responsif teks foto

Ahad, 18 Julai 2021

Rafizi dedah wajah sebenar DAP


Naib Presiden PKR yang bersara, Rafizi Ramli yang suatu masa dahulu menjadi ikon blok pembangkang mendedahkan wajah sebenar rakan parti komponen mereka, DAP dalam satu perbualan tertutup dipercayai dengan rakannya yang dibocorkan kepada Agenda Daily.

Agenda Daily menerima satu emel yang dihantar kepada kami mengandungi satu klip audio mirip suara bekas Ahli Parlimen Pandan itu memberi penerangan berhubung hala tuju DAP dan ideologi politiknya yang mempergunakan pemimpin Melayu demi kepentingan politik mereka.

Untuk rekod, Rafizi baru-baru ini juga berselisih faham dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan secara terbuka dalam Twitter, ia mendapat perhatian umum susulan langkahnya yang dilihat sering bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH).

Dalam klip audio tersebut, Rafizi mendakwa DAP sudah berjaya merosakkan ramai pemimpin Melayu dalam kerjasama politik mereka, ia bermula pada 1990 semasa mereka menjalinkan kerjasama politik dengan parti Semangat 46 yang sudah dibubarkan dibawah gabungan dikenali Gagasan Rakyat.

“Kalau kau perhatikan DAP punya kerjasama politik ni kan, DAP ni dah merosakkan lebih kurang lima atau enam kepimpinan MELAYU tau. Dia kerja dia, dia lompat daripada satu pimpinan Melayu, ke satu pimpinan Melayu, ke satu pimpinan Melayu yang lain.

“Contohnya dia (DAP) mula dulu-dulu dia dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Ku Li lah segala hebatnya. Pastu bila Ku Li dah tak boleh deliver votes (memberi undi) dekat dia, DAP lari,” kata Rafizi dalam klip audio tersebut.

Jelas Rafizi, susulan kegagalan kerjasama dengan Semangat 46 itu, DAP kemudiaannya menjalinkan kerjasama politik dengan PAS pada 2008 bersama gabungan dikenali Pakatan Rakyat waktu itu namun ia tidak bertahan lama dan berlaku perpecahan yang dikatakan berpunca daripada DAP sendiri.






“Pastu bila dia perlu dia (DAP) pergi peluk PAS, dia pergi PAS pulak, haaa bagus lah Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lah, ini lah.

“Dia pun dah jadi parti yang besar sebab orang Melayu duk sokong semua. Dah tu bila dia dah buat hal dia, bila nampak lari sikit, dia menolak PAS. Dengan PKR pun macam tu,” katanya lagi.

Menurut Rafizi lagi, pandangan orang Melayu yang melihat parti tersebut hanya mahu menunggang Melayu adalah tepat dan mendakwa DAP tiada keikhlasan dalam menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan parti Melayu.

“So, pandangan Melayu, which is not wrong (ia tidak salah) tau, DAP ni hanya berminat untuk menunggang Melayu je!

“So, sapa yang, err.. dia tak ikhlas! There’s no sincerity dalam friendship. Sebab tu diorang lagi suka MCA! Dia bukan kira siapa lagi Cina pun. Bagi dia MCA ni tak tikam belakang. And MCA ni nampak lagi ikhlas, boleh bawak berbincang,” terang Rafizi.



Rujukan :


1. Tunku Aziz: Saya dipaksa keluar DAP 'dengan lembut'
https://www.sinarharian.com.my/politik/tunku-aziz-saya-dipaksa-keluar-dap-dengan-lembut-1.51609

2. DAP mahu buka 'sekolah demokrasi'
https://www.malaysiakini.com/news/175086

3. Sekolah Demokrasi: Schooling youths in democracy
https://www.therocket.com.my/en/sekolah-demokrasi-schooling-youths-in-democracy/

4. Lagi gadis Melayu cantik taruhan DAP
https://www.malaysiakini.com/news/268628

5. Bekas aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar sertai DAP
https://www.malaysiakini.com/news/302557

6. A. Samad Said sah akan sertai DAP
https://www.astroawani.com/berita-politik/samad-said-sah-akan-sertai-dap-62321

7. Pakar perlembagaan Aziz Bari sertai DAP
https://www.astroawani.com/berita-politik/pakar-perlembagaan-aziz-bari-sertai-dap-67750

8. Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH
https://www.malaysiakini.com/news/339782

9. Sheikh Omar mampu jadi 'jambatan' perkenal Islam kepada DAP
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/525916/sheikh-omar-mampu-jadi-jambatan-perkenal-islam-kepada-dap

10. Pencalonan Aziz Bari muslihat DAP intai jawatan MB
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/412482/pencalonan-aziz-bari-muslihat-dap-intai-jawatan-mb

11. Wan Ji dilantik pegawai penerangan Guan Eng
https://www.malaysiakini.com/news/396602

12. Mampukah parti ditubuh PasMa pikat pengundi Melayu
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/06/61536/mampukah-parti-ditubuh-pasma-pikat-pengundi-melayu



Tiada ulasan:

AddToAny