responsif teks foto

Selasa, 22 Mac 2022

Bahaya Racun Furadan

 


PERHATIAN : Pengharaman Racun Carbofuran Pada 1 Mei 2023

Bahaya ke FURADAN ini? Ya, sangat bahaya dimana ia merupakan racun yang sangat toksik yang boleh membawa kepada kematian. Menurut laporan berita, di Kota bharu,Kelantan Kanak-kanak tiga beradik dimasukkan ke hospital selepas dipercayai terhidu serbuk racun jenis ‘Furadan’ ketika bermain ‘masak-masak’ di belakang rumah mereka di Kampung Berangan Pondok, Tumpat. “Ibu mereka mendapati ketiga-tiga anak terbaring dengan badan yang lemah dan muntah-muntah di ruang tamu rumah,” katanya ketika dihubungi. Ini baru kes terhidu, belum lagi ‘pest residue’ yang terdapat di dalam sayuran atau buah-buahan yang kita makan sekiranya ia disembur oleh FURADAN. Pelbagai impak buruk yang akan berlaku.

Racun FURADAN Racun Furadan berbentuk pasir, biasanya berwarna ungu. Biasanya digunakan untuk membasmi serangga perosak, nematod dan ulat perosak. Kalau seekor burung/tupai termakan sebutir pun dah mati. Kalau manusia termakan setengah sudu kecil ‘kfc’ pun dah boleh menyebabkan nyawa melayang. Furadan (carbofuran) adalah racun sistemik maksudnya racun ini bila disiram akan diserap ke dalam sistem pokok. Batang, daun dan buah semuanya ada racun kalau ia digunakan. kesan racun furadan TIDAK AKAN HILANG walaupun selepas 3 BULAN. Jadi kalau kita gunakan racun ini untuk tanaman kontan (yang boleh dituai hasil dlm 2-3 bulan) maksudnya racun tu masih ada kan?


Ada laporan menyatakan bahawa furadan digunakan dalam penanaman tebu, tembikai dan jagung bagi tujuan mengawal serangga pengorek. Ada yang menyatakan racunnya tidak masuk ke buah. Furadan ini adalah racun jenis sistemik, maknanya racunnya cair dalam air dan diserap masuk keseluruh bahagian pokok, mustahil ia berhenti mengalir hanya di tangkai buah. Sudah pasti ia mengikut masuk ke dalam buah.

Jika kita pula makan buahan yang tercemar, sisabaki racun ini juga akan memasuki tubuh badan. Sisabaki racun terkumpul dalam badan tahun demi tahun. Jika anak kecil disuapkan buahan tercemar, bayangkan bahaya yang mendatang.

Sistem Maklumat Racun Perosak (SISMARP)

Sistem Maklumat Racun Perosak (SISMARP) telah diwujudkan semenjak tahun 2001 bertujuan untuk memberi maklumat mengenai pengesyoran racun perosak bagi sektor pertanian. Petani, pengusaha ladang serta agen pengembangan pertanian boleh membuat rujukan melalui SISMARP untuk mendapatkan maklumat racun perosak berdaftar yang disyorkan untuk tanaman atau kawalan perosak yang tertentu.

SISMARP versi kedua ini telah ditambah baik dari versi terdahulu di mana versi ini mesra pengguna, paparan yang menarik, kaedah pencarian yang mudah, hasil carian boleh disimpan / dimuat turun dan boleh dicetak. Semua maklumat akan dikemaskini setiap tiga bulan.

Adalah diharapkan usaha ini akan memberi manafaat kepada semua yang terlibat bagi memastikan bahawa racun perosak yang digunakan adalah berkesan dan selamat sebagaimana maksud ianya perlu digunakan. Ini akan membantu ke arah mengurangkan masalah sisa baki racun perosak yang dibenarkan pada hasil tanaman dan masalah pencemaran alam sekitar.

SEMAK : SISTEM MAKLUMAT RACUN MAKHLUK PEROSAK

Bahagian Kawalan Racun Perosak
Jabatan Pertanian

Sumber: myagri.com.my

Tiada ulasan:

AddToAny