Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
 |
kebun getah projek pertama tanam tahun 2004 melalui RISDA
|
 |
kebun getah 2004- 2011 |
Pendapatan projek pertama kebun getah pada tahun 2012
Torehan lebih kurang 270 pokok selama 2 jam sehari dengan pendapatan RM 10,444.00 setahun (purata bulanan RM 870.00), pendapatan bulanan secara detail seperti dalam rajah graf di bawah. Pendapatan ini dipengaruhi oleh musim meluruh pada bulan Mac dan musim hujan bulan Nov dan Dis serta kenaikan/ kejatuhan harga getah di pasaran.
 |
Statistik pendapatan getah 2012 |
Pendapatan Hasil Getah 2013
Projek Kedua 2012
Saya mengambil
keputusan menanam semula kebun getah tua projek kedua sebelah kebun saya tahun 2012. Untuk membersihkan tapak kebun tersebut saya telah mengupah excavator mencuci kawasan dan membuat teres. Kelebihan excavator ia dapat mencabut pokok getah
tua sehingga ke akarnya dan menyusun batang/ranting pokok untuk dibakar dapat
dijadikan baja kepada anak getah.
 |
Kerja membersih tapak kebun Jan 2012
|
 |
Kerja membakar Mac 2012 |
Membakar
Untuk membakar kita memerlukan
masa selama 45 hari selepas kawasan dibersihkan atau mengikut petua orang tua
kita perlu menunggu kulit pokok yang ditebang terkopek atau tanggal daripada
batang teres.
Peralatan membakar sebaiknya kita
gunakan getah tiub motor yang sudah tidak
digunakan lagi bersama minyak diesel untuk menyemarakkan api.
Pagar Elektrik
Untuk menghalang dari masuh tanaman saya telah
membeli pagar elekterik dengan kos seperti berikut :
Patriot
RM 500.00.
Solar
RM 700.00
Beteri RM 170.00
Kabel
150 X 3 = RM 450.00 penyukat volt RM 120
Pancang
PVC 100 batang = RM 200.00
Box beteri, rumah solar RM 270.00 dan Solar controller RM 195.00
 |
Litar ringkas pagar elekrrik |
 |
Beteri dan pengecas Patriot RM 500.00
|
 |
Solar Charge Controler Digital RM 80 beli di Alibaba |
Beberapa fungsi dari solar charge controller adalah (a).Mengatur arus untuk pengisian ke bateri, menghindari over charging dan over voltage, (b).Mengartur arus yang dibebaskan/diambil dari bateri agar bateri tidakfull discharge, dan overloading dan (c).Monitoring temperatur bateri.
 |
alat untuk mengukur voltan pada kebel pagar elektrik, 5000V adalah terbaik Harga RM 120.00 |
jangan sesekali membuat sambungan terus arus elektrik AC dari rumah ke kebel pagar elektrik kerana boleh membawa maut kepada sesiapa yang menyentuhnya. Sinar Harian
Cuba perhatikan video di atas bagaimana musuh tanaman terkena kejutan pagar elektrik yang telah dipasang dengan sempurna tanpa membunuh atau mencederakannya.
 |
suis pagar elektrik |
Dengan mengunakan sistem solar tersebut sambil menoreh dan membuat kerja-kerja kebun boleh juga saya mendengar celoteh DJ radio Pahang FM.
 |
radio kereta mengunakan arus elektrik DC 12V |
 |
speaker paling cangih |
Klon
Setelah berbincang dengan
kawan-kawan mereka mencadang saya mebeli klon PB 350 yang merupakan klpn yang
digunakan di estet-estet di Malaysia berbanding dengan klon KT, RRI yang belum
tentu sesuai ditanam di tapak kebun kita. Harga yang ditawar kepada saya dengan
klon tersebut adalah RM 6.00 sepokok. Saya
terpaksa membeli sebanyak 447 pokok dengan keluasan 2 ekar.
 |
Klon PB 350,PB 315
dan 600 bersama pagar elektrik
Jarak Tanaman
|
Membuat Jarak Tanaman
Dengan mengunakan tali panjang
yang telah ditanda mengikut ukuran yang dicadangkan saya mengambil keputusan
membuat ukuran 9 kaki jarak, muka 18
kaki yang mana tidak mengikut jarak disebelah.
Kerja penanaman
Saya mula menanam pada 12 Mei 2012 dengan menanam sebanyak 16 pokok
satu hari, itu pun selepas atau sebelum menoreh. Jika ada masa terluang diwaktu petang saya
meneruskan kerja tersebut. Tidak sampai
sebulan kerja menanam berjaya disiapkan. Pada hari ini upah menanam getah RM
2.00 sepokok jika 447 kita memerlukan RM 894.00.
