kebun getah |
Tabiat/Habitat
Babi hutan adalah mamalia besar yang boleh hidup dipelbagai habitat terutamanya di kawasan hutan tanah pamah yang kaya dengan tumbuhan. Binatang ini juga boleh dijumpai di kawasan hutan paya gambut. Hutan karanggas, hutan paya bakau, hutan tanah tinggi dan kawasan belukar dipinggiaran kampung atau ladang getah dan sawit terbiar.
Makanan babi hutan terdiri daripada buah-buahan, cacing tanah, serangga dan ubi atau umbut pisang liar yang masih muda dan lembut. Jika ada peluang, ia juga akan membaham burung liar, mamalia kecil dan reptilia yang menyorok di dalam batang kayu, sampah atau membaham haiwan yang tercerdera.
Babi hutan yang tinggal di kawasan kampung akan memakan empulur batang pisang yang ditumbangkannya dengan mengigit pangkal batang pisang tersebut. Babi hutan akan memakan semua jenis buah-buahan yang akan masak dan gugur ke bumi seperti durian, rambutan, pisang ,jambu air, cempedak dan nangka. Ubi kayu, keledek dan keladi juga amat disukai oleh binatang ini. Buah kelapa tua yang gugur di bumi dengan mudah dibelah dua oleh babi hutan dengan mengunakan taring dan giginya yang tajam serta kuat.
Di kawasan ladang sawit atau getah babi hutan akan merosakan anak sawit atau getah yang baru ditanam. Pada waktu malam babi hutan akan datang ke kawasan tanaman kelapa sawit yang baru ditanam dan memakan umbut anak kelapa sawit yang masih muda. Anak getah yang baru ditanam turut dimusnakan oleh haiwan ini. Oleh hal yang demikan, babi hutan dianggap perosak tanaman oleh petani dan peladang terutama di kawasan Lipis.
Selain tumbuhan dan buah-buahan serta serangga, babi hutan memerlukan zat garam galian seperti kasium, fosforus, kalium, sulfat dan magnesium. Bahan ini amat penting bagi menguatkan tulang, serta kesihatan tubuh badan haiwan ini. Justeru, babi hutan kerap melawati jenut atau sira yang terdapat di hutan rimba. Ia akan menjilat tanah atau air garam galian tersebut. Kesan tapak kaki babi hutan amat mudah dilihat di kawasan jenut ini. Tidak hairan selepas menabur baja pada keesokan hari babi hutan akan datang mencakar atau memakan tanah tersebut.
Pembiakan
Anak babi hutan akan bersama-sama ibunya sehingga dewasa |
Tiada musim pembiakan tertentu bagi babi hutan. Haiwan ini boleh membiak sepanjang tahun. Sebagaimana babi perliharaan, babi hutan boleh melahirkan anak sehingga 12 ekor. Tempoh bunting bagi babi hutan betina ialah kira-kira enam bulan. Anak yang baru dilahirkan ini mempunyai bulu yang panjang dan berjalur perang dan hitam. Anak babi hutan akan dijaga dan disusui oleh ibunya setiap masa. Anak yang baru dilahirkan ini boleh berjalan beberapa hari selepas dilahirkan. Anak babi ini akan mengikut ibunya dalam satu barisan dan berjalan berbondong-bondong.
Babi hutan betina yang beranak kecil sangat garang. Penceroboh yang cuba menghampiri atau menganggu anaknya akan diserang dan dicederakan oleh ibunya.
Cara-cara menghalang dari ancaman Babi Hutan
1. Memagar dengan megunakan pagar zink atau plastik hitam penutup bumbung ‘nursery’ mengelilingi kawasan tanaman tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi.
2. Di sabah mereka mengunakan rambut manusia yang ditabur disekeliling pokok mereka berjaya mencatatkan 95 peratus tanaman yang tidak diganggu oleh babi hutan ini.
3. Mengunakan anjing perliharaan di kawasan ladang sangat berkesan tetapi cara ini kurang popular dikalangan orang melayu yang kebanyakan beragama Islam. Sebenarnya dalam Islam tidak menghalang kita mengunakan anjing untuk menjaga tanaman.
4. Cara paling praktikal dan berkesan adalah dengan mengunakan pagar elektrik. Cara ini telah lama digunakan oleh petani luar negeri. Sungguhpun harga mencecah ribuan ringgit ianya sangat berbaloi, tak percaya saksikan video dibawah:
4. Cara paling praktikal dan berkesan adalah dengan mengunakan pagar elektrik. Cara ini telah lama digunakan oleh petani luar negeri. Sungguhpun harga mencecah ribuan ringgit ianya sangat berbaloi, tak percaya saksikan video dibawah:
Jika terdapat cara yang sesuai untuk mengalang ancaman babi hutan ini diharap pembaca boleh tulis diruangan komen untuk kita berkongsi bersama mudah-mudahan ianya mendapat manafaat.
