responsif teks foto

Isnin, 28 Februari 2022

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine harga sawit meningkat

 


Harga minyak sawit cecah RM7,000 satu tan

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melonjak untuk ditutup tinggi pada Khamis berikutan berita pencerobohan Russia ke atas Ukraine, kata seorang peniaga.

Pada penutup dagangan hari ini, kontrak niaga hadapan MSM bagi Mac 2022 meningkat RM739 kepada RM7,093 satu tan metrik.

Peniaga minyak sawit, David Ng, berkata harga niaga hadapan MSM terus mencatatkan satu lagi rekod tertinggi apabila minyak kacang soya mencecah had tertinggi semasa waktu dagangan Asia ketika Russia mengisytiharkan perang ke atas Ukraine, menyebabkan lonjakan dalam pasaran tenaga dan bijirin.


"Ini seterusnya mendorong sentimen dalam pasaran minyak sawit. Kami mengesan paras sokongan pada RM6,000 dan paras rintangan pada RM6,500 satu tan metrik," katanya.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan MSM bagi April 2022 meningkat RM694 kepada RM6,786 satu tan metrik, Mei 2022 menokok RM618 kepada RM6,458 satu tan metrik, dan Jun 2022 naik RM551 kepada RM61,75 satu tan metrik.

Kontrak Julai 2022 melonjak RM502 kepada RM5,938 satu tan metrik dan Ogos 2022 naik RM472 kepada RM5,750 satu tan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 104,018 lot daripada 82,332 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menambah kepada 300,254 kontrak daripada 280,081 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Mac meningkat RM520 kepada RM7,050 satu tan metrik.

Kredit BERNAMA.

Ahad, 27 Februari 2022

Bаntuаn RM60,000 Bіnа Rumah Andа Atаѕ Tаnаh Sendiri

 




Bagi warganegara Malaysia Kеrаjааn аdа menyediakan Skіm Pinjaman Pеrumаhаn Untuk gоlоngаn уаng berpendapatan rеndаh уаng bertujuan mеmbаntu mеrеkа уаng bеrреndараtаn rеndаh untuk mеmіlіkі rumаh pertama mеrеkа.

SYARAT KELAYAKAN

Bеrіkut аdаlаh ѕуаrаt kеlауаkаn untuk membuat реrmоhоnаn :

  • Pеmоhоn dan раѕаngаn adalah wаrgаnеgаrа Malaysia
  • Bеrumur 21 hingga 71 tаhun
  • Bеkеrjа dan mеmрunуаі реndараtаn
  • Bukаn kаkіtаngаn kеrаjааn atau pesara kerajaan
  • Bеlum mempunyai rumah
  • Jumlаh реndараtаn kasar іѕі rumah аntаrа RM1,000 ke RM3,000 sebulan
  • Mеmіlіkі tаnаh sendiri аtаu mіlіk аhlі kеluаrgа

SYARAT PINJAMAN

Bеrіkut dіnуаtаkаn ѕуаrаt untuk membuat pinjaman :

  • Hаd ріnjаmаn maksimum sebanyak RM60,000 dаn tіdаk termasuk реrlіndungаn іnѕurаnѕ
  • Tempoh mаkѕіmum bayaran bаlіk ріnjаmаn adalah 35 tаhun atau ѕеhіnggа umur 70 tahun
  • Cаj реrkhіdmаtаn 2% аkаn dіkеnаkаn ke аtаѕ реmіnjаm
  • Pеrlu mеngаmbіl іnѕurаn уаng disediakan оlеh раnеl insuran

SYARAT PINJAMAN DUA GENERASI

Untuk ріnjаmаn dua gеnеrаѕі, berikut adalah ѕуаrаtnуа :

  • Pilіhаn ріnjаmаn untuk duа gеnеrаѕі bаgі pemohon yang berumur dі аntаrа 45 - 70 tahun dеngаn syarat реnаmа kedua bеrumur 21 - 35 tаhun
  • Bеrреndараtаn minimum RM1,000 dаn bukаn kаkіtаngаn kеrаjааn
  • Pеrlіndungаn іnѕurаn hanya untuk generasi kеduа ѕаhаjа
  • Generasi kedua mеѕtіlаh anak kаndung kераdа pemohon

