responsif teks foto

Khamis, 12 November 2026

Projek GSR Persimpangan Kuala Lipis - Kechau


Laluan yang akan dibuka: 12 Nov 2026

Dari arah Gua Musang - Merapoh - Persimpangan Kechau - Persimpangan Kuala Lipis.

Jarak Persimpangan Kechau ke Persimpangan Kuala Lipis lebih kurang 14 km.

Kalau nak teruskan perjalanan ke Raub / Bentong / KL, perlu lalu jalan biasa dari Persimpangan Kuala Lipis di Kg. Bapong ke Penjom - Benta - Dong - Persimpangan Raub (Utara).

Bila Persimpangan Kuala Lipis ke Persimpangan Raub (Utara) akan dibuka? Mungkin sebelum akhir 2027. Ini jangkaan kami saja.

Kredit FB fawwazmedia

Rabu, 16 September 2026

Sejarah Tentera Darat Malaysia di Amerika Syarikat.

 


SEJARAH TENTARA DARAT MALAYSIA DI AMERIKA SYARIKAT
SMR TD DIIKTIRAF DI “INTERNATIONAL STUDENT HALL OF FAME” USASMA

Pada 6 Mei 2010, seorang anggota kanan Tentera Darat Malaysia mencipta sejarah di bumi Amerika Syarikat.
Pegawai Waran I Musa bin Haron, ketika itu Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD), telah menerima penghormatan untuk diinduksikan ke dalam International Student Hall of Fame di United States Army Sergeants Major Academy (USASMA), Fort Bliss, Texas.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada bekas penuntut antarabangsa kursus U.S. Army Sergeants Major yang kemudiannya berjaya memegang pangkat dan jawatan kanan dalam perkhidmatan tentera negara masing-masing.

PW I Musa menghadiri U.S. Army Sergeants Major Course Class 56 dari 15 Ogos 2005 hingga 19 Mei 2006, selepas terlebih dahulu mengikuti kursus Bahasa Inggeris di Lackland Air Force Base, Texas.
Lebih membanggakan, beliau merupakan SMR Tentera Darat Malaysia yang pertama menerima penghormatan tersebut.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 650 orang, Jalur Gemilang turut dikibarkan dan lagu Negaraku dimainkan bersama lagu kebangsaan negara peserta lain.

Bukan sekadar menerima pengiktirafan, PW I Musa turut diberi peluang menyampaikan ucapan selama 8 minit mengenai peranan Sarjan Mejar dalam Tentera Darat Malaysia,termasuk menjadi penghubung antara anggota LLP dan pegawai atasan, menjaga kebajikan anggota serta membentuk disiplin dan profesionalisme.

Antara mesej beliau yang cukup bermakna:
“We as Sergeant Major are not only the backbone of the Army, but we are also the backbone of the whole Armed Forces.”

Kisah ini membuktikan bahawa anggota Lain-Lain Pangkat Tentera Darat Malaysia juga mampu berdiri setanding dengan anggota tentera dari seluruh dunia apabila diberikan peluang, ilmu dan kepercayaan.
Dan pesanan beliau kepada generasi LLP ketika itu masih relevan:

Tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, kemahiran komputer dan ilmu pengetahuan supaya lebih banyak peluang di peringkat antarabangsa dapat direbut.
Satu sejarah. Satu kebanggaan. Satu inspirasi.
“Betul Sikap Betul Semua”
- SMR TD Ke-6

Sumber: Petikan Journal Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), 2010

Oleh: Sjn Suhaimi Saad
Gambar: Sjn Mohamad Solor Ismon

Isnin, 14 September 2026

Lingkaran Tengah Utama (CSR) Lipis 2026.

 


LTU/CSR LIPIS (Persimpangan Kechau) - RAUB (Persimpangan Raub (Utara)
Jajaran sepanjang 57 km ini melibatkan Pakej 3, 4 & 5 dengan pecahan Seksyen berikut:

