responsif teks foto

Selasa, 24 September 2019

Resipi Membuat EM Sendiri

                                                                                                              
Baja tanaman yang perlu kita tahu

Cara buat EM (Effective Microorganism)

Bahan:

Air basuhan beras (basuh tanpa klorin)
Sayur-sayur buangan dapur seperi sawi, kangkong, kulit telur,
Bekas 1L
Gula Merah, masak hingga sejuk 200 g
Satu botol yakult

Cara membuat 

Blander Sayur buangan dapur. masukan dalam bekas yang sesuai masukan dua sendok Air gula merah yang telah dimasak sejuk dan masukan satu botol Yakutlt bersama air beras tadi.

Simpan selama sebulan

Sukatan dan Cara Penggunaan EM

Sudah simpan sebulan baunya masam wangi ada sedikit kulat berwarna putih , ambil sebotol bekas minuman 1.2 L berisi air tapis atau air hujan, (air paip tak sesuai sebab ada klorin ), Masukan 5 sudu EM tadi dan masukan 3 sudu atau lebih Gula merah yang dimasak sejukm, simpan selama dua minggu bila sampai masa tudung botol dibuka terdapat tekanan gas, ini bermana EM kita menjadi dan boleh digunakan dengan cara menyembur ke arah pokok dan sebagainya,



Kegunaan EM

Untuk pembajaan:

Campurkan 2 sudu makan EM bersama 1L air. Boleh sembur terus pada daun, batang dan pangkal tanaman dan tanah, atau campur dengan baja cecair lain.

Untuk menghilangkan bau najis haiwan:

Campurkan 2 sudu makan EM bersama 1L air.

Beri haiwan ternakan minum campuran tersebut dan juga sembur pada najis haiwan.

Mempercepatkan proses pengkomposan: Sembur atau siram pada kompos,

Mengurangkan alga akuarium: masukkan beberapa sudu makan ke dalam akuarium

Membuat bokashi bran dan kompos bokashi

Membersihkan sungai dan parit yang tercemar

Mikrob ini boleh digunakan untuk berbagai tujuan, antaranya:
sebagai baja (mikrob lactobacillus ini bertindakbalas dengan mikrob dalam tanah, menjadikan tanah lebih subur),

menghilangkan bau najis haiwan,

membersihkan bau busuk saluran longkang dan sungai,

boleh dicampurkan dalam makanan haiwan untuk kuatkan imunisasi badan

Sebagai pembersih udara                                             

EM yang telah boleh diguna sebahai semburan                    anak lada kecik

Pengunanan keatas Cili Padi

Percubaan dengan mengadakan semburan 2 kali sehari ke atas tanaman Cili Padi selain baja kimia Novatec premium 15-3-20 (+2MgO+10S)+TE sebulan sekali.

Anak cabai melaka
1 Okt 2019

17 Okt 2019

17 Okt 2019

26 Okt 2019 masih mampu bertahan tidak keriting.
Keriting merupakan penyakit yang ditakuti oleh penanam cili padi

cerita dari Lipis
12 Nov 2019

cerita dari Lipis
15 Nov 2019


  kutip hasil 20 Nov 2019



anak durian


  'Selamat Mencuba..."
#nan zul


3 ulasan:

Unknown berkata...

lipis di mana, rosdi0133070327

Unknown berkata...

Terbaik.sy tlh be membuatnya Dan berhasil.sy Ada 80 pkok tanamam spt kunyit halia cili padi.

Nan Zul berkata...

Sy masih mengunakan sembur pulak pada pokok anak durian MK, EM ini memang terbaik, tanah menjadi subur buktinya tahi cacing banyak..."

AddToAny