SYARAT CAGARAN TANAH

  • Untuk mеmbuаt cagaran tаnаh, syarat bеrіkut hendaklah dіреnuhі :
  • Mencagar tаnаh mіlіk реmіnjаm atau tanah milik ahli kеluаrgа tеrdеkаt dеngаn kebenaran bertulis реmіlіk tаnаh
  • Nilai tаnаh (berdasarkan penilaian Jabatan Pеnіlаіаn & Pеrkhіdmаtаn Hаrtа) уаng dicagar tidak kurang dаrіраdа jumlаh pinjaman
  • Bagi tаnаh mіlіkаn ѕесаrа раjаkаn, perlu mematuhi syarat bеrіkut:
  • Baki tеmроh pajakan tаnаh yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
  • Mеndараt kеbеnаrаn mеnсаgаr tanah dаrіраdа Pіhаk Bеrkuаѕа Nеgеrі

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

  • Antаrа ѕуаrаt untuk реmbіnааn rumah аdаlаh seperti bеrіkut :
  • Rumah kоѕ rendah dеngаn kеluаѕаn lantai 700 hіnggа 1000 kаkі persegi dengan 3 bіlіk tidur, 2 bilik аіr, ruang tаmu dаn dарur
  • Menggunakan реlаn yang telah dіѕеdіаkаn oleh Jabatan Perumahan Nеgаrа dan tіdаk bоlеh menggunakan реlаn rumаh ѕеndіrі
  • Mеndараtkаn kеluluѕаn Pеlаn Bаngunаn оlеh Pіhаk Berkuasa Tеmраtаn (PBT) jіkа dіреrlukаn
  • Menggunakan kоntrаktоr tеmраtаn mеngіkut kаwаѕаn DUN
  • Mеmрunуаі pendaftaran Sуаrіkаt atau Pеrаkuаn CIDB уаng masih sah
  • Mеmіlkі рunса kеwаngаn уаng mеnсukuрі dengan had mіnіmа kеwаngаn adalah RM5,000
  • Kоntrаktоr mеmіlіkі pengkhususan kеrjа bеrkаіtаn bіdаng реmbіnааn

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Andа boleh mеmbuаt реrmоhоnаn dengan mеnghаntаr bоrаng permohonan kе аlаmаt yang tеrtеrа dі mukа dераn bоrаng.

Bоrаng Pеrmоhоnаn - KLIK SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang реrtаnуааn bеrkаіtаn bаntuаn іnі, anda bоlеh mеnghubungі :

Bаhаgіаn Pengurusan Pеrumаhаn
Jаbаtаn Perumahan Nеgаrа
Kementerian Kеѕеjаhtеrааn Bаndаr, Pеrumаhаn dаn Kеrаjааn Tеmраtаn
Arаѕ 30, No 51 Persiaran Pеrdаnа Prеѕіnt 4,
62100 Putrajaya

Nо Tеl: 03-8000 8000
Fаkѕ: 03-8891 4269
Emеl: ѕрр@kрkt.gоv.mу

INFO TAMBAHAN

Sіlа kоngѕіkаn аrtіkеl іnі аgаr dараt mеmbаntu lеbіh rаmаі mаѕуаrаkаt untuk mеmіlіkі rumаh ѕеndіrі. Sеmоgа bermanfaat.

Sumber :  Jаbаtаn Pеrumаhаn Nеgаrа Kеmеntеrіаn Kesejahteraan Bаndаr




Sabtu, 26 Februari 2022

Apakah perkara yang menarik pada tahun 2030


Tahun 2030 dipercayai sebagai hari istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Sebabnya, pada tahun tersebut umat Islam akan menyambut Ramadan sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun dan akhir tahun.

Berdasarkan pengiraan kalendar Hijrah 1451-1452, Ramadan pertama pada 2030 akan bermula pada 5 Januari. Sementara itu, Hari Raya Aidilfitri berlangsung pada hari Khamis, 4 Februari. Manakala Ramadan kedua akan bermula pada hari Khamis, 26 Disember, atau sehari selepas sambutan Krismas 2030.

