Ahad, 29 Disember 2013

Pendapatan pekebun getah sepanjang tahun 2013

Pada hari ini saya menutup akaun pendapatan hasil getah tahun 2013.  Menoreh selama 2 jam sehari dengan 270 pokok getah boleh memperolehi  pendapatan RM 8,082.75 setahun(purata bulanan RM 673.60). Pendapatan ini dipengaruhi oleh harga semasa,musim meluruh dan hujan.
Berbanding tahun 2012 saya memperolehi pendapatan RM 10,444.00 setahun(purata bulanan RM 870.00)  disebabkan harga pada tahun tersebut lebih tinggi berbanding dengan tahun 2013. Kemerosotan 23 peratus pendapatan ini  berbanding tahun 2012 menyebabkan kerajaan memberi bantuan RM 500 kepada pekebun kecil getah yang keluasan tanahnya kurang dari 6 ekar.
Purata Harga getah untuk  satu kilogram sepanjang tahun 2013
Bulan     Jan         RM 4.35
statistik pendapatan
Bulan     Feb       RM 4.24
Bulan     Mac      RM 3.77
Bulan     April       RM 3.40
Bulan     Mei        RM
Bulan     Jun         RM 3.30
Bulan     Julai       RM 3.05
Bulan     Ogos      RM 3.42
Bulan     Sep        RM  3.66
Bulan     Okt         RM 3.38
Bulan     Nov        RM 3.32
Dengan pendapatan sebanyak ini pekebun kecil perlu meningkatkan produktiviti dengan menoreh lebih dari dua jam sehari atau sekurang-kurangnya empat jam hingga ke enam jam sehari (jangan dipanggil bangla/Mat Indo sudahlah..hiiihiii).  Bebanan peningkatan kos sara hidup yang semangkin meningkat pada hari ini pekebun kecil perlu berusaha meningkatkan produktiviti atau mencari sumber pendapatn lain, nak harapkan harga tinggi ianya diluar kemampuan pekebun

1 ulasan:

Neil Shaffer berkata...

Hi,

I hope this message finds you well,

My name is Neil; I'm the affiliate manager @ BinaryOffers.com
I saw that you are promoting few interesting offers,
So I'd like to take this opportunity and invite you to join us.

We offer an Extremely high commissions and the best service online.

I'll be more than happy to start working with you and introduce to you few of our offers.
You can send me an email or add me to your Skype (aff.binaryoffers) so we can discuss.

All the best my friend,
Neil
neil@binaryoffers.org