responsif teks foto

Selasa, 1 September 2009

Dato Bahaman, Tok Gajah Pahlawan Pahang.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan polis kerajaan Inggeris menyerang kumpulan penentang Inggeris di Jeran Ampai, Kuala Tembeling. Pahang yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi.

Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis manakala pihak penetang di Jeram Ampai itu adalah tindak balas Inggeris terhadap ancaman terbaru penetang yang membunuh lima anggota polis dalam serangan keatas balai Polis di Kuala Tembeling.

Peristiwa Jeram Ampai ialah salah satu insiden dalam sejarah penentang pejuang pembebasan Pahang terhadap Inggeris di negeri ini selepas 5 tahun insiden pembunuhan Orang Kaya Haji. Berikutan itu Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di pahang melancarkan serangan besar-besaran menelan belanja $ 7,393.83, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Cerita versi Anok Pahang

Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai. Beliau dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagal dalam pemberontakan tersebut. (Sejarah DarulIman,m.s241).


Semasa kejadian peristiwa ini, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada Sultan Mansor. Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” di dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman ini diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu tadi kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris.

Kata Sultan Mansor, “ Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah, lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 tahun. Menurut catatan di dalam buku Sejarah Darul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892.

Berita Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris telah datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan “penderhaka” tersebut. Kata Sulltan Mansor, “Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato’ Bahaman”. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya, “Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.

Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar-askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, “ Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi, “Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.

Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’ Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berudur yang digunakan, iaitu;

1. Keluarga Dato’Bahaman berundur ke Kuala Berang,Terengganu.

2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menara(Narathiwat).

Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepong keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepong oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang.

Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’ Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.

Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan di bawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;

1. Pak Nik Ya (penghantarbungaemas).

2. Dato’ Lela Perkasa Lundang.

3. TuanTabal.

Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genab tiga tahun, tiga orang dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut). Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.

KOMEN

Berdasarkan catatan ini jelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British)...beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....walaubagaimanapun kemunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu) tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang....lagipun "Tok Guru Peramu" juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja.

Tok Gajah, merupakan individu yang pada mulanya menentang Orang Kaya Haji (mati dibunuh 1889) kerana tidak menyokong Inggeris tetapi kemudian Tok Gajah pula menjadi menentang yang hebat bersama Datuk Bahaman apabila kuasa dan kegiatan ekonominya agak tergugat. Dalam catatan Abdul Talib bin Hj Ahmad berdasarkan cerita turun temurun seperti berikut:

Sa-telah selesai bermeshuarat orang besar itu pun mengajak Sultan Ahmad bersumpah meminum ayer Yasin dan Qur’an yang telah di-bacha mereka ditepi sungai Silan.

Maka sembah Dato’Gajah Dato’ Raja Jelai dan Dato’ Bahaman “ Jangan-lah Tuanku mungkir janji. Kalau mungkir janji nyawa padah-nya” Maka baginda dan orang besarnya pun bersumpah tidak akan mungkin janji” Peristiwa ini menunjukkan semua pembesar Pahang termasuk Sultan Ahmad mengadakan gerakan rahsia melawan Inggeris.

Selamat Menyambut Hari Merdeka


8 ulasan:

inderasegara berkata...

minta maaf..
saya ingin membuat sedikit pembetulan untuk gambar bersejarah Perjanjian Durbar yang terdiri daripada Sultan-sultan negeri Melayu Bersekutu, Pembesar-pembesar negeri dan Garbenor Inggeris..
Gambar Nombor 19 merupakan Datuk Orang Kaya Indera Segara Temerloh Haji Tahir..

Nan Zul berkata...

Saya setuju gambar tu bukan Gambar Orang Kaya Haji kerana DURBAR di kuala Kangsar diadakan pada 14 hingga 17 Julai 1897
sedangkan Orang Kaya Haji mati ditembak pada 1889.

Tok Gajah,Datuk Bahaman mustahil ada kerana mereka menjadi buruan Inggeris semasa Pemberontakan Pahang 1891-1895.