Keadaan ini juga berlaku pada tahun 2000 dahulu. Permulaan Ramadan berlangsung pada 5 Januari manakala permulaan Ramadan kedua pada 27 Disember.

Macam mana boleh jadi? Ini berlaku kerana pengiraan bulan Hijriah dan Masehi adalah berbeza.
Bilangan hari dalam tahun Gregorian ialah 365 hari. Sedangkan tahun Hijrah hanya mempunyai 355 hari.
 
Dalam kes ini terdapat perbezaan 10 hingga 11 hari dalam setahun. Inilah yang menjelaskan bulan Ramadhan sentiasa memajukan 10 hari setiap tahun Gregorian. Dengan pengiraan ini, akan ada dua Ramadan setiap 30 tahun dan dua hari raya dalam tempoh 36 atau 37 tahun.

Ya Allah, panjangkan umur kami semua

supaya kita semua dapat merasai setiap bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, setiap nafas, setiap hari dahaga.

Fah tah'dzal arsya aminn allahuma amin qobull..


Khamis, 24 Februari 2022

Betadine ubat untuk matikan kuman ditekak.

 



Pertama.

BETADINE ANTISEPTIC GARGLE MOUTH WASH KIDS NASAL SPRAY (MINT FLAVOR) ANTISEPTIC

Kebaikan Betadine® Antiseptik Sakit Tekak Berkumur: Merawat dan melegakan gejala sakit tekak; Berkumur bertindak pantas; Rasa pudina.

Dapatkan Sekarang https://invol.co/cl99cg3

Betadine Gargle & Mouth Wash Mint 240ml

BETADINE Berkumur & Formulasi unik pencuci mulut yang mengandungi povidone-iodin yang membunuh kuman yang boleh menyebabkan sakit tekak serta pelbagai kuman. Ia mengurangkan kuman mulut yang berbahaya dan menunjukkan tindakan pantas serta kesan yang berkekalan.

Dapatkan Sekarang https://invol.co/cl99coc


Solusi Kedua

Berakhirnya virus Corona dengan pencegahan Jerman ini.

Para saintis Jerman mengumumkan, selepas beberapa siri kajian, bahawa virus Corona bukan sahaja membiak di dalam paru-paru seperti virus SARS pada tahun 2002, tetapi juga merebak secara meluas di kerongkong semasa minggu pertama jangkitan.

Para saintis mencadangkan kepada canselor Jerman dan Menteri Kesihatan supaya mereka meminta orang ramai melakukan tugas mudah beberapa kali sehari, iaitu berkumur dengan larutan separa panas Abmonak.

Mereka telah lama menekankan keperluan untuk melakukan ini, dan kini, selepas hasil eksperimen yang dijalankan oleh ahli biologi Jerman mengenai pendaraban virus Corona di kerongkong, mereka telah menekankan sekali lagi keperluan untuk berkumur dengan larutan suam air dan GARAM. ..

Para saintis Jerman memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan Jerman: jika semua orang berdehem beberapa kali sehari dengan berkumur dengan larutan separa panas air masin, maka virus itu akan dihapuskan sepenuhnya di seluruh Jerman dalam masa seminggu.

Experiment telah menunjukkan bahawa dengan berkumur dengan larutan air dan GARAM, kita sentiasa mengubah tekak kita menjadi persekitaran beralkali sepenuhnya, dan persekitaran ini adalah persekitaran yang paling teruk untuk coronavirus, kerana dengan air masin, pH mulut berubah kepada alkali. pH, dan jika kita berkumur beberapa kali sehari dengan berkumur dengan GARAM Hampir panas, kita tidak memberi peluang kepada coronavirus untuk membiak.

Oleh itu adalah perlu bagi semua orang untuk berkumur dengan larutan GARAM separa panas beberapa kali sehari beberapa kali sehari terutamanya pada waktu pagi dan sebelum meninggalkan rumah dan selepas pulang ke rumah, supaya tidak membenarkan virus Corona membiak sama sekali dalam tempoh awal yang sama.

Jom minta semua orang amalkan petua kesihatan yang penting dan mudah ini dengan penuh komitmen #inicarasains 
#caraAgama menghindar wabak jgn dilupakan kerana ianya lebih penting dr sains... 

