat



Isu semasa yang dikongsi oleh Tuan Haji Zainal Ahmad di Channel Garasi TV.

Lonjakan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini dibimbangi berpunca daripada penularan jangkitan varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan varian Alpha yang berasal dari United Kingdom dan dikesan mula menular di Sabah sebelum ini berjaya dikawal.

Bagaimanapun, katanya, semua negeri di Malaysia kemudian dikesan mempunyai penularan jangkitan varian Beta dari Afrika Selatan.

"Sekarang yang dominan ialah varian Delta dari India atau varian mutasi berganda dan kita bimbang bagi tempoh satu hingga dua minggu lalu, ia adalah kesan daripada varian ini.


Selasa, 13 Julai 2021

Air Sungai Lipis Hari ini.

 


Adalah dimaklumkan, paras air Sungai Lipis berada di Paras Normal dan Sg Gali pula berada pada Paras Bahaya namun Sg Lipis ini berada pada Tren bertahan manakala Sg Gali berada pada  Trend Bertahan. Sungai Dong pula tiada bacaan direkodkan berikutan stick gauges sedang dibaiki.

Hujan lebat direkodkan di seluruh kawasan pendalaman @ hulu. Harap hujan tidak berlarutan

Isnin, 12 Julai 2021

Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka

 


Objektif utama inisiatif Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka yang diumum sempena Hari Peneroka FELDA 2021 adalah bagi menerapkan kebersamaan FELDA dan peneroka melalui satu sistem pengurusan ladang yang lestari. Inisiatif ini secara langsung akan memberi manfaat kepada warga peneroka terutama dari segi pendapatan.

Pengurusan di peringkat wilayah dan rancangan siap siaga membantu warga peneroka yang mempunyai kekeliruan atau hubungi kami di platform rasmi FELDA.

Laman sesawang Aduan FELDA :https://felda.spab.gov.my

Atau 

hubungi FELDA di aplikasi WhatsApps (012-259 4214)


Peneroka Felda Taib Andak, Wilayah Johor Bahru iaitu Encik Hamdan Kadir hadir ke pejabat rancangan menandatangani perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka.

Perjanjian ini secara langsung meringankan bebanan peneroka sehingga purata 80% meliputi pinjaman yang telah dinyatakan.

Semoga dengan inisiatif ini, FELDA dan peneroka dapat mencapai objektif pengurusan ladang lestari.


Surat Lanjutan Tarikh Tandatangan

Ahad, 11 Julai 2021

Boleh Angkat Bendera Putih dan Boleh Membantu.

 


Ni website yang dibina oleh rakyat Malaysia tanpa dana juta-juta macam Mysejahtera.

Melalui website ni, siapa pun boleh angkat bendera putih secara maya.

Yang merah adalah permohonan bantuan.

Jelas ramai giler orang sedang susah di seluruh negara.

Yang biru pulak sesiapa yang nak beri bantuan.

Boleh tengok juga ramai rakyat yang prihatin dan sedia berkongsi rezeki.

Tahniah Terato Tech yang buat website ni.

Kos nak bayar Google Maps ni mahal tau.

Terima kasih kepada Google Malaysia yang bagi kredit percuma kepada Terato Tech.

Nama website ni adalah https://kitajaga.co/

Ni betul-betul rakyat jaga rakyat.

Mohon sebar luaskan.

Terima kasih.

Fadzil Haji Aziz


Jumaat, 9 Julai 2021

'One-Off' RM 500 Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negera

 


HEBAHAN: INFOGRAFIK BAYARAN FASA KEDUA ‘ONE-OFF’ RM500 PENERIMA PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA

Pesara Polis, bekas Polis dan petugas Polis era darurat yang masih belum mendaftar serta mengemaskini maklumat dan dokumen bagi tujuan pemberian ‘One-Off’ RM500 diseru agar berbuat demikian melalui sistem dalam talian ePesara Polis Diraja Malaysia.

Layari pautan http://epesara.rmp.gov.my/  

Atau 

hubungi Bahagian Hal Ehwal  Pesara Polis, Bukit Aman di talian, 03-22668387 untuk sebarang maklumat lanjut.

Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM


Khamis, 8 Julai 2021

Boleh lihat Penyata Hutang Peneroka Felda dan Penyata Pendapatan Perbulan.

