responsif teks foto

Rabu, 9 Mac 2022

Semakan Wang Tak Dituntut

 


Apa Itu Wang Tak Dituntut?

Wang tak dituntut atau WTD merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Contohnya:
  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD.

Contohnya:
  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Semak Wang Tak dituntut
Untuk membuat semakan WTD secara dalam talian. Orang awam boleh membuat semakan pada bila-bila masa sahaja. Untuk kelancaran sistem, orang awam dinasihatkan agar tidak terburu-buru membuat semakan WTD.

Semak Sekarang https://egumis.anm.gov.my/

Tiada ulasan:

AddToAny