responsif teks foto

Selasa, 29 Mac 2022

Pengalihan Kubur Lama Tanjung Betong Lipis

 




Pengalihan Kubur Lama Tanjung Betong, Kampung Kuala Telang, Kuala Lipis, Pahang

Tanah perkuburan lama Tanjung Betong berdekatan Kampung Kuala Telang dekat sini, yang berusia 170 tahun diancam runtuhan tebing Sungai Jelai berikutan kesan bencana banjir tahun lalu dan sebelum ini. lebih 10 kubur di tebing sungai tersebut bila-bila masa boleh hilang bersama runtuhan tebing sekiranya musim hujan dan paras air sungai naik.

Pihak JKKK telah merujuk pada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tentang kaedah pemindahan kubur lama tersebut. Pada hari ini 29 Mac 2022 usaha pengalihan telah dilakukan oleh penduduk setempat bersama Sukarelawan dan agensi terbabit.

Antara yang menarik ulama Pahang, Habib Hassan al-Attas dan kadi Pahang yang pertama, Kadi Ibrahim Abu Hurairah Berhala Gantang di makamkan di sini.

Salawat sejahtera pada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Doa pada ibu/bapa kaum kerabat yang telah pergi meninggalkan kita.

Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah kami yang masih hidup ini dan semua saudara mara kami yang telah tiada. Semoga mereka semua yang telah pergi sedang bahagia di taman syurgaMu dan bahagia bersama dengan kami nanti. Kematian dan Alam Barzah semua akan tempuhi. Amin..

Allah SWT berfirman:

وَ هُوَ الَّذِيْۤ اَنْشَاَ كُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وَّا حِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَّمُسْتَوْدَعٌ ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْاٰ يٰتِ لِقَوْمٍ يَّفْقَهُوْنَ

"Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)."

(QS. Al-An'am 6: Ayat 98)

FB : MyAdam Aris



Tiada ulasan:

AddToAny