Bila hujan tidak turun saya
terpaksa kita menyiram anak pokok getah jika tidak ia akan menjadi kering
berkemungkinan anak pokok akan mati.
Kerbau, lembu, monyet dan babi hutan yang
akan merosakan tanaman jika ia berjaya masuk ke dalam tapak tanaman. Untuk
mengelakan terpaksa kita menguna pagar elektrik yang sememangnya berfungsi
untuk mengejutkan musuh tanaman tersebut.
 |
musuh tanaman yang menjadi ancaman kepada kita |
Ancaman anai-anai yang boleh
menjadikan anak pokok getah terbantut berkemungkinan pokok akan mati. Daripada
pengalaman orang tua biasanya ia menyiram ke tanah racun anai-anai atau menabur
furadan.
Penanam Getah vs Babi Hutan
Cara menghalau monyet
 |
sudah 3 bulan mula makan baja Julai 2012 |
 |
9 bulan bersama kekacang tutup bumi Jan 2013 |
 |
11 bulan baru tabur baja 15:15:15 Mac 2013
1 tahun 1 bulan (13 bulan) 2013 |
 |
1 Tahun 9 bulan (21 bulan) 2013 |
 |
2 tahun 9 bulan(33 bulan) 2014 | |
|
|
|
3 tahun 6 bulan (42 bulan) 2015
 |
4 tahun (48 bulan) 2016 |
 |
5 Tahun (60 bulan) Mei 2017 |
 |
Ukur lilit melebihi 45 cm boleh mula buka penel torehan pada 21 Mei 2017 |
 |
Tidak menjadi masalah menjual getah sekrap, pembeli akan datang kebun untuk
mengambilnya setelah di telefon |
 |
Pendapatan pertama 65 kg, menoreh selama 1 jam 100 pokok yang terpilih shj, selama 15 hari, harga 1 Julai 2017 RM 2.40 sekilo bersamaan RM 156.00
 |
Susu Getah
Penyakit Getah
Penyakit daun luruh Pestalotionpsis yang menyerang kebun getah sekarang tahun 2020.
Racun kulat yang sesuai dan boleh digunakan.
Ciri-Ciri Penyakit Pokok Getah di Malaysia dan Kaedah Pengawalan
Penyakit daun luruh pestoloiopsis
Hari ni 30 Sept 2017 jual getah 8 hari menoreh dapat 90 kg
bersamaan RM 2.30 x 90 kg = RM 207
Dengan 150 pokok getah yg ditoreh mengambil masa 1 jam 20 minit. Pada 21 Okt 2017 jual getah 8 hari 104 kg bersamaan RM 2.30 x 104 kg = RM 239
.
Resit jual getah
"Macam ni punya harga boleh mohon IPG..."
|
|
Lembaga Getah Malaysia
Bagi tujuan permohonan
INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG), RM 0.25 sekilogram, pengusaha/pemilik perlu
menyediakan dan menyerahkan dokumen (ke pejabat LGM terdekat) seperti berikut:
1 Borang tuntutan
IPG (diisi lengkap)
2. Resit rasmi jualan getah
3. Salinan buku akaun (akaun sama didaftarkan untuk kad
PAT-G)
4. Surat perjanjian pembahagian IPG (pemilik dan
pengusaha)
 |
IPG... RM 52.94 bersamaan 408 kg skrap |
 |
pokok getah yang sama |
Statistik pendapatan penoreh Getah 2018
Daripada statistik tersebut pembaca boleh merumus berbagai
andaian dan pendapat berkenaan dengan kehidupan
sebagai penoreh getah yang mempunyai keluasan 2 ke 6 ekar, adakah berbaloi dengan
usaha mereka sama ada pemilik(tuan tanah) atau pengusaha(penoreh).
 |
Resit penutup tahun 2018 |
BMT 2018
Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2018 (BMT 2018) yang dilaksanakan oleh RISDA kini boleh disemak melalui pautan berikut :
http://webapp3.risda.gov.my
Sebelum masuk bulan 28 Feb 2019 bolehlah poskan resit getah ke LGM untuk dapatkan IPG bulan Jan 2019.
 |
Sekarang Resit penjualan dicetak dengan Komputer tak memerlukan resit lama |
LGM telah menaikan kadar RM0.25 kepada RM0.50 baru-baru ini dan tanpa perlu menhantar resit ke pejabat LGM memadai dengan cetakan komputer pembeli getah.