Apabila artikel ini menjadi viral, anda juga akan berada dalam kalangan mereka yang memerangi penyebaran coronavirus


Rabu, 23 Februari 2022

Kebanyakan Pekebun Getah tak Percaya Klon RISDA.

 


Ramai yang keliru mengenai sumber benih getah RISDA ini. disebabkan kekeliruan itu, berbondong-bondonglah komen-komen yang tidak berkaitan. Kami jelaskan dibawah, teruskanlah membaca ya!

RISDA menjalankan fungsi-fungsinya sebagai pelaksana di peringkat lapangan bersama pekebun kecil. Kami berusaha bersama-sama pekebun getah sejak diperingkat kebun sana. Benih-benih klon getah bermutu tinggi dikeluarkan oleh Syarikat Milikan RISDA melalui tapak semaian RISDA yang diuruskan oleh RISDA Semaian Sdn.Bhd (RSSB).

klon-klon ini dibawah pengesyoran LGM sebagai agensi badan pengawalan dan penyeliaan berkaitan industri getah di negara kita.

Semua pengesyoran dan pengesahan mengenai benih ini perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi yang bertanggungjawab berkaitan penyelidikan dan pengesahan benih-benih getah ini. Lesen pengeluaran benih getah LGM di bawah Peraturan 5(1) perlu dipatuhi oleh RISDA.

Jenis-jenis klon yang disyorkan oleh LGM melalui RISDA ialah :

KUMPULAN 1:
  • PB260
  • PB350
  • RRIM928
  • RRIM2001
  • RRIM2002
KUMPULAN 2:
  • RRIM2007
  • RRIM2023
  • RRIM2024
Benih-benih yang disyorkan ini telah menjalani kajian yang panjang sehingga 10,20,30,40 tahun sebelum boleh disyorkan. Ia suatu tugas yang memakan masa, tenaga dan sumber modal sebelum boleh diguna pakai secara meluas. Ya, klon-klon ini ada kelemahannya, tapi pengesyoran yang dibuat memilih klon yang terbaik diantara yang terbaik. Negara-negara luar pun mencemburui bagusnya klon-klon getah kita.

Perbezaan fungsi-fungsi ini adalah berdasarkan kepada bidang tugas dan kepakaran kami. Kerjasama diantara RISDA dan LGM bukanlah suatu yang baru. Kita tidak boleh menjadi pakar di dalam semua bidang sehubungan itu kita bekerjasama. RISDA pakar mengeluar dan membangunkan, LGM pakar menyelidik dan membuat kajian. Objektif kami sama, demi kelangsungan Pekebun Kecil dan industri getah negara.

Dalam masa yang sama, kami ini hanya berkhidmat untuk kebaikan Pekebun Kecil. Benih-benih getah ini juga perlu ditanam oleh Pekebun Kecil dengan baik, dibaja dan dijaga melalui amalan pertanian baik (Good Agriculture Practice@GAP) dikebun tuan-tuan dan puan-puan sehingga matang dan berhasil.

Jika kita mencari perbezaan kita akan jumpa banyak sebab untuk berseteru. Tetapi jika kita mencari persamaan, kami yakin hubungan kita akan lebih akrab, industri kita akan lebih maju dan semua cabaran kita akan hadapi bersama. Dihadapan kita masa depan sangat mencabar, kita tiada masa untuk bertunding jari sesama kita yang hanya akan merugikan masa dan tenaga tanpa manfaat.

Kredit : RISDA Malaysia HQ

Isnin, 21 Februari 2022

Program lawatan ke kampung Orang Asli Pos Lanai, Lipis Pahang

 


INDAHNYA POS LANAI & PADI BUKITNYA YANG MENGUNING

Video program lawatan ke kampung Orang Asli Pos Lanai, Pahang sewaktu musim menuai padi huma / bukit pada bulan Januari yang lalu.

