responsif teks foto

Isnin, 14 Mac 2022

Baja organik daripada Alam di sekitar kebun.

 





JADAM adalah satu kaedah pertanian organik dari Korea. Pengasasnya Youngsang Cho menamakan kaedah yang beliau asaskan ini sebagai JADAM yang bermaksud bekerja bersama alam semula jadi.
Lebih baik membiak microorganism lokal yang berada berhampiran kebun dari microorganism asing, seperti EM 4 yang dibeli dengan harga mahal.

Cara membuatnya.
  • Nasi atau Kentang 4 biji direbus
  • Garam 2 sudu (dapatkan Garam Laut)
  • Dedaun Reput/ Kompos/ tahi cacing 1 genggam
  • Air biasa tanpa klorin
Peralatan
  • Stoking
  • Tong Sampah
  • Tali Rafia
Cara Membuat
  • Masukan kentang ke dalam stoking dan ikat hujung stoking buat seperti bunjut
  • Ulang langkah 1 untuk dedaun reput
  • Isi air sehingga memenuhi tong sampah. Sebolehnya tinggalkan ruang sekitar 5 – 10 dari paras atas tong
  • Masukan bunjut tersebut agar perlahan-lahan keluar bahan di dalam bunjut tersebut.
  • Masukan garam ke dalam air
  • Biarkan pemeraman selama 12-24 jam.
  • Biasanya sekitar 12-24 jam kita akan dapati nampak bebuaih muncul di pemurkaan air. Ini tanda mikrob telah membiak dengan banyak. Gunakan sehingga tanpa tinggal sisa.
Cara Guna
  • Siram terus ke atas tanah yang ingin kita tanam.
  • Jika kita ingin siram pada pokok, cairkan 30-200. Contoh 100ml LMB campur dengan 3L air biasa atau 20 liter air biasa. Kadar untuk cair ini bergantung kepada ketahanan pokok kita. Kadang ada pokok dengan nisba cair 1 : 30. Kalau kita dapati pokok macam terbantut selepas siram cairkan lagi CMB dengan nisbah 1:200
  • Eloknya kita buat tiga kali sebulan bagi melembut dan menyubur tanah.





Tiada ulasan:

AddToAny