responsif teks foto

Selasa, 30 Ogos 2022

Berita gembira Penjawat Awam.

 


Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Bernama TV

Sambutan Hari Kebangsaan Warga Lipis

 


Ayuh esok 31 Ogos kita warga Lipis semua sama-sama meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke 65 di Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis. Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

31 Ogos 2022 Dataran Orang Kaya Haji.




Kredit FB : MDL

Selasa, 23 Ogos 2022

Rayuan akhir Dato' Seri Najib Tun Razak

Mahkamah Persekutuan hari ini akan membuat keputusan dalam rayuan akhir bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta milik dana SRC International. 


Apa kemungkinan yang akan berlaku hari ini? Ikuti penerangan peguam Haniff Khatri. 



Akhirnya Najib ke Penjara.




Penyeleweng RM 42 juta dana SRC International

Fakta Kes Najib menyeleweng RM 42 juta dana SRC International. Najib didapati bersalah pecah amanah, pengubahan wang haram dan pertuduhan salah guna kuasa berhubungan dana SRC international RM 42 juta itu adalah hasil suapan jaminan pinjaman duit kumpulan Wang Persaraan diperbadankan (KWAP).
 
Apa yang Najib buat dengan duit ini...???.
1. Membeli barangan mewah di Hawaii, Amerika Syarikat dan Itali.
2. Rosmah Mansor membeli barang kemas bernilai RM 3,282,734.16 di butik De Grisogono Itali.
3. Membeli jam tangan mewah berharga RM 466,330.11 di butik Chanel, Honolulu, Hawaii untuk memujuk Rosmah.
4. Mengeluarkan cek untuk pelbagai kegunaan peribadi termasuk pengubahsuaian kediaman di Kuala Lumpur.
5. Mengeluarkan cek untuk parti-parti komponen di bawah Barisan Nasional.
6. Pembayaran kad-kad kredit Najib dan pembayaran balik pinjaman.

19 Ogos 2022 : 10.42 pagi: Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram membangkitkan yang Najib Razak tidak pernah mengadu kepada mana-mana bank berhubung transaksi salah berjumlah RM42 juta, ke akaun banknya. Sithambaram berkata sebaliknya Najib langsung tiada masalah untuk menggunakan wang itu.

Keputusan 5 Hakim 23 Ogos 2022

4.26 petang: Kelima-lima hakim hari ini menolak rayuan dikemukakan Najib Razak.

Kata Tengku Maimun, keputusan itu dicapai sebulat dan bekas perdana menteri berkenaan akan mula menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini.







Najib masih ada empat lagi kes mahkamah

1. Rasuah 1MDB RM2.28 bilion
2. Pecah amanah RM6.6 bilion babitkan Tan Sri Mohd Irwan
3. Meminda laporan akhir audit 1MDB bersama Arul Kanda
4. Pengubahan wang haram RM27 juta



Ahad, 21 Ogos 2022

Lubuk Kulit - Berang

 

Pertama kali lalu trek Kampung Lubuk Kulit - Kampung Berang sejauh 8 KM


                            20 Ogos 2022

Dari Kampung Berang - Kampung Lubuk Kulit.



Kerja-kerja penyelenggaraan jalan pertanian serta kerja-kerja lain yang berkaitan di 
Kampung Ulu Berang - Kampung Beletik di Mukim Telang
Bermula 19 Mei 2022 - dijangka Siap 25 Ogos 2022.







Rabu, 17 Ogos 2022

Jabatan Hutan serbu pelombong emas haram

 


JABATAN PERHUTANAN PAHANG SERBU “LOMBONG EMAS CANGGIH” DI HUTAN SIMPAN ULU JELAI, LIPIS, PAHANG 

KUALA LIPIS : Penemuan jalan tanah merah mencurigakan sejauh kira-kira 15 kilometer membongkar aktiviti melombong emas secara haram dalam operasi di Kompartmen 484 dan 485 di Hutan Simpan Ulu Jelai, Kuala Lipis, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira 10 pagi dilakukan sepasukan 29 anggota Unit Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub dibantu lapan anggota Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) serta polis selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) JPNP, Shahril Mohamad berkata, pihaknya berdepan cabaran apabila perlu menggunakan pacuan empat roda untuk sampai ke kawasan seluas dua hektar terbabit dari Jalan Pos Betau-Cameron Highlands.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di kawasan berbukit dan bertanah merah itu, pihaknya menemui lapan kolam air dan dua kolam dipercayai mengandungi bahan kimia yang digunakan sebagai penapis selain untuk mengasingkan emas yang melekat pada pasir.