Pos Lanai merupakan antara penempatan Orang Asli yang indah dengan litupan hutan dara di sepanjang Sungai Telom dan kaya dengan budaya Orang Asli suku Semai. Mereka masih lagi menjalankan aktiviti penanaman padi huma yang diwarisi sejak turun temurun.
Rasanya sungguh enak sekali disulam dengan lauk-pauk tradisional.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA dan komuniti setempat sedang merancang untuk mewujudkan pakej eko-pelancongan di kampung ini di masa depan

Sabtu, 19 Februari 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi) Sg Koyan 1.

 




Perlu menggunakan komputer?

Mari ramai-ramai serbu ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi) Sungai Koyan 1.

Caj penggunaaan:

RM 1.00 sejam (ahli)

RM 2.00 sejam (bukan ahli)

  • Perkhidmatan Lain:
  • Pencetak (hitam/ putih)
  • Pencetak (Warna)
  • Fotokopi
  • Pengimbas
  • Laminate
JADI TUNGGU APA LAGI !!

MARI PAKAT-PAKAT SERBU Pedi Koyan Satu SEKARANG....
PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA(PEDI),
NO 1, PEJ JKKK FELDA SUNGAI KOYAN 1, 27650 LIPIS PAHANG.


Khamis, 17 Februari 2022

Program Latihan Penternak untuk Veteren ATM



TAWARAN KEPADA VETERAN ATM MENYERTAI PROGRAM LATIHAN PENTERNAK MUDA COLLA

Pilihan Lokasi:

1. Colla Cattle Farm Kuala Selangor
2. Colla Cattle Farm Kulim
3. Colla Livestock, Pondok Tanjung, Taiping Perak
4. Colla Meat House, Shah Alam

Tempoh Program: 6 bulan
Elaun asas: RM 1300
Elaun kedatangan: RM 100
Elaun KPI: RM 100
OT: 1.0 Norm, 2.0 RD, 3.0 PH
Hari Bekerja: 6 hari kerja, 1 hari rehat
Waktu Kerja: 8am - 6pm.
Penginapan: Disediakan termasuk termasuk kelengkapan memasak.

Kelebihan:

1) Mendapat pengetahuan asas mengenai bidang ternakan secara praktikal

2) Merasai sendiri pengalaman dan cabaran sebagai seorang penternak

3) Menambah pengetahuan mengenai asas perniagaan dalam bidang ternakan/pertanian

4) Berpeluang untuk menyertai program keusahawanan yg melibatkan syarikat Colla seperti Agroproneur Muda, Ladang Kontrak dan lain-lain program

5) Berpeluang menjadi sebahagian ahli keluarga Colla secara tetap, berdasarkan pencapaian dan kekosongan

Jika anda berminat boleh mohon sempurnakan borang penyertaan di

https://forms.gle/7Bnh4cGPT9KrW3QP6

Terbuka Kepada Veteran ATM LELAKI dan WANITA

Tarikh Tutup Permohonan Pada 22 FEBRUARI 2022

Jom daftar sekarang! https://forms.gle/7Bnh4cGPT9KrW3QP6

Mohon untuk Tuan dan Puan buat semakan iklan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN KERJAYA & SOSIOEKONOMI
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM

https://t.me/BKS_JHEVATM


Rabu, 16 Februari 2022

Program Pembangunan Bolasepak Negara(NFDP)

 


SESI PEMILIHAN PEMAIN NFDP SEMPENA PERASMIAN AKADEMI TUNAS RAUB ‼️

Jom bersama-sama para jurulatih dari Program Pembangunan Bolasepak Negara(NFDP) yang akan mencungkil bakat adik-adik U7 hingga U12 dalam arena sukan Bola Sepak bagi pemilihan ke Akademi Tunas Raub
 
Peluang untuk menjadi Pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)
TIADA YURAN PENDAFTARAN DAN YURAN BULANAN,HANYA 20 ORANG TERBAIK AKAN DIPILIH BAGI SETIAP KATEGORI

Pemilihahan bertempat di : 
Jangan lepaskan peluang adik-adik/ kebolehan anak-anak anda‼️