 


DIMANA NAK LIHAT PENYATA HUTANG PENEROKA FELDA?


*Semakan Penyata Hutang Peneroka & Jumlah Penghapusan Hutang*

Peneroka Boleh Log In sendiri melalui portal di atas dengan menggunakan id dan password seperti di bawah :-

User id : *NO KP PENEROKA* (tanpa *-*)

Password : *Felda@<4 digit terakhir no KP>* F mesti huruf besar.

Contoh :-

User id : 680101115081

Password : Felda@5081

Cara log in :-

1. Masuk portal (Google @ Google Chrome)

2. Masukkan user id & Password

3. Tidak perlu tukar password

4. Tekan *Home*

5. Tekan *Statements*

6. Download file dan boleh buat semakan

Peneroka boleh mula log in dan menyemak penyata hutang masing-masing.

Sekiranya terdapat sebarang permasalah, boleh menghubungi pihak Pengurusan Rancangan 09-8384212.

Sila rujuk dibawah:

https://eportal.felda.net.my


Sekian, Terima Kasih.


Rabu, 7 Julai 2021

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri

 


Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan ketika ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Katanya, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri. Selain itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.

Katanya, kedua-dua pelantikan ini sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

"Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

"Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin di atas pelantikan ini," katanya.



Selasa, 6 Julai 2021

Pas Pahang menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri.

 


Kenyataan Media PAS Pahang.

PAS PAHANG MENYOKONG PENUH TINDAKAN YANG DIAMBIL TERHADAP PENCEROBOHAN HARAM TANAH HSK DI BATU TALAM, RAUB NEGERI PAHANG.

Berikutan dari tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri yang telah menjalankan Operasi memusnahkan Kebun Haram Durian yang telah diusahakan oleh pekebun di sekitar Daerah Raub yang turut mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan tertumpu disekitar kawasan HSK Batu Talam dengan anggaran keluasan 250 ekar adalah dilihat sangat wajar.

PAS Pahang menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang meneroka mana-mana tanah di Negeri Pahang secara haram dan mengharapkan ketegasan ini berterusan dan tindakan yang sama dilakukan keatas sesiapa sahaja tanpa mengira status dan bangsa.

PAS Pahang sangat yakin bahawa tindakan ini akan dapat membenteras aktiviti penerokaan haram tanah di Negeri Pahang terutama melibatkan kawasan HSK pada masa yang akan datang demi manfaat rakyat dan Negeri Pahang sendiri, tiada siapa yang dapat melebihi undang-undang kerana itu PAS Pahang berdiri teguh bersama YAB Menteri Besar dan pihak Jabatan Hutan dengan ketegasan menangani isu ini.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya Pas Pahang 

Isu Durian Raub dan Kemarahan Apek Cina

 


Tindakan bersepadu penguatkuasaan ke atas pencerobohan   melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), dengan mendapat kerjasama Polis. 

Operasi penguatkuasaan termasuk menahan mana-mana individu/pekebun yang memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam tanpa kebenaran, dan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan. 

Tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula Sabtu, 3 Julai dan dijangka sehingga 2 Ogos 2021 atau selama kira-kira sebulan. 



Isnin, 5 Julai 2021

Respon MB ke atas pekebun peneroka tanah secara Haram

 


RESPON RINGKAS YAB MENTERI BESAR PAHANG

MENGENAI ISU PENGUATKUASAAN KE ATAS PENCEROBOHAN TANAH KEBUN MUSANG KING DI RAUB


Mengenai isu penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah kebun di Raub ketika ini –

1. Ia tindakan bersepadu melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), dengan mendapat kerjasama Polis.

2. Tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula Sabtu, 3 Julai dan dijangka sehingga 2 Ogos 2021 atau selama kira-kira sebulan.

3. Operasi penguatkuasaan membabitkan kebun-kebun haram termasuk ditanami durian ‘Musang King’ dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, berkeluasan kira-kira 250 ekar atau 101.17 hektar.

4. Operasi penguatkuasaan termasuk menahan mana-mana individu/pekebun yang memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam tanpa kebenaran, dan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan.

5. Semalam sahaja (Ahad, 4 Julai), 18 orang telah ditahan di Ibu pejabat Daerah (IPD) Raub untuk dibuat tahanan reman dan akan disiasat lanjut untuk diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara dan Kanun Keseksaaan.