"Ini kali pertama pihak kita menemui aktiviti melombong menggunakan kolam yang sistematik dipercayai bagi mendapatkan galian emas yang berada dalam tanah di kawasan terbabit.


"Terdapat juga ratusan batang paip bersama lubang kecil di satu-satu kawasan, tetapi saya tidak pasti kegunaan paip berkenaan yang dilengkapi dengan corong di dalamnya terdapat sekam padi," katanya ketika ditemui, di sini.

Shahril yang turut meninjau kawasan lombong berkenaan berkata, beliau difahamkan teknik melombong berkenaan lebih berkesan bagi mendapatkan emas dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa dan penggunaan kaedah itu amat terkenal di China.

Menurutnya, pihaknya turut difahamkan terdapat kira-kira 20 individu dipercayai kebanyakan warga China 'bekerja' di kawasan itu, namun dipercayai sudah melarikan diri ketika serbuan dilakukan.



"Pemeriksaan yang dilakukan turut menemui sebuah pondok berdinding kanvas dijadikan sebagai makmal selain dua unit enjin janakuasa elektrik berkuasa 2,500 kilowatt bersama sistem agihan kuasa menggunakan kabel elektrik bermutu tinggi.

"Sistem paip bagi mengalirkan air ke setiap kolam serta rumah penapis juga dianggap terbaik dengan menggunakan paip dan pam berkuasa elektrik.

"Siasatan awal percaya pihak yang terbabit dengan kegiatan haram ini sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi menjayakan misi mereka, malah boleh dikatakan semua kelengkapan seperti tempat tinggal, dapur, tandas, bilik mandi, makanan dan tukang masak disediakan," katanya.
Katanya, selain merampas pelbagai peralatan, pihaknya turut menyita lori yang digunakan untuk mengangkut tanah bersama jengkaut.

"Kegiatan melombong emas secara haram dalam Hutan Simpan Ulu Jelai yang dikesan bukan sahaja menjejaskan alam sekitar berikutan penggunaan bahan kimia, tetapi juga mengundang kepada hakisan," katanya.

Katanya, siasatan akan dibuat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Sumber: Harian Metro


Lampu amaran kereta

 



1. Lampu brek tangan

Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan. Tetapi jika brek tangan dilepaskan dan lampu masih menyala, ia menunjukkan bahawa minyak brek kenderaan anda sudah kurang atau terdapat masalah mekanikal pada sistem brek ini.

2. Lampu check engine

Lampu ini menandakan sistem pada kereta ada masalah dalam bahagian enjin. Jika lampu ini menyala dan kenderaan tidak dapat dihidupkan, maka terdapat masalah pada sistem enjin kenderaan anda. Hubungi bengkel pengeluar kenderaan anda untuk proses baik pulih.

3. Lampu bateri

Apabila lampu ini menyala, ini bermakna bateri kenderaan anda telah kehabisan kuasa atau rosak. Gantikan segera dengan bateri yang baru.

4. Lampu ABS

Sistem brek ABS (Antilock Braking System) mempunyai peranti kompleks yang tugasnya adalah untuk mengelakkan roda daripada terkunci apabila membrek.

Jika simbol ini muncul apabila anda menekan brek, ini bermakna sistem ini sedang berfungsi mengawal tayar daripada terkunci semasa sedang membrek.

Tetapi jika lampu ini menyala apabila anda tidak membrek, ini bermakna terdapat masalah pada komponen ABS dan anda harus hantarkan kepada pakar untuk pemeriksaan atau pembaikian.

5. Lampu Traction Control System

Traction Control System (TCS) atau sistem kawalan cengkaman adalah sistem yang bertanggungjawab mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman semasa memecut atau menekan minyak di permukaan kurang cengkaman.