Syarat-syarat Pemilihan seperti berikut:-

1. Terbuka kepada adik-adik berumur U7 hingga U12 tahun;
2. Terbuka kepada semua adik-adik di Daerah Raub dan kawasan yang berhampiran;
3. Pendaftaran boleh dibuat di link seperti di poster atau secara Walk-In;
4. Berpakaian sukan lengkap;
5. Peserta perlu membuat ujian saringan Saliva Test yang akan dibekalkan oleh pihak penganjur semasa SEBELUM pendaftaran;
6. TIDAK digalakkan untuk makan/minum 30min sebelum ujian saringan Saliva Test KE ATAS PEMAIN TERLIBAT;
7. Ibu Bapa / Penjaga juga digalakkan untuk membuat ujian saringan Saliva Test secara kendiri;
8. PASTIKAN PEMAIN & KELUARGA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG GEJALA DAN HADIR DALAM KEADAAN SIHAT

makan minum pemain tidak disediakan oleh pihak penganjur
pihak penganjur BERHAK untuk menghalang masuk sekiranya pemain/keluarga bergejala tidak sihat

Sebarangan makluman lanjut, boleh hubungi talian yang tertera di poster berikut ‼️

Daftar Sekarang jika berminat.


Selasa, 15 Februari 2022

Adakah anda ada Rumah.

 


Kami nak tanya anda satu je soalan..

Anda Sudah Ada Rumah Ke Belum? Ke Anda Masih Lagi Menyewa?
Jika belum, apa yang anda tunggu lagi?

SEMAK SEKARANG


Sabtu, 12 Februari 2022

Program Skim Makmur Ternak Pahang

 



MAKLUMAN HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PROGRAM SKIM MAKMUR TERNAK NEGERI PAHANG

Skim Makmur Ternak mempunyai dua insentif, Geran Pemadanan untuk bekalan induk/baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan dan Geran Penuh bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).

Mohon kerjasama pihak tuan/puan bagi mewar-warkan kepada penternak yang berpotensi di bawah pemantauan tuan/puan bagi membuat permohonan sekiranya berminat dengan mengisi borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 di muat turun di laman web DVS Pahang 


 atau 

https://dvs.pahang.gov.my

Permohonan ini di buka bermula pada

1 Feb 2022 sehingga 28 Feb 2022


Khamis, 10 Februari 2022

Kursus Perkahwinan di Lipis

 


KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM NEGERI PAHANG SIRI 2/2022 DAERAH LIPIS

TARIKH : 26 & 27 FEBRUARI 2022 (SABTU & AHAD)
TEMPAT : DEWAN PUSAT LATIHAN DAKWAH SG. KERPAN KUALA LIPIS 
MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
YURAN : RM80.00
SAHLAKU SIJIL : SEUMUR HIDUP
TERHAD KEPADA 60 ORANG PESERTA TERAWAL SAHAJA

Pendaftaran kursus sila layari

https://prakahwin.pahang.gov.my


Pembayaran & pengesahan pendaftaran hendaklah dibuat di kaunter Pejabat Agama Islam Daerah Lipis selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kursus dijalankan.
Sila baca & patuhi terma peraturan yang telah disediakan.


Sebarang pertanyaan sila hubungi 09-3121384


https://prakahwin.pahang.gov.my


Selasa, 8 Februari 2022

Peluang Pekerjaan bersama PAIP.

 


Peluang Kerjaya di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Jawatan-Jawatan Berikut 

1. Ketua Pegawai Kewangan. 

2. Pengurus Kanan Jabatan Kontrak dan Perolehan.

3. Pengurus Kanan Pengurusan Projek.

4. Penasihat Kanan Undang-Undang.

5. Pengurus Kanan Audit Dalam.


Isnin, 7 Februari 2022

Anda dah boleh lihat Lot Tanah Sendiri.

 



Inovasi baru Sistem Pengurusan Data dan Maklumat Perancangan

Plan Malaysia sentiasa mencari inovasi baru untuk memperkukuhkan sistem pengurusan data dan maklumat perancangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan perancangan dan maklumat yang lebih tepat, cepat dan terkini.

Pengenalan

Plan Malaysia telah mengambil inisiatif menggunapakai teknologi sistem maklumat geografi (GIS) yang telah berkembang di Malaysia sejak tahun 1980an dalam penyediaan rancangan-rancangan pemajuan. Pelbagai program dan aktiviti berkaitan penggunaan GIS telah dirangka oleh jabatan untuk memperkukuhkan pengurusan data gunatanah perancangan.

