responsif teks foto

Selasa, 6 Julai 2021

Pas Pahang menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri.

 


Kenyataan Media PAS Pahang.

PAS PAHANG MENYOKONG PENUH TINDAKAN YANG DIAMBIL TERHADAP PENCEROBOHAN HARAM TANAH HSK DI BATU TALAM, RAUB NEGERI PAHANG.

Berikutan dari tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri yang telah menjalankan Operasi memusnahkan Kebun Haram Durian yang telah diusahakan oleh pekebun di sekitar Daerah Raub yang turut mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan tertumpu disekitar kawasan HSK Batu Talam dengan anggaran keluasan 250 ekar adalah dilihat sangat wajar.

PAS Pahang menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang meneroka mana-mana tanah di Negeri Pahang secara haram dan mengharapkan ketegasan ini berterusan dan tindakan yang sama dilakukan keatas sesiapa sahaja tanpa mengira status dan bangsa.

PAS Pahang sangat yakin bahawa tindakan ini akan dapat membenteras aktiviti penerokaan haram tanah di Negeri Pahang terutama melibatkan kawasan HSK pada masa yang akan datang demi manfaat rakyat dan Negeri Pahang sendiri, tiada siapa yang dapat melebihi undang-undang kerana itu PAS Pahang berdiri teguh bersama YAB Menteri Besar dan pihak Jabatan Hutan dengan ketegasan menangani isu ini.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya Pas Pahang 

Tiada ulasan:

AddToAny