Lampu dengan ikon kereta tergelincir ini akan menyala jika TCS dimatikan (secara manual), dan akan berkelip semasa sedang berfungsi.

6. Lampu amaran bahan bakar

Pada sesebuah kereta biasanya terdapat penunjuk jumlah bahan api. Penunjuk bahan api ini hadir dalam beberapa bentuk, antaranya ialah dalam bentuk meter, rajah atau jarum. Tetapi jika bahan api terlalu sedikit dalam kereta anda, lampu amaran ini akan menyala ataupun berkelip.

7. Lampu amaran tali pinggang keledar

Jika lampu amaran ini berkelip, maka ia menandakan bahawa tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu atau penumpang dalam kereta.

Biasanya pada sesetengah kereta, jika tali pinggang keledar tidak dipakai dalam masa yang lama, lampu amaran ini bukan sahaja bekelip, malah ia akan diikuti dengan bunyi amaran. 

8. Lampu amaran suhu enjin 

Jika lampu amaran ini warna biru, ia menandakan bahawa suhu enjin tidak cukup panas untuk memulakan operasi. Hendaklah anda memandu perlahan dahulu dan tidak melakukan pecutan mendadak.

Sekiranya lampu warna merah, ia bermakna bahawa tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Jadi, sebaiknya anda perlu segera mematikan enjin kenderaan untuk biarkan ia sejuk atau lakukan pemeriksaan.

9. Lampu amaran aras minyak enjin

Lampu amaran ini bermaksud kuantiti minyak enjin. Sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/minyak enjin. Tambahkan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan anda.

10. Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik)

Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik) akan menyala jika kunci diputar ke posisi On dan sepatutnya terpadam selepas enjin dihidupkan.

Jika ia masih menyala, ia bermaksud sistem stereng kuasa elektrik mengalami masalah, yang mana petandanya ialah stereng terasa sangat berat untuk dipusingkan.

11. Lampu amaran beg udara SRS

Jika anda dapati lampu amaran SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kenderaan anda yang terdekat kerana lampu amaran ini bermaksud beg udara kereta anda bermasalah.

Jangan ambil risiko kerana beg udara mungkin tidak berfungsi dengan sepenuhnya jika berlaku kemalangan atau lebih teruk lagi, meletup secara tiba-tiba. Bawa kereta anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.

12. Lampu amaran pintu kereta

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu amaran ini tidak menyala. Lampu amaran ini menandakan bahawa terdapat pintu kereta anda yang masih tidak ditutup dengan rapat.

13. Lampu ECO

ECO adalah singkatan kepada Ekonomi, jadi ini bermakna lampu ini menandakan bahawa pemandu sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.


Jumaat, 12 Ogos 2022

Kejadian pukul di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudah Kuala Lipis.

 


Tular beberapa video yang mana dikatakan kes pukul memukul ini berlaku di Lipis. Mungkin ada yang tengok. Tapi saya tak mahu ianya terus tular. Saya dah rujuk kepada pihak Polis, IPD Lipis.

Lipis ini tempat yang penuh dengan keamanan dan keharmonian.

Difahamkan 4 orang daripadanya telah ditangkap. Kita serahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Kredit FB : Dato' Seri Rahman Mohamad

Siaran Media


18 Ogos 2022

Tertuduh, Wan Haris Wan Ismail, 38; Zulkifli Mohd Nasir, 27; Azraen Che Mat Noor, 43; Mohd Amirul Afif Che Mat Noor, 29, dan Rizuwan Hazmi, 47, mengaku salah sebaik kertas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret, Siti Aisyah Ahmad.

