responsif teks foto

Sabtu, 14 September 2019

Lautan Manusia di PWTC

‘Tak pernah tengok lautan manusia seramai ini di PWTC’

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi lautan manusia yang hadir dari seluruh pelusuk tanah air bagi menyaksikan detik bersejarah pemeteraian piagam kerjasama UMNO-Pas hari ini. Pemerhatian mendapati ribuan ahli kedua-dua parti seawal pagi sudah mula bersesak-sesak menuju ke PWTC.

Di segenap penjuru dan tingkat di bangunan itu dipenuhi hadirin hinggakan ia menyukarkan gerak jalan orang ramai. Lautan manusia kebanyakan yang hadir mengenakan pakaian berwarna putih merubah suasana PWTC yang sebelum ini sinonim dengan warna merah.

Hari ini kita melakar sejarah buat pertama kali Pas-UMNO berkumpul bersama di bangunan bersejarah PWTC, kerana memeterai perjanjian kerjasama bersama dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.

Majlis menandatangani piagam ini disempurnakan oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Merdeka, PWTC di sini.

Umno, PAS akhirnya meterai Piagam Muafakat Nasional

 Piagam berkenaan adalah satu dokumen terperinci menggariskan prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi kerjasama dirangka menerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal, yang masing-masing dianggotai 11 dan lima pemimpin bagi setiap parti.

“Bila PH memerintah, segala ego pas & umno down..berpuluh tahun bergaduh akhir boleh bersatu.Terima kasih PH kamu kuatkan Umno-PAS…”





Tiada ulasan:

AddToAny