Cara pengiraan IPG
150 kg skrap
RM 0.50 Kadar ditentukan oleh LGM mengikut harga
45 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) atau DRC
> 150 X RM 0.50 = RM 75
> RM 75 X 45/100 = RM 33.75
> IPG 150 kg bersamaan dengan
RM 33.75
Pokok Getah Tumbang
Pokok getah yang berumur 7 tahun ke atas risiko akarnya dimakan oleh anai-anai tinggi walaupun pada mula penanaman kita telah sembur atau tabur racun Anai-Anai seperti Puradan dan racun cair.
Cara pengiraan harga SMR 20 kepada Harga Getah Sekerap.
Kebanyakan penoreh getah di Malaysia menghasilkan getah SMR 20 berbanding dengan dahulu sekitar tahun 70an ke bawah penoreh atau pemilik kebun menghasilkan getah keping. Kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana pembeli/pelesen getah mengira untuk mendapat harga semasa. Mereka hanya mengikut sahaja harga yang telah ditetapkan.
 |
SMR 20 |
Cara pengiraan mudah.
Pengiraan peratus Kandung Getah Kering(KGK)
1 hingga 2 hari = 50 peratus
3 hingga 5 hari = 52 peratus
7 hingga 15 hari = 55 peratus
14 ke atas = 60 peratus
Harga Harian SMR 20 (100 %KGK) akan di keluar pagi sekali petang sekali
Kalau pada hari ini SMR 20 RM 5.46 ditolak Kos Operasi + SES
SES = Tanam Semula RM 0.10
= Penyelidikan RM 0.04
Kos Penggangkutan/Untung Urusniaga/Kilang(Kos Operasi) = RM 1.26
Kos Operasi + SES
= RM 1.26 + RM 0.14 = RM 1.40
KGK purata
= 55 peratus
546-140=4.06X55/100 = 2.30
Harga hari ini =
RM 2.30
26 Nov 2019 Resit Getah
Bantuan Musim Tengkujuh RM 600.
Semakan e-BMT : Bantuan Musim Tengkujuh Risda
Borang Deklarasi BMT
Separuh duit BMT 2019 sudah masuk
Masalah Harga Getah
Statistik pendapatan penoreh Getah 2019

Pokok sebanyak lebih kurang 300 pokok, bulan Mac tidak menoreh kerana meluruh, menoreh selama 2 Jam setengah, penghasilan 2,453 kg bersamaan dengan RM 6, 013 setahun.
 |
Kebun Getah 21 Jan 2020, Tajuk ni sudah 29,349 pengunjung |
Bantuan Khas Hari Raya Adilfiri 2020
Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikut penularan wabak convid19(BKC 2020)
- Tidak perlu isi borang.
- Tidak perlu Hadir Ke Pejabat RISDA.
- Sila duduk di rumah.
Penerima yang layak menerima bantuan Musim Tengkujuh tahun 2019(BMT 2019)
layak menerima (BKC 2020) secara automatik dan bayaran akan dibuat
ke akaun penerima yang didaftarkan
Boleh Check melalui telefon Bimbit pautan berikut
http://webapp3.risda.gov.my
Telah dikredit kedalam akaun Bank pada 21 Mei 2020.
 |
Resit Getah 29 Jun 2020 harga SMR 20, RM 4.80.50 |
IPG AKTIF Bulan Julai 2020
LGM memaklumkan bahawa IPG TERAKTIF bagi bulan Julai 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran seperti berikut:
a) Semenanjung : RM 0.70 sekilogram;
b) Sabah : RM 1.00 sekilogram; dan
c) Sarawak : RM 0.90 sekilogram.
Untuk memudahkan penoreh getah atau pengusaha menyemak kelulusan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari LGM sila klick link di bawah :
KEMASKINI JUMAAT, 23 Okt 2020 jam 5.00 ptg
Harga Getah Gred SMR20
= RM 6.7450/kg bersamaan USD 1.6550/kg
Harga Getah Lateks di Ladang (100%KGK)
= RM 6.7375/kg
Harga Getah Sekerap di Ladang (50% KGK)
= RM 2.6231/kg*
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
*Nota: Insentif Pengeluaran Getah akan diaktifkan pada kadar RM2.50 /kg sebagai harga lantai minima yang ditetapkan kerajaan untuk membantu para petani. Lihat Sedikit
Ust Dr. Khairuddin at-Takiri - Menteri
Duit BMT 2020
Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 4 Dis 2020 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum
Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 4 Jan 2021 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum
Maksud Hadis
“ Tak ada seorang Muslim yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau haiwan, kecuali ia akan mendapatkan sedekah kerananya. ” [HR. Al-Bukhoriy dalam Kitab AL-Muzaro’ah (2320), dan Muslim dalam Kitab Al-Musaqoh
Tanaman Sampingan.