Kelima-lima lelaki itu didakwa menceroboh kawasan Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah dan mencederakan seorang Ustaz, masing-masing dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

Khamis, 11 Ogos 2022

Ho Goh Pahang 2022

 

Tempat : Kampung Lubuk Kulit




12 Ogos 2022 (Jumaat)
  • Memasak Bubur Lambok
  • Forum Perdana
13 Ogos 2022(Sabtu)
  • Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia
  • Penyampaian Sumbangan Prihatin Keluarga Malaysia
  • Pertandingan Karaoke 
  • Ziarah Prihatin
  • Mini Showcase
  • Wayang Pacak
  • Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia
  • Kempen Penanaman sejuta Pokok
  • Pertandingan Memasak
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan Akhir Karaoke







Rabu, 10 Ogos 2022

Kuala Lipis - Dabong

 






Dabong Bukan sekadar tempat lawa. Makanan di Dabong sahaja buat orang datang seluruh Malaysia
Dengan berlakunya fenomena TRAIN TO DABONG, ramai dah sedar yang di Dabong memang terdapat banyak restoran dan makanan yang sangat sedap.

Terima kasih Aubeena Creative Studio (studio iklan no 1 kelantan taja kami cari kedai-kedai best di Dabong.

Jom admin listkan kedai makan untuk Dabong Food Hunting anda

1. Adam Cafe Ikan Bakar, Jelawang
Wajib cuba sini dalah ikan bakar sos merah, ikan steam asam boi Mee Udang, Sup Tulang dan juga jangan lupa Jus Nanas Fresh

2. Kak Nah Nasi Kerabu dan Mee Udang
Kalau nak makan mee Udang special memang tiada lain dah. di Kak Nah depan kilang kayu.nasi pagi dia pun dah puas hati. Tengah penuh dengan mee udang merah special.

3. Raisya Mee celup Kopeh , Tepi Stesen
Kedai Mee celup kopeh viral di belakang Stesen KTM, celup-celup dan kopeh ayam jangan lupa juga coconut shake dan float teh jebok

4. Pasar Malam Jelawang

5. D Mirza Mee udang
Memang terkenal dengan mee udang dan menu chinese food seperti claypot dan nasi mushroom. Satay pun ada di sini.

6. Umi Pohon Ceri

Antara kedai masakan panas terlama sini. Semua menu ada tapi paling best masakan Thai dia disini.
7. Eitaa ais cendol pulut D

Kedai makan apa lagi yang best di Dabong?


Keretapi  Kuala Lipis - Dabong


Isnin, 8 Ogos 2022

Skuad bola sepak MSSD Lipis

 


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Alhamdulillah, rezeki buat skuad bola sepak MSSD Lipis atau kini dijenamakan sebagai Lipis Spartan bagi 3 kategori iaitu Lipis Spartan U12, U15 dan U18 apabila YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad bersetuju untuk menyuntik dana sempena Kejohanan MSS Pahang yang bakal berlangsung di Bera, Pahang.

Dalam kebingungan pihak pengurusan Lipis Spartan untuk menyediakan dana bagi persiapkan skuad, di saat akhir YB Rahman muncul menjadi penyelamat. Mungkin ini adalah rezeki para pemain Lipis Spartan setelah berhempas pulas berlatih saban minggu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Sri Abdul Rahman. Jasamu dikenang

Kredit FB : Lipis Spartan


Sabtu, 6 Ogos 2022

Ustaz Hussain bin Ibrahim dalam kenangan

 



TOKOH MAAL HIJRAH PAS LIPIS 1444 - ALLAHYARHAM USTAZ HUSSAIN BIN IBRAHIM DALAM KENANGAN

Alhamdulillah wasyukrulillah.
Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lipis Kali Ke 54 yang berlangsung pada 30 Julai lepas selain menjadi wahana perkongsian maklumat oleh kepimpinan PAS kepada ahli-ahli, juga turut memberikan penghargaan kepada tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada masyarakat.
Antara penghargaan yang diberikan ialah Anugerah Tokoh Maal Hijrah bertepatan dengan tarikh tersebut adalah 1 Muharram 1444. Salah seorang tokoh yang menerima anugerah tersebut ialah Allahyarham Ustaz Hussain Ibrahim As-Shahidi. Beliau dipilih berdasarkan sumbangan besarnya kepada dunia pendidikan di Daerah Lipis.

