responsif teks foto

Khamis, 31 Mac 2022

Skim pinjaman tanpa faedah Negeri Pahang.

 



Kerajaan Pahang peruntuk 20 juta kepada lebih 2,500 usahawan yang terjejas akibat Covid-19 di Pahang.

Skim pinjaman tanpa faedah dan moratorium selama setahun itu boleh dipohon bermula 1 April sehingga 30 April 2022.

Pinjaman bermula dari RM3,000 sehingga RM10,000 ini merupakan satu inisiatif kerajaan negeri yang telah dibentang dalam Belanjawan 2022 Negeri Pahang.

Tempoh setahun pertama tidak perlu membayar pinjaman (moratorium)
  • Berikut adalah syarat yang ditetapkan untuk memohon:
  • Rakyat Pahang
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Bermastautin di Pahang lebih 10 tahun.
  • Perniagaan lebih dari 1 tahun (sebelum atau pada Mac 2021)
  • Berdaftar dengan SSM
  • Mempunyai lesen perniagaan atau permit sementara PBT.
  • Tidak Muflis
  • Golongan B40
  • Peniaga terkesan Covid-19 diutamakan.
Permohonan boleh dibuat di laman sesawang Sistem Maklumat Usahawan (SMU) Pahang  



Tiada ulasan:

AddToAny