Sementara menunggu pokok getah membesar saya menanam sedikit cili api dan tebu di celah-celah
anak getah tersebut.
 |
pokok Roselle |
 |
tebu telur |
 |
cili api |
 |
ubi torak
|
 |
pokok labu |
Pada 16 Jun 2013 (Ahad) lepas saya kutip cili api sebanyak 5 kilo, 1 kilo bersamaan dengan 600 biji bermakna saya kutip 3000 biji, banyaknya..!!!! pasaran tak menjadi masalah jual murah-murah 1 pot RM 1 pasti org berebut membeli.
 |
5 kilo bersamaan dengan 3000 biji |
Pada 28 Julai 2013 cili yang cantik bertukar menjadi hitam bertompok saya mengambil keputusan menanyakan masalah tersebut kepada group penanam cili di facebook. Mereka mencadangkan kepada saya agar menyembur racun kulat 'mancozeb' jika tidak satu kebun akan musnah. Pada 31 Julai 2013 saya membeli racun tersebut di kedai Peladang dan terus menyembur kesemua pokok cili moga-moga ianya berjaya.
 |
'antraknos' |
 |
racun kulat 'mancozeb' |
Racun merbahaya kepada penguna, sebelum mengunakan pastikan membaca pada lebel dan adakan langkah-langkah keselamatan.
Kelas Racun Perosak
Jus dan jem Rozel
Buat sendiri tanpa bahan pengawet, rasa beza dan lebih sedap dari pati yang dijual di Kedai atau supermarket. Rasa seakan-akan air ribena.....
Khasiat Rozel
 |
Jem dan Jus Rozel yang dibuat sendiri |
 |
Timun tahun harga pasaran RM 5.00 sekilogram |
 |
kelapa Mataq RM 25 sepokok |
Dengan mengunakan pagar elektrik kebun getah tersebut saya dapat juga menanam tanaman sampingan seperti timun tahun, timun kampung dan bayam.
Oleh kerana ramai sahabat-sahabat yang bertanya kos pemasangan pagar elektrik saya berikan 'costing' seperti berikut barang boleh beli sendiri atau sebaliknya.
Bil
|
Perkara
|
‘Quantity’
|
Harga
|
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9
|
3 ekar= 435.6 meter
Kabel
Tiang PVC
Patriot Energizer P10
Beteri Kereta 12 V
Box Beteri,rumah solar.Suis
Solar Panel
Solar Controller
Pengukur Voltan
Upah
|
RM 150 X 4
160 batang X RM 2
1
1
1
1
1
1
160 Batang X RM 5
|
RM 600.00
RM 320.00
RM 500.00
RM 180.00
RM300.00
RM500.00
RM195.00
RM 120.00
RM 800.00
|
|
Jumlah
|
|
RM 3,515.00
|
Kesimpulan
Sesiapa yang mempunyai pengalaman, petua menanam getah atau berkebun boleh berkongsi pendapat dan komen di ruang komen dalam blog ini.
 |
Mac 2012 - Mula tanam |
 |
5 Mac 2020 - Daun Meluruh |
Tahun 2021
Bantuan Tanam semula Getah Pekebun Kecil RISDA Malaysia. Permohonan Bantuan Tanam Semula Getah diteruskan bagi tahun 2021 dengan kadar baharu iaitu RM13,710/Hektar kadar lama RM9,230.00 termasuk bayaran tunai tolak tebang dan bekalan Input pertanian seperti baja dan racun rumpai. Khidmat nasihat dan tunjuk ajar Amalan Pertanian Baik (GAP) disediakan.
Ansuran Tanam Semula Getah ke Getah
Ansuran 1 RM 7,710.00
Anak pokok getah 538 pokok/hek
Baja RP : 7 Beg
Ansuran 2 RM 1,600.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 1
Baja R1 : 33 Beg
Ansuran 3 RM 1,300.00
1 Tahun selepas bayaran ansuran 2
Baja R1 : 35 beg
Ansuran 4 RM 1,400.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 3
Baja R1 : 20 Beg
Baja R4 : 36 Beg
Ansuran 5 RM 1,700.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 4
Baja R4 : 80 Beg