Perlindungan
Walaupun babi hutan dianggap perosak tanaman oleh petani, ia masih dilindungi dibawah Akta Perlindungi Hidupan Liar 76/1972. Haiwan ini disenaraikan dalam jadual 2 Binatang Liar Buruan yang dilindungi. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa menangkap, menembak, membunuh, menjual atau memelihara babi hutan tanpa lessen atau permit. Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga RM 3000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekalidi bawah seksyen 68(a) Akta yang sama. Bagi mereka yang didapati memasang jerat simbat lebih daripada 25 utas untuk menangkap atau membunuh haiwan ini lima tahun boleh dikenakan oleh mahkamah ke atas pesalah ini.
KOMEN
Pada hari ini harga getah sudah mencecah RM 15.06 sekilo, merupakan harga tertinggi semejak tahun 1972. Harga belian di kedai pembelian getah sekerap sudah mencecah RM 7.25 sekilo ini bermakna peladang yang mempunyai 270 pokok (2 ekar) , menoreh selama tujuh hari boleh mendapat RM900.00.
Penanam Durian VS Monyet
Rujuk
Sinar Harian 07 Jan 2011
Majalah Kosmik Dis 2010
29 ulasan:
Rajin2 la masuk kebun ter sokmo.Paling kurang buat unggun api.Jangan tinggal lame sangat weh.Bau kite ter menatang ni takut.Kala rajin cari la cermin2 pecoh ter gantung dalam kebun paras2 lutut.Bukan mende babi ni malu amat nengok muke sendiri.Lagi banyok lagi molek.Tapi jangan sampei berbeli de kedei pulok.
say ni nak kongsi2 maklumat tentang penambah hasil susu getah.....
MAICHEM RUBBERTEX
MAICHEM RUBBERTEX adalah produk pengeluaran terbaru. Produk ini direka khas untuk pokok getah yang tidak boleh menghasilkan susu getah pekat berlebihan. Ia adalah dicipta dari hasil kajian teliti dan memuaskan.
Kelebihan MAICHEM RUBBERTEX:
• Menghasilkan susu getah berlebihan antara dua hingga tiga kali ganda dari kaedah biasa
• Kandungan getah kering (DRC) 31-36% tanpa menjejaskan pokok getah
• Kos efektif dan menambahkan pendapatan penoreh getah
• Mempercepat pembekuan getah selepas torehan
• Mengurangkan kadar lupus hasil torehan akibat hujan
• Kerja kurang hasil lumayan
Cara Pengunaan MAICHEM RUBBERTEX
• Bersihkan tempat torehan lama yang masih lekat getah kering sebelum sapukan MAICHEM RUBBERTEX padanya.
• Sapukan MAICHEM RUBBERTEX pada alur torehan dengan berus lukisan saiz kecil
• Celup berus dalam MAICHEM RUBBERTEX, kemudian sapu pada tempat torehan, ulangi jika tidak mencukupi.
• Torehan boleh dibuat selepas satu hari, tidak kurang dari (15-24 jam).
• Ulangi 10 hari sekali pada pokok getah yang biasa.
kalau ada yg berhajat....0176818199 or peppersprayku@yahoo.com
PERHATIAN !
Simpan ditempat teduh dan selamat. Jauhi daripada kanak-kanak. Basuh dengan air yang banyak jika terkena mata dan kulit anggota badan yang sensitive. Elakan daripada cahaya matahari.
ye ke dok
raya pakar pagar letrik cost cuma rm 800 je klu pakai solar tambah 700 lagi babi tak masuk .yang pening je senekoh yang ni payah .dia ni suka repih pucut .saya guna radio .pakai spekar besar .sekarang alahamdulilah
Beli ubat gegat (sentiasa letak dlm almari baju untuk hapus lipas) kasi hancur jadi serbuk, campur dengan belacan , tepung dan air jadi bentuk berbola seperti ping pong. Balut dengan kain hitam (warna lain tak sesuai) gantung tinggi lebihkurang 30 cm dari tanah....selamat Bercuba.
Cara untuk halau babi hutan
Cara untuk halau babi hutan
Masalah babi ni agak meletihkan dan menuntut kesabaran yang tinggi. Saya sendiri pernah tanam macam-macam jagung, tebu , pisang dan yangg terbaru ubi kayu.