Dari rekod Pahang yang hadir ialah

1. Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali
2. Tengku Ali bin Sultan Ahmad
3. Engku Muda Wan Mansur bin Bendahara Tun Ali
4. Engku Bendahara Sri Maharaja, Engku Ngah bin Engku Tanjung
5. Tuan Mandak Said Ali al-Jufri
6. Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar
7. Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat

Sekian Terima Kasih

inderasegara berkata...

maaf sekali lagi..
saya merupakan salah seorg waris kpd Datuk Orang Kaya Indera segara Temerloh Haji Tahir..
salah seorang waris ada menyimpan gambar tersebut dan dia menyatakan bahawa pembesar yang bernombor 19 itu merupakan Datuk Orang Kaya Indera segara Temerloh Haji Tahir..
saya ingin bertanya kpd saudara zaini..
adakah Orang Kaya Haji yang saudara maksudkan itu merupakan Datuk Orang Kaya Indera Segara Temerloh Haji Tahir??

Nan Zul berkata...

Cuba kita lihat Perkiraan Elaun pembesar Pahang pada 1892

Sultan Ahmad $24,000
Tengku Mahamud $ 6,000
Tengku Ali $ 2,400
Raja Muda $ 2,400
Bendahara $1,800
Temenggong $ 11,200
Shahbandar $1,200
To'Raja $1,200
Tok Gajah $1,200
Orang Kaya Chenor $1,200
Orang Kaya Temerloh $1,200
Orang Kaya Haji Lipis $840
Orang Kaya Semantan $840

Diatas menunjukan Orang Kaya Haji rangking bawah dari Orang Kaya Temerloh. Pendek cerita, Orang Kaya Temerloh Orang Besar berempat, Orang Kaya haji orang besar berlapan tapi sekarang Tok Bahaman, Tok Gajah, Orang Kaya Haji terkeluar dari senarai(Inggeris kata penderhaka)

Rujuk CO 273/179 Rodger kepada Gobernor 17 March 1892, terlampir Cobernor kepada CO, 25 March 1892

kekacang berkata...

Cerita Versi Anok Pahang, ini terlalu banyak keraguan dan bercanggah dengan cerita Tuk Peramu sendiri semasa hidupnya.
Cerita ini juga bertentang dengan cerita hulubalang yang pernah bersama - sama berperang dan melarikan diri dengan Tuk Bahaman.
Mungkin kalau ada sumbernya lebih baik dikemukakan.

RAJAWALI berkata...

Aslkm sekelian semua, Salam dari kami dari blog KEMEGA dan anak2 buah Dat0' Bahaman kini sedang bersiap siaga PRU ke13 bakal tiba dgn perpecahan dan perceraian MelayuIslam ketahap maksimum punah-parah nya! Kedua2 umno dan pas telah berjaya digunapakai oleh musuh2 MelayuIslam seperti terjadi di singapura dulu dgn PAP kini DAP Pulau Pinang menanti negeri teman pula yakni Perak selepas itu Melaka dan Pahang...Sediakan payung sebelum hujan banjir terbesar KL pd 2012 mendatang sepertimana pakistan hampir 100% Islam dgn banjir bersejarah kini tetapi kita dgn berbilang kaum dan agama pula...?!? Kali terakhir banjir diKL ialah selepas 13 Mei 1969 dahulu dan juga selepas kepergian Pendita Mat Kilau. Hidup MelayuIslam313!

Tanpa Nama berkata...

Hai semua

Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai terma dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, semuanya penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera sekiranya anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com mereka.

Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com
Whatsapp Syarikat +1 (304) 997-4034
E-mel saya: fradesyriritia12@gmail.com

Unknown berkata...

Tentang susuk tumbuh bernama tok kancil yg menjadi pengawal peribadi
Long mansur ketika ditahan oleh Siam
... Siap tahu susur galur tok kancil.

AddToAny