Panggilan "As-Shahidi' adalah salah satu nama yang diberikan kepada beliau semasa hayatnya. Beliau kembali ke rahmatulLah pada 8hb. Disember, 1988 di Hospital Besar Kuala Lumpur susulan daripada beberapa penyakit yang dihidapinya. Anak tunggal daripada perkongsian hidup antara Allahyarham Haji Ibrahim Haji Shahid dengan Kiah binti Deraman ini telah meninggalkan 9 orang cahaya mata dan seorang balu. Hampir kesemua anak beliau kini terlibat dalam sektor pendidikan.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Berchang, Kuala Lipis selain dihantar mengaji agama dan Al-Quran dengan seorang guru agama di kampung tersebut. Beliau kemudiannya telah mengikuti bapa angkatnya Tuan Haji Othman Daud, Kadi Daerah Lipis ketika itu yang mendapat arahan pertukaran ke Pekan, Pahang. Pada 3hb. Januari, 1947 beliau telah mendaftar di Kuliah Al Lughah Wal Addin Sultan Abu Bakar. Di madrasah tersebut, beliau adalah seorang pelajar yang aktif dengan menyertai pelbagai aktiviti seperti syarahan, ceramah, perbahasan dan sebagainya. Setelah tamat darjah 8 dan memperoleh Sijil Syahadah Thanawi, beliau kembali ke Lipis dan bersama rakan-rakannya yang lain telah berusaha menubuhkan sebuah sekolah agama rakyat yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama al-Maidah Addiniah di Padang Tengku.

Ilham menubuhkan sekolah tersebut tercetus susulan ketiadaan sebuah sekolah agama di Daerah Lipis. Ketika masih menuntut di Kuliah Sultan Abu Bakar, Ustaz Hussain pernah mendapat galakan daripada Datuk Abu Samah Ali, Ketua Jabatan Agama Islam Pahang supaya beliau menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menubuhkan sekolah tersebut agar tugas itu dapat berjalan dengan kemas dan teratur. Hasil dorongan itu beliau telah mengumpulkan orang-orang berpengaruh di kawasan Padang Tengku sehingga terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk merintis usaha berkenaan.

Pada Mei 1957 sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu iaitu DYTM Tengku Ahmad Shah. Ustaz Hussain dilantik menjadi mudir yang pertama. Pada tahun 1967 sekolah tersebut telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Negeri Pahang. Sekolah yang diasaskan oleh beliau itu terus berkembang hingga kini melahirkan berbagai tokoh masyarakat, ahli-ahli politik dan pendidik-pendidik yang telah memberi sumbangan dalam sektor pendidikan negara.
 
Ustaz Hussain As-Shahidi telah menamatkan khidmatnya sebagai seorang pendidik di bawah Jabatan Agama Islam Pahang pada 31hb. Disember, 1986. Beliau kemudiannya menyumbangkan khidmat bakti kepada penduduk setempat sama ada dengan pengajian pondok mahupun ceramah agama hingga detik-detik akhir kehidupan beliau. Ketika masih berkhidmat sebagai guru beliau aktif di dalam ABIM Lipis dan setelah bersara beliau pernah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Lipis.
Semoga ruhnya dihimpunkan Allah bersama kalangan hamba-Nya yang soleh.

CATATAN:
1. Rujukan mengenai sejarah penubuhan sekolah agama tersebut boleh dilihat di https://ms.m.wikipedia.org/.../Sekolah_Menengah_Agama_al...
2. Allahyarham Datuk Abu Samah Ali pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Pahang yang ketiga pada tahun 1965 hingga 1969. Beliau juga adalah bapa kepada Datuk Hamzah Abu Samah yang pernah menjadi menteri kerajaan Persekutuan Malaysia.
3. Anugerah telah diterima oleh balu Allahyarham iaitu Puan Hasmah binti Haji Ismail.

Kredit FB : Roslan Zainal Al-Ahmadi


Rabu, 3 Ogos 2022

Harga Minyak Masak Tulen

 


Dulu harga cepat naik, bila harga minyak sawit mentah dunia naik, harga lambat sangat turun, bila harga minyak sawit mentah turun... Sekarang Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi jadikan terus barangan kawalan... harga kena turun seminggu selepas pengumuman harga minyak masak turun

Tun Faisal Ismail Aziz

AddToAny