6. Sebelum itu pada Sabtu, 3 Julai, empat (4) ditahan – menjadikan yang ditahan dalam tempoh dua (2) hari lepas – 22 orang.

7. Operasi penguatkuasaan ini ialah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan penguatkuasa.

8. Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan ini melanggar perintah Mahkamah Rayuan, ia sebenarnya tidak kerana kerja-kerja penguatkuasaan dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resoruces PKPP Sdn Bhd.

9. Operasi penguatkuasaan ini serta kawasan dijalankan penguatkuasaan ialah setelah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan.

10. Saya berharap ini tidak dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan kita turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina), Cameron Highlands; serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu).




Operasi Penguatkuasaan Hutan Simpan Kekal Batu Talam Raub.

 


KENYATAAN AKHBAR

Operasi Penguatkuasaan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Daerah Raub

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri telah menjalankan Operasi Memusnahkan Kebun  Haram Durian yang telah diusahakan oleh Pekebun di sekitar Daerah Raub. Operasi ini yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah tertumpu disekitar kawasan HSK Batu Talam dengan anggaran keluasan 250 ekar. 

Operasi yang diadakan ini ialah tertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang telah ditanam secara haram oleh pekebun-pekebun ini dan disamping itu juga anggota Operasi akan membuat tangkapan keatas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kedalam kawasan HSK tanpa kebenaran dan akan menyita apa-apa jua barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan kedalam kawasan HSK. 

Sepanjang Operasi ini dijalankan, pihak Jabatan berdepan dengan keadaan provokasi oleh pekebun haram. Antara tindakan yang mereka lakukan ialah dengan membuat halangan kepada kenderaan Jabatan untuk keluar dan masuk ke kawasan ini serta menghalang anggota dari menjalankan tugas. Oleh itu beberapa laporan polis serta rakaman video telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan susulan. 

Untuk hari ni sahaja pihak Jabatan telah menahan seramai 18 orang yang disyaki pekebun haram kerana telah memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran dan telah membuat provokasi yang melampau kepada anggota Jabatan. Kesemua 18 orang ini telah ditahan di IPD Raub untuk dibuat tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan dibawah peruntukan Akta Perhutanan Negara. 

Pegawai Penyiasat Jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun haram ini dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sekian, 

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang




Ahad, 4 Julai 2021

Tidak ke Masjid Kerana Covid Tetap Beroleh Pahala

 

Para pengunjung tetap surau masjid tentu sangat terasa apabila tidak dapat lagi melakukannya sepertimana biasa disebabkan oleh Covid-19. Tentu ada kalangan mereka yang terasa seolahnya mereka kerugian pahala kerana tidak dapat ke masjid. Namun, sebenarnya tidak begitu. Rahmat Allah sangat luas memberikan pelbagai ruang berpahala kepada hambanya termasuk ketika sakit dan uzur. Kepada siapa yang menjadi pengunjung tetap masjid kemudian terhalang ke masjid kerana sakit dan sebagainya mereka tetap beroleh pahala ibadat tersebut. Apatah lagi mereka tidak ke masjid kerana arahan pemerintah bagi menjaga keselamatan nyawa rakyat dalam menghadapi bahaya Covid.


Dalilnya ialah Hadis Nabi (saw) buat mereka yang tidak keluar berjihad bersama Nabi saw disebabkan keuzuran bahawa mereka tetap beroleh pahala:

إنَّ بالمَدِينَةِ لَرِجَالًا ما سِرْتُمْ مَسِيرًا، وَلَا قَطَعْتُمْ وَادِيًا، إلَّا كَانُوا معكُمْ، حَبَسَهُمُ المَرَضُ.

وفي رواية : إلَّا شَرِكُوكُمْ في الأجْرِ.

Sesungguhnya di Madinah terdapat orang-orang yang mana kamu tidak berjalan satu perjalanan dan tidak kamu lalui satu lembah melainkan mereka bersama kamu (beroleh pahala). Mereka terhalang (hadir perang Jihad) kerana sakit".

Dalam satu riwayat Baginda bersabda "pasti mereka berkongsi dengan kamu pada pahala"

Hadis Sahih Muslim

Hadis ini disebut di hadapan para Sahabat yang bersama Nabi (saw) keluar berjihad.

