responsif teks foto

Jumaat, 15 Februari 2013

Melalui Lebuh Raya Timur Barat


Perjalanan menuju ke daerah Sik dari Lipis melalui Lebuh Raya Timur Barat (Gerik-Jeli)  ada sebuah tugu pengorbanan dalam kenangan untuk  memperingati  pembinaan lebuhraya tersebut .  Lebuh Raya sepanjang 123 Km ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 1 Julai 1982.  Banyak nyawa telah terkorban semasa kerja pembinaan dilaksanakan mulai tahun 1970.  Ada terkorban semasa kemalangan di dalam kerja pembinaan dan ada yang diserang oleh penganas komunis.
Di Lokasi tugu ini, 63 buah mesin jentolak tanah telah diletupkan oleh penganas komunis pada 23 Mei 1974.  Di sini juga perkerjaan JKR telah terkorban dan beberapa lagi cedera dalam serangan penganas pada 27 Ogos 1974.  Beberapa serangan lain juga pernah berlaku disepanjang  lebuh raya tersebut. 







Tentera JKR memain peranan membina lebuh raya tersebut

pembinaan Lebuh Raya Timur Barat

Selamat sampai ke Kampung Caruk Kemuning,  Bendang menghijau menyambut kami



AddToAny