Tapi MASUK SEEKOR saja babi sudah cukup untuk musnahkan semua . Saya berenti berkebun selama beberapa bulan sebab terasa penat. Tapi walau macamana pun kita minat punya pasal saya teruskan juga tapi dengan pakai satu produk namanya KERIMO atau nama panjangnya KENCING RIMO sebab perekanya orang PERAK.Testimonialnya boleh tahan. Baru lancar tahun lepas.Moh kita sama-sama cuba..ya saya pun baru nak cuba.Tak berani nak komen.sila klik link di bawah.
Tq . Abdul Razak Bin Arshad
0129879825
https://buy.onpay.my/order/form/kerimo/razak
Yaka... lg2... huhu3
Dah test ker produk kerimo tu ..
Citer laa lagi petua2 camne nak cegah kerosakandek bull dozer ni
koyak kan kain lebih kurang 1 kaki..kecil pn okay lebih kurang besar tapak tangan..beli minyak attar yg murah 1 rnggit sebotol tu..calitkan kat kain tu..jgn calit byk sangat..calit la sampai keluar bau kuat sikit..babi ni memang takut dengan bau wangi..kala malam kalau dia terhidu bau wangi mesti secara sedaya upaya dia akan mnjauhkan diri dari bau bauan attar tu..
kalau nak jimat..bancuh minyak attar dgn air sikit..buat mcm spray air tu..sembur2 kan kat kain tu dan pakukan kt sbtg kayu dan pacak lah berhampiran tanaman..slmt mncuba
monyet pn nakal juga..mana2 tumbuhan atau tanaman yg dia xminat..dia akan patah2kan tanaman kita tu..ubat dia snng je belacan cmpur dgn air..blend smpai halus..cmpur lg air..dn masuk dlm botol spray..semburkan kat tanaman..
koyak kan kain lebih kurang 1 kaki..kecil pn okay lebih kurang besar tapak tangan..beli minyak attar yg murah 1 rnggit sebotol tu..calitkan kat kain tu..jgn calit byk sangat..calit la sampai keluar bau kuat sikit..babi ni memang takut dengan bau wangi..kala malam kalau dia terhidu bau wangi mesti secara sedaya upaya dia akan mnjauhkan diri dari bau bauan attar tu..
kalau nak jimat..bancuh minyak attar dgn air sikit..buat mcm spray air tu..sembur2 kan kat kain tu dan pakukan kt sbtg kayu dan pacak lah berhampiran tanaman..slmt mncuba
Kera, monyet, lotong dan yang sejenis dengannya juga adalah haiwan pemangsa dan perosak, cara yang murah dan senang ialah cili api kampung yang merah dalam 3 gengam (100gm) diblend, campur dengan buah betik masak yang dipotong potog kecil digaul rata dimasukan kedalam plastik lut sinar dalam 2 sudu makan 1 plastik dan digantung pada pokok pokok buah buahan terutama pokok pokok yang baru berbunga dan berputik, in shaa Allah bila haiwan haiwan tersebut lihat dia akan turun dan memakan campuran tersebut, haiwan haiwan tersebut akan kepedasan dan lari jauh serta serik untuk datang kekawasan tersebut. IN SHAA ALLAH, cubalah...
Ada cara lain tak? Sy sedang uruskan satu projek getah 90 hek.. hampir 70% serangan babi.. pening kepala..
“Saya cadang anda mengunakan Pagar Elektrik ianya sangat ‘effective’ untuk menghalau babi hutan…”
Solar Untuk Pagar Elektrik
Untuk memasang solar bagi menjana energizer@ibu pagar elektrik sebenarnya tidak lah mahal. Kos menjadi tinggi apabila bateri yang digunakan terlalu besar seperti saiz 45,60,80 dan 100 menjadikan kita perlu solar yang besar untuk mengecas bateri tersebut.
Energizer@ibu pagar elektrik tidak lah menggunakan kuasa yang tinggi pun jadi jika ingin menggunakan solar dengan kos rendah bateri perlu ditukar ke saiz yang kecil.
Tidak menggunakan solar,menggunakan bateri besar adalah perlu kerana kita boleh guna lama jadi kita tidak perlu kerap bawa keluar untuk cas.
Mengapa kita tidak boleh guna solar yang kecil cas bateri yang besar?
Ini adalah kerana biasanya solar kecil kemampuan cas juga kecil apatah lagi untuk lagi jika kita menggunakan bateri biasa (kereta) yang mana bateri ini kadar "bocor sendiri" tinggi jadi jika menggunakan solar kecil maka ia menjadi tidak "begitu bermakna".