Aktiviti pengumpulan data gunatanah sentiasa giat dilaksanakan oleh PLANMalaysia sebagai usaha melengkapkan pangkalan data jabatan. Data-data gunatanah dikumpul daripada Kajian Rancangan Pemajuan dan disimpan dalam pangkalan data jabatan iaitu PLANMalaysia Dataware. PLANMalaysia Dataware merupakan server simpanan data gunatanah yang menyimpan pelbagai format data dalam bentuk file base. Saiz data yang meningkat setiap tahun memerlukan satu sistem pengurusan pangkalan data yang lebih baik untuk menampung keperluan pengendalian saiz storan pangkalan data yang lebih besar.

Apa itu i-Plan

I-Plan dibangunkan untuk menyimpan, mengurus, mengemaskini, menganalisis dan membekalkan maklumat dan data gunatanah Semenanjung Malaysia. Sistem ini dibangunkan untuk memudahcara pengurusan maklumat gunatanah perancangan melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat dan data gunatanah perancangan secara atas talian. Ianya mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, seamless dan yang sentiasa dikemaskini untuk memudahkan perkongsian antara agensi melalui capaian secara atas talian.

I-Plan dibangunkan berasaskan ciri-ciri pembangunan aplikasi yang interaktif, responsif dan mesra pengguna. I-Plan membolehkan pengguna untuk membuat carian secara interaktif dan melakukan analisis mudah spatial. Disamping itu, I-Plan turut menyediakan pelbagai fungsi lain seperti paparan maklumat statistik, peta, carta atau grafik. Ia juga mempunyai pautan kepada aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan geospatial.

Keperluan i-Plan

I-Plan adalah satu initiatif pembangunan sistem yang komprehensif melibatkan kolaborasi secara menegak antara PLANMalaysia, PLANMalaysia Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Disamping itu, ia juga akan melibatkan perkongsian dan kolaborasi secara mendatar antara agensi di setiap peringkat.

Maklumat gunatanah amat penting bagi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) selaras dengan peranan agensi yang bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah serta bertanggungjawab untuk membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, bagi memastikan perkhidmatan perancangan bandar dan sistem maklumat yang berkualiti untuk keperluan perancangan jangka panjang, satu (1) Sistem Maklumat Perancangan Bersepadu (I-Plan) telah dicadangkan oleh PLANMalaysia. Sistem ini dicadangkan untuk menyediakan satu platform pangkalan data yang komprehensif dan bersepadu bagi membolehkan kerja-kerja pengumpulan, pemantauan, verifikasi, integrasi dan perkongsian data antara agensi dilakukan secara atas talian. Perkongsian matlumat secara vertical antara agensi ini akan memudahkan kerja-kerja pengemaskinian dan aksesibiliti kepada maklumat gunatanah, dan seterusnya memudahkan perkongsian maklumat secara horizontal di antara agensi.

Sebanyak sebelas (11) PLANMalaysia Negeri terlibat dalam mengumpulkan maklumat gunatanah dari semua PBT yang berada di bawah tanggungjawabnya. Manakala sejumlah sembilan puluh lapan (98) PBT akan berperanan sebagai pembekal data yang bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat gunatanah yang dikemaskini ke PLANMalaysia Negeri masing-masing.

Laman Web i-plan.
https://iplan.townplan.gov.my/public/geoportal?view=semasa

Dalam Google Playstore
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.iplan&hl=en&gl=US


Sumber : Laman Web i-plan.

Selasa, 1 Februari 2022

Mencari Durian buat Tempoyak

 


Warga sekitar Lipis

Mencari pembeli durian tempoyak. Durian tempoyak setiap hari dalam 100kg ke atas dan tak tentu. Harga borong semua RM2.50. Durian tiap2 hari ada. Datang ambil di Felda Sungai Koyan. Kalau ada yang nak boleh call/whatsapp  014-2963537.


Durian di Kampung Brembang.

Durian kampung ...moh kite ke kampung Berembang ...RM10 sekilo ...untuk tempahan boleh Telefon/ wasap 0135995620


AddToAny