responsif teks foto

Ahad, 20 Mac 2022

Kerjaya PDRM boleh dimohon melalui e-Pengambilan PDRM

 


Untuk makluman sahabat - sahabat semua, sekiranya anak-anak / saudara mara / rakan-rakan / kenalan rapat berminat untuk menyertai pasukan Polis boleh membuat permohonan melalui e-Pengambilan PDRM.

Cara memohon

Semua permohonan jawatan di PDRM hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM.

Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM
Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
Status Pengambilan akan dipaparkan.
Sila cetak surat panggilan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia

Tiada ulasan:

AddToAny