responsif teks foto

Isnin, 28 Februari 2022

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine harga sawit meningkat

 


Harga minyak sawit cecah RM7,000 satu tan

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melonjak untuk ditutup tinggi pada Khamis berikutan berita pencerobohan Russia ke atas Ukraine, kata seorang peniaga.

Pada penutup dagangan hari ini, kontrak niaga hadapan MSM bagi Mac 2022 meningkat RM739 kepada RM7,093 satu tan metrik.

Peniaga minyak sawit, David Ng, berkata harga niaga hadapan MSM terus mencatatkan satu lagi rekod tertinggi apabila minyak kacang soya mencecah had tertinggi semasa waktu dagangan Asia ketika Russia mengisytiharkan perang ke atas Ukraine, menyebabkan lonjakan dalam pasaran tenaga dan bijirin.


"Ini seterusnya mendorong sentimen dalam pasaran minyak sawit. Kami mengesan paras sokongan pada RM6,000 dan paras rintangan pada RM6,500 satu tan metrik," katanya.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan MSM bagi April 2022 meningkat RM694 kepada RM6,786 satu tan metrik, Mei 2022 menokok RM618 kepada RM6,458 satu tan metrik, dan Jun 2022 naik RM551 kepada RM61,75 satu tan metrik.

Kontrak Julai 2022 melonjak RM502 kepada RM5,938 satu tan metrik dan Ogos 2022 naik RM472 kepada RM5,750 satu tan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 104,018 lot daripada 82,332 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menambah kepada 300,254 kontrak daripada 280,081 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Mac meningkat RM520 kepada RM7,050 satu tan metrik.

Kredit BERNAMA.

Tiada ulasan:

AddToAny