responsif teks foto

Ahad, 20 Mac 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bayar 28 Mac

 



BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada 8.6 juta penerima akan diberikan secara berperingkat bermula 28 Mac 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Rabu) melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2.0 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima bayaran pada 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 yang akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan mula diterima pada 30 Mac 2022 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semak :   https://bkm.hasil.gov.my 

Dibayar Pada 
Fasa 1 Mac 2022 
Fasa 2 Jun 2022 
Fasa 3 September 2022 
Fasa 4 Disember 2022

Tiada ulasan:

AddToAny