Begitu juga jika tidak menggunakan ‘controller’ dan memasang direct ke bateri tanpa ada pengetahuan atau teknik yang betul atau menggunakan kompenen tertentu maka bukan sahaja bateri tidak di cas solar,tetapi bateri pula akan menjadi lebih cepat bocor kerana ada solar.
Saiz solar dan bateri yang sesuai? (untuk pagar elektrik)
10watt Panel bateri 7ah-18ah
20watt Panel bateri 12ah-45ah
Set lengkap saya RM400 dengan 10watt panel,bateri, controller dan kabel.
Sangat sesuai untuk pagar elektrik dan lampu kecil untuk kegunaan aktiviti luar.
*jika kawasan pemasangan agak terlidung dari cahaya matahari maka saiz panel besar adalah perlu.
"energizer atau ibu pagar jenama PEL berharga RM3799.00 hanya mampu support 100 ekar sahaja tapi kawasan anda jaga terlalu luas 90 hektar bersamaan 222 ekar..."
Ada kawan cadang buat parit kedalaman 6 kaki
Ada kawan cadang buat parit kedalaman 6 kaki
Sy buat parit..babi x masuk..dtg monyet siat dan pthkan pokok..
Sy buat parit..babi x masuk..dtg monyet siat dan pthkan pokok..
Sy dh pernah cube.. Xberkesan pn.
Monyet ni memang kita kalah, tapi pucuk anak durian dia tak usik, kalau pucuk nangka, cempedak, pucuk pisang, pucuk tebu, ubi kayu, nepiar semuanya diusik.. "
Saya Fitriani Suhesti dari kota Medan. Saya melihat pos ibu Yanti Ari dengan perinciannya tentang bagaimana dia meminjam dari Guaranty Trust Loans untuk memulihkan bisnisnya dan juga memperluas bisnisnya. Ibu berkata dia tinggal di kota Medan dan saya tinggal di kota itu jadi saya memutuskan untuk menghubunginya karena saya telah kehilangan 16 juta karena penipuan hanya karena saya memerlukan pinjaman untuk mengembangkan bisnis saya.
Di bawah ini adalah informasinya yang saya lihat dan yang saya hubungi.
nama ibu: Yanti Ari
nomor telepon: +62 821-1644-0184
Nomor Whatsapp: +62 821-1644-0184
Kota: Medan
email ibu: ariy6261@gmail.com
Setelah saya menghubungi ibu yanti, dia memberi tahu saya segala sesuatu yang perlu saya ketahui dan dia mengatakan kepada saya bahwa setelah saya menghubungi Guaranty Trust Loans dan menerima pinjaman saya, saya harus mencoba membagikan cerita saya sehingga orang lain yang membutuhkan pinjaman yang dapat diandalkan perusahaan dapat diselamatkan dari orang-orang curang yang bukan pemberi pinjaman.
Jadi saya mengajukan pinjaman sejumlah 500 juta Rupiah, dan mereka meminta kredensial saya yang saya kirimkan dan setelah mereka selesai memverifikasi rincian saya, pinjaman itu disetujui untuk saya dan saya pikir itu hanya lelucon dan mungkin itu salah satu tindakan penipuan yang membuat saya kehilangan uang, tetapi karena ibu Yanti berasal dari Medan dan saya melihat buktinya sehingga saya memercayai mereka, saya kagum ketika mendapat pinjaman dalam waktu kurang dari 24 jam dengan suku bunga rendah 2% tanpa jaminan. Saya sangat senang bahwa Allah menggunakan ibu yanti yang menghubungi mereka dan memperkenalkan saya kepada mereka dan karena saya diselamatkan dari pemberi pinjaman palsu dan juga akan memenuhi impian bisnis saya.
Jadi saya menasihati semua orang yang tinggal di Indonesia, Malaysia dan bagian lain dunia yang membutuhkan pinjaman untuk satu tujuan atau yang lain untuk silakan hubungi Guaranty Trust Loans dan di bawah ini adalah detail mereka
email: (anamichaelguarantytrustloans@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi perusahaan dengan nomor ini: +1(470)481-0039
jangan ragu untuk menghubungi saya jika Anda memerlukan informasi lebih lanjut melalui email: (fitrianisuhesti90@gmail.com)
terima kasih semua telah membaca kisah saya, dan semoga Allah terus melindungi dan memberkati kita semua bahkan di masa-masa sulit karena pandemi coronavirus.
da penah cuba tp arbi ni selamba je jln2 tgok
Pasang lampu solar warna merah ..
Catat Ulasan