Begitu juga mereka yang sakit atau bermusafir lalu tidak dapat mengamalkan ibadat yang selalu dilakukan secara istiqamah mereka tetap diberikan pahala.

Ini selaras dengan sabda Nabi (saw):

إِذَا مَرِضَ العَبْدُ، أوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا.

"Apabila hamba itu sakit atau bermusafir dicatat baginya pahala seumpama apa yang selalu mereka lakukan ketika bermukim tidak musafir juga ketika sihat"

Hadis Sahih Bukhari

Maka usahlah bersedih kerana tidak mampu ke masjid kerana covid. Insyallah pahala tetap dijanjikan oleh Allah apabila ianya merupakan amalan kita yang istiqamah dilakukan sebelum covid berlaku. Malah mentaati pemerintah dalam hal sedemikian demi menjaga keselamatan nyawa rakyat pasti diberikan pahala tambahan pula.

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

4hb Julai 2021


Sabtu, 3 Julai 2021

Perlukan Bantuan RM300 juta Pada Ahli Parlimen

 



SENARAI NOMBOR TELEFON PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PARLIMEN DI NEGERI PAHANG.

KERAJAAN TELAH SEDIAKAN RM300,000 UNTUK SETIAP AHLI PARLIMEN (duit telah mula diagihkan semalam) bagi membantu rakyat dalam kawasan parlimen masing-masing yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Boleh sebarkan '#posting' ini bagi membantu penyampaian maklumat untuk orang ramai mendapatkan bantuan dari ahli parlimen masing-masing, selain inisiatif secara terus kerajaan Perikatan Nasional yang akan diterima orang ramai seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta Bantuam Khas Covid (BKC).

SENARAI AHLI PARLIMEN DAN NOMBOR TELEFON PUSAT KHIDMAT PARLIMEN.

SENARAI PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA NEGERI PAHANG.



PAHANG   

P078 Cameron Highland
Ahli parlimen :YB TUAN RAMLI BIN DATO' MOHD NOR
Nombor Telefon Pusat Khidmat: 09-340 2433

P079 Lipis
Ahli parlimen :YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad
Nombor Telefon Pusat Khidmat: 09-3121545

P080 RAUB
Ahli Parlimen : YB TENGKU ZULPURI SHAH BIN RAJA PUJI
Nombor Telefon Pusat Khidmat:09-3551880

P081 JERANTUT
AHLI PARLIMEN: YB DATO HJ AHMAD NAZLAN BIN IDRIS
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-2661936

P082 INDERA MAHKOTA
AHLI PARLIMEN: DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-5750655

P083 KUANTAN
AHLI PARLIMEN: YB PUAN FUZIAH BINTI SALLEH
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-5130518

P084 PAYA BESAR
AHLI PARLIMEN: YB TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 03-8882322

P085 PEKAN
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-421 1030

P086 MARAN
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI DR HAJI ISMAIL BIN HJ ABD MUTALIB
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 03-88915027

P087 KUALA KRAU
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI DR HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 03-88868625

P088 TEMERLOH
Ahli Parlimen : YB DATUK WIRA HAJI MOHD. ANUAR MOHD. TAHIR
Nombor Telefon Pusat Khidmat: 09-2902380

P089 BENTONG
AHLI PARLIMEN: YB WONG TUCK
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-2211813

P090 BERA
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 09-2507272

P091 ROMPIN
AHLI PARLIMEN: YB DATO' SRI HASAN BIN ARIFIN
NO TELEFON PUSAT KHIDMAT : 094521177


Sila Ambil Perhatian Kepada Semua Rakyat Malaysia Yang Mermelukan Bantuan Boleh Hubungan No Telefon Penyelaras Parlimen.


Jumaat, 2 Julai 2021

Maksud N.P.K dalam Baja

 


APA MAKSUD BAJA NPK.. ?

1. Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan:15-15-15 atau 12-12-17. 