1. Seksyen 3H Tambahan: Kg. Kechur ke Kg. Seberang Jelai (3.85 km) - Siap
2. Seksyen 3J: Kg. Seberang Jelai ke Kg. Relong (6.65 km) - Hampir Siap
3. Seksyen 4A: Kg. Relong ke Ladang Jerkoh (15 km) - Siap
4. Seksyen 4B: Ladang Jerkoh ke Sega Lama (10.25 km) - Dalam pembinaan
5. Seksyen 4C: Sega Lama ke Kuala Dong (5.80 km) - Siap
6. Seksyen 4D: Kuala Dong ke Kg. Tanah Bercangkul (Raub) (13.60 km) - Siap
7. Sebahagian Seksyen 5A: Kg. Tanah Bercangkul - Persimpangan Raub (U) (2.6 km) - Siap
8. Seksyen 4B: Dari Kuala Atok ke Ladang Jerkoh: OTW
9. Seksyen 4A: Dari Ladang Jerkoh ke Empang Jaleh:OTW
10. Seksyen 4A: Dari Empang Jaleh ke Kg. Relong:OTW
11. Seksyen 3J: Dari Kg. Relong ke Kg. Seberang Jelai:OTW
12. Seksyen 3H Tambahan: Kg. Seberang Jelai ke Persimpangan Kechau: OTW
11.  Benta Link

Persimpangan Bapong/Relong

Kredit FB : Fawwaz Media

Isnin, 31 Ogos 2026

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69

 







Sekitar Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Di Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis Pahang. Pada 31 Ogos 2026.


Kisah Gajah Sulong Chalil

 



Secara saintifiknya dia bukan balik untuk "berjumpa isteri dan anak", kerana sebagai seekor gajah jantan dewasa, dia memang hidup bersendirian atau lone ranger.

Ketua bagi sebuah kawanan gajah sebenarnya diterajui oleh gajah betina yang paling tua dan berpengalaman, bukannya gajah jantan. Gajah betinalah yang bertindak memimpin kawanan untuk mencari sumber air, makanan, atau menjaga keselamatan anak-anak gajah.

Bagi gajah jantan yang mencapai usia matang seperti Sulong pula, mereka biasanya akan diusir keluar daripada kumpulan keluarga untuk hidup bersendirian atau menyertai kumpulan bujang kecil yang lain.

Sebab itu sebelum dipindahkan ke Gerik, Sulong sering 'meluangkan masa sendirian' di kampung manusia di Gua Musang.










Bukan sebab tiada penempatan tapi dia sedang dalam proses meneroka dan berkemungkinan Sulong sangat selesa di sana. Bagaimanapun ia tidak selesa bagi manusia di kampung tersebut.

Apabila PERHILITAN memindahkannya ke hutan Gerik, Sulong besar kemungkinan berasa asing dan stres dengan persekitaran baharu. Dia mungkin teringat dengan kampung manusia tersebut, bukannya balik cari anak bini.

Tapi apabila telah berjalan jauh, Sulong didapati sudah mula menyukai laluan tersebut. Laluan Gerik-Jeli ini akan menjadi "rumah" baharu bagi Sulong Chalil.

Kita doakan Sulong segera berjumpa kawan kawan gajah yang lain untuk proses seterusnya dalam kehidupan unik seekor gajah.

Kredit : FB Pesan Atok

Jumaat, 10 Julai 2026

Kak Yah, Makcik gelang banyak

 




Assalamualaikum..

Harini 09 July adalah hari lahir abah.. Al fatihah abah.. Dan harini juga tamatlah sudah tempoh iddah ma.. Untuk makluman.. Ibu manja.. kak yah atau dikenali MAKCIK GELANG BANYAK …
Takkan meniaga lagi untuk selamanya dibumi Kuala Lipis.. Jutaan terima kasih kerana saban hari membeli menyokong jualan ibu bapa saya selama 32TAHUN.. setiap pagi meniaga dari 5pagi saban hari tanpa kenal hari cuti hujan panas.. Ibu bapa saya menyaksikan jatuh bangun pembangunan bandar lama kuala lipis dari 1993 hingga 2026.. dari meniaga atas Pasar Ikan ke arena camellia hingga ke kini.. Dari bazar ramadhan di bandar lama hingga skrg di Dewan jubli.. Saban tahun meniaga bazar ramadhan.. berebut kuih.. customer marah kuih tak sempat beli.. kuih habis… Siapa tak kenal KAKYAH GELANG BANYAK GORENG PISANG pagi2 kan.. terlalu banyak moment yang tersemat di kalbu selama 32thn ini.. Setiap permulaan akan ada pengakhiran.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. itu semua kenangan..

Kami menyusun 10 jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa salah silap selama mencari rezeki di bumi lipis ini. Kuala Lipis dalam kenangan.

Kredit FB ; Adelia Deana


Bantuan Tunai RM 400

 


Program BUDI Agri-Komoditi menyediakan bantuan subsidi tunai bulanan sebanyak RM400 untuk petani, penternak, dan pekebun kecil yang layak bagi menampung kos penggunaan diesel jentera pertanian. Untuk sebarang semakan status dan maklumat lanjut, anda boleh terus ke portal rasmi 


AddToAny