2. Maksud NPK 
N bermaksud Nitrogen : Baja untuk daun
P bermaksud Posphorus: Baja untuk akar
K bermaksud Kalium (Potassium) : Baja untuk buah/bunga

3. Jika pada baja  NPK 12-12-17, bermaksud mempunyai kandungan: 
Nitrogen:12%, 
Posphorus:12% 
Kalium (Pottasium):17%. 

4. NPK 12-12-27, jika dijumlahkan semuanya baru 51%. Ini kerana lebihan 49% tersebut adalah bahan lengai ataupun 'filler' yang digunakan bagi memegang dan mengurangkan 'kepanasan' setiap komponen tersebut. Jika peratusan setiap komponen tersebut digunakan 100%, ia akan menjadi merbahaya pada pokok dan mengakibatkan kesan terbakar.

5. Contohnya, Baja Urea, bacaan label pada beg adalah 46-0-0. Ini bermakna Urea hanya mempunyai komponen Nitrogen sebanyak 46% dan tiada Posphorus atau kalium (Baja Daun).

6. Pembajaan untuk tumbesaran : Baja nilai N yang tinggi ataupun NPK yang SAMA seperti 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18

7. Untuk akar yang kuat : Baja yang nilai P yang tinggi. Seperti CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) Kandungan P adalah 28%-32%

8. Untuk kualiti Buah & Bunga : Baja yang nilai K yang tinggi. Seperti PN (Potassium Nitrat) di mana kandungan K adalah 46%

9. Kita perlu merancang untuk TUMBESARAN POKOK yang baik dengan memberi baja 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18.

10. Apabila tiba masa BERBUNGA atau BERBUAH, ubah pula baja kepada 12 -12 -17 + Magnesium+Trace Elemen (TE)
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat..


Dapatkan Baja Power 

https://invol.co/cl4p58x


Formula Baja Power



Khamis, 1 Julai 2021

Kontroversi Khoo Kay Kim

 


SIRI TAHUKAH ANDA? 

Kenyataan kontroversi Tan Sri Khoo Kay Kim :

1. Satu aliran pendidikan di Malaysia sahaja
2. Komunis bukan pejuang kemerdekaan
3. Malaysia tidak pernah dijajah British sepenuhnya
4. Hang Tuah dan Hang Li Poh tidak pernah wujud
5. Tiada Pendatang di kalangan orang Malaysia

Kredit : Apek Cina 


Lagi RM6.03 juta bantu rakyat Pahang

 


KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG
 
Lagi RM6.03 juta bantu rakyat Pahang terkesan COVID-19
Lanjutan kepada sumbangan menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 secara bersasar Fasa 1 dan Fasa 2 bernilai RM17.10 juta sebelum ini, sukacita saya umumkan bantuan lagi RM6.03 juta di bawah Fasa 3 pula.
 
Bantuan ini dalam bentuk pengagihan bakul makanan yang terdiri daripada pelbagai bahan makanan keperluan harian, kepada mereka yang terlibat.
 
Di bawah Fasa 3 ini, tumpuan ialah kepada pelbagai golongan rakyat lagi termasuk kumpulan penjaja yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agihan akan diuruskan oleh PBT-PBT berkaitan.
 
Turut akan menerima bantuan di bawah Fasa 3 ini ialah nelayan yang berdaftar di Pahang serta operator dan pekerja kantin dan dewan makan asrama sekolah.
 
Selain itu, bantuan kali ini juga ialah tambahan kepada bantuan sama yang telah disalurkan sebelum ini menerusi Pusat-Pusat Khidmat Dewan Negeri, bagi menampung keperluan mana-mana golongan/individu yang sangat terkesan dengan COVID-19.

Dengan bantuan di bawah Fasa 3 selain Fasa 1 dan 2 sebelum ini bermakna, Kerajaan Negeri berbelanja kira-kira RM23.13 juta menerusi BPP COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 12 Mei 2021.

Keputusan Kerajaan Negeri menambahkan lagi bantuan ini ialah kerana sikap mengambil kisah dan mengambil beratnya ke atas masalah rakyat hadapi khususnya yang terkesan teruk dengan COVID-19 serta arahan-arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membendungnya.

Sungguh pun bantuan ini dianggap kecil bagi sesetengah pihak namun kepada yang benar-benar terkesan, ia tentu sesuatu yang melegakan dan Kerajaan Negeri bersyukur dapat turut meringankan beban mereka.
 
Sesungguhnya juga - bak kata perbilangan; sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
1 Julai 2021



AddToAny